Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, February 25, 2010

Sana sini untung tetapi ekonomi merudum

Angkasanuri
MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan.

Petronas yang selama ini menjadi 'lubuk duit' kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan.

Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau 'pinjaman boleh ubah'.

Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.

Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan.

Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13.

Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna 'lesen' kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ' nikmat' kenaikan kos sara hidup ' Undilah Barisan Nasional'.

Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.

Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.

Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
SUMBER*

p/s : Kerajaan hanya berandaian jika semua Syarikat GLC untung maka semua rakyat mendapt keuntungan bersama..tapi hakikatnya hanya segelintir sahaja merasai nikmatnya..bertukar kereta saban tahun,,bonus berlipat ganda..tapi bagaiman nasib pekerja kilang,nelayan,petani di kampung-kampung yang menghadapi kenaikan hargabarang-barang yang begitu tinggi hinggakan ada yang terpaksam mencatu makanan sendiri demi menyambung hidup ke hari seterusnya..Jika kenaikan elektrik menjdai kenyataan maka rakyat pasti merasa kesan ketara kerana kini serba-serbi menggunakan letrik..Cubalah tiru Kerajaan negeri Selangor yang memberikan diskaun kepada rakyat yang menggunakan air kurang 20mtr padu..Ini pun satu kejayaan..Kena adala sikap memberi kembali kepada Rakyat bilamana sudah banyak Rakyat berkorban dengan cukai san-sini dan tol merata-rata baharulah menjadi Kerajaan kesayangan rakyat..dan sesuai dengan slogan yang dilaungkan bukan nya slogan Kroni diutamakan..rakyat dicengkam..

