Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, November 3, 2010

Zakat bagi golongan mualaf




Berita Palsu..

SPR teliti tindakan Nik Abdul Aziz beri wang kepada Orang Asli

GUA MUSANG 2 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti sama ada tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat Orang Asli di Lojing, semalam melanggar Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa menyiasat atau mengambil tindakan ke atas Nik Abdul Aziz sekiranya kes tersebut benar-benar berlaku.

Sebaliknya, kata beliau, hanya polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mendakwa mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan.

"Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya memberi wang kepada para pengundi untuk memancing undi.

"Bagaimanapun, dalam kes ini, kita perlu lihat apa tujuan wang tersebut diberikan dan siapa penerimanya.

"Jika penerimanya adalah pengundi, ia menjadi satu kesalahan dan terpulang kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.....(more)


Berita benar...

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporan Utusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

Katanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

"Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

"Takkan zakat ini rasuah?" katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

"Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

"Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

"Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong," katanya

Zakat bagi golongan mualaf

Soalan 05

Salah satu diharuskan menerima zakat adalah golongan mualaf. Berapa lamakah seseorang mualaf itu boleh menerima zakat?

Jawapan :

Maksud muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam. Oleh itu, golongan muallaf yang berhak menerima zakat ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan sumber pencarian atau pendapatan ahli keluarga sehinggalah dia mampu berdikari dan menguruskan kehidupan keluarganya.

Nota : Link daripada MAIS

Berita berkaitan..

NAJIB RASUAH RM3 JUTA DAN UGUT MESTI UNDI BN
Written by Admin
Sunday, 25 April 2010 12:26

Share




Oleh : HALIK ZAMAN

TERKESIMA seketika mendengar ucapan Perdana Menteri slogan ‘1Malaysia’ di Buletin Utama, TV3 malam ini. Dengan bangga dan megahnya dia mengumumkan bahawa sekiranya esok, pengundi-pengundi di Hulu Selangor keluar mengundi dan ‘menghadiahkan undi mereka’ kepada Barisan Nasional, maka beliau akan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta kepada Hulu Selangor untuk membina sekolah Cina di kawasan tersebut pada hari Isnin secara tunai.

Adakah Dato' Najib sedar motif bantuan beliau itu merupakan rasuah politik dalam pilihan raya? Apakah beliau arif bahawa kata-katanya itu merupakan bantuan ‘bertopengkan rasuah?’ Adakah Najib sedar bantuan RM3 juta itu berupa upahan berbentuk rasuah? (‘daylight bribe’).

Tidak cukup dengan itu, Najib berjemaah di surau kampung dan mengisytiharkan peruntukan RM100,000 untuk bantuan masjid dan mendermakan sebuah van jenazah di surau berkenaan.

Komen Wak :

Zakat utk golongan baru memeluk Islam perlu diheboh2kan demi untuk syiar Islam agar orang bukan Islam yg lainnya melihat jika kelak mereka memeluk agama Islam, mereka akan dibantu.

Ini sebahagian strategi dakwah kpd org yg baru memeluk agama Islam, TGNA dia tidak akan lakukannya jika dia tahu itu menyalahi agama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...