Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, July 20, 2011

Kewibawaan POLIS tercabar

Oleh Mohamad Sabu

Sesebuah negara perlu mempunyai pasukan polis yang kuat. Polis memikul tanggungjawab yang amat tinggi, memastikan keamanan sesebuah negara dan masyarakat, melindungi rakyat dan memerangi penjenayah.

Sudah tentu polis terutama pegawai di peringkat tinggi mengikuti kursus undang-undang dan perundangan untuk menjalankan tugas pemeliharaan kedaulatan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Pasukan polis di antara tugas mereka menjunjung dan mempertahankan perlembagaan.


Kita mahu pasukan polis adalah satu pasukan yang cekap, kuat dan beramanah. Mereka perlu dilatih samada mencapai kecekapan mental dan fizikal yang maksima. Sudah tentu latihan-latihan untuk membina fizikal yang tampan, kuat, gagah dan berhemah perlu ada kepada setiap anggota polis. Sebagai rakyat kita amat berbangga melihat polis yang segak, tampan dan berdisiplin. Rakyat akan lebih berbangga dan melihat polis sebagai rakan pelindung kepada keselamatan dan keamanan mereka, sebaliknya penjenayah pula melihat anggota polis yang menakutkan mereka. Oleh itu anggota polis dan pasukannya mesti hebat, kuat, berhemah, bergaya dan berprestasi.

Apa yang berlaku di Malaysia, pasukan polis yang kuat disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk melawan rakyat yang bertangan kosong di samping kerja-kerja memerangi penjenayah. Himpunan BERSIH 2.0 dapat dilihat kekuatan fizikal pasukan polis digunakan untuk melawan rakyat yang tidak bersenjata.

Rakyat yang tidak suka kepada Barisan Nasional dianggap sebagai musuh negara. Mereka (pasukan polis) didoktrin untuk memerangi rakyat (pembayar cukai) yang tidak suka atau sealiran dengan parti pemerintah. Pasukan polis boleh menafikan ini, tetapi sebahagian rakyat melihat keadaan pasukan polis digunakan untuk memerangi mereka yang tidak sealiran dengan parti-parti Barisan Nasional.

Tugas menjaga keselamatan rakyat sudah mula bertukar kepada menjaga keselamatan parti pemerintah. Inilah yang berlaku kepada pasukan polis dalam dunia ketiga sebelum demokrasi sebenar dapat dikecap. Thailand, Indonesia, Filipina sudah mula melepasi “period” pasukan keselamatan menjaga parti pemerintah. Hanyalah tingggal Malaysia dan Burma di rantau ini yang masih menggunakan pasukan polis untuk melindungi parti pemerintah.

Saya yakin pasukan polis bersedia untuk merubah keadaan ini, supaya mereka dapat dilihat menjadi pelindung kepada perlembagaan dan rakyat jelata, daripada melindungi parti pemerintah. Saya yakin pasukan polis Malaysia juga berwibawa dan berintergriti untuk melakukan perubahan ini. Apabila saya berada di lokap Balai Polis Jinjang, saya amat berasa amat malu di mana bebrapa orang-orang tua yang berumur 60 hingga 70 tahun dibawa ke lokap semata-mata orang-orang tua ini disyaki menyertai Himpunan BERSIH 2.0. Apakah pasukan polis yang gagah perkasa ini, tugas mereka untuk memerangi orang-orang tua seperti itu? Kekuatan pasukan keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, menentang penjenayah? Sebaliknya digunakan untuk melawan rakyat.

Sayang, arahan ALLAH… “ hendaklah kamu menyediakan segala bentuk kekuatan, termasuk kuda kuat yang ditambat, untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu” , perintah ALLAH itu dilihat dilaksanakan di negara-negara barat, di mana bila berlaku himpunan aman seperti di England, Perancis, Belanda, Itali, German, Switzland, Autralia dan lain-lain lagi, pasukan polis melindungi himpunan dan perarakan rakyat sebaliknya mereka menyediakan kekuatan untuk membantu Israel menyerang Iraq, menyerang Afganistan dan menyerang Vietnam. Apa yang berlaku di negara orang Islam, pasukan keselamatan memerangi rakyat dan rakyat yang tidak sealiran dengan pemerintah dianggap musuh oleh pasukan keselamatan.

