Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, September 30, 2010

Realiti Show TV Malaysia Vs TV Indonesia

Realiti show Tv Indonesia..



Realiti show Tv Malaysia



Duhai pembaca yang manakah membina iman dan takwa untuk generasi mendatang?
Sila beri komen yang membina..terima kasih

Harap pagar,Pagar yang makan padi..

Kisah ini dirujuk...

Polis dibidas curi bahan bukti

KUANTAN 29 Sept. - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini membidas pihak polis berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.

Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.

Kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu dibawa ke mahkamah selepas polis berjaya menahan sebuah kontena berisi 10 tong mengandungi syabu di Rompin pertengahan tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, perbicaraan kes itu diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu yang dibuat oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.

"Amat mengejutkan apabila mahkamah dimaklumkan beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas.

"Perkara itu diakui sendiri salah seorang saksi pendakwaan terbabit mencuri satu daripada peket dadah. Kiraan kasar dadah yang dicuri itu adalah kira-kira 40 kilogram," katanya.

Malangnya, kata Akhtar, anggota polis yang terbabit mencuri barang kes itu hanya dikenakan tindakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan.

"Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara," jelasnya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah 'memandang sebelah mata' dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.

Terdahulu, Akhtar menyatakan, tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan selepas pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Selain itu, katanya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua saksi penting berhubung kes itu menjadi faktor penentu kepada kes berkenaan.

Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu.

Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kegembiraan tertuduh hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila dia ditahan polis sejurus melangkah keluar dari mahkamah.

Difahamkan, penahanan pemandu lori itu dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaram dan Bob Arumugam.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula bulan lalu.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin pada 2 Mei 2009.

Bagi membantu siasatan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu, polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 30-an.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Komen Wak :

Apa nak diharap pada Polis..Polis curi dan edar dadah..Apa diharap pada Polis..polis kejar dan tembak jika kamu lari kerna tiada lesen..Apa di harap pada Polis..saban waktu jenayah berlaku..penjenayah lebih takut hantu dari Polis..Apa di harap pada Polis..buat Demo pasti kena water canyon berisikan air berasid..Bilakah POLIS menjadi seperti zaman kami kanak-kanak bermain Polis Sentri..dihormati dan disegani serta ditakuti penjenayah..

Wednesday, September 29, 2010

Sistem Pendidikan Sedang Dicabul




Dari email:
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa
orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di
dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah
lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk
mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor
hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan
yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam
peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh,
tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah
biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan
pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar
dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan
keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini
bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan
matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa
Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick
fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan
dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula
sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut
bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di
dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi
sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat
menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga
peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan
peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak
masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis
dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk
meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang
gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih
menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh
pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka.
Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang
tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana
bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan
tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni...

http://www.malaysiakini.com/letters/143370

Komen:

Wak dapat email ni dari kawan2 yang prihatin akan masaalah yang melanda sistem Pendidikan kita kini.Jika benar dan berkemungkinan benar kerana komuniti ditampat Wak ni pun telah mengalami situasi ni 3 ke 4 tahun lepas.Budak-budak yang sering gagal dalam peperiksaan sekolah biasa(rendah)tup-tup jer dapat 5A..4A dan mendapat tawran belajar di Asrama Penuh..selang 2 ke 3 bulan balik ke sekolah berdekatan ..Bila ditanya jauhlah,si Ibu tak tahan rindu danpelbagai alasan remeh dengan menafikan bahawa anak mereka sebenarnya tiada kemampuan yang sebenarnya menghadapi situasi sebenarnya.

Jika begini Wak tak heranlah jika Universiti kita dipenuhi anak-anak muda yang bukan sahaja rendah akhlak malah akademik mereka juga ditahap yang meragukan.Patut benar mereka tiada daya tahan menghadapi pancaroba di alam pekerjaan.Berapa ramai mereka yang konon bijak pandai ini terjebak ke dalam masaalah sosial sehingga kes-kes buang anak terjadi dari golongan mereka.Sepatutnya Kementerian yang bertanggungjawab lebih prihatin akan masalah ini dengan mengkaji akar ubinya dan menjalankan post mortem yang dapat membasmi gejala ini dari terus berlualasa.

Monday, September 27, 2010

Bicara dengan Jin






Berita berkaitan..

Masa wak kecik-kecik dulu lingkungan umur 9-10 tahun,wak amat gemar membaca novel-novel kisah-kisah hantu dan Jin..yang amat wak suka ialah Bercakap dengan Jin karangan Tamar Jalis kalau tak silap.Penulis ini amat berhati-hati menulis dana seringkali menasihatkan pembaca supaya mengingatkan kepada kekuasaan Allah yang sebenarnya dan tidak mempercayai kekuasaan hantu,jin dan syaitan.

