Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Sunday, May 10, 2009

Sifat Malu Sudah Tiada


Sifat Malu Sudah Tiada
Sifat malu adalah tabiat insan
Satu tabiat yang Allah anugerahkan
pada hamba-hamba-Nya sejak lahirnya lagi
Sifat ini kalau disuburkan
ia menjadi benteng
daripada melakukan kemungkaran
Ia menjadi perisai
pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya
Sifat ini di waktu keseorangan,
malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya
Di waktu ramai, lagilah bertambah malu
kerana ramai mata yang melihatnya
Orang yang bersifat malu
sangat menjaga maruahnya
Merasakan maruah diri
adalah harga diri dan nilai peribadinya
Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri
telah tercemar atau ternoda
Dunia ini telah sempit dibuatnya
Bertemu manusia terasa malu dan terseksa
Ingin lari dari manusia
Tapi malang sekali di masa kini
Sifat malu telah tercabut
dari jiwa kebanyakan manusia
Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga
Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada
Tapi mereka tidak terasa
Masing-masing merasakan masih ada wibawa
Semua merasakan masih ada harga diri
Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya
Berkelakuan haiwan yang berupa manusia
Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia
Mentadbir manusia dan mendidik mereka
Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia
Dari minda Tuan Guru ku

Thursday, May 7, 2009

Penyamun bersukaria

Hatta maka bersorak sorailah penyamun menyambut kejayaan mereka menyamun dan merompak harta di negeri pasir 2 butir..tanpa mereka menyedari hari mereka akan tiba jua nanti dimana mereka akan dijatuhkan secara hina dan tercela..Begitulah jika bergelumang dengan segala benda haram disekeliling mereka..satu hari akan dicurahkan minyak panas oleh rakyat..

Friday, May 1, 2009

Bola di Kaki Nizar Sekarang!



Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

“Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar kes ini. Bola ditendang balik ke Mahkamah Tinggi. ‘Pele Pangkor’ cuba tendang gol di Mahkamah Persekutuan semalam. Tetapi, kena tiang! Sekarang, bola di kaki Nizar. Harap-harap Nizar boleh tendang masuk gol di Mahkamah Tinggi nanti. Inilah harapan seluruh rakyat Perak. Tetapi kita harus ingat, dalam permainan ini, referee, lines man dan pengadil semuanya orang dia. Hanya penyokong-penyokong adalah orang kita. Ini bukan satu permainan yang adil. Tapi, kita tidak boleh putus asa.”...baca seterusnya

Ah..ah..dah cerita bola pulak..al maklumlah sekarang musim baru liga bola..UEFA la FA English la..walaupun wak bukan kaki bola tapi wak sekali sekala tengok juge..Almaklum kita tau sebelah sana ada Pele Pulau yang terer kononnya menyepak terajang bola..malah boleh arah juga geng tersembunyi dia alih gol lawan jika perlu..hah..abihh kome yob..kalu tak pacak betul-betul tiang gol boleh patah kena kerojekan nanti..Tapi wak fikir lah kerja majisteret ni macam senang jer..kalu tak cukup bukti buang..salah teknikal buang kes..atau tendang balik..eh..eh..almaklum rakyat kan dah baik-baik belaka..itu pada firasat wak ajer..sebenornya koje Majisteret ni payoh..ye le nak kasi puas hati semua orang bukan keroje senang yee dak..he..he..untuk hiburan kita tengok petikan filem Labu-labi..kita tengok sapa yang kena...



Thursday, April 23, 2009

Saman jangan tak saman...

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.Selanjutnya.....

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar menegaskan sudah tiada lagi konsep pengasingan kuasa di negara ini, apabila mahkamah boleh mencampuri urusan kuasa speaker.

"Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menghormati konsep pengasingan kuasa yang sudah sedia ada di negara ini. Ia makin punah!"Selanjutnya...

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Zambry dan kuncu-kuncunya telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker. Mahkamah juga membuat ketetapan bahawa ia mempunyai bidangkuasa mendengarkan kes ini.

Keputusan Speaker atau jawatankuasa hak dan kebebasan tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen (Privileges) 1959. Inilah satu-satunya kes di seluruh dunia yang mengheret keputusan Dewan ke Mahkamah.Selanjutnya...

