Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, June 1, 2011

Lynas Nadir Bumi: Negara maju menolak,Malaysia menerima..semua kerana tamak haloba.




Wednesday, June 1, 2011
Panas: Lynas Sembunyikan Fakta, Setengah Juta Asid Berbahaya Yang Boleh Hasilkan Radio Aktif Di Lepaskan Oleh Kilang Tersebut Setiap Tahun !!

KUANTAN, 1 Jun - Lynas Corporation ternyata telah menyembunyikan maklumat berguna kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang kononnya bahan radioaktif yang akan dikeluarkan oleh kilang tersebut di Gebeng tidak berbahaya kepada orang ramai, walhal ia adalah sebaliknya.

Ini didedahkan oleh wakil aktivis rakyat "Save Malaysia Stop Lynas" dalam pertemuan mereka ketika membentangkan perkara itu kepada pakar-pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Hotel Hyatt dekat sini semalam. Wakil mereka Lim CK dan Andansura mendedahkan satu maklumat yang diambil daripada EIA yang dibenatngkan oleh kerajaan seperti dipamerkan di IPK, perpustakaan awam, pejabat Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain lagi.

Maklumat yang dipamerkan itu telah disalin semula (copy) oleh pihak terbabit dan antara lain memaparkan jumlah asid yang akan dikeluarkan oleh Lynas ialah sebanyak 505,420 tan setahun. Ini bermakna asid sebanyak setengah juta setahun bakal digunakan oleh Lynas untuk proses mengasingkan sisa buangan rare earth tersebut.

Malah Lynas dipercayai akan menggunakan Asid Sulfurik dan Asid Hidrocloric sebanyak 110,238 tan setahun + 146,774 tan setahun = 257,012 tan setahun. Maknanya penggunaan asid berbahaya tersebut dalam masa sehari untuk ialah 700 tan sehari. Berdasarkan maklumat saintifik, dua asid ini bila bercampur maka gas radon akan terbebas ke udara. Radon merupakan gas radioaktif yang menyebabkan penaykit kanser paru-paru. Apakah pakar-pakar antarabangsa IAEA faham dengan semua ini?.


Sila klik untuk besarkan bukti dan melihat maklumat yang dinyatakan
Baca juga tentang fakta betapa bahayanya gas radon di SINI

Sumber*

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...