Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, April 30, 2009

Zambry pecat Speaker

BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak PDF Print E-mail
Posted by admin
Thursday, 30 April 2009 01:32

Pakatan tolak atas alasan Setiausaha DUN sudah digantung

(mStar Online) - Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini.

Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar).

"Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan.

"Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut.

"Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

"Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker.

"Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya.

Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu.

Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.

Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu.

SETIAUSAHA SAHKAN

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Setiausaha DUN Perak mengesahkan pejabat Setiausaha DUN Perak telah menerima satu usul pada minggu lepas untuk melucutkan Sivakumar daripada jawatan Speaker DUN Perak pada persidangan DUN 7 Mei ini.

Beliau juga mengesahkan telah menghantar melalui pos, surat kepada semua ADUN mengenai perkara itu yang turut mengepilkan bersama borang pencalonan Speaker baru.

Walaupun Abdullah berkata perkara itu tidak sepatutnya dihebahkan sebelum persidangan DUN itu dilangsungkan, beberapa portal berita internet hari ini melaporkan Abdullah di dalam suratnya menyatakan bahawa borang pencalonan Speaker baru itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran DUN selewatlewatnya esok.

"Surat itu dihantar secara pentadbiran. Ia sepatutnya adalah untuk makluman dan tindakan daripada semua ADUN yang berkenaan," kata Abdullah ketika dihubungi Bernama.

Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu Exco kanan Datuk Hamidah Osman ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau adalah penyokong usul untuk melucutkan Sivakumar yang dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihantar ke pejabat Setiausaha DUN Perak pada Khamis lepas.

Zambry yang dihubungi pula enggan mengesahkan sama ada beliau ada mengusulkan notis untuk undi tidak percaya terhadap Sivakumar seperti yang dilaporkan media hari ini.-Malaysia Today

Alkisah dizaman dulu la..didalam sebuah kampung Pasir 2 butir terdapat sekumpulan orang kampung ingin menubuhlah satu Persatuan yang diberi nama Persatuan Entah Apa-Apa..yang secara tiba-tiba je ade..tanpa pengetahuan Ketua Kampung tersebut..dimana di kampung tersebut sebenarnya dah ada pun Persatuan Api-api..yang berperanan menyatukan komuniti kampung tersebut..Atas dasar itu Ketua Kampung sedia ada tak mengiktiraf Persatuan yang baru tertubuh itu..maka dengan itu atas perintah sebagai ketua kampung usul nak tubuh Persatuan tersebut telah dibakul sampah dan melarang orang kampung menghadiri penubuhan Persatuan tersebut..dan ketua kampung pun mengarahkan mereka yang berkenaan supaya pergi belajar kelas orang tua setelah mendapati mereka ini tak tahu membaca dan menulis..Maka gagalah impian orang itu yang hanya dikenali dengan huruf M...ooo..saya kenal huruf tu cikgu..huruf M..ha..ha..malangnya M ni masih mengaku dia ni sebagai ketua kampung walaupun orang kampung tak mengiktiraf beliau kerna masih tak kenal huruf..bila di bagi tau huruf tu sebenar ialah HA'...masih menganga..kan dah kena ketawa..ha..ha..ha..



Wednesday, April 29, 2009

Zambry: Perak state assembly needs to sit on May 7

Zambry: Perak state assembly needs to sit on May 7 PDF Print E-mail
Posted by admin
Wednesday, 29 April 2009 20:13

(BERNAMA) - The Perak State Assembly will still need to sit on May 7 despite there being a dispute in the courts as to who is the rightful menteri besar of Perak, said Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry said this was because his position as menteri besar was valid as long as the courts had not taken a decision on the matter.

"I and my executive councillors (excos) have the right to occupy the seats allocated to us. The Speaker must respect this unless the courts decide otherwise," he told reporters after chairing the weekly state executive council meeting here today.

On calls by former menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yesterday for the May 7 sitting to be deferred until the courts decide whether he or Zambry was the rightful menteri besar, Zambry said that calling the state assembly sitting was not within his powers.

"As Menteri Besar I can only make a recommendation but the final say as to when the sitting should take place is with the Sultan Azlan Shah of Perak. It was the Sultan who fixed the date (May 7)," he said.

