Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

PERANG GERILA SIBER


PERANG GERILA SIBER

GERILA POLITIK SIBER


Ramai pembaca kurang faham atau tidak  bagitu jelas bahawa  kita – dunia yang kita diamai ini – telah memasuki apa yang dipanggil zaman pasca moden.  Zaman Pascamoden ini memberi makna bahawa kita telah melintasi Zaman Moden. Ribuan tahun dahulu umat manusia telah melintasi Zaman Batu, Zaman Besi, Zaman Gangsa  – kemudian masuk ke Zaman Moden. Kini kita beralih dari Zaman Moden ke  Zaman Pascamoden.

Apa itu pascamoden? Pasca ertinya  sesudah.  Ertinya kita sekarang sudah selesai dengan zaman moden. Kalau dulu kita moden. Kini kita semua  telah melintasi moden  dan meninggalkan moden.

Untuk memahami apa itu pascamoden kita wajib melihat apa pola-pola dan apa ciri-ciri dalam pasca moden. Contohnya: kita kenal kueh gulung melalui tepong yang  bergulung dengan  inti kelapanya yang manis. Kita kenal kueh karipap dengan bentuk, isi dan rasanya. Bagitu juga dengan pascamoden.  Untuk mengenal pascamoden kita wajib mengenal bentuk, isi dan rasanya.

Salah satu tanda moden ialah media. Dizaman batu tak ada radio, akhbar dan  tv. Kemajuan teknoloji moden melahirkan radio, talipon dan tv. Dizaman moden kita mula berhubung antara satu sama lain dengan membaca  akhbar dan buku atau mendengar radio.  Semua ini alat berhubungan moden. Dalam zaman pascamoden alat berhubung semakin canggih  mara ke hadapan.

Dalam zaman pascamoden  kita ada sistem internet. Kalau dulu hanya polis sahaja yang ada alat ‘ wireless’  untuk  berhubung jarak jauh. Kini kita semua  - setiap sosok -  boleh memiliki talipon bimbit tanpa dawai. 

Salah satu isi pascamoden ialah kemunculan imej sebagai unsur yang amat penting. Imej ini boleh berkahwin dengan  alat komunikasi yang canggih – kamera,  kamera video atau  alat  rakaman pandang dengar. Ini dibantu oleh sistem komputer dengan talian internet yang membolehkan kita mencari imej, menyimpan imej dan membuat imej. Semua imej dari  zaman berzaman  membawa tanda dan makna. Dalam zaman pascamoden imej menjadi tanda  wujudiah yang utama.

Salah satu lagi tanda penting untuk zaman pascamoden ialah berakhirnya monopoli daulah terhadap media.  Monopoli daulah  mengkontrol media  berakhir  bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia – dimana ada internet -   maka disitu akan muncul media baru.

Untuk senang cakap: di Malaysia ini  tandanya bahawa  kita telah memasuki zaman pascamoden ialah apabila orang  ramai – rakyat Malaysia - tidak lagi ambil pot dengan RTM, Tv3, Utusan atau New Straits Time.  Media  baru yang lahir dalam zaman pascamoden tidak mungkin lagi dikongkong. Media dan imej dari media tidak hanya dibuat, dimunculkan atau dimiliki secara monopoli oleh United Malays National Organisation.

Ini bermakna - zaman pascamoden telah membebaskan kita dari dijajah oleh RTM, Tv3, Astro atau kumpulan Utusan atau kumpulan Media Prima.  United Malays National Organisation tidak lagi memiliki monopoli  dalam hal pemberitaan.  Kita tidak lagi dipaksa untuk mendengar berita dari RTM sahaja.  Zaman RTM, Tv3 atau Astro  telah berakhir.

Pascamoden memastikan parti  Ketuanan Melayu ini tidak mungkin dapat mengawal isi berita. Parti Ketuanan Melayu tidak mungkin dapat kontrol  cara orang ramai berkomunikasi.  Internet telah membunuh monopoli  maklumat   yang selama dikawal oleh United Malays National Organisation.

Kalau dulu ahli falsafah Peranchis Rene  Descartes ( 1596-1650) berkata : Aku berfikir justeru aku wujud. Hari ini  saya berkata : Aku berinternet maka aku wujud.

Saya menulis tentang pascamoden dan internet ini untuk menerangkan kepada para pembaca bahawa pertempuran politik  untuk merebut kuasa dalam PRU13 ini sedang berlaku hebat  dialam maya.  Pertempuaran  panas dan membara dalam alam maya ini ialah untuk  mencari pengaruh. Untuk mendapatkan sokongan. Semua bertujuan  untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

PRU13 ialah pertempuaran alam maya yang maha hebat. Saya ulangi sekali lagi bahawa perebutan politik ialah perebutan kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk  merebut  punca-punca  harta harta kekayaan negara.  Politik dan kuasa tidak akan lari dari punca harta kekayaan.