Wednesday, February 24, 2010

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI





MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI
Kita akan menyentuh satu tajuk besar iaitu ' MENGENALI DIRI '. Tahukah kita bahawa manusia yang Tuhan cipta ini mempunyai amanah dan tanggungjawab yang teramat besar untuk dipikul.
Malaikat sendiri apabila ditawarkan oleh Tuhan untuk menjadi manusia, malaikat berkata mereka tidak sanggup menjadi manusia yang terpaksa memikul amanah Tuhan didunia.
Begitu sekali, malaikat pun tidak sanggup jadi manusia. Tuhan berfirman yang maksudnya kalau manusia hendak mengenali Tuhan, maka manusia kena mengenali diri sendiri terlebih dahulu.
Bagaimanakah kita manusia hendak mengenali diri kita. Kita hanya kenal diri kita melalui nama yang diberi kepada kita, itu sahaja. selain dari itu mungkin juga kita tahu sifat baik kita, sifat tidak baik kita kebiasaannya kita sembunyikan. Itulah manusia yang kita kenal. Mari kita belajar bagaimana kita nak mengenali diri kita.
MANUSIA, kalau ikut bahasa.arab maknanya INSAN. Insan kalau dilihat maknanya adalah PELUPA. Kalau begitu manusia ini rupanya pelupa.
Memang sesuailah dengan tabiat manusia yang Tuhan cipta. Tuhan cipta manusia ini pada asalnya dari tanah, ditiupkan roh, maka jadilah manusia. Begitulah kejadian Adam yang diturunkan dari syurga ke dunia oleh Tuhan.
Kejadian manusia yang seterusnya adalah dari air mani yg keluar dari saluran najis air kencing. Mula-mula dari tanah kemudian dari air mani yang baunya hanyir dan keluar dari saluran air kencing. Itulah kejadian manusia yang Tuhan tunjukkan betapa hinanya manusia itu dijadikan.
Dari tanah, apa yang kita dapat rasai?? Tanah kejadian kita inilah hari-hari kita pijak-pijak, sepak-sepak, ludah-ludah, kita buang najis diatasnya, kita buang sampah diatasnya, kita bakar tanah, kita cangkul-cangkul tanah tanpa belas ikhsan.
Tanah yang juga makhluk Tuhan inilah juga akan menjadi saksi diatas segala perbuatan manusia dipadang masyar kelak. Setiap detik kita menghina tanah tanpa kita sedari, akhirnya ketanah juga manusia akan kembali, didalam tanah juga manusia akan bertukar wajah menjadi bangkai, dimakan ulat dan cacing.
Hancurlah jasad manusia yang selama ini kita jaga, kita belai, kita hias, kita bangga, kita sayang dan sebagainya.
Kejadian kedua manusia adalah dari air mani. Air mani baunya hanyir dan keluarnya pula dari saluran kecing dan kecing itu adalah najis kecil. Tidak sah solat kalau kain atau seluar terkena air kecing. Adakalanya air ini tercemar dari berbagai-bagai kuman dan penyakit.
Jika dikaji, apakah istimewanya manusia ini kalau dilihat dari asal usul kejadian manusia. Tidak ada apa yg istimewa. Tetapi kita lihat manusia diakhir zaman ini sangat sombong dan bongkak sesama manusia malah dengan Tuhan yang mencipta manusia.
Kalau dari tanah dan air mani yang hina ini manusia sudah sombong, bagaimana kalau manusia ini dicipta Tuhan dari cahaya saperti kejadian malaikat, bertambah sombong agaknya dengan Tuhannya. Kalau dari api saperti kejadian syaitan, manusia mungkin akan lebih teruk dari syaitan agaknya.
Tetapi kalau dikaji disebaliknya pula, kenapa pula Tuhan nak cipta manusia ini kalau dengan tujuan untk menghina manusia (Maha Suci Tuhan Yang Bukan Bersifat Menghina). Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan dengan kasih dan sayangnya Tuhan takkan lah Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk yang menghuni alam ini.
Sebenarnya Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk serta alam ini kerana kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW satu2nya kekasih Allah. Kalaulah kejadian manusia disebabkan kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW, kenapa pula manusia akhir zaman ini lupa kepada RSAW. Kita bincang perkara dimasa akan datang.
Begitulah didikan Tuhan keatas manusia. Lebih baik kita rasa terhina dari merasa sombong sesama manusia malah dengan Tuhan. Manusia akhir zaman ini adakala tidak sedar yang mereka ini sombong.
Tahukah anda bahawa manusia dijadikan Tuhan mempunyai 4 unsur besar yang menjadikan manusia itu mukallaf (wajib menyembah Tuhan). AKAL, NAFSU, ROH DAN JASAD adalah 4 unsur kejadian manusia.
Kita akan bincangkan setiap unsur ini satu persatu, mengenali sifatnya, bagaimana mendidiknya dan bagaimana menanganinya kerana keempat-empat unsur ini juga adalah makhluk yang Tuhan cipta untuk manusia.
Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan didalam diri manusia ada 4 anasir yang berfungsi dan berperanan. Jasad, Roh, Nafsu dan Akal yg merupakan satu pakej kejadian manusia yang luar biasa dan berperanan.
Keempat-empat anasir inilah yang bertindak bekerjasama satu sama lain menggerakkan manusia didalam kehidupan samada manusia itu sedar atau tidak sedar. Kalau semua anasir-anasir itu sihat, dewasa dan matang, ia akan menjadi manusia yang luar biasa tetapi ianya jarang berlaku.
Peranannya sangat mengkagumkan. Mari kita mengenal manusia secara lahir dan batin, agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain serta mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya. Jasad lahir tidak perlu diperkatakan kerana manusia mudah mengenalinya. Kita akan memperkatakan 3 anasir penting sahaja kerana ia susah difahami oleh manusia yg ramai.
Kita bercakap tentang ROH dahulu. Tugas Roh hanya merasa saperti marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang, rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa lega dan sebagainya.
Nafsu pula peranannya berkehendak atau merangsang. Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak. Kehendaknya samada baik atau jahat, kehendaknya semulajadi sangat gelojoh, rakus, tamak dan bakhil.
Kemahuannya sangat luarbiasa. Tidakada batasnya, macam laut tidak bertepi.Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana, terseksa dan binasa.
Tugas AKAL lain pula. Ia mempunyai peranan yang tersendiri. Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan. Akal, IQ nya pula ada 6 kategori atau 6 peringkat.
Eloklah diketahui oleh ibubapa, guru-guru dan para pemimpin. Akal Genius atau Abqari - kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa - mungkin 100 juta, seorang dalam satu zaman. Akal ini mampu membuat teori atau membuat penemuan-penemuan baru dikatakan membuat matan satu-satu ilmu.
Kita kuliahkan dulu mengenali makhluk yg bernama ROH. Bila kita bercakap mengenai ROH kita sudah masuk kedalam Ilmu Rohani - Ilmu mengenai ROH.
Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan 'Ruhun'. Apakah yg dikatakan Roh itu? kita kuliahkan. Kita mengembara kealam rohani. Roh terbahagi kepada dua.
1) Ruhul Hayah
2) Ruhul Tamyiz.
RUHUL HAYAH. Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat saperti batu, kayu dan sebagainya.
RUHUL TAMYIZ. Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin.
Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yg mukalaf. Yakni mereka dipertanggung jawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperitahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.
Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri ini tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yg membolehkan binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.
Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.
Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya Ruhul Tamyiz ini.
Ruhul Tamyiz terkenal dengan sebutan AKAL. Hadis ada meriwayatkan; Maksudnya "Ketika Allah mencipta akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.
Kemudian Allah berfirman kepada akal: Demi kebesaran dan kemuliaan Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang aku cintai.
Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala: (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)
Kita dapat lihat didepan mata kita pada hari ini, berlaku krisis jiwa saperti penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan, ketegangan perasaan dan berbagai-bagai bentuk sakit jiwa.
Dan sedang berleluasa juga didalam masyarakat islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.
Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini? Bahawa bilangan manusia yang menderita sakit atau krisis jiwa disaat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada di hospital-hospital.
Tetapi aneh, kepakaran dan keinteletualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sapertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia.
Apakah manusia tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dll itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain, tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dll itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh org lain !!!
Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar kacirnya sesebuah masyarakat.
Telah datang Rasululah SAW ketengah manusia, baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri Baginda bangun dan bekerja untuk selamatkan manusia.
Institusi pertama yang Baginda bangunkan adalah masjid, satu tempat dimana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan TuhanNya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain.
Rasululah SAW memandang keselamatan manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu Baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan Baginda berjaya.
Kini kita sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sabagaimana apa yang disaksikan oleh Baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau Baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?.
Kita ubati dulu mazmummah dan krisis jiwa kita, ahli-ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia kepad fitrahnya.
Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahgiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.
Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.
Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan.
Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong.
Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorg kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya.

Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, kita akan temui hati-hati yang penuh dgn cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.
Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.
Allah berfirman,maksudnya " Hari Kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yg mengadap Allah membawa hati yg selamat" (Asy Syura:88-89)
Islam yang Allah redhokan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.
Syariat lahir disebut SYARIAT. Syariat batin di sebut HAKIKAT. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.
Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang mengerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai Roh)
Allah swt telah menetapkan bahawa syariat lahir adalah diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu Roh.
Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa disemua waktu dan semua keadaan.
Kalau kita asingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit (al'qasar), manakal hakikat itu ialah intipati (al'labi).
Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri.
Tanpa kulit, isi tidak selamat, malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidakada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya.
Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-dua mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-dua saling isi mengisi dan perlu memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi) itu tidak membawa erti apa-apa disisi Allah. Sabda RSAW bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu "
Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.
Berkata Imam Malik Rahimahumullah Taala: "Barang siapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik "
Ertinya kita mesti amal kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik.
Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar). Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.
Hakikat menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir degan Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah.
Sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorg zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.

Tuesday, February 23, 2010

Pemuda umno biadap koyak surat jemputan debat

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

Sumber#

P/s : Itu aje lah yang paling berani Pemuda umno PP ni buat..Melalak sakan sana-sini..buat demo jika ada sikit isu yang tak panas pun..pasai apa depa berani buat lagu tuh..hah..wak pun dak cakap utara pulak ..Ta dak sapa akan berani tegur depa..hatta Polis pun macam nak tak nak jer..x dak permit x pa..depa demo aman..la ni dengan tak dak telur depa pi koyak surat ajak berdebat secara jantan..pun depa dak ketaq lutut..takut bebuih mulut jer cakap merapu tak tentu pasai..kena boo..Kalu nak bercakap pun tengok le langit tu tinggi ke rendah..