Yesterday, the Federal Court in a unanimous decision said it was for the High Court in Kuala Lumpur to determine who was the rightful Menteri Besar of Perak. The High Court will hear the case on May 4.
Artikel from http://mt.m2day.org/2008/content/view/21193/84/

Ho..Ho..what I think not important..but The MB celup think is important..because what he think the speaker has no power and can be replace during the assembly..read here..so how to settle this only 1 way..release the DUN to the Rakyat...

Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia


Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Persuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia.

Khalid memfailkan saman itu berikutan kenyataan fitnah Ahmad Said bersabit penyenggaraan kereta peribadi Khalid dan pengagihan lembu korban pada Hari Raja Haji yang lalu.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan oleh peguam Khalid, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur....baca seterusnya

Wah..wah..ini sudah macam pesta saman menyaman bermula..lembu punya hal,,kereta punya hal mau kasi saman ka Tuan Khalid..manyak kesian la itu hakim..manyak keleja sikalang lo..itu negeli pasir dua butir pun belum habis cerita lagi..Mamak bendahara sikalang sudah mual lain jampi-jampi sama itu mahkamah..ada untung dia boleh menang..silap jampi kalu dia boleh balik pulau da..Tuan Khalid pun kena fikir itu macam juga la..kena main jampi-jampi juga pasai apa tau..silap jampi sendili lugi lo..belum tentu ada menang..namun lawan tetap lawan..





Mambang Biru,Mambang Ijo...



Alkisah dizaman dulu..macam-macam mambang ada..la ni mambang pun ramai sampai yang mabok-mabok pun ada..3 ekor mambang di negeri pasir 2 butir dah tak berani muncul di kawasan masing-masing kerana buta kayu..hatta kerana itu mamak bendahara pun sekarang tengah sibuk bermain jampi-jampi dengan mahkamah..nak main jampi-jampi tapi tulis pun tak reti..tulis shorthand..baca longhand..tulis ke bawah..sapa boleh baca..at last tulis katun jer la...sebijik kena macam Bujang Lapok garapan Arwah P.Ramlee..

SATU MALAYSIA "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan."

Berita 1

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Posted in April 5th, 2009

SAYA mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Berpandukan semangat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, melakukan tindakan awal dengan pengumuman pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA yang terlibat dalam pelbagai kesalahan.Baca seterusnya...

Berita 2

RAKYAT ATAU POLITIK DIDAHULUKAN?

Hari Ahad ini, genap satu bulan Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Najib telah memperkenalkan slogan "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan."

Sekarang sudah ada suara-suara yang mula bertanya apakah yang dapat rakyat hidu, lihat dan sentuh. "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan." adalah baik. Bagaimanapun, rakyat ingin melihat dan merasai impaknya.Baca seterusnya....

Berita 3

Peningkatan kes rogol membimbangkan!
Mohd Sabri Said
Tue | Apr 28, 09 | 6:19:23 pm MYT

TASEK GELUGOR, 26 April (Hrkh) - Peningkatan bilangan kes rogol sehingga 300 peratus sejak kebelakangan ini membimbangkan banyak pihak dan seharusnya langkah-langkah menanganinya dicari secepat mungkin.

Demikian kata Penyelaras Masjid, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan dalam forum bertajuk 'Masalah Sosial, Cabaran Masa Kini' anjuran Masjid Permatang Sungai Dua dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Butterworth semalam.

Jelasnya, pada tahun 2007 kes rogol mencatatkan 1,241 manakala tahun 2008 meningkat kepada 4,959 kes.

"Sungguh memeranjatkan kes rogol di Malaysia meningkat 300 peratus. Situasi ini memang mengerunkan. Kerajaan perlu mencari formula terbaik untuk tangani segera, " ujarnya.Baca seterusnya...

Berita 4

Negro lemak': 300 penduduk flat di Kepong hampir merusuh

27 Apr 2009 9:59AM

GOMBAK - Perasaan meluat terhadap warga Afrika yang mula membanjiri lima blok Flat Desa Aman Puri 1, Kepong dekat sini, sampai kemuncaknya malam kelmarin apabila sekumpulan 30 rakyat asing itu diserang kira-kira 300 penduduk di situ.

