Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, May 25, 2011

Umur dan Harta

Pertanyaan Allah tentang umur, ilmu, harta dan anggota badan.

Pertanyaan Allah tentang umur.


Semua makhluk akan ditanya apa pekerjaan mereka termasuklah para Nabi. Adalah amat menyedihkan jika orang yang dikurniakan umur panjang mensia-siakan hidupnya dengan memperbanyakkan tidur dan membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan manfaat. Orang yang cerdik, tidurnya adalah satu ibadat. Tidurnya adalah tidur orang yang soleh. Tidur menjadi ibadat apabila ia membaca surah-surah atau ayat-ayat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebelum tidur.


Pertanyaan Allah tentang ilmu.Dari mana ilmu yang kita dapat dan sejauhmana ilmu itu telah kita amalkan? Imam Nawawi ra berkata, amalan sunat sangat banyak dan hendaklah dikerjakan. Amalan sunat ini hendaklah dilakukan dengan sempurna sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dengan cara itu barulah kita benar-benar beramal dengan ilmu tentang sunnah yang telah disampaikan kepada kita. 


Contohnya, kita hendaklah menunaikan sunnah beriktikaf didalam masjid didalam bulan Ramadhan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ataupun berpuasa Isnin dan Khamis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup atau mengerjakan solat sunat tasbih sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan sebagainya. Ilmu akan ditanya Allah Ta’ala. Kebanyakan penghuni neraka masuk ke neraka bukan disebabkan kejahilan mereka tetapi adalah kerana mereka tidak mengamalkan ilmu yang telah disampaikan kepada mereka. Apabila dimasukkan ke dalam neraka, mereka merintih kerana menyesal tidak beramal dengan ilmu yang telah disampaikan.


Pertanyaan Allah tentang harta.

Ada dua perkara yang akan ditanya iaitu dari mana harta diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan. Kalau dibelanjakan untuk jalan kebajikan tetapi harta yang dibelanjakan itu diperolehi dari jalan rasuah maka harta tersebut tidak dikira sebagai kebajikan.


Pertanyaan Allah tentang anggota badan.

Allah Ta’ala akan tanya kita kemana nikmat yang telah Ia berikan kepada kita di hari Akhirat kelak. Tangan kita guna untuk apa? Mulut kita makan benda apa? Kaki kita bergerak ke mana? Dan seterusnya. Maka atas sebab itu, kita hendaklah menjaga kelakuan dan perbuatan kita dengan sebaiknya kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi dan berbicara di hadapan Allah Ta’ala. 



Apabila berbicara di hadapan Allah Ta’ala, anggota badan tidak akan berdusta. Imam al-Ghazali berkata, Hendaklah kita bermuhasabah setiap hari sebelum kita tidur. Fikir apa yang telah kita buat disiang hari sejak dari pagi. Kemudian, pohonlah kepada Allah dan mintalah kepada Allah agar mengurniakan yang lebih baik untuk esok harinya dan bertaubatlah kepada Allah tentang segala keburukan yang telah kita lakukan pada hari itu. Kita hendaklah berazam untuk menambah amal ibadah dan melakukan kebajikan di masa akan datang. Tidur[1] itu adalah satu alat untuk kita berazam melakukan yang lebih baik esok harinya.














No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...