Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, May 1, 2009

Penanti yang di nanti: Najib Lawan Mahathir

Penanti: Najib Lawan Mahathir
Posted on Friday, May 01 @ 02:00:00 MYT by Paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar

UBN nampaknya benar-benar berubah dari biasa! Menjelang pilihan raya kecil Dun Penanti 31 Mei depan UBN masih belum membuat keputusan. Kali ini UBN tidak seghairah menjelang pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini. Kalau pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan pilihan raya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, UBN mendahului Pakatan Rakayat dalam mengumumkan calon, tetapi tidak untuk pilihan raya kecil Penanti.



UBN masih terkila-kial dan belum ada kata putus samada ada ingin menyertai atau tidak pilihan raya berkenaan. Pandangan pemimpin UBN berbelah bagi. Dari segi moralnya UBN sudah kalah. Kekalahan dalam kesemua pilihan raya kecil itu kecuali Batang Ai menjadi UBN termeung jauh dan berfikir panjang.

Pakatan Rakyat, PKR telah mengumumkan calon mereka kelmarin. Bekas Pensyarah USM dan juga bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Dr Mansor Othman dipilih untuk bertanding di situ. Ini bermakna PKR telah membuat persiapan lebih awal.

Apakah sikap tidak agresif seperti biasa UBN ini menandanya mereka menghadapi tekanan perasaan yang cukup hebat? Bahawa UBN telah mulai menyedari masalah dan kesuraman masa depannya?Baca seterusnya.....

P'raya Penanti: Umno Putuskan Isnin Depan

Keputusan sama ada Umno akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya Isnin depan.

Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Pada mulanya, mesyuarat tersebut dijadual diadakan petang esok, tetapi ditangguhkan hingga Isnin depan, jam 1 tengahari.Baca seterusnya...


Wak terpana pasai apa Najib masih menanti-nanti petunjuk dan ilham untuk memberikan nama sapa-sapa yang difikirkan layak untuk menghadapi PRK Penanti...ha..ha..masih ternanti-nanti petunjuk ker atau masih terkena sindrom Pak Lah..Flip-flop...sekejap ada..sekejap tak ada..sekjap tak nan..sekejap tu pulak nak..Dalam dok fikir-fikir tu bermacam idea la muncul..hinggakan pondok panas yang memang sentiasa panas tu dah tak boleh pulak masa PRK Penanti..isk..isk..lepas ni macam-macam lagilah..tak boleh ramai penyokong la..terhad 2 ke 3 orang je masa penamaan calun la..ni dah macam bukan pilihanraya..belum apa-apa hak rakyat dah dibelakangi..kata 1 Malaysia..rakyat didahulukan..prestasi diutamakan..ni kalau dah SPR macam dicucuk lembu..mengikut jer arahan Tuannya...apa dah jadi..langsung tak profesioanal..kata AMK.

Selama ini elok jer mana-mana PRK atau PRU..memang dah diketahui Pondok Panas memang panas..memang lojik la perayu undi merayu undi saat-saat akhir walaupun tak dibenarkan oleh SPR..yang penting bagi SPR proses pengundian berjalan lancar.. Arahan demi arahan tanpa pelaksanaan dan penguatkuasaan yang benar-benar saksama dimana seperti memenangkan sebelah pihak sahaja tiada apa-apa ertinya..Ibarat seperti mencurah air ke daun keladi je,tiada kesan..daun keladi tak basah..yang lencun diri sendiri..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...