Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, February 7, 2010

Enjin Jet Hilang-Guru Kencing Berdiri,murid kencing berlari..


Perkara pertama yang difikirkan apabila membaca kenyataan Najib berkaitan kehilangan enjin jet, "La...lagu ni ketua kerajaan kita..'tebolahnya dia". "Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama...bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18", kenyataan Najib selaku ketua kerajaan Malaysia.

Kenyataan itu boleh ditafsirkan "Kalau hangpa nak curi pun, nak songlap pun tak pe, barang lama dibolehkan, curi aje, kalau barang baru hati-hati sedikit. Selaku bapak kepada bapak pencuri ni tak kisah sangat, janji buat senyap-senyap".

Kenapa Najib boleh berkata sedemikian seolah-olah tidak mengambil kira kenapa harta sebegitu boleh dilesapkan begitu mudah. Bagaimana sesuatu yang penting dianggap remeh-temeh. Apa yang dipertikaikan kenapa kelengkapan pertahanan akhirnya berada di Uruguay dan selaku ketua kerajaan boleh memberi kenyataan begitu. Apabila bercakap pandang-pandang, taklah orang mengutuk sakan.

Bukannya perkiraan tentang kemampuannya dan aset strategik tetapi yang digegerkan kenaapa begitu mudah ia boleh berhijrah sebegitu jauh ke Uruguay. Bagaimana ia melepasi sehingga ke sana. Mayat nak pergi keluar negara pun perlu pelbagai tapisan. Enjin jet hilang hanya dua yang kena. Adakah ia dikeluarkan tanpa melibatkan pihak-pihak lain.

Jadi puak-puak yang dikepalai Najib menganggap tiada pentingnya apabila sesuatu yang penting itu hilang. Sebab itu penyakit membalun harta rakyat begitu mudah dibereskan dan dipulun mereka kerana bapak borek anak rintik juga Najib kencing berdiri Zahid kencing berlari dan sama-sama lari.
Jangankan hilang Rosmah udah le ye!


p/s : Ini bukan soal harta kerajaan bukan asset lagi atau soal harta lama dan tak berguna lagi..Ini soal maruah negara dan soal keselamatan negara yang perlu lebih dikemaskan dan diperketatkan lagi.Adakah sebegitu mudah membawa keluar harta kerajaan ke luar negara pulak tu..Sepatutnya Ketua Kerajaan lebih memberikan tumpuan ke atas keselamatan negara yang kini diintai oleh negara-negara luar..dan jika ini kenyataan yang keluar serta memandang remeh keselamatan negara bermakna negara kita berada dihujung tanduk...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...