Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, November 2, 2010

Antara dua darjat

Berita dari Rakyat



Hidup bawah jambatan

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM



HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.

Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.

kosmo online<

Berita dari pihak pemerintah 1

MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik
Jimadie Shah Othman
Okt 26, 10
7:19pm
Kongsi 1079
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang melupuskan 70 unit penghawa dingin walaupun ia masih berfungsi dengan baik, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009.

Malah, menurut laporan itu lagi, sebanyak 14 unit telah digunakan oleh syarikat subsudiarinya Anggun Mulia Sdn Bhd yang menduduki sebahagian bangunannya sejak April 2009.

"Sebanyak 70 unit alat penghawa dingin yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008 yang hendak dilupuskan tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pihak pengurusan MAIWP telah mencadangkannya untuk pelupusan," laporan itu dipetik.

Seterusnya..


Berita dari pihak pemerintah 2

RM 15.81 juta kos ubahsuai kediaman rasmi PM

Dewan Rakyat Isnin diberitahu bahawa kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri ‘ Seri Perdana’ di Putrajaya yang dilaksanakan tahun ini berjumlah RM15.81 juta.

Kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh) mengenai kos pembinaan, pengubahsuaian dan pengurusan tahunan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Seterusnya..




Hakikat kehidupan bagi rakyat di negara yang makmur dan kaya dengan hasil bumi anugerah Allah sememangnya perlu disyukuri kerana kenikmatan aman dan kelangsungan hidup ini adalah kerana Allah telah mengurniakan bumi ini tanpa ada musibah yang cukup besar seperti gempabumi,ribut atau pun banjir yang cukup besar sehingga menghabiskan dana pemerintah untuk memulihkannya kembali.

Akan tetapi hakikat dan realiti sebenarnya telah mewujudkan kehidupan seperti filem lama arwah P.Ramlee Antara Dua Darjat.Hakikat masih ada segelintir rakyat yang merana dan berhempas pulas mengharungi kehidupan yang semakin memeritkan ini wajar dan sepatutnya menjadi perhatian pihak yang berwajib membela mereka iaitu Kerajaan yang memerintah.(berita di atas di rujuk)

Kekayaan negara dan segala hasil mahsul di bumi ini bukan hak mereka.Segala hakini perlu dipulangkan kembali kepada rakyat unutk bersama-sama menikmatinya.Mengapa kos untuk mati pun seperti membina harga membina banglo?Klik sini untuk berita lanjut.

Kemanakah wang zakat pergi sebenarnya yang saban tahun berbilion khabarnya dikutip dari umat Islam.Adakah hantu-hantu dan tangan-tangan ghaib yang melesapkannya berjuta kerugian sehingga rakyat yang benar-benar memerlukan tidak sempurna kehidupan mereka.

Pengalaman saya sendiri sewaktu memohon duit zakat untuk membiayai perubatan pembedahan jantung anak saya amat memeritkan.Seperti rakyat sendiri merupakan peminta sedekah yang hina dan bukan sebagai seorang muslimin yang perlu dibantu.Amat menyedihkan kerana tugas yang sepatutnya buat mereka membantu rakyat yang tersepit dengan menghayati cara pemerintahan Khalifah Umar Mukminin.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...