Kejadian ala rusuhan tercetus hanya disebabkan merebut saluran televisyen (TV) antara warga Afrika yang berada di sebuah kedai makan di bawah flat tersebut dengan sekumpulan penduduk tempatan.Baca seterusnya...

Wak minta pembaca berfikir sejenak..daripada 4 berita di atas yang manakah menyokong tajuk posting kali ni...Apakah benar rakyat di dahulukan..dan apakah benar juga pencapaian diutamakan..Apa yang kita capai jika kes rogol bertambah 300%..Apakah boleh berjaya Satu Malaysia jika Negro berlagak samseng dalam negara kita yang tercinta ini...Fikir-fikirkan,renung-renungkan dan selamat beramal...

Main pondok-pondok

BUKTIKAN UMNO TIDAK MAIN POLITIK PONDOK-PONDOK

UMNO tidak perlu berbelah bahagi jika hendak buat perubahan. Tidak perlu bertelagah atau berbalah sesama sendiri. Sebagai parti politik, perubahan pertama yang Umno harus dilakukan mestilah di segi politik – pemikiran dan juga amalan politik.

Oleh itu Umno perlu berani. Ia harus berani menyanggah amalan politik yang tidak banyak memberi manfaat kepada ahli dan rakyat terbanyak. Jika Umno memikirkan ada amalannya yang tidak baik dan kurang berfaedah, maka ia harus berani hentikan dan ambil sikap baru.Baca seterusnya...


Najib masih menanti mengenai Penanti

UMNO masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihanraya kecil Penanti walaupun SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi berkata biro politik Umno akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada wakil parti itu akan bertanding di Penanti.Baca seterusnya...

Wak terfikir jugak umeno mungkin saje nak test main pondok-pondok kut..sekejap tak nak main kejap tu pulak nak main..eeh..mungkin jugak nak tiru program tv Nabil pondok-pondok tu yang wak rasa langsung tak ada faedah pada kanak-kanak..sekadar membudayakan hiburan buat anak-anak kelak bila dah besar tak payah fikir hal lain..hiburan semata-mata..Itulah gamaknya kut nak terap dalam hal politik mereka nih..Rakyat tak payah fikir apa-apa dah..pangkah aje konon dulu,kini dan selamanya..Sekarang zaman dah berubah,dunia dah maju....segala tindak tanduk mereka berada dihujung jari rakyat..Jadi fikir-fikirkanlah..renung-renungkan dan selamat beramal..(pinjam kata sorang motivator tu).

Tukang celah atau tukang sibuk?




Tukang ada banyak jenis tukang..ada tukang kasut..macam cerita sabarudin tukang kasut..ada tukang kayu...ada juga tukang besi..yang biasa kita dengar..yang ni rasanya wak baru dengar di zaman melinium ni..tukang celah..huh..nak mencelah tang mana wak tak pasti..kalu mat rempit tu memang dah kemahiran mereka mencelah dan menyelit antara kenderaan..tukang celah terbaru ni memang ada kepakaran jugak nak mencelah walaupun dulu pernah tersilap celah tergolek dog terus..
Apa benda nak mencelah jika ruang dah sempit lagi terhimpit..tapi kalu dah memang dasar mereka camtu..sempit camne pun celah juge..ape ke hei tu yob..biarkan..kata si luncai..dan kita tengok camne si tukang celah ni buat keje..tu le..takde keja cari keje..dah ada keje terkulat-kulat..ha..ha..nak tahu baca pautan dibawah..berita sohih lagi benar...

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Baca seterusnya....

Lagi kisah siTukang Celah tak sempat nak celah...


Tuesday, April 28, 2009

Selsema Babi!!!


Negara Bebas Dari Selesema Babi - Ismail Merican

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Penduduk Malaysia tidak perlu bimbang mengenai wabak Swine Influenza atau selesema babi kerana Malaysia bebas daripada wabak itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican.

Beliau berkata daripada pemerhatian terhadap kes yang mempunyai tanda atau gejala 'influenza-like illness', tiada peningkatan kes dan kes berkelompok dilaporkan setakat ini....baca seterusnya...

