Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, June 16, 2011

Si Jahil Menghina Agama





TERKINI @ 07:45:30 PM 15-06-2011

Oleh Syed Mu’az Syed Putra June 15, 2011
MalaysianInsider

Karikatur disiarkan Utusan Malaysia di halaman 15 hari ini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.

Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.

Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.

“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.

“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.

“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.

Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.

“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.

“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan juga mengecam sekeras-kerasnya Utusan Malaysia.

“Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan aspek sistem keadilan di dalam Islam dengan memaparkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan diminta mendatangkan empat orang saksi serta ditolak bukti melalui rakaman videonya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari dalam satu kenyataan.

Kata beliau, jelas sekali mesej yang ingin disampaikan oleh rakaman tersebut ialah betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat orang saksi lelaki yang adil dalam penghakiman kes zina serta liwat dan rogol.

“Perlu diingatkan bahawa, penentuan ini bukan dibuat oleh mana-mana pemimpin pembangkang khususnya PAS seperti yang mungkin ingin disampaikan melalui kartun tersebut, tetapi ia dibuat melalui firman Allah SWT,” katanya.

Tambah beliau, akhbar seperti Utusan Malaysia yang mendakwa membela Islam pula yang menjatuhkan maruah Islam dan memperlekehkan aspek penghakiman dalam kes zina dan rogol dengan menyiarkan lakaran kartun seperti ini.

Justeru, kata beliau, pihaknya menuntut supaya Utusan Malaysia menarik balik lakaran kartun ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia di atas kebiadapan menghina Islam dan sistem perundangannya.

“Utusan Malaysia juga sewajarnya layak diisytiharkan sebagai akhbar biadap yang paling bangsat di Malaysia di atas penyiaran lakaran kartun ini,” katanya.

------------------------------------------------------------------------
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”

surah al-A’raaf ayat 199



“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman.Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

surah al-Baqarah ayat 13



Sabda Baginda saw "Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat adalah seperti orang yang berteman dengan penjual minyak wangi dan tukang besi." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



Bismillah

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.



Syukur padaMu Allah Maha Mengetahui kerna memberikan setitik ilmu buat panduan hidupku ke arah kebaikan dan keimanan.Dengan ilmu yang sedikit ini aku berkongsi dengan teman-teman melalui nota-nota Kisah Teladan.Nota ini buat diriku dan keuarga,juga teman-teman dan keluarga mereka.



Kehidupan ini adalah indah,namun ramai manusia tidak menghargai kehidupan.Mereka hidup mencari wang dan harta namun tidak mengiringi kehidupan dengan ilmu,amalan,iman dan takwa.Hidup ini amatlah pantas dan singkat.Ramai hidup hari isnin dan selasa meninggal dunia.



“serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”Ayat Quran tersebut jelas menyuruh kita menjauhi manusia jahil.Mengapa Allah swt menyuruh kita menjauhkan diri dari manusia jahil?



Manusia jahil mempunyai beberapa jenis iaitu :

1.Manusia jahil dan sedar dirinya jahil namun tidak mahu mencari ilmu.

2.Manusia jahil namun tidak sedar dirinya jahil serta tidak mahu mencari ilmu.

3.Manusia jahil dan menyeru orang lain agar jahil seperti mereka.

4.Manusia jahil dan berusaha membenci pendakwah dan manusia yang menyeru kepada kebaikan.

5.Manusia jahil yang mahu mengubah dirinya dan berusaha mencari ilmu.





Dalam lima jenis manusia jahil,hanya yang kelima kita dibenarkan berkawan dengan niat mendakwah mereka agar mereka berubah dan mendapat ilmu dan iman dalam diri mereka.Manakala jenis pertama hingga keempat adalah manusia yang tidak perlu dijadikan teman.



Allah swt menyuruh kita menjauhi manusia jahil kerana beberapa sebab :

1.Manusia jahil akan berusaha menyuruh kita melakukan dosa,kejahatan dan maksiat.

2.Ramai manusia beriman seperti suka menutup aurat namun berubah menjadi wanita yang seksi dan tidak menjaga aurat setelah berteman dengan manusia jahil.Begitu juga ramai manusia beriman suka membayar zakat namun mengabaikan zakat setelah berteman dengan manusia jahil.

3.Kita akan menjadi saksi di akhirat dan akan ditanya tentang tanggungjawab dakwah kerna membiarkan mereka melakukan pelbagai perbuatan keji dan mungkar.

4.Manusia jahil suka memperolokkan agama ,malah mereka murtad apabila sengaja mengeluarkan perkataan menghina Islam.

5.Manusia jahil akan berusaha menjadikan lebih ramai manusia seperti mereka kerana manusia jahil di dalam jiwanya adalah pujukan syaitan .Manusia jahil juga boleh ditakrifkan sebagai agen atau manusia penyuruh syaitan untuk menyesatkan manusia.



Manusia jahil berada di mana-mana sama ada mereka terdiri daripada keluarga kita,teman sekerja,jiran,saudara mara,kerabat,malah ibu bapa kita sendiri.Walaupun ibu bapa kita termasuk jahil yang disuruh menjauhinya namun kita tidak boleh melakukannya kerana tanggungjawab seorang anak adalah memberi kasih sayang kepada mereka walaupun mereka jahil.Anak juga berkewajipan mendakwah ibu bapa yang jahil kerna anak diberi amanah untuk berusaha mendakwah ibu bapa dengan hikmah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mendakwah ayahnya Azar.Malah Islam mewajibkan seorang anak menghormati ibu bapa walaupun mereka bukan Islam.