Kini media-media terutama media elektronik pro kerajaan dilihat begitu rancak dan seperti lebih mengalakkan lagi budaya mempercayai hantu,jin dan syaitan supaya memrpercayai dan mengakui kekuasaan mereka.Sememangnya Jin dan Syaitan ini wujud di alam ghaib,akan tetapi sekiranya kita lebih mempercayai kekuasaan Allah mengatasi segalanya hijab yang Allah bentang anatar alam manusia dengan Jin dan Syaitan tidak akan terungkap dengan sewenang-wenangnya.

Kini berita terbaru pulak mempercayai adanya alien atau makhluk asing di ruang angkasaraya dan ada ura-ura dari pihak tertentu supaya wujudkan satu sistem atau kumpulan yang akan mengkaji kewujudan makhluk asing dan melantik pulak orang Malaysia jadi ketuanya..Bercakap dengan Jin..Hebat orang Malaysia..orang putih pun respek habis keupayaan orang kita..Memang patutpun..lihat drama-drama hantu di tv masa raya tadi sememangnya tidak dinafikan kehebatan orang kita perihal hantu-hantu dan makhluk asing ni..Berjaya merosakkan minda anak-anak kecil dan keimanan mereka..Apalah nak jadi 1 Malaysia.Negar lain maju kehadapan..kita mundur balik 30 tahun kebelakang..Zaman Bercakap Dengan Jin rupanya berulang kembali..

Friday, September 17, 2010

Hukuman rejam dan Qisas

MOGADISHU – Seorang lelaki yang didapati bersalah berzina di Somalia direjam sampai mati, lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.

“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihatnya,” kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin.

Artikel Mufti Kedah..
Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman Islam yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan". Hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa".

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini. Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan. “Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil". Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan. “Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina".

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini. “Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau”.


Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia Mentranformasi Malaysia-Kadar jenayah menurun ke menaik?


Sempena Hari Malaysia-tranformasi Malaysia temanya..tapi kemana?Tranformkan kadar jenayah menaik ke atau menurun?Hakikatnya rata-rata kini rakyat Malaysia takut dan fobia dengan jenayah yang kini berleluasa seolah-olah negara koboi tiada Polis dan Penguasa yang berani bertindak keatas penjenayah yang ganas dan bersembunyi di sebalik topeng manusia yang berpura-pura baik dan alim.

Apakah benar indeks jenayah menurun?..Atau hanya satu retorik untuk menyedapkan hati rakyat dan menyenangkan pemerintah sahaja.Jika benar mengapa saban hari terpapar berita-berita jenayah yang tak termasuk dek akal oleh nenek moyang kita dahulu peristiwa-peristiwa kejam begini akan terjadi di zaman moden,canggih dan bertamadun ini kononnya.

Mengapa berita-berita jenayah begini lebih di sensasikan dan bukan berita-berita tentang penghinaan terhadap Islam yang sepatutnya diutamakan.Apakah berita seperti orang kafir yang membakar Al_quran ini tidak sensasi?Adakah berita ini hanya dipinggiran atau hanya sekadar pemuat bahan berita sahaja.

Allah telah menjanjikan setiap perbuatan akan ada balasannya.Inilah balasan Allah telah janjikan sekiranya tidak mahu melaksanakan hukum-hakam Allah,negara akan menuju kehancuran sosial dengan kadar jenayah kejam yang meningkat dan seterusnya rakyat akan lebih merana dan tersiksa dek kerana hambatan kehidupan dalam ketakutan dari segenap segi.

Moga terlaksana pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sekaligus menyinari Islam di bumi bertuah ini dan menjadikan rakyat hidup aman,makmur dengan suburnya Islam di sabubari setiap rakyat.

Tuesday, September 14, 2010

ANTARA KELEBIHAN ILMU DENGAN KEMEWAHAN HARTA

Pada suatu hari, sepuluh orang dari kaum Khawarij bertemu dengan Sayidina Ali bin Abi Talib kwj untuk bertanyakan beberapa soalan. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya bertujuan untuk menguji kehebatan Sayidina Ali sama ada ia bertepatan dengan satu hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Aku ini kotanya ilmu pengetahuan, dan Ali adalah sebagai pintunya.

Sebaik sahaja bertemu Sayidina Ali, mereka dilayan dengan begitu baik. Salah seorang dari mereka kemudian membuka mulut dan berkata, "Wahai Ali, kami yang datang seramai sepuluh orang ini adalah dihantar oleh kaum kami untuk mengajukan pertanyaan kepadamu. Kami akan bertanya secara bergilir-gilir dan jawapan yang kamu berikan itu akan kami bawa pulang kepada kaum kami."