Wak rasa selesema babi ni dah lama berjangkit di Malaysia ni..huh cuba kasi selidik sikit...



Alif Mim Nun Wau, Sarkas



Sarkas..sarkis..Sama je bunyinya...dulu-dulu jika ada sarkas datang kampung-kampung wah..macam pesta kampung tu...boleh tengok macam-macam..dari binatang-binatang hingga ke manusia pelik-pelik dalam sarkas tu..ada yang terpendek..terpanjang..tergemok dan macam-macam lagilah yang pelik2..Tapi la ni tak payah pi sarkas dah..Dalam arena politik kita pun dah boleh jumpa orang macam tu ..tak percaya mari kita lihat sapa yang kena.. apasal depa dulu-dulu pun dah panggil deme ni Sarkas...

Eh..eh kalau wak nak kasi senarai sarkas di malaysia ni terlampau banyak rasanya...tak tersenarai..apapun boleh la belek2 bloggers networks untuk info..

Sunday, April 26, 2009

KEJUTAN DARI PM

Rakyat ingat selama ini hanya Astro saja yang pandai buat kejutan dalam rancangan reality tv(ciplak)mereka..rupa-rupanya PM kita yg baru ni pun sibuk juga buat kejutan..perk..terkejut beruk rakyat...apa yang buat rakyat terkejut?Mari kita lihat...sapa yang kena...

Kejutan 1..malam pertama..

PM umum bebas 13 tahanan ISA, batal larangan ke atas akhbar PAS, PKR
Posted on Saturday, April 04 @ 10:49:11 MYT by Paktam
Oleh Malaysiakini

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindraf, turut dibebaskan.

"Saya in gin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baca Seterusnya...


-Tiba-tiba rakyat terkejut kerna dapat choki-choki(sejenis makanan ringan budak-budak)tahanan ISA dilepaskan seramai 13 orang..bukannya nak tutup penempatan ISA..jauh lebih baik Obama dimana menutup terus Kem Guatanamo(betuk ke wak eja ni)..hentam saja la labu..dan tarik balik pengharaman pengedaran akhbar lidah rakyat Harakah dan Suara Keadilan..apa punya turr da..mau kasi gula-gula yang sedap-sedap la..ni takat choki2 apa ada trill..apapun rakyat terima jugak..

Kejutan 2...

Gimik kedua Najib sekali lagi gagal ...
Posted on Friday, April 10 @ 17:21:02 MYT by Paktam
Oleh Ahmad Lutfi Othman
http://jiwapejuangkini.blogspot.com/

 GIMIK perubahan yang hendak ditunjukkan oleh Najib Razak di hari pertama menjadi perdana menteri - dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan menarik balik penggantungan 3 bulan akhbar Harakah dan Suara Keadilan - tidak menjadi, dan petang semalam, 9 April, pembentukan kabinet barunya juga tidak memberi impak besar kepada imej pembaharuan yang digembar-gemburkannya. Sekali lagi gimiknya tidak menjadi. Baca seterusnya...

Terkezuut woo..terutama KJ..rakyat terkejut gak..tapi sikit je la..pasai apa..memang tak harap apa-apa pun pembaharuan dari kabinet baru Pak Najib ni..dah boleh agak pasti kroni dia dan sikit kroni TDM..tapi yang apa buat rakyat terkejut ialah pasai apa Mecd dimansuhkan..dah la usahawan Melayu nyawa-nyawa ikan..ni dah tak ada lubuk nak mengadu..mana nak pi..lu fikirla sendiri kata Nabil SiAstroman..

Kejutan 3...

BN mungkin tak ikut 'lumba' - Najib

18 Apr 2009 5:16PM PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.Baca sini..

Wak no komen..tapi ...TDM ada kut

Kejutan 4...

100 NGO bantah keputusan kabinet Najib.

Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantah keputusan Kabinet yang menetapkan kanak-kanak bawah umur kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Menurut mereka, keputusan yang bersifat reaktif terhadap tekanan daripada masyarakat bukan Islam tidak wajar dilaksanakan kerana ia dibuat tanpa melibatkan perbincangan menyeluruh dengan para mufti, pakar perundangan dan NGO Islam.Baca Seterusnya..

