Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Apabila rasuah di anggap hadiah..



'Pegawai kastam terima rasuah pengkhianat negara'


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: “Pegawai kastam yang terima rasuah adalah pengkhianat negara,” kata Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Ismail Ibrahim, mengulas gejala rasuah di kalangan kakitangan jabatan itu.

Ismail tidak menafikan ada segelintir pegawai dan anggota Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang terbabit dengan rasuah, namun memberitahu jumlahnya tidak membimbangkan.

Menurutnya, KDRM memandang serius masalah rasuah kes itu dan tidak melindungi mana-mana kakitangan yang disyaki bersalah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya tidak menafikan ada anggota terbabit rasuah. Tetapi buat masa ini ia tidak membimbangkan dan boleh menjejaskan integriti jabatan. Kami memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan terhadap mereka.

“Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan rasuah di kalangan anggota saya membuat laporan kepada kami atau SPRM supaya siasatan boleh dijalankan,” katanya selepas merasmikan Kempen Mencegah Penyeludupan dan Pemusnahan Rokok Tidak Sah, di Dewan Orang Ramai Semenyih, di sini, semalam.

Ismail berkata, KDRM mencatatkan nilai rampasan barangan seludup tertinggi sepanjang tahun ini sebanyak RM500.5 juta berbanding RM338.8 juta tahun lalu dan RM169.26 juta (2008).

Sumber:Hmetro


Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH RASUAH

Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan JAtidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

-Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

-Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

sumber* Jakim

Nota:-

Wak tak mau komen banyak kerana gejala rasuah ini dikalangan kakitangan awam khasnya telah menjadi barah atau kanser yang tak mungkin lagi akan dapat dicegah atau diubah.Budaya ini telah diterap dan disemai oleh kerajaan BN sedari dari zaman Tunku Abd.Rahman lagi dan kini telah menjadi barah yang amat sukar dihapuskan selagi kerajaan BN wujud dan memerintah negara.

Pengalaman Wak sendiri sebagai kontraktor mengesahkan keadaan ini.Begitu sukar Wak hendak mendapatkan kontrak tender atau apa-apa job dari jabatan tertentu dan juga sekiranya mendapat job hanyalah kerja-kerja yang kontraktor besar(kroni) tak mahu buat atau tak sanggup buat kerana pelbagai sebab.Masaalah yang paling besar ialah tentang pembayaran kerja (Payment).Setelah kerja-kerja siap dilakukan dan semua prosedur telah dipatuhi ada sahaja halangan dan kerenah yang perlu diikuti dan mengambil masa berbulan-bulan untuk menyelesaikannya.Sekiranya kontraktor mahu cepat mendapat pembayaran maka perlulah menghulur serba sedikit kepada mereka yang bertanggungjawab mengurus (payment)dari kerani hingga ke pegawai atasan.Amalan ini kononnya tidak bersalahan dan dianggap bukannya rasuah.Ini di anggap insentif ,hadiah dan sebagainya bagi menghalalkan tindakan tersebut.Wak tak tahulah jika amalan ini masih berterusan lagi kerana Wak dah lama berhenti jadi kontraktor kerana tidak mahu bergelumang dengan aktiviti begini lagi.Taubat nasuha..biarlah Wak hidup miskin harta didunia tapi Insaallah kaya di akhirat.Moga Allah ampuni dosa mereka-mereka yang masih terlibat dan berusaha menjadi insan yang diredai dunia dan akhirat.


Friday, December 10, 2010

Saman Dan Rasuah






Anda mempunyai saman tertunggak dengan pihak Polis trafik?Sekarang lah masanya anda membayar kerana sempena YES (Year End Sales) diskaun 50%.Cepat!Cepat anda rugi jika ketinggalan dalam merebut peluang ini kerana tahun hadapan belum tentu ada diskaun ini dan pastinya bagai dijanjikan anda tidak akan dibenarkan memperbaharui roadtax dan lesen lagi.Inilah dasar-dasar penyamun tarbus di siang hari,menyamun rakyatnya secara terang-terang tetapi berselindung disebalik undang-undang.