Baiklah, apakah soalannya?" jawab Sayidina Ali kwj.

Wahai Ali, yang manakah lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan apakah sebabnya? tanya orang pertama.

Lalu Sayidina Ali menjawab, Ilmu pengetahuan itu adalah warisan para nabi, sedangkan harta kekayaan adalah warisan daripada Qarun, Syadad dan lain-lain. Oleh kerana itu, ilmu pengetahuan lebih mulia daripada harta benda.

Kemudian orang kedua pula bertanya, Manakah yang lebih mulia, ilmu pengetahuan atau harta benda, dan jelaskan sebab-sebabnya?"

Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmulah yang menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta, si pemiliknya lah yang memelihara dan menjaganya, jawab Sayidina Ali kwj.

Setelah Sayidina Ali berjaya menjawab soalan daripada orang pertama dan kedua, orang ketiga, keempat, kelima, hingga kesepuluh bergilir menanyakan soalan, sama seperti yang diajukan oleh orang pertama dan kedua.

Kepada orang yang ketiga, Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu banyak sahabatnya, sedangkan orang yang banyak hartanya lebih banyak musuhnya.

Kepada orang yang keempat, Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu bila disebarkan atau diajarkan akan bertambah sedangkan harta kalau diberikan kepada orang lain akan berkurangan.

Kepada orang yang kelima, Sayidna Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta, kerana ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta benda mudah dicuri dan dapat lenyap.

Kepada orang yang keenam, Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak akan rosak binasa, sedangkan harta kekayaan boleh lenyap dan habis akibat masa dan usia.

Kepada orang yang ketujuh Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.

Kepada orang yang kelapan Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya dapat menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.

Kepada orang yang kesembilan Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia daripada harta kerana orang yang berilmu mencintai kebajikan dan kata-katanya mulia seperti orang yang warak, sedangkan orang yang berharta boleh menjadi melarat dan lebih cenderung kepada sifat-sifat kikir dan bakhil.

Akhirnya kepada orang yang kesepuluh Sayidina Ali menjawab: Ilmu lebih mulia dan lebih utama daripada harta kekayaan kerana orang yang berilmu lebih terdorong untuk mencintai Allah, sedangkan harta benda hanya membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takbur.

Kemudian Sayidina Ali menyambung dengan membaca ayat Al-Quran dari Surah Al Mujaadilah (58:11) yangbermaksud: Allah akan meninggikan orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Sepuluh orang kaum Khawarij itu menjadi kagum kerana satu pertanyaan mereka dapat dijawab oleh Sayidina Ali kwj dengan sepuluh jawapan yang berbeza. Selepas itu, mereka pulang menemui kaum mereka dengan perasaan puas serta bertambah yakin bahwa Khalifah Sayidina Ali kwj benar-benar seperti yang dikatakan oleh Nabi Muhammad SAW, iaitu sebagai pintu gerbang ilmu.

Sumber dari IT
Syeikhbelalang - Salam dan Ampun Maaf Zahir Batin dari Kamunting

Nota : Artikel di atas adalah sebagai peringatan kepada mereka yang lebih mencintai dunia dan harta dimana ternyata tamakkan harta membuatkan pelbagai jenayah telah dilakukan manusia demi harta dan dunia.

Kes terbaru pembunuhan trajis dan kejam oleh manusia yang tidak berhati perut membuktikan atas ketamakan kapada harta dunia.Semoga Rohnya arwah-arwah yang meninggal dicucuri rahmatNya dan pembalasan setimpal keatas pelaku pembunuhan itu.

Al-Fatihah

Monday, September 6, 2010

Penghinaan nyata kepada Agama Islam

Di Ramadhan yang mulia ini TV3 telah memilih untuk menghina Islam secara terang-terangan dengan menerbitkan Iklan raya yang konon berkonsepkan 1Malaysia=1budaya=1agama???.

Amat nyata mereka yang mengolah dan menerbitkan iklan ini mempunyai idea tersembunyi demi untuk menyesatkan orang Islam khasnya orang Melayu seolah-olah mengajak orang Melayu Islam menganuti Kristian dan meninggalkan Islam yang konon ketinggalan zaman dan kemiskinan sahaja.Sila lihat ulasan di sini..sini dan sini..

Sehingga ada yang mewujudkan FB khas bagi membantah dan memberikan pendapat untuk fenomena ini.Sila klik..http://www.facebook.com/group.php?gid=105392399522424

Satu bentuk hasutan secara halus melalui Iklan raya..berhati-hatilah wahai Umat Islam khasnya orang melayu..kerana racun yang disuntik kini telah mulai memamah kedalam urat darah kita..Mengagungkan dan mencintai duniawi semata-mata..