Parti mana yang akan memiliki kuasa – maka parti itu – akan memiliki kunci untuk menjaga dan mengawal  punca dan sumber harta kekayan dalam negara kita ini. Asas politik ialah ekonomi. Ekonomi ialah harta kekayaan. Yang selainnya – yang selalu diheboh-hebohkan –  hanyalah kempen dan propaganda mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan  orang ramai.

United Malaya National Organisation mengolah persetujuan untuk mendapat sokongan orang ramai melalui ajenda Ketuanan Melayu. Parti Pas mengolah persetujun dengan agama Islam. DAP  mengolah persetujuan dengan hak masyarakat  China. PKR mengolah persetujuan dengan cita-cita untuk menubuhkan pentabiran baru  yang  bersih dari rasuah.  Perkasa dan BTN mengolah persetujuan dengan  menjadikan China  musuh orang Melayu.  Di belakang semua ini ialah keinginan semua parti-parti politik untuk memiliki kuasa.

Justeru, saya yakin para pembaca telah faham apa itu pascamoden. Pembaca telah tahu apa tujuan politik.  Pembaca telah sedar bahawa United Malays National Organisation tidak lagi boleh memonopoli apa yang kita baca, apa yang kita lihat dan apa yang yang kita dengar. Maka mari kita lihat bagaimana dalam pascamoden imej  sedang bertempur untuk mengolah  persetujuan orang ramai . Imej sedang dibentuk dan sedang direka untuk mengolah persetujuan.

 Askar dan tentera siber milik United Malays National Organisation telah ditubuhkan. Dari segi jumlah, dari segi kelengkapan, dari segi dana, dari segi sokongan media tradisional – askar siber parti  Ketuanan Melayu ini cukup besar. Berpuluh kali ganda  besarnya jika dibandingkan dengan pejuang siber yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam perang siber  yang amat sengit ini  amat jelas kelihatan bahawa  pejuang siber yang menyokong garis kasar  politik Pakataan Rakyat lebih kuat, lebih ampoh dan lebih  berjaya.  Mereka sedang berjaya mengkemudikan garis dan arah politik terkini. Bila mereka bergendang maka United Malays National Organisation terpaksa menari. Kenapa agaknya berlaku bagini?

Perang adalah penyambungan perbincangan yang tidak dapat diselesaikan. Perang berlaku apabila berbincang gagal. Perang siber juga tidak lari dari falsafah ini.    Strateji perang siber tidak jauh bezanya dengan strateji perang anti kolonial di Vietnam, di Angola atau di Afghanistan.

Tentera Amerika – yang terkuat dalam dunia – kalah di Vietnam pada thun 1974.  Tentera Portugal  kalah di Angola pada tahun 1975. Tentera penjajah Sepanyol  dikalahkan oleh Fidel Castro dan Che Geuvera pada tahun 1959. Apakah dia rahsia kekuatan  yang berjaya mengalahkan bala tentera yang lebih besar, lebih lengkap dengan senjata dan memiliki dana yang lumayan?

Jawabnya cukup senang. Semua kuasa bala tentera kolonialis dan imperialis ini dikalahkan oleh gerila.  Hanya perang gerila sahaja yang dapat mengalahkan kuasa imperialis Amerika di Vietnam. Apa sangkut pautnya pekara ini dengan PRU13 kita?

Dalam PRU13 ini pejuang siber Pakatan Rakyat sedang  bergerak sebagai gerila. Bergerak tanpa tersusun.  Mereka adalah organisasi tanpa bentuk. Mereka adalah kesatuan tanpa bersatu.  Mereka  menyerang apabila dilihat ada peluang. Dalam straterji gerila:  Serang apabila musuh undur – undur apabila musuh menyerang. 

Gerila siber Pakatan Rakyat tidak memerlukan Pemimpin Pusat, tidak memerlukan pejabat, tidak memerlukan ‘command control’. Tidak ada sturuktur. Mereka adalah gerila siber yang  autonom. Setiap gerila adalah jeneral. Setiap gerila ada komander. Setiap gerila  adalah pribet. Setiap gerila berinisiatif sendiri. Menyerang tanpa di suruh. Berehat tanpa meminta.