Ini satu lagi kejutan..yang terbaru..boleh sakit jantung rakyat camni..pasti ramai yang marah kerna dulu tak de sakit jantung...la ni dah kena sakit jantung gara-gara pelaksanaan hentam keromo hasil pandangan Ustaz-ustaz celup dalam kabinet..nak tau ustaz mana tu..ha..ha..baca sini..



Friday, April 24, 2009

IJ vs AS

DULU..

Kisah 1

Istana lantik Ahmad Said jadi MB Terengganu, kroni Idris boikot?
Awang Harun
Sun | Mar 23, 08 | 9:18:09 am MYT

KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Hrkh) - Selepas 14 hari Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu isu perlantikan jawatan Menteri Besar Terengganu menjadi barah yang kini menjadi kemelut dalaman kepada parti itu.Selanjutnya...


KINI....

Terengganu : Idris kuasai DUN, Ahmad kuasai parti.

KUALA TERENGGANU, 22 April : Selepas kem Idris Jusoh mendakwa dapat sokongan majoriti anggota Dun Terengganu, kem Menteri Besar Datuk Ahmad Said pula mendakwa mendapat sokongan tujuh dari lapan bahagian Umno dalam negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan dalam wawancara dengan Siasah berkata, pihaknya mendapat sokongan majoriti pemimpin Umno di Terengganu...selanjutnya...

Kisah 2

Ahmad Said, Idris Jusoh jumpa PM
Posted on Thursday, April 16 @ 16:10:04 MYT by TokAyah
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN

 PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tengah hari ini dipercayai berhubung isu kepimpinan termasuk kejadian 10 ADUN memboikot sidang DUN kelmarin.

Pertemuan berasingan itu berlangsung di Putrajaya. Difahamkan Idris menemui Najib sebelum disusuli oleh Ahmad.

Mereka dipercayai menemui Najib berhubung isu SMS ugutan bunuh yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kelmarin.

Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada hari kedua sidang DUN Terengganu, kerana mendakwa keselamatan mereka terancam.

Ini berikutan ugutan bunuh yang diterima tiga Adun BN menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin, iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka), dipercayai mempunyai kaitan dengan usul tidak percaya terhadap Ahmad, yang dikatakan akan dibentangkan pada sidang DUN itu.

Selain Rosol, Abd Halim dan Zakaria, tujuh Adun lain yang tidak hadir ialah Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Ramlan Ali (Jabi); Muhammad Ramli Nuh (Tepoh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Rosol mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih); Rosli Othman (Kemasik) dan Nawi Mohamed (Hulu Besut) turut menyokong tindakan itu.

Rosol ketika dihubungi mengesahkan yang Idris ada menemui Perdana Menteri pagi ini.









DULU,KINI DAN SELAMANYA....




Thursday, April 23, 2009

Menteri Tak Relevan


SAYA TAK PEDULI KOMEN MADEY: NAZRI – berita hairan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.

"Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Madey) rasa tidak lagi relevan.


"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.

Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.

Ha..ha..Wak tak heran jika Tok Madey kata yang mamat ni camtu..memang dari dulu lagi perangai dia camtu..tak peduli dan suka-suka saja kata apa dia nak kata..tak percaya cuba tanya Pakcik Google kita..heh..heh..belambak pasai dia..hatta kes anak dia pun banyak...macammana la rakyat nak percaya kata-kata dia...apa nasib lah Tok Madey..selagi PM kita yang ditatang Pak Madey sendiri kata dah tak dak orang lain dah...parpu pun parpulah...

Saman jangan tak saman...

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.Selanjutnya.....

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar menegaskan sudah tiada lagi konsep pengasingan kuasa di negara ini, apabila mahkamah boleh mencampuri urusan kuasa speaker.

"Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menghormati konsep pengasingan kuasa yang sudah sedia ada di negara ini. Ia makin punah!"Selanjutnya...

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Zambry dan kuncu-kuncunya telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker. Mahkamah juga membuat ketetapan bahawa ia mempunyai bidangkuasa mendengarkan kes ini.