Sekiranya anda kena saman (bukan daripada POLIS)mengatakan anda telah melakukan kesalahan berak dan kencing di laman rumah orang secara terang-terang sebanyak RM1juta,gantirugi itu ini dan lain-lain,adakah anda terus membayar sahaja begitu senang-senang kepada orang yang meyaman anda?Sudah tentu tidak bukan?Pastinya orang yang menyaman anda membawa perkara ini ke Mahkamah Sivil dam satu perbicarakan akan berlangsung bagi membuktikan anda bersalah dalam hal berak ni.Perlu ada bukti-bukti buat mensabitkan kesalahan anda dan hanya Mahkamah sahaja menentukannya.

Samalah halnya dengan saman POLIS ni.Pihak POLIS perlu membuktikan dahulu si pelaku kesalahan trafik di Mahkamah dan atas perintah Mahkamah baharulah pembayaran atas saman boleh dilakukan.Rakyat Malaysia telah di "BrainWash" dan digula-gulakan serta ditakutkan dengan momokan UMNO dan pihak POLIS asal kena saman sahaja terus wajib bayar.Di luar negeri keadaan ini tidak berlaku.Segala proses saman menyaman ini mengikut saluran yang sebenarnya kerana mereka tahu hak mereka sebagai pengguna.

Kini timbul lagi isu POLIS (PDRM) yang paling kuat rasuah.Bukan saya kata,ini benar berlaku kerana umum mengetahui kerana ketakutan disaman yang mana sebenarnya hanya notis tunjuk sebab sahaja,menyebabkan mereka menghulur sedikit kepada anggota POLIS yang menyaman mereka.

Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan,gaji dah dinaikan,elaun itu ini,kemudahan itu ini,kempen Jangan Rasuah dan lain-lain tetapi mengapa Rasuah masih lagi berlaku dikalangan anggota POLIS?Tidak perlu kajian lagi sebenarnya,puncanya hanya satu dan yang itulah yang sepatutnya pihak atasan dan Kerajaan patut dan semestinya melakukan buat mengembalikan integriti POLIS di mata masyarakat.

Hanya IMAN dan takwa sahaja mampu membendung gejala rasuah ini.Sekiranya didalam hati setiap anggota POLIS ada IMAN dan takwa yang telah ditanam didalam jiwa mereka,insaaallah gejala ini tidak akan berlaku.Begitu sedih dan pilu dihati dimana kebanyakan anggota POLIS kita ini biarpun beragama ISLAM tetapi mlakukan perkara jijik ini dan sanggup memberikan kepada anak bini mereka makan dan pakai.

Amat memalukan kerana daripada logo POLIS sahaja telah tertera kalimah ALLAH dan RASUL dan sepatutnya mereka menyanjungi dan memuliakannya dan mengamalkan sifat-sifat mulia sebagai seorang pengikut Nabi Muhammad,bukan hanya sekadar sebagai lambang dan logo sahaja.

Semoga keinsafan dan taubat sahaja dapat memgembalikan keharmonian negara kita yang tercinta ini.


Thursday, September 30, 2010

Harap pagar,Pagar yang makan padi..

Kisah ini dirujuk...

Polis dibidas curi bahan bukti

KUANTAN 29 Sept. - Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini hari ini membidas pihak polis berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.

Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah.

Kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu dibawa ke mahkamah selepas polis berjaya menahan sebuah kontena berisi 10 tong mengandungi syabu di Rompin pertengahan tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir berkata, perbicaraan kes itu diselubungi kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu yang dibuat oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes.

"Amat mengejutkan apabila mahkamah dimaklumkan beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas.

"Perkara itu diakui sendiri salah seorang saksi pendakwaan terbabit mencuri satu daripada peket dadah. Kiraan kasar dadah yang dicuri itu adalah kira-kira 40 kilogram," katanya.

Malangnya, kata Akhtar, anggota polis yang terbabit mencuri barang kes itu hanya dikenakan tindakan dalam bentuk kenaikan pangkat dan gaji mereka dibekukan.

"Sepatutnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara," jelasnya.

Beliau berkata, pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah 'memandang sebelah mata' dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.

Terdahulu, Akhtar menyatakan, tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan selepas pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu.

Selain itu, katanya, kegagalan pihak pendakwaan memanggil dua saksi penting berhubung kes itu menjadi faktor penentu kepada kes berkenaan.

Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar 753,359 gram dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu.

Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, kegembiraan tertuduh hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila dia ditahan polis sejurus melangkah keluar dari mahkamah.

