Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Monday, November 22, 2010

Lagi Remaja di tembak Polis


Keluarga dakwa polis tembak mati dengan sengaja
Nov 21, 10 7:43pm

Dua laporan polis dibuat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan melepaskan tembakan terhadap seorang pemuda dan seorang remaja bagi menyebabkan kematian dan bukannya untuk mempertahankan diri.

Laporan terhadap kejadian pada 13 November itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya semalam oleh anggota keluarga almarhum terbabit.

Dalam aduannya Nor Hafizah Mad Razali berkata beliau tidak berpuas hati dengan alasan polis bahawa anaknya Muhammad Shamil Hafiz ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang.

Alasan yang sama diberikan oleh Norhaliza Tuah, kakak kepada Mohd Hairul Nizam yang meninggal dalam kejadian sama.

Mereka mendakwa, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keadaan tubuh Muhammad Shamil dan Mohd Hairul Nizam yang ditembak daripada jarak dekat dan "tidak kelihatan seperti berlaku dalam peristiwa tembak menembak".


Nota:

Wak hanya ingin bersangka baik dengan POLIS DIRAJA MALAYSIA sehingga kini walaupun setiap kali berlaku kes rompakan mesti ada kisah remaja menyerang Polis dengan parang maka tembakan Polis kepada remaja atau suspek perompak itu dihalalkan."Closed Case" dan senang cerita tak perlu susah payah ke Mahkamah kononnya.

Mentaliti anggota Polis dan mungkin juga kerana tekanan dari pihak atasan membuatkan mereka bertindak begitu berikutan begitu banyak kes jenayah yang tidak mampu lagi dibendung oleh Polis. Tambahan lagi kini negara bagai huru-hara kerana Politik caca-marba yang perlu juga dipantau Polis.Begitu banyak kerja mereka sehinggakan kes kecurian motor di kawasan perumahan saya di kira kes kecil,siasat lebih kurang dan kes closed jika tiada apa-apa perkembangan lebih 6 bulan.

Perlunya pemantauan khas ataupun penubuhan suruhanjaya yang memantau tugasan POLIS yang kini bagaikan tidak terurus dengan baik.Kes-kes besar terlepas atau tidak berjaya dibuktikan di Mahkamah kerana bukti-bukti yang lemah atau bukti-bukti tercemar dengan tindakan Polis sendiri seperti kes rampasan dadah dahulu dimana pemandu lori terlepas dari hukuman kerana bukti telah dihilangkan dengan sengaja.

Jika beginilah keadaannya sehingga negara menuju ke tahun 2020 maka Malaysia bakal menuju kembali kezaman kegelapan dimana penuh dengan jenayah dan gejala sosial yang tiada hentinya.

Tontonlah video ini bagaimana negara di luar sana menangani jenayah para remaja yang melarikan diri menggunakan kereta,tiada langsung tembakan dilepaskan biarpun membahayakan nyawa anggota Polis,Seboleh mungkin mereka menangkap penjenayah itu hidup-hidup dan disini tiada langsung parang yang wujud.


Berita berkaitan..

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...