Hanya dengan meminta maaf sahaja tidak mencukupi..seolah-olah ini hanya perkara kecil sahaja..penghinaan yang nyata kepada Islam dengan tiada langsung tindakan atau komen-komen dari NGO-NGO Umno yang bergegar bertempik seperti kes MP Serdang tempohari.Kesannya amat nyata dengan helah tersembunyi dimana anak-anak yang tidak mengerti akan mentafsirkan Hari Raya adalah sama seperti agama lain.Tiada unsur agama atau hanyas semata-mata hari bergembira semata-mata.Wajar mereka yang bertanggungjawab ini kita heret ke muka pengadilan.

Thursday, September 2, 2010

HALAL YANG HALAM

Itik gantung/cekik pun dapat sijil Halal..dari mana atau mahzab mana mereka mendapatkan sijil ni tak tahulah.Nampak sangat yang ni memperlekehkan peraturan dan undang-undang Islam..sepatutnya tokey yang inilah patut dikecam oleh NGO-NGO Islam yang berkokok siang malam yang mempertikai Adun bukan Islam yang memasuki Surau untuk memberikan sumbangan..

Jakim pun seakan lepas tangan ataupun alasan poular mereka kekurangan kakitangan untuk memantau premis-premis ataupun hotel-hotel yang banyak bersepah menggunakan sijil palsu atau telah luput tarikh.Jika tindakan hanya dilakukan selepas mendapat aduan maka sampai bila pun keadaan ini tidak akan berubah.

Umat Islam pun kenalah menyedari segala taktik pengusaha Restoran-restoran kopitiam terutama yang tokey bukan Islam yang hanya hendak mengaut keuntungan tanpa memperdulikan halal haram makanan yang mereka hidangkan.

Ingatlah makanan yang halal membentuk jiwa yang bersih dan murni.Maka tak heranlah generasi kita banyak terbabit dengan gejala-gejala sosial yang runtuh kerana makanan yang mereka makan mungkin tidak halal atau pada pandangan mereka yang haram tu halam..Halal bercampur haram.Hukumnya tetap sama iaitu haram biarpun diubah istilah bagaimanapun.

Berita berkaitan...

Bekas MB Kantoi..



Setiap perbuatan akan ada imbuhannya..akan ada balasannya..Hukum ini bukan hukum karma..ini adalah telah tercatat oleh Allah.Jika hari ini kita menzalimi orang,pembalasannya tetap akan berlaku samada di dunia atau di akhirat kelak.Jika hari itu kita berkuasa dan menggunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya maka Allah telah menterbalikkan kuasa itu.

Berita berkaitan....





Wednesday, September 1, 2010

Al Quran bukan sekedar untuk di baca


Al Quran bukan sekedar untuk di baca

Tarikh 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah Nuzul al-Quran dan media massa, surat khabar serta televisyen tidak akan terlepas menyiarkan berita serta rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul al-Quran. Memang benar bahawa setiap muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan al-Quran. Al-Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada umat manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah”
Imam al-Qurthubi menjelaskan, bahawa Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia. Menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Dengan demikian al- Quranlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia.

Sempena Nuzul Al-Quran ini, marilah kita dengan penuh iman dan takwa bermuhasabah diri kita, apakah kita selama ini telah mengambil al-Quran sebagaimana yang Allah perintahkan atau selama ini kita hanya beriman dengan sebahagian dari al-Quran atau telah mengabaikan al-Quran? Apakah selama ini al-Quran telah benar-benar kita jadikan petunjuk,sumber hukum sekaligus sebagai penyelesai kepada segala masalah kehidupan kita?, ataukah sebaliknya, kita malah meninggalkan dan mencampakkannya?.

Bedasarkan pemerhatian mimbar, kebanyakan kita berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak akan meletakkan al-Quran di lantai atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika mendapati sesiapa sahaja yang tidak menjaga al-Quran. Kita turut sensitif dan merasa amat marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas. Kita juga tidak akan berdiam diri jika al-Quran dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam apa bentuk sekalipun. Kita memang akan menjaga kemurnian dan kesucian al-Quran dari segala bentuk penodaan dan pemalsuan. Sebenarnya segala usaha ini sangat baik dan memang sudah menjadi tugas dan kewajiban kita yang harus kita tunaikan. Bagaimanapun kita amat merasa kesal terdapat umat Islam berusaha untuk menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak berusaha untuk menghayati isi kandungannya dan menerapkan hukum-hakamnya. Umat Islam marah apabila al-Quran dihina, tetapi mereka sendiri seolah-olah seperti ‘menghina atau mengenepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan hukum hukum yang terdapat di dalamnya.