Difahamkan, penahanan pemandu lori itu dilakukan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin dan Ahmad Fadhli Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela, Datuk V. Sithambaram dan Bob Arumugam.

Seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang bermula bulan lalu.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, polis menahan tiga lelaki dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu yang dianggarkan seberat lebih 900 kilogram di sebuah kawasan di Rompin pada 2 Mei 2009.

Bagi membantu siasatan kes rampasan dadah terbesar negara bernilai RM254 juta itu, polis juga dilaporkan menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berusia 30-an.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

Komen Wak :

Apa nak diharap pada Polis..Polis curi dan edar dadah..Apa diharap pada Polis..polis kejar dan tembak jika kamu lari kerna tiada lesen..Apa di harap pada Polis..saban waktu jenayah berlaku..penjenayah lebih takut hantu dari Polis..Apa di harap pada Polis..buat Demo pasti kena water canyon berisikan air berasid..Bilakah POLIS menjadi seperti zaman kami kanak-kanak bermain Polis Sentri..dihormati dan disegani serta ditakuti penjenayah..

Friday, May 21, 2010

SPRM boleh soal siasat bila-bila masa



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh meneruskan amalan sedia ada menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, semalam.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan memerintahkannya membayar kos RM20,000 kepada SPRM.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdull Hamid Embung dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata penghakiman secara bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. -Bernama

SUMBER*

KOMEN:

Wak x boleh komen banyak-banyak..kang x pasal2 SPRM datang tuduh Wak menghina mahkamah lak..tapi beginilah nasib kita rakyat Marhein di negara yang baru je jadi 1Malaysia..dah ler kena soal siasat macam ler penjenayah besar..kena bayar pulak kos mahkamah..Hai Malaysia ku..beranikah Berubah?

Saturday, May 8, 2010

Judi yang halal untuk UBN

Kerajaan Pak Pandir 1 Malaysia
Roslan SMS

Kerana menghadapai masalah besar berhubung pengedaran dadah dan krisis penagihan dadah dikalangan rakyat Malaysia satu ketika dahulu maka kerajaan memperkenalkan undang-undang menggantung sampai mati sesiapayang didapati bersalah mengedar dadah.

Begitu juga dalam kes memiliki senjatapi secara haram atau tanpa lesen. Untuk mengekang dan mengatasinya kerajaan memperkenalkan undang-undang menggantung sampai mati sesiapa yang memiliki senjatapi tanpa lesen.

Langkah pencegahan seumpama ini adalah untuk memastikan ianya dapat dikawal jika tidak pun dihapuskan.

Tiba-tiba terbaru kita diberitahu kerajaan akan melakukan sesuatu yang sebaliknya. Kita didik masyarakat yang judi itu merugikan (dalam Islam jelas HARAM), meruntuhkan keluarga dan masyarakat.

Walaupun kerajaan Pusat melesenkan kegiatan judi namun semuakelompok masyarakat terus-menerus cuba mengajak masyarakat masing-masing agar menjauhinya kerana kemungkaran yang ia bawa.

Apakah yang akan dilakukan kerajaan itu?

Kerana bimbang rakyat akan tercebur dalam perjudian haram khasnya yang melibatkan acara-acara sukan, dalam hal ini kejohanan bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan tidak berapa lama lagi, Timbalan Menteri Kewangan menyatakan yang kerajaan berkemungkinana akan menghalalkan jenis judi seumpama ini.

Akibatnya kerajaan akan berjaya mengutip cukai yang tinggi dan negera akan mengaut keuntungan berbanding jika judi jenis ini dibiarkan dikenadali secara haram!

Bimbang dadah kita hukum mati pengedarnya.Bimbang salah-guna senjata api kita hukum mati pemiliknya yang tidak berlesen. Bimbang judi haram kita halalkannya!

Inilah kerajaan bijak Pak Pandir 1 Malaysia!

Jika begini perjalanan kerajaan ini bayangkan apa lagi akan dihalalkan pada masa hadapan asal sahaja kerajaan untung dan tidak rugi. Fikir-fikirkanlah.

Komen:

Inilah dia hasil perjuangan UBN yang tidak tahu mengambil iktibar dari keruntuhan moral masyarakat kini dimana pembuangan bayi berluasa..kisah isteri dianiaya..dipijak dan didera fizikal dan mental..Lebih 60 tahun dek kerana tiada keberkatan dalam mengutip hasil negara..inilah akibatnya yang dialami masyarakat kini..Tiada rasa sensitif dan kehambaan dalam diri menjadikan semua yang haram menjadi halal pada pandangan mereka..