Paling mustahak kekuatan gerila Vietnam yang mengalahkan kuasa imperial Amerika pada tahun 1975  ialah akidah. Gerila Vietnam berjuang dengan akidah  memerdekkan Vietnam – tanah air mereka. Gerila Vietcong  bukan makan gaji. Bukan bergerila kerana diupah.  Gerila Vietnam memiliki idealoji dan pandangan dunia untuk mewujudkan negara Vietnam yang merdeka. Manakala tentera Amerika dipaksa datang berperang. Mereka makan upah.  Justeru, idealoji dan pandangan dunia  ialah kekuatan induk yang tidak dapat dikalah oleh bala tentera Amerika.

Falsafah gerila Vietnam ini sedang diambil pakai oleh  para pejuang gerila siber Pakatan. Mereka tidak diketahui nama dan rupa. Tidak ada pejabat.   Mereka tidak dibayar gaji bulanan. Mereka menyerang dengan pegangan idealoji untuk mendirikan Malaysia yang bebas dan merdeka dari United Malays National Organistion.

Ditahap ini  ada kersatuan dan pemusatan cita-cita dan akidah. Mereka menjadi gerila siber untuk menjatuhkan United Malays National Organisation.   Dalam satu barisan yang ampoh – dalam satu barisan bersatu yang di galang – gerila ini sedang menyerang United Malays National Organisation.

Apakah yang saya lakar ini betul?  Atau saya melebong? Dalam zaman pacamoden ini kesahehan apa yang saya katakan ini hanya boleh dibuktikan dengan memahami imej dalam dunia siber yang terkini.

Imej porno terkini yang ditaja oleh United Malays National Organisation seminggu dahulu kini sedang meleset.  Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menjadikan imej ini ‘hot dan viral’. PDRM telah membantu  mewar-war imej porno ini. Ketua polis telah mengeluarkan amaran agar klip ini jangan disebar. Sebenarnya ini bertujuan untuk mengiklankan klip ini.

Suku sakat dan kaum kerabat  Kumpulan Utusan dan Media Prima juga telah tunggang terbalik cuba mempromo dan berkempen tentang klip ini. Semuanya meleset. Klip ituTIDAK viral. Dalam dunia siber, dalam perang siber jika TIDAK viral maka ertinyaTIDAK ada siapa ambil pot tentang klip itu.

Saya juga wajib memberi tahu bahawa dalam zaman pasca moden jika imej itu tidak cool dan tidak counter culture atau tidak punk  besar kemungkinan imej itu akan lenyap dalam alam maya. Dizaman pascamoden klip porno bukan satu yang memeranjatkan. Dalam zaman pascamoden TIDAK ada lagi yang memeranjatkan. 

Justeru  ditahap ini  gerila siber yang autonom, organisasi tanpa bentuk sedang menjalar  dan menunggu masa untuk TERKAM United Malays National Organisation   jika parti Ketuanan Melayu ini menipu dalam pilihan raya.(TT)
  

Saturday, April 17, 2010

Oleh : albanjari
Bahang PRK Hulu Selangor mula panas. Malah kepanasan bahang PRK ini jua turut menenggelamkan isu katak-katak hipokrit yang mewarnai pentas cerita politik bulan lalu. Tidak mustahil, beberapa 'katak' akan dibawa ke Hulu Selangor. Malah sudah banyak 'katak' yang sudah tinggal lama di Selangor dan Kuala Lumpur sejak menang PRU12 yg lalu. Senang cari makan maa..!

Keyakinan yang ditunjukkan oleh BN untuk menang 'besar' juga besar. Jika BN kalah, malulah Najib. Dari 'lebong' Najib, kerajaan BN sudah makin kuat dimata rakyat. Sejauhmana kuatnya, hanya Najib yang tahu.
Sokongan kaum cina juga makin meningkat, kaum cina tak layan 'pembangkang' dah..sekarang ! 1Malaysia makin berjaya. Itu pasal bik momma dah bikin 'bunyi', mau letak PERMATA jika BN menang kelak di Hulu Selangor. Yakin sungguh PM 1Malaysia.

Dan bertambah yakin MIC, bila Samy makin hampir untuk berjaya meletakkan calonnya untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor. Pengundi India meliputi 18.98% atau 12,069 di situ. Dengan dalih, bimbang pengundi India 'koner' kepada pembangkang, Najib pasti tunduk dan wala' akan hasrat Samy. Kini MIC sudah bersedia, masakan tidak ? MIC dah buka 150 polling agennya di Hulu Selangor. Makin cerah peluang MIC naikkan calonnya. Umno pulak gigit 'penyapu' ! Penyapu si Khir Toyo...buat menyapu si airmata ketuanan melayu.
(majoriti pengundi melayu di Hulu Sleangor 54% atau 34,302 pengundi)

Dengan sandaran, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor pada PRU12 lalu, calon pembangkang KALAH di semua tempat(ada majoriti lebih 6 ribu) buat BN makin angkuh untuk julang kemenangan di kerusi 'panas' ini. Lebih-lebih lagi kemenangan majoriti yang memihak kepada PKR hanya 198 undi, makin galak dan sombong BN menguak dada untuk menang kali ini.