Juga amat bimbang terdapat dikalangan umat Islam yang hanya menjadikan al-Quran sebagai perhiasan, disimpan baik-baik di rumah dan hanya digunakan untuk hal-hal yang berunsurkan mistik, misalnya menjadikannya sebagai azimat, tangkal, pelaris, penolak bala, pengusir syaitan dan sebagainya. Mereka juga lebih suka mengambil al-Quran sebagai sebuah ‘kitab magik’ yang boleh menguntungkan jualan, memurahkan rezeki, berubat, menghalau hantu dan pelbagai kepentingan peribadi lainnya.

Allah SWT menurunkan al- Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah lebih dari itu. Membaca al-Quran adalah ibadah (sunat) dan InsyaAllah kita akan beroleh pahala kerananya, tetapi mengamalkan isi kandungannya adalahWAJIB dan sesiapa sahaja mengabaikannya maka ia telah melakukan kesalahan dan boleh sampai ke tahap berdosa besar. Siapa sahaja yang yang tidak mengamal dengan apa yang Allah telah perintahkan, maka azab Allah akan diturunkan atau menantinya di akhirat! Bagi mereka yang tidak memikul amanat Allah yang telah diturunkan-Nya melalui al-Quran, maka Allah telah membuat satu perumpamaan yang hina ke atas mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat ayat 5:
Maksudnya: “Bandingan orang yang dipikulkan kepadanya Kitab Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya, samalah seperti keldai yang memikul Kitab-kitab besar. Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim”

Melalui ayat ini, Allah SWT menghina kaum yang tidak memikul tanggungjawab melalui wahyu yang diturunkan-Nya dengan perumpamaan seperti keldai. Bayangkanlah jika ada orang yang mengatakan kepada kita, “Anda ini seperti keldai!” Apakah perasaan kita? Apalagi yang menyatakan seperti itu ialah Allah SWT yang kita harapkan keredhaan dan keampunan-Nya. Orang yang benar-benar beriman, bertakwa dan mengharapkan redha Allah sudah tentu akan merasa takut dan gementar akan perumpamaan tersebut.

Sesungguhnya peluang untuk menghayati al-Quran serta mengambil pedoman di dalamnya adalah kewajipan umat Islam sendiri. Persoalan besar di sini ialah apakah jawapan kita apabila Allah SWT melontarkan soalan kepada mereka yang membaca al-Quran seperti di dalam ayat 101 surah Ali-Imran:
Maksudnya: “Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus)”.

Ayat ini menunjukkan kepada kita terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir sedangkan al-Quran dan Sunnah berada di sisinya. Ini adalah disebabkan mereka tidak dapat menerima petunjuk Allah, justeru mereka ingkar kepada ayat Allah akan menjadi kafir.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan penghormatan kepada kita sebagai manusia dengan kemuliaan-Nya, agar kita menjadi golongan yang mulia. Salah satu pendekatan yang mengangkat martabat umat ini ialah dengan mengamalkan ajaran al-Quran secara menyeluruh dengan menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan. Marilah kita sama-sama mengambil manfaat untuk meningkatkan ketakwaan dan mengubah segala kelakuan buruk dengan mengamalkan segala isi kandung al-Quran agar kehidupan kita lebih diredhai Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah faatir ayat 10:
Maksudnya: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada-Nyalah naik segala perkataan yang baik dan amal yang soleh pula di angkat-Nya naik. Dan orang yang merancang kejahatan, adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka akan rosak binasa”.




(Di petik dari Teks Khutbah JAKIM 20 Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadan 1431H)


Sambutan Kemerdekaan








Saban tahun negara menyambut kemerdekaan..tetapi apakah perbezaan antara sambutan kemerdekaan yang dilakukan kerajaan dan kerajaan negeri Kelantan?Dari foto-foto ini maka tahulah mengapa sambutan kemerdekaan dan keamanan yang kita nikmati sepatutnya lebih kita mensyukuir keran dikurnia keamanan dan kesejahteraan biarpun dihimpit seribu satu masaallah dari kerana amalan penjajah yang masih membelenggu.
Sambutan kemerdekaan oleh Kerajaan negeri Kelantan yang sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan UBN.Akan tetapi apakan daya jika pegangan mereka masih suku-suku..Hanya suku yang menguntungkan mereka diambil dan yang lain disimpan dibawah karpet.Bilakah negaraku akan terlaksana pemerintahan berteraskan Islam..





Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...