Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, May 7, 2009

Sidang Tempoyak Dun Perak

Perkembangan Sidang Tempoyak
DUN Perak Benar-Benar Jadi Tempoyak

SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai memeriksaan pembarisan sebelum merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.

Antara wakil rakyat yang ditangkap, ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput, Xavier Jeyakumar. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu.Seterusnya..

Speaker Selangor Kata Penyingkiran Sivakumar Tidak Sah

V.Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat secara fizikalnya telah dibawa keluar dari kerusi sidang dewan undangan negeri namun Speaker Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan samada usul menyingkirnya itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.seterusnya...

Hu..hu..ha..ha..hi..hi..hek..hek..lucu..sedih...dan pening semua bercampur aduk dalam kepala Wak perihal Dun Tempoyak ni...sampai bila-bila pun sehingga PRU nanti pun sidang DUN ni akan kecoh jika MB Haram,Speaker haram..Adun Haram..masih ada..isk..isk..kalu babi tu haram sejak azali memang dah diketahui umum..ini haram yang mereka minta sendiri..apa punya turr da...Rakyat dah muak dah pening kalu camni ni..apa yang nak dibahaskan kalau dah ada benda haram dalam DUN..Tapi apapun Perak dah mencatat sejarah dunia dimana kita telah setaraf dengan sidang DUN dengan negara-negara lain..huru-hara cuma tak ada baling kerusi jer lagi..yang lain dah ada sampai ada Adun yang duduk atas meja speaker da..macam katun tom and jerry pulak Wa tengok...

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...