Malah gerombolan jentera yang berat-berat dah mula dibawa ke Hulu Selangor. Jalan rosak terus dibaiki, rumah rakyat yang dah hampir tumbang ditegakkan segera. Mana-mana masjid mula dikunjungi oleh wakil Bahagian untuk meninjau peruntukan mana yang perlu diberikan. Juta-juta duit akan ditaburkan lagi. Untung rakyat Hulu Selangor.

Untung juga rakyat Hulu Selangor kerana akan berani memberi undi kepada calon MIC kelak. Malah cakap-cakap dan ugutan Hamidah Osman, ketika dahulu, "india dan ular" akan terus dilupakan orang. Ingat apa kata Midah ? Walaupun beliau telah
memohon maaf, tapi cukupkah setakat itu. Lakonan akan terus berjalan. Itulah politiknya Umno dan MIC. Menjadi 'halal' selepas mohon maaf.

Apapun BN janganlah terlalu yakin sangat untuk menang. Rakyat kini bukan semakin bodoh dan bangang. Rakyat kini tidak mudah dilunakkan. Rakyat semakin cerdik menilai tipudaya BN. 50 tahun beb ! Ada jua benarnya, PKR dan Pakatan perlu banyak 'peluru' untuk menentang asakan serangan BN kelak. Tidak mustahil, jika 'peluru' Pakatan kelak terpaksa guna 'made in Taliban'*, jika peluru itu yang diguna pakai, tidak mustahil BN akan tersungkur lagi di Hulu Selangor. (politik-banjar@albanjariONLINE)

Komen: Sepanjang 10 tahun saya di tinggal di daerah Hulu sel ni..daripada awal kawasan yang agak sunyi sepi(Tahun 1999)...hanya kenderaan yang sedikit dan bandar koboi(Bkt sentosa/Beruntung)..kini telah mendadak kehadiran ribuan penduduk baru dari serata negeri...kilang2 baru tumbuh bersama menghadirkan ribuan jua warga asing yang kini mulai menzahirkan kemakmuran bandar(pekan) yang dulu sepi nih..Bersama itu juga lah segala gejala sosial mulai merebak dan menjadi racun dalam daging buat penduduk di sini...Ini kerana begitu banyak pembanggunan yang terbiar menjadi sarang buat mereka melakukan kegiatan mereka tanpa ada pemantauan daripada pihak berkuasa..

UMNO berretorik saban pilihanraya..banyak jalan2 yang hancur..tiang2lampu hanya jadi perhiasan..(tiada lampu..hanya tiang)..akan tetapi pabila tiba pilihanraya kecil..tup-tup..jalan jadi cantik..ada lampu2 jalan yang menyala..hatta di siang hari pun masih menyala..huh..ajaib sunggguh..memang satu Rahmat ni..ada pulak penduduk yang dikategorikan miskin(ada sebuah proton buruk.tv kecil dll)mendapat rezeki..beras sekampit dan telor ayam sepapan..aisey..miskin benor yer penduduk di sini...beras sekampit pun x larat beli..heh..heh..gula2 tu..ambik jangan tak ambik...pangakah lain cerita...apakah mereka fikir dgn gula2 begini Rakyat di sini tak dapat berfikir dengan waras...selama ini peduduk di Rasa umpamanya hatta pondok menunggu bas pun tak ada..Bertahun mereka merayu meminta pondok basa di pekan Rasa..apa yang mereka dapat..pokok kemerdekaan jugak..Tak tahu la sebelum PRK ni..tetiba je tumbuh kot pondok bas kat situ..wak pun x servey lagi ni..Apapun rakya di hulu Sel.sebenarnya lebih bijak daripada mereka...

Saturday, May 30, 2009

Tangkap Khairy


Tangkap Khairy Kerana Menghasut


Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini dianggap keterlaluan dan bersifat menghasut.
Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli berkata seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.Seterusnya..

Ha..ha..wak berani gerenti tak kan ada polis datang mengetuk pintu rumah Khairy si berok jalanan yang hanya reti makan pisang..Kalau lah saudara Mat Sabu yang kasi kenyataan dah pasti belum sempat saudara Mat Sabu jejak kaki ke rumah berduyun sb datang kepong hatta kat restoran pun..

Thursday, April 23, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...