Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, April 24, 2009

IJ vs AS

DULU..

Kisah 1

Istana lantik Ahmad Said jadi MB Terengganu, kroni Idris boikot?
Awang Harun
Sun | Mar 23, 08 | 9:18:09 am MYT

KUALA TERENGGANU, 23 Mac (Hrkh) - Selepas 14 hari Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu isu perlantikan jawatan Menteri Besar Terengganu menjadi barah yang kini menjadi kemelut dalaman kepada parti itu.Selanjutnya...


KINI....

Terengganu : Idris kuasai DUN, Ahmad kuasai parti.

KUALA TERENGGANU, 22 April : Selepas kem Idris Jusoh mendakwa dapat sokongan majoriti anggota Dun Terengganu, kem Menteri Besar Datuk Ahmad Said pula mendakwa mendapat sokongan tujuh dari lapan bahagian Umno dalam negeri Terengganu.

Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan dalam wawancara dengan Siasah berkata, pihaknya mendapat sokongan majoriti pemimpin Umno di Terengganu...selanjutnya...

Kisah 2

Ahmad Said, Idris Jusoh jumpa PM
Posted on Thursday, April 16 @ 16:10:04 MYT by TokAyah
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN MOHD HUSSAIN

 PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tengah hari ini dipercayai berhubung isu kepimpinan termasuk kejadian 10 ADUN memboikot sidang DUN kelmarin.

Pertemuan berasingan itu berlangsung di Putrajaya. Difahamkan Idris menemui Najib sebelum disusuli oleh Ahmad.

Mereka dipercayai menemui Najib berhubung isu SMS ugutan bunuh yang diterima oleh tiga Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kelmarin.

Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada hari kedua sidang DUN Terengganu, kerana mendakwa keselamatan mereka terancam.

Ini berikutan ugutan bunuh yang diterima tiga Adun BN menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin, iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abd Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Ariffin (Paka), dipercayai mempunyai kaitan dengan usul tidak percaya terhadap Ahmad, yang dikatakan akan dibentangkan pada sidang DUN itu.

Selain Rosol, Abd Halim dan Zakaria, tujuh Adun lain yang tidak hadir ialah Datuk Din Adam (Bukit Besi); Alias Abdullah (Alor Limbat); Zawawi Ismail (Kuala Berang); Ramlan Ali (Jabi); Muhammad Ramli Nuh (Tepoh); Muhammad Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Air Putih). Rosol mendakwa bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih); Rosli Othman (Kemasik) dan Nawi Mohamed (Hulu Besut) turut menyokong tindakan itu.

Rosol ketika dihubungi mengesahkan yang Idris ada menemui Perdana Menteri pagi ini.









DULU,KINI DAN SELAMANYA....




No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...