Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, July 8, 2011

Rindu sistem pemerintahan Khalifah

Pergolakan politik di Malaysia kini di tahap membimbangkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian.Puncanya kerana ialah kerana sistem pemerintahan yang di amalkan sejak lebih 50 tahun dahulu tidak ditambah baikkan dengan sistem yang telah Allah turunkan dalam AL-Quran.

Kerana mengagungkan sistem pemerintahan ciptaan manusia maka kini lompong disana-sini telah membengkak dan membesar menjadi barah sehingga meninggalkan nanah.Ibarat orang yang sakit kronik ini hanya menanti ajal sahaja lagi dan kini hanya tinggal masanya untuk beramal sedikit sebanyak agar pembalasan di alam lain dapat di ampunkan.Akan tetapi kerana hati yang telah membeku dan hitam ditambah dengan keangkuhan dan kesombongan maka tiada apa yang dilakukan untuk kembali ke pangkal jalan yang lurus.

Rindunya kepada sistem pemerintahan Islam di zaman nabi dahulu dimana terbukti dalam sejarah Islam bahawa hanya Islam membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.Sistem Islam yang dipratikkan NAbi Muhammad S.A.W yang berjaya menyatupadukan penduduk Madinah yang pelbagai bangsa dan agama,harmoni dan berupaya meluaskan empayar keserata elusuk dunia.

Kini dunia dicengkam oleh dunia Barat dan Zionis terutama Usa dan Zionis.Yahudi telah termaktub di dalam Al-Quran sebagai bangsa yang tidak akan senang dengan Islam dan seboleh mungkin akan memporak peranda dunia Islam seluruhnya.Misi mereka kini berjaya dimana semua sistem kehidupan umat Islam kini berada dalam cengkaman mereka.Yahudi tahu jika mereka memerangi Islam secara keganasan mereka tidak akan berjaya,tetapi dengan melemahkan Islam secara dalaman dengan ejen-ejen perosak mereka di serata dunia,melalaikan umat Islam dengan 3 perkara Hiburan,Perempuan dan Sex maka kehancuran telah mulai merosakkan umat Islam dari dalam.Tiada pegangan akidah yang kuat maka amat mudah mereka menghancurkan Islam.Moga Allah melindungi kita semua.

Kenapa USA dan Barat takut dengan pemerintahan Khalifah? Adakah pemerintahan Khalifah seperti sebuah kerajaan Republik atau Persekutuan? Pada pandangan saya, pemerintahan Khalifah merupakan satu sistem yang mempertanggungjawabkan kepada seorang pemimpin yang dilantik dan diiktiraf memerintah sesebuah wilayah atau negara untuk menjaga hak dan keselamatan wilayah atau negara yang mempunyai fahaman yang sama dengannya iaitu Islam. Sebenarnya, dalam bentuk sistem kerajaan yang ada pada hari ini sistem khalifah masih boleh dipraktikkan melalui penubuhan kesatuan seperti OIC.


Namun, kesatuan ini lesu dan tidak diterajui oleh seorang pemimpin yang ultra yang mampu menggerakkan pertubuhan ini secara lebih efektif. Yang berlaku sekarang adalah, masing-masing mementingkan diri sendiri dan sukar untuk saling mempercayai sesama sendiri. Semua ini berlaku kerana tiada ukhwah Islamiah atau persaudaraan Islam sejati, yang ada adalah persaudaraan atas kepentingan ekonomi dan kuasa. Disebabkan ekonomi bergantung kepada USA dan barat maka kepentingan untuk menjaga hubungan dengan USA dan barat diutamakan. Begitu juga kuasa mereka bergantung kepada bantuan bekalan senjata dari USA dan barat untuk mempertahankan kekuasaan mereka dari pemberontak dalaman dari kalangan rakyat mereka sendiri serta hasutan dari USA yang memfitnah Iran sebagai ancaman kepada dunia Arab lain.

Negara-negara Islam hari ini terutama di dunia Arab sebenarnya telah dipecahbelahkan oleh musuh Islam yang berselindung di belakang pentadbiran negara USA iaitu yahudi Israel. Bukan saja negara Islam saja yang dipecahbelahkan malahan pegangan agama umat Islam di seluruh dunia pun cuba dipecahbelahkan dengan pelbagai fahaman hedonisme, jenama-jenama yang mengagungkan budaya hidup USA, fahaman-fahaman kebebasan dan sebagainya. Tanpa disedari, mereka yang mendokong budaya USA dan jenama USA ini secara tidak langsung telah dijajah oleh USA melalui pemikiran dan minda mereka.