Keputusan Speaker atau jawatankuasa hak dan kebebasan tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen (Privileges) 1959. Inilah satu-satunya kes di seluruh dunia yang mengheret keputusan Dewan ke Mahkamah.Selanjutnya...

Wak dah agak dah...kalu U mobile dah start..keluarga Raja singh pasti akan mulalah kasi tunjuk taring depa..heh..heh..ini kes yang pasti menarik perhatian dunia...speaker dewan no power dah..keluhuran perlembagaan dah tak luhur dah...kena kasi tau balik budak sekolah apa itu keluhuran perlembagaan...

Dari Pahang Daily...Yang ni pulak kes saman SiSaifool...eek..eleh..masih x cukup lagi ke nak popularkan diri..rasanya si Saifool ni dah lebih pupolar dari Jamal abdillah,Mawi maupun Nabil..Kalu tercalun dalam apa..tu..program Paling Popular Berita Hairan..pasti bungkus si Nabil tu..nasib dia tak baik..tak de orang kasi jadi pencalonan utk lebih popular..hairan..hairan..dunia..dunia..ini macam pun ada..

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Selanjutnya

MB Pahang Vs Speaker Perak



VS




Wak saja bagi 2 video kat atas tu...kita tengok sapa yang kena....





LELONG!!!LELONG!!!


Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
Salmah Mat Husain
Wed | Apr 22, 09 | 6:49:48 pm MYT

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.entunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.Selanjutnya.....

Ha..ha..wak teringat cerita lelong nih cam dlm cerita P.Ramlee..lelong..lelong...50 darham..70 darham..100 darham..cantik molek lagi dah kena jual lelong...dulu jual manusia dalam negeri itu antah berantah...sekarang jual itu keta dalam negeri antah berantah juga..tak tau apa sebab la mau jual..mungkin ada rasa tara sedap la..semua mata ada pandang macam bulan terang kut bila bawa itu keta...itu la pasal mau jual lelong...bukan mau kasi jimat duit la..beli lain keta..sudah jumpa itu gua... longgok itu banyak harta rampasan apa ada hal setakat itu keta..kasi lelong la...25% diskaun..cepat..cepat rakyat negeri antah berantah..nanti habis itu keta melopong ..ape ke heeii yob..jangan marah haa..lagi berita terkini boleh dapat kat sini....

Alkisahnya pulak ada rakyat Pasir 2 butir dok marah teramat sangat kerana kereta camry ni..pulok dah...patutnya dah jual tu mesti la ada untung..pasal keta tu mahal yob..2nd pun sebiji boleh ganti 2 biji ploton v6..maintenance apa ada hal..quality setanding ape..apa pun..masing-masing ada pendapat memasing..biorle dia nak jual..reta makbapak die gamaknye..







Wednesday, April 22, 2009

Kes rasuah:Kambing Putih jadi Kambing Hitam

Kes rasuah babitkan bekas ahli MT UMNO disebut semula 14 Mei

22 Apr 2009 3:28PM TEMERLOH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Mei untuk menyebut semula kes rasuah yang membabitkan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria.Baca selanjut...



Norza Menjadi Kambing Hitam Menjelang Pemilihan?
Dilulus terbit pada Monday, March 16 @ 13:00:00 PDT oleh AbuJihad
Artikel Oleh Zul Mamak

 Ramai beranggapan bahawa Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria telah dijadikan kambing hitam untuk memulihkan imej UMNO yang tercalar hebat mengenai isu rasuah yang melanda parti itu menjelang pemilihan UMNO akhir bulan ini. Baca selanjutnya..

Ini cerita seekor kambing yang asalnya putih dah jadi hitam...tapi betulke kambing tu putih asalnya..entahle wak malas nak siasat..ikut cerita sang kambing..memang ada benarnya...dulu beria-ria geger saentaro wangsamaju akan keputihan nya..serba-serbi cantik dan indah..boleh menang sebagai raja kambing tercantik..ho..ho..kini dah jatuh dalam longkang hitam lah jadinye...iskh..iskh..kesian..


Khalwat:Denda dan penjara


Penjara dakwah Ako


Oleh Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
HULU KLANG: “Hukuman ini sebagai satu dakwah kepada Ako dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan dilarang agama,” kata Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad ketika menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000 terhadap pelakon terkenal, Ako Mustapha.Selanjutnya....

