Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, July 28, 2011

Islam Sekular Di Malaysia?


Berita luarnegeri
WarkahDaily – Islam dinafikan di negara umat Islam. Walaupun berada di negara yang dipimpin orang yang mengaku Islam, tetapi kehidupan umat Islam ditekan dan ditindas dan didikriminasi secara teruk oleh pemimpin yang menjadi tali barut barat konon untuk memerangi keganasan.

Pemerintah sekular Tajikistan cuba menghalang remaja mendekati Masjid kerana bimbang dengan perkembangan syiar Islam.
Begitulah nasib penduduk di sebuah negara bekas Soviet yang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan kehidupan cara Islam oleh pemerintah yang mengamalkan pentadbiran sekular walaupun umat Islam merupakan umat majoriti di Tajikistan.

Minggu lepas, parlimen Tajikistan sebulat suara telah meluluskan satu rang undang-undang yang melarang sesiapa yang berusia di bawah 18 tahun daripada mengunjungi dan bersolat di masjid sambil mewajibkan mereka belajar di sekolah sekular kerajaan.
Seterusnya.......




Berita dalam negeri



WarkahDaily – Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.


Seterusnya..


Kerajaan Malaysia kini ibarat sebuah negara Islam yang sama dengan negara luar yang juga mengamalkan Islam Sekular dimana berita ini memaparkan kejumudan dan ketakutan yang tidak berasas langsung.Sepatutnya rancangan agama dibanyakkan apatah lagi untuk mentarbiah kanak-kanak agar mencintai Al-Quran dan berusaha memahami serta mengamalkannya.
Rancangan yang berbentuk hiburan diperbanyakkan dan didendangkan selalu mengajak rakyat menghampiri zina.Maka tidak hairanlah jika kes sosial terlalu banyak melibatkan kaum remaja malah orang dewasa juga kerana telah ditarbiahkan selama lebih 50tahun dengan hiburan serta sosial yang mengajak kepada kemungkaran. Kini ada rancangan realiti berbentuk nyanyian dan hiburan buat orang-orang yang dah berumur yang mana sepatutnya melebihkan amal daripada hiburan.
Jika beginilah pemikiran pemerintah maka amat wajib bagi orang-orang yangberagama Islam di Malaysia ini menghumbankan pemerintah yang sah zalim ini ke lembah hina dan moga mereka ini sempat bertaubat sebelum Malaikat Maut datang menjemput mereka.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...