Seharusnya, dikalangan negara Islam perlu mempunyai seorang pemimpin yang ultra berani bukan saja hanya tahu bersuara lantang di persada forum dunia tetapi lebih penting memulakan segala apa yang dilaungkannya itu dalam negara yang berada dibawah pemerintahannya sendiri. Jika dia bersuara pertingkatkan kemajuan ekonomi negara Islam maka ia perlu dimulakan di negaranya sendiri. Memang akan ada pemimpin negara Islam lain yang tidak mengambil peduli tetapi akan ada dikalangan rakyat mereka yang pakar dalam bidang ekonomi akan berusaha untuk membantu merealisasikan saranan tersebut. Sudah ada pemimpin sebegitu sebelum ini dan ia adalah dari negara kita sendiri. Apa yang dikata akan dikota, tidak kira kawan atau lawan semuanya hormat.

Jika sistem khalifah dipraktikkan dalam OIC, tentunya kepimpinannya berupaya untuk mengarahkan setiap negara Islam yang berada dibawah naungannya untuk menghantar tentera ke Palestin bagi menghalau keluar tentera Israel dari tanah yang telah dirampas dan dicerobohi. Malangnya, negara Islam di dunia Arab terlebih dahulu telah dikuasai oleh USA melalui pengaruh dan pengkalan tenteranya. Inilah yang dikatakan sebagai 'Yajud & Majud', binatang bertubuh manusia keluar melata dari sarangnya di USA ke seluruh pelusuk dunia mewujudkan pengkalan tenteranya untuk memecahbelahkan bangsa-bangsa lain di dunia. Sesiapa yang menentang akan dimusnahkan dengan kejam.

Sementara 'Dajal' sewenangnya mengarah pengikutnya yang diberi habuan harta benda dan pangkat, kemudiannya melaksanakan perintah 'dajal' untuk menguasai dunia melalui teknologi dan komputer. Teknologi untuk memusnahkan harta benda dan komputer untuk merosakkan pegangan agama dan pemikiran manusia. Perkembangan peristiwa yang berlaku pada hari ini telah banyak memberi kefahaman tentang akhir zaman yang pernah diberitakan sama ada melalui wahyu mahupun hadis nabi. Justeru, sebagai umat Islam berhati-hatilah jangan sampai kita terpengaruh dengan fitnah 'dajal'. Jika umat Islam bersatu dan berpegang teguh pada ajaran Islam pastinya 'dajal' itu tidak berupaya 'memerintah' jika tiada orang yang hendak menurut perintahnya.

'Yajud & Majud' itu tidak akan mampu mengganggu gugat keselamatan dan keamanan umat Islam bila mana melihat segerombolan umat Islam bersatu berjuang bergerak dari semua arah timur, barat, utara dan selatan mengepung kedudukan pengkalan tentera mereka. Umat Islam kini ada di pelusuk dunia namun ia ibarat buih yang mudah dibawah arus dan pecah dipukul ombak, bukankah lebih baik kelebihan ini digunakan untuk mengepung kedudukan musuh Islam. Umat Islam memerlukan seorang lagi pemimpin yang berani, pemimpin yang digambarkan seperti 'Imam Mahdi' untuk menyatupadukan umat Islam. Mengepung kedudukan musuh seperti 'Saladin atau Salehudin al-Ayubi'.

Ramai dikalangan kita umat Islam biasa menanti kehadiran 'pemimpin' itu untuk 'bersekutu' dengannya, namun awas jangan pula sampai terpedaya dan terperangkap dengan pemimpin yang berjuang melalui pertubuhan 'pengganas'. Untuk membezakan keduanya adalah melalui pendekatan yang digunakannya iaitu 'diplomatik'. Pemimpin pengganas tidak berjuang melalui saluran diplomatik. Jika diplomatik melalui rundingan gagal maka tindakan tegas diambil, itupun masih juga melalui diplomatik iaitu kerjasama tentera kerajaan Islam yang bersekutu. Fikir-fikirkanlah.
*sumber

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...