Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, May 12, 2011

Penarik Beca Yang Dermawan


Kalau pemimpin kita seperti ini yang tidak lapar dengan rasuah atau projek, rakyat tidak akan susah merempat. Tidak perlu untuk menggembar-gemburkan sudah berapa banyak kita menderma kerana mungkin belum sepadan dengan apa yang sudah dilakukan oleh Bai Fang Li. Kebanyakan dari kita menyumbang jika ada lebihan wang. Jika hidup dalam kemiskinan untuk menderma mungkin tiada.

Bai Fang Li berbeza. Dia menjalani hidup sebagai tukang beca. Hidupnya sederhana kerana memang hanya tukang beca. Namun semangatnya tinggi. Pergi pagi balik malam mengayuh beca mencari penumpang yang bersedia menggunakan jasanya. Dia tinggal di pondok sederhana di Tianjin, China.

Dia hampir tidak pernah membeli makanan kerana makanan ia dapatkan dengan hasil sumbangan. Begitu juga dengan pakaiannya. Apakah hasil becanya itu tidak cukup untuk membeli makanan dan pakaian? Pendapatannya cukup memadai dan sebenarnya boleh membuatnya hidup lebih layak. Namun ia lebih memilih untuk menggunakan wang hasil jerih payahnya untuk menyumbang yayasan yatim piatu yang mengasuh 300 anak miskin.

Bai Fang Li mula tersentuh untuk menyumbang yayasan itu ketika usianya menjangkau 74 tahun. Ketika itu ia tidak sengaja melihat seorang anak berusia 6 tahun yang sedang menawarkan perkhidmatan untuk membantu orang tua mengangkat barang di pasar. Hasil mengangkat barang tersebut, dia mendapat upah dari orang-orang tua tersebut.

Namun yang membuat Bai Fang Li heran, si anak memungut makanan di tempat sampah untuk makan. Padahal dia boleh membeli makanan untuk mengisi perutnya. Ketika ia tanya, ternyata si anak tidak mahu menggunakan wang hasil jerih payahnya itu untuk membeli makanana. Dia gunakan wang tersebut untuk membeli makanan bagi kedua-dua adiknya yang berusia 3 dan 4 tahun di pondok di mana mereka tinggal. Mereka hidup bertiga sebagai pemungut dan ibu bapa mereka tidak diketahui.

Bai Fang Li yang berkesempatan menghantar anak itu ke tempat tinggalnya tersentuh. Setelah itu ia membawa ketiga anak itu ke yayasan yatim piatu di mana di sana ada ratusan anak yang diasuh. Sejak itu Bai Fang Li mengikuti cara si anak, tak menggunakan wang hasil mengayuh becanya untuk kehidupan seharian melainkan disumbangkan untuk yayasan yatim piatu tersebut.

Bai Fang Li mula menyumbang yayasan itu pada tahun 1986. Ia tidak pernah menuntut apa-apa dari yayasan tersebut. Beliau tidak tahu pula siapa anak yatim yang mendapatkan manfaat dari wang sumbangannya itu. Pada tahun 2001 usianya mencapai 91 tahun. Beliau datang ke yayasan itu dan memberitahu kepada pengurus yayasan tersebut kerana beliau tidak lagi mampu untuk mengayuh beca kerana kesihatannya semakin teruk. Ketika itu dia membawa sumbangan sebanyak 500 yuan.


Dengan wang sumbangan terakhir itu, jumlah keseluruhan ia sudah menyumbang 350000 yuan. Anaknya, Bai Jin Feng, baru tahu kalau selama ini ayahnya menyumbang ke yayasan tersebut. Tahun 2005, Bai Fang Li meninggal setelah diserang sakit kanser paru-paru.

Melihat semangatnya untuk menyumbang, Bai Fang Li memang orang yang luar biasa. Dia hidup tanpa bantuan anak-anaknya yang tidak mempedulikannya. Meskipun hidup dengan mengayuh beca.
Dipetik dari :HHRS2.0

1 comment:

mr. thesedi said...

slm,kental sungguh semangatnya, berkayuh beca utk menderma....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...