Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, September 29, 2010

Sistem Pendidikan Sedang Dicabul




Dari email:
Petang tadi saya berkesempatan minum dan makan roti canai dengan beberapa
orang kawan yang bekerja sebagai guru.

Mendengar daripada topik perbualan mereka, kisah dan cerita yang berlaku di
dalam sistem pendidikan negara ini amat membimbangkan saya. Daripada markah
lulus (passing mark) untuk subjek sains dan matematik yang diubah-ubah untuk
mencapai target peratusan lulus sehinggalah kepada soalan UPSR yang bocor
hampir setiap tahun.

Menurut seorang kawan saya ini, beberapa pelajar yang mendapat keputusan
yang sangat cemerlang seperti mendapat "A" di dalam semua subjek di dalam
peperiksaan UPSR mereka telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh,
tetapi selepas beberapa bulan, mereka dinasihatkan supaya menukar ke sekolah
biasa kerana didapati masih tidak menguasai asas pembacaan, penulisan dan
pengiraan.

Bayangkan, pelajar yang mendapat semua "A" dalam UPSR dinasihatkan keluar
dari sekolah berasrama penuh kerana tahap sebenar mereka tidak menggambarkan
keputusan UPSR mereka.

Menurut kawan-kawan guru ini, projek "menolong Melayu" (kononnya) ini
bermula selepas pencapaian markah yang teruk di dalam subjek sains dan
matematik di kalangan pelajar Melayu apabila pengajaran dalam bahasa
Inggeris mula-mula diperkenalkan untuk kedua-dua subjek ini.

Pada mulanya, langkah menurunkan markah lulus dilakukan hanya sebagai 'quick
fix' sahaja kerana untuk mengelakkan kejutan dan menjaga air muka jabatan
dan kementerian pendidikan.

Tetapi amalan mengubah-mengubah markah lulus sudah menjadi budaya dan mula
sebati di dalam sistem. Menurut kawan-kawan guru ini, mereka terkejut
bagaimana ramai murid yang mereka mengajar setiap hari boleh mendapat "A" di
dalam peperiksaan sebenar UPSR sedangkan markah kebiasaan yang diperolehi
sepanjang ujian dan peperiksaan percubaan hanya sekitar 25 peratus sahaja.

Menurut kawan-kawan guru, golongan atasan di dalam Jabatan Pendidikan amat
menjaga "KPI" mereka yang berdasarkan kepada peratusan kelulusan dan juga
peratusan mendapat "A". Lagi pun ini untuk "membantu Melayu", kata mereka.

Penyakit ini ditambah juga oleh satu barah yang lain, iaitu soalan
peperiksaan UPSR yang bocor setiap tahun.

Kebocoran kertas soalan UPSR inilah yang menghasilkan pelajar yang layak
masuk ke sekolah berasrama penuh, tetapi masih terkial-kial untuk menulis
dan membaca.

Menurut kawan-kawan guru ini, 10 tahun yang lalu, mereka senang untuk
meramalkan pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang atau yang
gagal di dalam UPSR kerana keputusan peperiksaan sebenar juga lebih
menyerupai keputusan ujian dan peperiksaan percubaan yang dilakukan oleh
pihak sekolah. Tetapi pada hari ini, keputusan UPSR mengejutkan mereka.
Pelajar yang tidak pernah lulus di dalam peperiksaan di sekolah sepanjang
tahun tiba-tiba mendapat "A" di dalam UPSR.

Menurut kawan-kawan guru ini, kebiasaanya Terengganu ialah negeri di mana
bermulanya soalan UPSR yang bocor. Ini kerana kertas peperiksaan UPSR akan
tiba lebih awal di atas pulau-pulau yang mempunyai sekolah-sekolah.

Mampus lah kita macam ni...

http://www.malaysiakini.com/letters/143370

Komen:

Wak dapat email ni dari kawan2 yang prihatin akan masaalah yang melanda sistem Pendidikan kita kini.Jika benar dan berkemungkinan benar kerana komuniti ditampat Wak ni pun telah mengalami situasi ni 3 ke 4 tahun lepas.Budak-budak yang sering gagal dalam peperiksaan sekolah biasa(rendah)tup-tup jer dapat 5A..4A dan mendapat tawran belajar di Asrama Penuh..selang 2 ke 3 bulan balik ke sekolah berdekatan ..Bila ditanya jauhlah,si Ibu tak tahan rindu danpelbagai alasan remeh dengan menafikan bahawa anak mereka sebenarnya tiada kemampuan yang sebenarnya menghadapi situasi sebenarnya.

Jika begini Wak tak heranlah jika Universiti kita dipenuhi anak-anak muda yang bukan sahaja rendah akhlak malah akademik mereka juga ditahap yang meragukan.Patut benar mereka tiada daya tahan menghadapi pancaroba di alam pekerjaan.Berapa ramai mereka yang konon bijak pandai ini terjebak ke dalam masaalah sosial sehingga kes-kes buang anak terjadi dari golongan mereka.Sepatutnya Kementerian yang bertanggungjawab lebih prihatin akan masalah ini dengan mengkaji akar ubinya dan menjalankan post mortem yang dapat membasmi gejala ini dari terus berlualasa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...