Wak terfikir apa nak jadi dengan artis-artis kelahiran Had-Hari ni...rasanya memang patut dipenjarakan pun..biar dia rasa makan ikan kering..he..he..kemudian wak fikir juga selama 3 bulan tu patut ada qiamualai setiap subuh..baru depa kenal waktu keheningan subuh..Tapi wak teringat awat yang lain-lain tu denda jer..kalu org politik pun buat perangai camni cuma denda setakat 2 ke 3 riban..ek eleh...kacang la bagi depa..macam 2 ke 3 hinggit jer..patutnya penjara hingga 6 bulan kerja berat...baru padan muke deme..angkut sampah gayut belakang lori macam rakyat marhaein yang terpaksa kerja sebegitu demi sesuap nasi...

Ini kes lagi haru...adaka
kisah dalam kelambu..(zaman dulu guna kelambu)nak pi cerita kat mahkamah..eh..eh..depa ingat kahwin ni main-main ka..sunnah dan tuntutan Islam letak kat kepala lutut hang..langsung tak rasa bersalah dan beristigifar dan rasa bertaubat..Wak rasa mereka-mereka yang begini hantar ke kem Mujahidin jer..bukan PLKN..baru rasa keinsafan wujud kut...

Sunday, April 19, 2009

Jerangkap Samar atau Bendera Putih

Penanti, BN tetap akan tanding jangan terperdaya!
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Apr 22, 09 | 2:17:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 April (Hrkh) - Ucapan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Penanti (PRK) lahir dari suara hati Najib sendiri.Baca selanjutnya..



Salam perjuangan..berfikir sejenak wak bila Pak Menteri kita...kata camni..kena fikir samada nak bertanding atau tidak..he..he..geli gelaman wak baca..macam ada benda jer tersirat dlm kepala Pak Menteri..silap haribulan jadi kes cam kat Negeri Pasir Dua Butir...heh..heh..masuk jerangkap samar yang memang dah dijangkakan akan berlaku..Depa bukan nak angkat bendera putih..cam kawan kita ni kata...Pas tu pulak Si Mantan tu pulak cakap jangan jadi penakut..tiada dalam sejarah umno tidak letak calun semata-mata takut kalah..hu..hu..dulu letak calun tunggul kayu pun dah gerenti menang...

Dadih menampung darah!!!

Ini kisah yang waksab baca di blog nih..dadih menampung darah..ikut pengalaman waksab ini selama 40tahun nih..inilah pertama kali wak terbaca dan terdengar pasal dadih menampung darah..Jenuh aku pi tanya Pak Syeikh Google..haram tak jumpa..asyik2 masuk balik kat situ juga..eeh..eehh..kesian..Cuba pulak tanya Wak Wiki...bahasa melayu yg terhampir bahasa Indon..kalu aku cari dlm b.malaysia..tak ada org malaysia yang sudi berkongsi ilmu dalam bahasa malaysia..bilalah orang malaysia nak memulakan langkah buat memeriahkan Wak Wiki nih..

Apapun apa yang Waksab nak membebel kat sini bukan apa-apa..cuma nak bagi pandangan tersendiri berkenaan isu nih...Tak habis-habis cubaan nak terus kekal berkuasa...dah 50 tahun yob..udah-udah le tuh..kasi ler balik pada rakyat sendiri tentukan..ini macam dah macam cerita bujang lapok tu..Sungguh berbisa garapan Arwah P.Ramlie ni buat filem...dah tua-tua baru nak belajar tentang perlembagaan undang-undang tubuh..masih tak faham-faham lagikah..habis kalu dah ayam dipanggil unta..apa ke jadahnya...apa ke heiiy nye tu yob..

Friday, April 17, 2009

Salam

SALAM PERJUANGAN BUAT MEREKA YANG BERJUANG SAMADA DI MEDAN PERJUANGAN SEBENAR ATAU DALAM ALAM SIBER..MOGA SEGALA TINDAKAN DAN PERJUANGAN INI MENDATANG KERBERKATAN DAN DI REDHAINYA..

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...