Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, April 29, 2009

Main pondok-pondok

BUKTIKAN UMNO TIDAK MAIN POLITIK PONDOK-PONDOK

UMNO tidak perlu berbelah bahagi jika hendak buat perubahan. Tidak perlu bertelagah atau berbalah sesama sendiri. Sebagai parti politik, perubahan pertama yang Umno harus dilakukan mestilah di segi politik – pemikiran dan juga amalan politik.

Oleh itu Umno perlu berani. Ia harus berani menyanggah amalan politik yang tidak banyak memberi manfaat kepada ahli dan rakyat terbanyak. Jika Umno memikirkan ada amalannya yang tidak baik dan kurang berfaedah, maka ia harus berani hentikan dan ambil sikap baru.Baca seterusnya...


Najib masih menanti mengenai Penanti

UMNO masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihanraya kecil Penanti walaupun SPR telah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi berkata biro politik Umno akan bermesyuarat dalam masa terdekat bagi menentukan sama ada wakil parti itu akan bertanding di Penanti.Baca seterusnya...

Wak terfikir jugak umeno mungkin saje nak test main pondok-pondok kut..sekejap tak nak main kejap tu pulak nak main..eeh..mungkin jugak nak tiru program tv Nabil pondok-pondok tu yang wak rasa langsung tak ada faedah pada kanak-kanak..sekadar membudayakan hiburan buat anak-anak kelak bila dah besar tak payah fikir hal lain..hiburan semata-mata..Itulah gamaknya kut nak terap dalam hal politik mereka nih..Rakyat tak payah fikir apa-apa dah..pangkah aje konon dulu,kini dan selamanya..Sekarang zaman dah berubah,dunia dah maju....segala tindak tanduk mereka berada dihujung jari rakyat..Jadi fikir-fikirkanlah..renung-renungkan dan selamat beramal..(pinjam kata sorang motivator tu).

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...