Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 3.0 JIKA TAK BERUBAH!

Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

”Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

”Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,”ujarnya.

”Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,”ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

”Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,”ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat. -Harakah Daily

------------------------------------------------------------------------------
 Lihat bilamana manusia dihalang,dicemuh,dihina dan dikongkong kebebasannya...maka kekuatan rakyat yang sebenar terserlah..Sedarlah wahai pemerintah kamu berdiri di sana kerana rakyat dan rakyat jua yang akan menjatuhkan kamu.Hentikan segala kebobrokan dan kekejaman kamu dan bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka.Ingatlah pemimpin,hakim dan ketua-ketua yang pertama dihisap di padang mahsar kelak,dimana akan dipersoal keatas mana kebertanggungjawaban ke atas orang yang dipimpin.


Rakyat umpama air yang suci mengalir dan biarkan ia mengalir dengan tenang dan sekiranya kamu menghalang tidak mustahil ianya akan menjadi tsunami yang ganas dan akan memusnahkan apa sahaja di laluannya.Buktinya jelas dan  terpampang di serata antero dunia maya..SAKSIKANLAH DGN MATA HATI WAHAI PEMIMPIN!!!

KEBANGKITAN INI
Teruskan kebangkitan ini
Undur bukanlah pilihan kini
Melangkah gagah berani
Demi kelangsungan generasi

Ayuh kita warisi generasi mendatang
Dari pengorbanan tidak megenal aral melintang
Walaupun dikekang
Agar mulia dipandang

Pedulikan kesakitan
Pedulikan kecaman
Pedulikan tohmahan
Pedulikan hukuman

Mara tetap mara
Undur bukan mutiara kata
Biar pedih di mata
Biar berdarah luka
Biar kita hancur binasa
Kita manusia mulia
Dan kita bakal tidak dilupa

DIHUJANI AIR BERACUN.... 

RAKYAT DI HINA 

INILAH DIA PENGUASA KEJAM... 










No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...