Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, May 6, 2011

Minyak Oh Minyak!!





Harga RON97 adalah RM1.80 seliter ketika mula-mula RON95 diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Waktu itu rakyat telah dicemburui oleh kerajaan kerana memperolehi harga minyak yang RON97 yang sangat murah berbanding negara jiran.

Rakyat Malaysia yang sebelum itu berdepan kenaikkan 78sen sekaligus oleh kerajaan BN pimpinan Paklah, telah berasa lega kerana penurunan semula harga minyak hingga ke lantai harga lantai RON97 sekitar RM1.80 per liter. Penurunan harga minyak adalah berkadar terus dengan harga minyak dunia yang turun merundum setelah mencecah kemuncaknya pada Ogos 2008 (seperti jangkaan Anwar Ibrahim dalam debat bersama Shabery Cheek). Maka rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON97 yang cukup melegakan.

Di atas kelegaan rakyat, kerajaan pimpinan Najib pula yang tidak berasa senang. Bagi mereka, rakyat tidak boleh begitu bersenang lenang untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Harga minyak yang murah akan menyebabkan rakyat tidak berjimat, selalu balik kampung dan akan kerap bercuti. Ini satu pembaziran pada pandangan pihak kerajaan pemerintah.

Tindakan menaikkan semua RON97 secara mendadak hanya akan mendatangkan kemarahan rakyat. Maka hadirlah idea memperkenalkan minyak komersial RON95 bagi menggantikan RON97 sebagai minyak premium negara.

RON95 adalah minyak komersial untuk negara-negara yang tidak mempunyai pengeluaran minyak. Minyak RON97 adalah terlalu bermutu untuk digunakan oleh rakyat kelas ketiga seperti rakyat kebanyakkan di Malaysia. RON97 hanya untuk golongan berada manakala RON95 pula untuk golongan biasa, Malaysia juga punya kasta dalam penentuan harga minyak dalam negara.

Kerajaan dengan sengaja meletakkan penetapan harga RON95 pada suatu harga mampu, supaya rakyat boleh berdiam diri apabila harga petrol RON97 naik sedikit demi sedikit. Sedar atau tidak sedar harga RON97 sekarang adalah RM2.90 seliter, menokok RM1.20 seliter daripada harga sebelum rakyat diperkenal petrol komersial RON95. Dengan idea RON95, kerajaan berjaya mengelak sebarang kebangkitan rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak. Bijak bukan? Tidak sia-sia kerajaan membayar RM77 juta kepada APCO.

Hari ini kerajaan telah berjaya menjadikan harga minyak RON97 setinggi RM2.90 seliter. Teringat suatu ketika dulu kita sering mendengar harga minyak dalam negara akan menokok sehingga RM3.60 seliter, dalam keadaan tiada lagi subsidi untuk RON97. Sekarang, ianya bakal menjadi kenyataan di mana minyak yang biasa kita gunakan sejak tahun 90an hingga tahun 2009, akan diharamkan untuk tangki enjin kita apabila ia akhirnya mempunyai perbezaan harga yang ketara dengan RON95. Petrol RON97 tidak lagi menjadi minyak rakyat negara Malaysia sedangkan bumi bertuah Malaysia ini sebenarnya mempunyai simpanan minyak yang paling berkualiti dalam dunia.

Inilah yang kerajaan mahukan, rakyat berhempas pulas untuk mendapatkan minyak yang berkualiti walaupun sebenarnya apa yang dihempas pulas oleh rakyat itu adalah hak milik sendiri. Tidakkah diri ini rasa dihina? Tidakkah rakyat kebanyakkan berasa dihina apabila membayangkan, kita semua tidak layak memiliki minyak yang lebih berkualiti? Bukan kita mahukan ia secara percuma, tetapi dengan harga yang berpatutan termasuklah dengan subsidi yang sebenarnya milik abadi rakyat Malaysia selagi minyak masih ada.

Beringatlah wahai rakyat Malaysia, hari ini kamu diperlekeh, hari ini kamu dihina, setiap kali harga minyak RON97 naik, setiap kali itulah kita dihina oleh kerajaan pemerintah.

Sudahlah sebelum ini kita dapat mengetahui Proton Waja dan Perodua Myvi keluaran Malaysia adalah jauh lebih murah apabila dijual di pasaran negara arab, Britain dan Australia. Kini kita mengetahui minyak keluaran Malaysia dijual di luar negara dan minyak arab yang kurang kualiti itu dijual pula dalam negara dengan harga yang cukup mahal.

Tidakkah anda rasa rakyat Malaysia umpama merempat di negara sendiri? Tidakkah anda rasa seperti dibangsatkan oleh kerajaan Malaysia?

Sumber*


Nota :

Selamanya rakyat akan kena dahulu..dulu,kini dan selamanya selagi gerombolan ini berkuasa.Rakyat tidak akan merasa minyak murah seperti rakyat Venezeula atau setidak-tidaknya macam Brunei..Rakyat mereka bahagia minyak murah,kereta murah tanpa cukai jalan,pendidikan ditaja kerajaan hingga ke Universiti dan matawang mereka stabil dan bernilai tinggi dari Ringgit Malaysia.Semoga Perjuangan Rakyat menumpaskan gerombolan ini berhasil dengan usaha dan doa dari rakyat yang tertindas kerana kezaliman pemerintah kini.Insaallah..Insaallah..ada jalannya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...