Wak dah agak dah...kalu U mobile dah start..keluarga Raja singh pasti akan mulalah kasi tunjuk taring depa..heh..heh..ini kes yang pasti menarik perhatian dunia...speaker dewan no power dah..keluhuran perlembagaan dah tak luhur dah...kena kasi tau balik budak sekolah apa itu keluhuran perlembagaan...

Dari Pahang Daily...Yang ni pulak kes saman SiSaifool...eek..eleh..masih x cukup lagi ke nak popularkan diri..rasanya si Saifool ni dah lebih pupolar dari Jamal abdillah,Mawi maupun Nabil..Kalu tercalun dalam apa..tu..program Paling Popular Berita Hairan..pasti bungkus si Nabil tu..nasib dia tak baik..tak de orang kasi jadi pencalonan utk lebih popular..hairan..hairan..dunia..dunia..ini macam pun ada..

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Selanjutnya

LELONG!!!LELONG!!!


Lelong Camry kemudian beli Mercedes?
Salmah Mat Husain
Wed | Apr 22, 09 | 6:49:48 pm MYT

KOTA BHARU, 22 April (Hrkh) - Membazir atau belanja berhemah apabila mahu melelong kereta yang baru dibeli.entunya sesuatu yang agak janggal kerana kebiasaan kereta kerajaan yang dilelong sudah berusia dan tidak ekonomik lagi untuk digunakan.

Sebaliknya 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang digunakan anggota Exco Pakatan Rakyat di Perak tidak sampai setahun sudah mahu dilelong kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN).

Tetapi itulah yang berlaku di Perak apabila kerajaan BN yang mendapat kuasa melalui rampasan secara paksa mempamerkan keanguhan biar pun baru dua bulan mentadbir.Selanjutnya.....

Ha..ha..wak teringat cerita lelong nih cam dlm cerita P.Ramlee..lelong..lelong...50 darham..70 darham..100 darham..cantik molek lagi dah kena jual lelong...dulu jual manusia dalam negeri itu antah berantah...sekarang jual itu keta dalam negeri antah berantah juga..tak tau apa sebab la mau jual..mungkin ada rasa tara sedap la..semua mata ada pandang macam bulan terang kut bila bawa itu keta...itu la pasal mau jual lelong...bukan mau kasi jimat duit la..beli lain keta..sudah jumpa itu gua... longgok itu banyak harta rampasan apa ada hal setakat itu keta..kasi lelong la...25% diskaun..cepat..cepat rakyat negeri antah berantah..nanti habis itu keta melopong ..ape ke heeii yob..jangan marah haa..lagi berita terkini boleh dapat kat sini....

Alkisahnya pulak ada rakyat Pasir 2 butir dok marah teramat sangat kerana kereta camry ni..pulok dah...patutnya dah jual tu mesti la ada untung..pasal keta tu mahal yob..2nd pun sebiji boleh ganti 2 biji ploton v6..maintenance apa ada hal..quality setanding ape..apa pun..masing-masing ada pendapat memasing..biorle dia nak jual..reta makbapak die gamaknye..







Sunday, April 19, 2009

Dadih menampung darah!!!

Ini kisah yang waksab baca di blog nih..dadih menampung darah..ikut pengalaman waksab ini selama 40tahun nih..inilah pertama kali wak terbaca dan terdengar pasal dadih menampung darah..Jenuh aku pi tanya Pak Syeikh Google..haram tak jumpa..asyik2 masuk balik kat situ juga..eeh..eehh..kesian..Cuba pulak tanya Wak Wiki...bahasa melayu yg terhampir bahasa Indon..kalu aku cari dlm b.malaysia..tak ada org malaysia yang sudi berkongsi ilmu dalam bahasa malaysia..bilalah orang malaysia nak memulakan langkah buat memeriahkan Wak Wiki nih..

Apapun apa yang Waksab nak membebel kat sini bukan apa-apa..cuma nak bagi pandangan tersendiri berkenaan isu nih...Tak habis-habis cubaan nak terus kekal berkuasa...dah 50 tahun yob..udah-udah le tuh..kasi ler balik pada rakyat sendiri tentukan..ini macam dah macam cerita bujang lapok tu..Sungguh berbisa garapan Arwah P.Ramlie ni buat filem...dah tua-tua baru nak belajar tentang perlembagaan undang-undang tubuh..masih tak faham-faham lagikah..habis kalu dah ayam dipanggil unta..apa ke jadahnya...apa ke heiiy nye tu yob..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...