Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, July 26, 2011

Membazir adalah saudara Syaitan

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً
 Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]




Membazir biasa dikaitkan dengan consumption dan perbelanjaan. Pada takrif umum membazir adalah berlebih-lebihan daripada kadar sepatutnya. Contohnya: membuka pili air dgn lama sedangkan air yg digunakan hanya sedikit atau mengambil makanan yang banyak tetapi akhirnya tak habis dimakan. Membazir dalam harta pula adalah membelanjakan wang dengan berlebih-lebihan atau pada tempat yang tak kena pada nilainya. Selain wang dan harta, membazir juga sebenarnya boleh jadi dalam bentuk masa, tenaga dan pemikiran dan sebagainya. Ringkasnya, membazir adalah meng-allocate unsur-unsur tersebut ke satu tempat, yang sepatutnya boleh diletakkan di tempat lain yang lebih baik dan bermanfaat. Ini dipersetujui semua.


Ada benar dalam takrif ini. Namun, saya rasa masyarakat tidak berapa jelas tentang konsep membazir ini, terutama apabila dikaitkan dengan amalan syaitan. Ini kerana pembaziran yang sering ditekan-tekankan adalah berkenaan membeli rumah, makanan, pakaian, gasoline dan material-material fundamental sebegini, yang masih boleh dijustifikasi sekiranya mampu atau memerlukan consumption lebih. Jadi, kita tidak nampak di mana perkaitannya dengan syaitan lalu tidak terkesan dengan pengisytiharaan ayat 17:27.


Seorang Muslim perlu tahu apakah hakikat membazir dan bagaimanakah sesuatu consumption boleh dikatakan membazir. Kritikalnya seorang Muslim perlu mengetahui adalah kerana Allah SWT melabelkan pembazir itu sbg saudara Syaitan. Ini merupakan satu label yang sangat sangat menghinakan, di mana Rabb Pencipta yang disembah sekalian alam meng-adik-beradik-kan manusia dgn makhluk yang paling dilaknati dan dimurkaiNya. Takkanlah dengan sekadar makan lebih, terlebih beli barang, bil elektrik tinggi, tiba2 Allah cap sebagai saudara Syaitan.. Atau seseorang yg melepaskan diri dari semua tadi dgn ber-diet atau berpuasa atau guna NGV utk keretanya terus terselamat dari status tersebut? Jadi, perlulah kita teliti hakikat membazir sehingga ia menjunamkan manusia ke status yang menghampakan itu..


“Alamak, kena save ni, bulan depan nak pegi konsert!”


Imam Syafi’e telah memberi satu takrif membazir yang pada saya lebih “real”, dan menepati ayat 17:27. Beliau mendefinasikan pembaziran sebagai membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran; in other words, berbelanja di jalan kemungkaran. Yakni, spend utk melakukan maksiat, kerosakan alam dan masyarakat, kerosakan jiwa dan iman, dan perkara sia-sia lain yang dibenci Allah; tak kira dalam bentuk harta, masa, hidup, tenaga, umur, fikiran, cinta dan lain-lain nikmat kurniaan Allah, tetapi disalurkan kepada kemungkaran. Contohnya spend untuk ke disco, karaoke, wayang, CD atau DVD cerita atau lagu yang tak bermanfaat lagi mengarut, mahupun setiap Megabyte dan minit untuk mendownloadnya di internet, spend beli hadiah untuk girlfriend/boyfriend, membeli dan membaca novel dan komik tahyul, rokok, menyumbang kepada Yahudi, tiket konsert, kos penganjurannya (konsert), penganjuran aktiviti mengajak orang ramai menjauhi Islam dan perkara-perkara mungkar lain seumpamanya. Inilah hakikat pembaziran! Walaupun pada majoriti masyarakat hari ini, spend di jalan “ini” merupakan keperluan semasa, tanggungjawab pembangunan sosial, malah ada yang menganggapnya sebagai khidmat pulangan kepada masyarakat.



Tapi hakikatnya, segala yang membawa kepada kemungkaran adalah pembaziran yang sejati. Membazir! Walaupun sekecil seputung rokok; Ini kerana Syaitan menggunakan dari sekecil-kecil kepada sebesar-besar tenaga dan effort-nya untuk Mungkar. Oleh kerana itu, pembazir itu dilabel sebagai saudara Syaitan. Bukan sepupu atau bau-bau bacang, tapi saudara Syaitan. Kata “saudara” itu sendiri menggambarkan keserupaan dan betapa dekatnya golongan pembazir ini dengan Syaitan (Ust Zawawi Yusuf, 2008). Maka, apabila Allah sudah isytihar "Wa kaana asy-Syaitanu liRabbihi kafuura", mengapa manusia masih ingin menjalin hubungan persaudaraan yang akan membawanya kepada kekufuran lalu menjadi makhluk yg dilaknat Tuhannya? ......


Benarlah juga: Membazir boleh dalam bentuk wang, harta, masa, hidup, umur, tenaga, ilmu, cinta, fikiran, kerja, hati, ingatan dan sebagainya (Ibnul Qayyim). Segala sesuatu jika ditujukan untuk mengingkari Allah, ianya telah menjadi pembaziran yang merugikan.


اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ


Syaitan Telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka Itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang rugi. [58:19]


Berapa ramai sahabat Nabi, yang sebelum memeluk Islam, mereka menghabiskan wang, tenaga, masa dan pemikiran untuk menentang Islam.. tetapi setelah memeluk Islam, mereka bertekad untuk menggandakan apa yang mulanya digunakan untuk menentang Islam, tapi kini untuk mengembangkan dan mempertahankan Islam. Contohnya Ikrimah & Khalid RA. Mereka sedar expenditure mereka sebelum ini adalah pembaziran yang merugikan.. lalu mereka ingin “membayar ganti rugi” diri mereka dgn memberi bayaran yang sama atau berganda untuk Islam!


Jumhur ulama mengatakan tidaklah pula dikatakan membazir jika perbelanjaan itu dilakukan pada pekerjaan atau amal kebajikan dan kebenaran. Kerana itu, bagaimana pendapat anda tentang Abu Bakr dan Suhaib Ar-Rumy yang telah mengorbankan seluruh-luruh-luruh harta benda mereka untuk Allah.. adakah ia merupakan pembaziran? Pada saya, merekalah orang yang paling cermat berbelanja.. Orang yang menyimpan duit untuk melakukan maksiat bukan berjimat cermat. Mengikat perut untuk membeli tiket konsert bukan berjimat. Mengumpul duit untuk belanja girlfriend/boyfriend bukan berjimat.


“Alhamdulillah, aku dah save duit scholar banyak dah.. lepas ni cukup la duit nak beli buku Harry Potter 10 set”


Oleh itu, para pembaca sekalian, selepas ini, berhati-hatilah dalam perbelanjaan dan consumption anda. Pastikan anda tidak membazir! Rancanglah perbelanjaan anda ke jalan kebenaran dengan memenuhi hak-hak Allah, Rasul, dakwah, keluarga, diri sendiri dan ummah. Kalaulah di hujung bulan pun poket anda kosong dan badan anda letih.. sekurang2nya anda tidak "membazir"..


Wallahu’a’lam
#sumber
-------------------------------------------------------------------------------



24 Syaaban 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT ADUN TITI SERONG/
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK

Belum pun rakyat Malaysia hilang lelah dengan kenaikan harga barang rentetan penarikan subsidi sedikit demi sedikit oleh kerajaan Umno-Bn, ditambah pula lagi dengan pelaksaan GST (cukai 6%) terhadap beberapa barang dan juga perkhidmatan, kini rakyat bakal dibebankan semata-mata untuk menyenangkan hati pemimpin Negara yang zalim dan boros dalam perkara yang membazir dan tidak perlu.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan kononnya TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu di dakwa perlu ditukarkan kepada pesawat yang baru dan lebih canggih .

Saya ingin menjelaskan bahawa18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia yang dibeli tidak lama dahulu masih belum panas enjinnya, mengapa perlu ditambah kesengsaraan rakyat dengan perbelanjaan yang bersifat tidak penting dan terlalu mendesak.

Tambahan pula jangan kita lupa pembelian jet Sukhoi tersebut menimbulkan kontraversi sert amat meragukan dimana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).

Inilah yang dimaksudkan dengan belanja “atas angin” yang biasa berlaku dalam pentadbiran Umno-Bn yang telah ditentang Pakatan Rakyat sejak sekian lama. Keadaan yang sama berkemungkinan akan berlaku bila hasrat membeli pesawat baru itu ditunaikan dan tentunya sejumlah wang rakyat telah dibazirkan dan mengalir masuk ke poket pihak tertentu.

Pakatan Rakyat sebenarnnya tidak menentang sebarang cadangan yang baik termasuk dalam menyediakan kelengkapan yang canggih untuk pertahan negara, namun kewajaran perbelanjaan untuk perkara yang tidak terdesak mestilah ditangguhkan berbading dengan keperluan rakyat keseluruhannya yang perlu diutamakan terlebih dahulu.

Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada sektor pembangunan yang lebih signifikan untuk semua lapisan rakyat dan bukannya hanya sibuk untuk mengggunakan wang rakyat untuk perkara yang kurang penting.

Pesawat baru yang dicadangkan untuk dibeli ialah Eurofighter Typhoon iaitu pesawat yang digunakan oleh Negara maju seperti Britain, German dan lain-lain Negara eropah termasuk NATO yang telah melancarkan serangan di Libya dengan pesawat yang sama baru-baru ini.

Kos bagi sesebuah pesawat tersebut mencecah RM3 bilion, iaitu kurang 2 bilion dari kos Menara Warisan cadangan Perdana Menteri yang mendapat tentangan rakyat yang sedar bahawa itu juga bukan keperluan.

Persoalannya adakah wajar kerajaan berpesan supaya rakyat berjimat tetapi kerajaan sendiri tidak mengamalkan sikap bejimat dalam berbelanja.

Hakikatnya rakyat mempunyai kuasa undi untuk membatalkan usaha pembaziran ini, dan mereka boleh menyekat kuasa kerajaan Umno-Bn yang zalim dan membazir pada PRU 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Parit Buntar, 26 Julai 2011.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...