Lagi berita judi..klik sini,sini dan sini

Monday, February 15, 2010

Kerajaan akan bawa balik besi buruk?

Anak Malaysia

Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun.

SANGAT PELIK bagaimana barang keselamatan yang bukan sebesar jed Cina atau sepanjang sebilah keris tak bersarung tidak disedari kehilangannya. Itulah kepelikan dalam negeriku.

Apa yang membimbangkan kita ialah ketelusan soal keselamatan negara. Kebocoran maklumat sulit dan kebocoran serta kerosakan kepada kapal tak boleh selam yang baru diterima negara.

Walaupun pihak kerajaan sering berdalih untuk mengurangkan kebimbangan rakyat, namun fakta tidak boleh dinafikan.

Apabila enjin jet yang didakwa hilang dianggarkan bernilai lebih 50 juta, kerajaan telah mengeluarkan nilai sebenar hanya sekitar RM 303570 sahaja.
Apakah lojik dan waras di akal nilai enjin itu hanya tak sampai setengah juta telah dirompak dan dilarikan hingga ke Uruguay. Berapa pula kos mengeluarkan enjin tersebut secara senyap dari perairan negara? Ia bukan dilarikan ke Siam yang mungkin hanya memerlukan kos RM1000.

Kalau itulah angka sebenar, sahlah pencuri tersebut terlalu BODOH . Ia bukan kerja seorang. Ia kerja antarabangsa. Dan kalau benarlah itu angkanya...bererti alatan keselamatan negara begitu rendah harganya berbanding harga dibeli sebelum ini.

Apakah memang negara membeli barangan yang rendah harganya dan dibeli dengan harga yang mahal? Harga sebenar hanya diketahui apabila ia di jual sebagai barang terpakai. Sama seperti seorang yang membeli barangan tiruan dengan harga yang mahal... bila nak di hantar ke pajak gadai baru diketahui nilai sebenar.

Jika pula harganya memang semurah itu, ia bukan diukur dari sudut harga... persoalannya sekarang ialah kelemahan sistem pertahanan negara. kehilangan itu berkait dengan maruah negara dan nilaian antarabangsa terhadap tahap kekuatan pertahanan negara.

Kalau di negara luar, pastinya menteri pertahanan dituntut meletakkan jawatan... masalahnya menteri pertahanan itulah yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.... bererti Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang yang terlalu lemah dan gagal menjaga keselamatan negara!

Fakta nilai itu mungkin tepat. Sebab itulah kapal tak boleh selam yang dibeli dengan harga yang mahal telahpun mengalami kerosakan. Menteri pertahanan sekali lagi menenangkan rakyat bahawa kerosakannya adalah kecil.
Walau sekecil manapun ia dianggap tidak berkualiti. Berbaloikah harga yang mahal untuk barang yang tak berkualiti???

Kapal Selam bukan barang aksesori untuk dipertontonkan, ia adalah alatan keselamatan yang membabitkan maruah negara. Kalau Honda dan Toyota dilaporkan baru baru ini menarik kereta keluaran mereka kerana ada beberapa masalah teknikal, mungkin ia dianggap wajar.

Namun kerosakan alatan keselamatan adalah memalukan. Syarikat pembekal bukan hanya mesti membaikinya semula kerana dalam tempoh jaminan tetapi wajar membayar ganti rugi dan kerajaan sepatutnya menyaman syarikat pembekal kerana mendedahkan negara kepada bahaya.

Kalau kereta kita kemalangan, syarikat insuran bukan hanya menanggung kos kerosakan tetapi juga kos keperluan kenderaan kita sepanjang tempoh pembaikan. bagaimana dengan kapal selam ini?

Apakah ada perkara yang dibimbangi terbongkar jika syarikat pembekal di saman kerana kerosakan? Kita mampu menduganya.

Sumber*

Komen: Wak tak perlu komen banyak,jika beginilah keadaan sehingga 50tahun lagi negara akan bankrap dan kkorupsi yang berterusan selagi Kerajaan yang ada tidak kembali kembali kepada sunnah dan hukum-hakam Islam yang Shumul...

,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...