Quran membawa kisah Nabi Ibrahim a.s agar manusia mendapat pengajaran bahawa seseorang yang beriman tidak semestinya lahir dari ibu bapa yang beriman.Nabi Ibrahim a.s adalah seorang Nabi dan Rasul,namun ayahnya adalah penyembah berhala dan mati dalam kekufuran.



Dalam kehidupan manusia,walaupun ayahnya seorang Mufti,anaknya tidak semestinya beriman seperti ayahnya.,Perkara ini banyak berlaku dalam masyarakat.Seorang imam mempunyai anak dan anaknya mempunyai kedai cyber cafe dan membuka cyber cafe pada waktu tengah malam (ditutup pintu depan seakan ia telah ditutup dan memberi pelanggan memasukinya melalui pintu belakang ) dan membiarkan pengguna internet membuka laman web lucah sesuka hati.Ini adalah kisah benar yang berlaku namun ayahnya seorang imam tidak pernah ambil peduli dan menasihati anaknya.




Membuka premis cyber cafe adalah halal,namun sengaja membiarkan pengguna internet bermain judi dan melayari laman web lucah adalah haram.Dalam istilah hukum fekah apa sahaja yang membawa kepada haram adalah haram.Jadi asal bisnes adalah halal namun tindakan sedemikian menyebabkan rezeki bercampur antara halal dan haram.Amat kasihan anak dan isterinya memakan harta haram.



Seorang Nabi dan Rasul pun telah ditakdirkan mempunyai ayah yang kufur.Bagaimana dengan kita manusia biasa?

Terlalu ramai manusia berteman dengan manusia jahil terutama sekali kerabat dan pasangan rumah tangga.Ada seorang isteri pernah menceritakan suaminya tidak mengalakkannya ke masjid untuk belajar ilmu agama,malah menyembunyikan kunci supaya isteri tidak dapat keluar rumah belajar ilmu agama.Ada pula isteri mengirimkan duit kepada suami yang membeli nombor ekor,malah memberitahu nombor ramalan kepada suaminya.Pelbagai kisah masyarakayt yang berlaku pada zaman ini.



Amat menghairankan apabila seseorang isteri sanggup tidur dan makan dengan suami yang suka minum arak,menagih dadah,berjudi dan melakukan pelbagai dosa besar.Isteri dibenarkan Islam untuk menuntut cerai jika bersuamikan manusia jahat agar tidak terus berkongsi dosa dengan suami yang jahat.Ramai isteri tidak memohon cerai kerana malu menjadi janda dan terus bersama suami yang jahat.Apa yang paling teruk adalah isteri yang memiliki suami yang hidup dengan hasil judi dan sumber haram,namun masih setia dengan suami.Mereka hidup makan makanan haram yang diberikan suami setiap hari dan bulan hinggalah meninggal dunia.



Ramai manusia mengeluh,di mana mahu mencari manusia beriman?di mana-mana sahaja jiran dan teman,saudara mara suka mengumpat,berbohong dan melakukan maksiat.jadi apakah jalan penyelesaiannya?



Kita diajar untuk menjauhi manusia jahil,namun Islam tidak pernah mengajar kita memutuskan silaturrahim sesama manusia yang islam atau bukan Islam.jadi apa yang perlu kita lakukan adalah jika bertemu manusia jahil,cukuplah bertanya khabar.Tidak perlu berada lama dengan manusia jahil terutama sekali manusia yang terkenal dengan suka mengumpat dan memfitnah.Begitu juga manusia jahil yang suka menghina agama.Walaupun kita tidak mengumpat dan memfitnah namun jika kita berada di kalangan manusia suka mengumpat dan memfitnah kita juga akan mendapat dosa,malah akan ditanya oleh Allah mengapa kita tidak menjauhi mereka sdgkan kita mampu melakukannya?



Adakah kita mahu masuk Neraka hanya kerana berteman manusia jahil yang suka melakukan perbuatan dan maksiat?sudah tentu tidak.Dalam dunia ini terlalu ramai manusia beriman dan bertakwa,mengapa memilih manusia jahil yang boleh membawa kita ke Neraka?



Ramai gadis yang baik dan beriman memilih suami yang jahil kerana cinta atau kedudukan dan pangkat lelaki tersebut.AKhirnya isteri tersebut juga menjadi jahil dan melahirkan anak-anak yang jahil dan jadilah keluarga jahil murakkab (jahil keturunan bertali-tali ).



Manusia jahil amat berbahaya dalam Islam.Mereka bukan sahaja tidak berilmu,malah mengajak manusia lain sesat dan jahil seperti mereka.Contoh yang mudah adalah pegawai bank yang menguruskan akaun dan sistem haram seperti fixed Deposit dan ianya jelas haram kerna mengamalkan riba.Ramai pegawai yang menjaga bahagian FD adalah beragama Islam dan menyeru pelanggan islam agar melabur dalam FD.Itulah contohnya manusia jahil menyeru orang lain terlibat dalam kejahilan dan mereka semua akan terpalit dosa dan menjadi ahli Neraka nanti.Begitu juga manusia yang terlibat dalam insurans haram mengajar pelanggan Islam menyertai insurans mereka.

Terlalu banyak masalah ditimbulkan manusia jahil berbanding kebaikan.Quran menyuruh manusia menjauhi manusia jahil untuk kebaikan manusia sendiri.

Yang Maha Sempurna hanyalah Allah Maha Mengetahui dan diri sendiri manusia yang mempunyai banyak kelemahan dan kesilapan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...