Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, April 29, 2009

SATU MALAYSIA "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan."

Berita 1

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Posted in April 5th, 2009

SAYA mengucapkan tahniah dan syabas kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Berpandukan semangat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, melakukan tindakan awal dengan pengumuman pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA yang terlibat dalam pelbagai kesalahan.Baca seterusnya...

Berita 2

RAKYAT ATAU POLITIK DIDAHULUKAN?

Hari Ahad ini, genap satu bulan Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah jawatan pada 3 April 2009. Najib telah memperkenalkan slogan "Satu Malaysia. Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan."

Sekarang sudah ada suara-suara yang mula bertanya apakah yang dapat rakyat hidu, lihat dan sentuh. "Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan." adalah baik. Bagaimanapun, rakyat ingin melihat dan merasai impaknya.Baca seterusnya....

Berita 3

Peningkatan kes rogol membimbangkan!
Mohd Sabri Said
Tue | Apr 28, 09 | 6:19:23 pm MYT

TASEK GELUGOR, 26 April (Hrkh) - Peningkatan bilangan kes rogol sehingga 300 peratus sejak kebelakangan ini membimbangkan banyak pihak dan seharusnya langkah-langkah menanganinya dicari secepat mungkin.

Demikian kata Penyelaras Masjid, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hasan dalam forum bertajuk 'Masalah Sosial, Cabaran Masa Kini' anjuran Masjid Permatang Sungai Dua dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Butterworth semalam.

Jelasnya, pada tahun 2007 kes rogol mencatatkan 1,241 manakala tahun 2008 meningkat kepada 4,959 kes.

"Sungguh memeranjatkan kes rogol di Malaysia meningkat 300 peratus. Situasi ini memang mengerunkan. Kerajaan perlu mencari formula terbaik untuk tangani segera, " ujarnya.Baca seterusnya...

Berita 4

Negro lemak': 300 penduduk flat di Kepong hampir merusuh

27 Apr 2009 9:59AM

GOMBAK - Perasaan meluat terhadap warga Afrika yang mula membanjiri lima blok Flat Desa Aman Puri 1, Kepong dekat sini, sampai kemuncaknya malam kelmarin apabila sekumpulan 30 rakyat asing itu diserang kira-kira 300 penduduk di situ.

Kejadian ala rusuhan tercetus hanya disebabkan merebut saluran televisyen (TV) antara warga Afrika yang berada di sebuah kedai makan di bawah flat tersebut dengan sekumpulan penduduk tempatan.Baca seterusnya...

Wak minta pembaca berfikir sejenak..daripada 4 berita di atas yang manakah menyokong tajuk posting kali ni...Apakah benar rakyat di dahulukan..dan apakah benar juga pencapaian diutamakan..Apa yang kita capai jika kes rogol bertambah 300%..Apakah boleh berjaya Satu Malaysia jika Negro berlagak samseng dalam negara kita yang tercinta ini...Fikir-fikirkan,renung-renungkan dan selamat beramal...

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...