Rakyat menjadi gerun kepada pasukan keselamatan khususnya polis, sebaliknya musuh ALLAH dan musuh negara pula tidak gerun kepada pasukan keselamatan kita.

Sampai bila keadaan ini akan berubah, dan rakyat menunggu perubahan ini…..


Detikdaily.net

---------------------------------------------------------------


Video BERSIH akan ditayang pada media

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini memberikan jaminan bahawa siasatan berhubung dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 2.0 akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Rakaman pada 9 Julai itu kemudiannya, menurut Ismail, akan ditayangkan kepada pihak media.

"Saya sangat yakin dapat laporan dalam masa terdekat.

"Akan ada sesi melihat video bersama-sama media dan menjawab persoalan," kata Ismail dalam sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Ismail bagaimanapun enggan menerima seoalan daripada pihak media dalam sesi hari ini.

Beliau sebaliknya menggesa media dan orang awam supaya bersabar dan mengelak daripada membuat sebarang andaian sebelum siasatan tamat.

Menegaskan bahawa pihak polis tidak menyembunyikan sesuatu, Ismail meminta orang ramai menyerahkan gambar dan buktu video bagi membantu siasatan polis.

Ia boleh dilakukan dengan menyerahkan kepada pusat media polis atau menghubungi talian 03-2266 8321/8320.

Sementara itu, Bernama melaporkan, polis memerlukan masa untuk selesai melakukan penilaian dan penelitian oleh enam jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan itu.

"Kita perlukan masa. Kita perlu tahu jumlah sebenar orang ramai yang hadir semasa perhimpunan itu. Kami juga terpaksa temu bual anggota kami sendiri dan memanggil orang awam bagi mendapatkan fakta," katanya.

Semalam, polis meminta kerjasama orang ramai menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram itu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Ismail berkata jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu akan meneliti dan menyiasat kesemua bukti sama ada daripada polis sendiri mahupun daripada Internet bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut.

"Akhir-akhir ini, melalui pemerhatian saya (ke atas gambar dan video di Internet), saya dapati ada yang tidak tepat. Oleh itu, saya minta orang ramai bantu kami dengan serahkan bukti untuk membantu siasatan.

"Fakta ini penting supaya kita dapat kaji segala bukti yang ada dan dapat gambaran jelas," katanya kepada agensi berita nasional itu.

Ketika menjelaskan mengenai jawatankuasa khas itu, Ismail berkata ia terdiri daripada pegawai yang berwibawa dan berpengalaman dan jawatankuasa ini telah ditubuhkan minggu lepas yang bekerja 24 jam sehari bagi menyelesaikan siasatan. -mk

----------------------------------------------------------------
Nota :

Video dan gambar BERSIH 2.0 berlambak di Internet,tak ke terfikir boleh di download sendiri oleh Polis,perlu apa nak minta rakyat menghantar sendiri pada Polis.Nampak sangat POLIS kini sedang menghasilkan sendiri video unutk mengkelabui mata rakyat yang tidak tahu cerita sebenar dan yang tidak ada akses internet terutama orang-orang kampung dan di Felda-Felda .Selama mana mereka ingin menipu,rakyat sudah mengetahui tujuan dan niat mereka yang sebenarnya hanya ingin melindungi bangkai gajah yang membusuk,Tutuplah bagaimanapun bau busuk nya tetap tersebar luas dan takmungkin dapat ditutup lagi.

Tugas sebenar Polis kini adalah menipu rakyat bukannya membenteras jenayah lagi.Tugas membenteras jenayah hanya sambil lewa sahaja dan ambil jalan mudah,tembak saja sesiapa yang disyaki melakukan jenayah biarpun belum terbukti mereka melakukan jenayah,tutup kes dan merekayasa cerita untuk akbar bagi mengesahkannya.Kini rakyat memandang Polis dengan pandangan sinis dengan slogan-slogan mereka dan ada menyatakan kini Polis bukan PDRM tapi Polis Raja DiMalaysia,tak boleh ditegur atau dinasihati dan meminta Logo Polis yang tertera menjunjung Allah dan Rasul ditiadakan kerana tidak seiring dengan sikap dan integiriti Polis kini.Polis hanya menjadi alat dan budak suruhan pemerintah bukan lagi menjaga keamanan rakyat jelata.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...