Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Monday, May 16, 2011

Lagi berita mau tipu rakyat..


Sekejap kata tak dinaikkan tahun ni,sekejap kata tak jamin..Apa la punya Menteri ..flip flop dan tiada pendirian.Jika begini pasti tak lama lagi minyak petrol yang kebanyakan rakyat Malaysia guna Ron95 akan dinaikkan dan pastinya situasi domino akan berlaku lagi sekali dan berkali-kali.Sedangkan tahap kehidupan rakyat umumnya tetap tidak berubah tahun demi tahun malah makin perit menjalani kehidupan keran kenaikan harga barangan akibat sikap pemerintah yang lebih mengejar keduniaan  tidak memperdulikan nasib rakyat keseluruhannya.Hanya segelintir di kalangan mereka sahaja yang tidak peduli situasi ini kerana memiliki segalanya kecuali iman.Hadis Nabi mengatakan jika pemimpin yang dilantik tidak menjalankan tugasnya dengan amanah setiap tindakan dan kata hitungnya akan diperkirakan setiap patah katanya dan diperkirakan beratnya serta akan digantungkan ke lehernya selama mana perbuatan itu dilakukan.
 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
NONEBeliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada Bernama di Putrajaya, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

"Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu," katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.


Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...