PERBEZAAN ANTARA BERKAT DENGAN ISTIDRAJ

PERBEZAAN ANTARA BERKAT DENGAN ISTIDRAJ
Terima kasih Tuhan kerana masih lagi memilih kita untuk terus hidup dan masih lagi mengizinkan kita untuk menimba ilmu Tuhan yang sangat berseni ini. Selawat dan salam keatas Nabi Besar Junjungan kita Muhammad SAW.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Sunnatullah. Sudah jarang umat Islam mengambil pengajaran tentang hal ini. Sunnah Rasulullah selalu orang perkatakan.
Pada kita Sunnatullah merupakan rahsia Tuhan, mestilah kita mengambil tahu, membincangkan. sebab dunia ini berjalan, terutama pentadbiran Tuhan pada manusia melalui sunnah-Nya, sedangkan sunnah itu dilakukan sejak azali lagi dan tidak diubah-ubah oleh Tuhan.
Yang tidak diubah Tuhan inilah kita bahaskan, kita intai-intai supaya tindakan kita tidak bersalahan dengan Sunnatullah dan agar selamat kita dunia akhirat.
Dalam beberapa ayat yang Tuhan sebut bahawa sunnah-Nya tidak berubah-ubah, disinilah keadilan Tuhan, padahal Tuhan berkuasa mutlak, apa saja Dia nak lakukan siapa nak objek, tapi Tuhan tidak langgar.
Diantara Sunnah Tuhan kepada alam, terutama manusia, adalah berdasarkan rahmat-Nya dan berdasarkan berkat. Ikut rahmat-Nya: siapa yang ikut Sunnatullah Tuhan mula-mula sekali memberi rahmat kepada Rasulullah, Tuhan cipta Rasulullah menjadi rahmat kepada alam, sebelum dan sesudah, beliau Shahibul Zaman, apa-apa saja yang diciptakan kerana Rasulullah, sebab itu Rasulullah itu disebut sebagai Rahmat kepada alam.
Padahal kalau Tuhan tak jadikan dunia kerana Rasulullah bukan Tuhan cacat, bukan Tuhan susah, tapi Tuhan nak melihatkan kebesaran hamba-Nya, yaitu Rasulullah. Seolah-olah Tuhan hadiahkan dunia ini pada Rasulullah, apa saja yang berlaku baik buruk kerana Rasulullah.
Rahmat Rasulullah itu kalau dialirkan kepada hamba-hamba Tuhan. Kalau pada orang bertaqwa dikatakan berkat: "walau anna ahlal.... Jadi kalau Tuhan nak cetuskan kebaikan kepada orang bertaqwa samada ilmu, kekayaan, kepandaian itu atas dasar berkat.
Apa arti berkat?
Muslimin muslimat yang dikasihi. Berkat, asalnya Rahmat, kepada Rasulullah, selepas Rasulullah maka diberi pada Mujaddid, kemudian dialirkan kepada orang-orang bertaqwa maka jadi berkat, ertinya bertambah.
Kalau Tuhan beri kerana berkat, maka ilmu, kejayaannya kerana berkat maka ertinya keimanannya bertambah, kebaikannya bertambah. Rahmat Rasulullah tadi dialirkan kepada orang bertaqwa di namakan berkat.
Apa erti Istidraj ?
Tapi bagi orang-orang yang durhaka, orang jahat Tuhan bagi juga atas dasar Rahmat yang telah diperuntukkan kepada Rasululah, berupa kejayaan, rezeki tapi dengan istidraj atau kemurkaan-Nya.
Tuhan tidak diskriminasi, kedua-dua kelompok manusia Tuhan bagi tapi ada atas nama kasih sayang-Nya, berkat ada juga atas nama murka-Nya atau Istidraj.
Saperti kita pergi ke Zoo ke kawasan beruk, beruk datang berebut-rebut pisang yang kita bawa, kita sakit hati, lalu kita lempar pisang itu ke muka beruk, di makannya, tapi kita benci.
Begitulah manusia sama-sama dapat nasi, duit, kaya, tapi atas murka Tuhan, akhirnya ada duit tapi tak ada ketenangan, tak ada keamanan dan keselamatan.
Begitulah manusia hari ini nak apa saja bukan ikut cara Tuhan, boleh juga Tuhan bagi tapi kesanya isteri tak taat, anak durhaka, pergi sana sini takut, bertambah rosak bertambah buruk sehingga kejayaan sudah tidak ada arti apa-apa, bahkan menyusahkan. Kalau diberi kepada orang-orang yang bertaqwa kesannya akan bertambah baik.
Berkat: Berkat ini ada yang didapati atas dasar individu dan jemaah. Kalau pada individu mungkin kerana ada individu yang bertaqwa. ini mudah dikesan.Yang payah dikesan apabila diberi oleh Tuhan atas nama jama'ah.
Tuhan beri supaya jamaah nampak indah. tapi tidak semua individu dapat kerana Tuhan nak lakukan keadilan-Nya. supaya ada kasih sayang, perpaduan. Sebab itu jama'ah kebenaran, Tuhan berbagaikan berkat, tidak sama jenisnya.
Sebab itu kita tidak boleh mengatakan sesuatu yang kita dapat kerana berkat kita seorang, tapi katakan berkat orang lain.sandarkan dengan salah seorang pemimpin kita, baru beradab, tawadu', Kalau kita lihat kejayaan lahir para jutawanlah yang banyak berkat, lalu sombong maka yang asalnya berkat, lama-lama jadi istidraj.
Kerana itu bukan orang-orang tu tak ada berkat, tapi bentuknya lain. Saperti pokok kalau tak faham, kita pujilah ranting-ranting yang banyak buahnya, manis buahnya, lupa dengan pokok dan akar.
Jadi masing-masing ada peranan. Kerana itu dikalangan kita jangan kita anggap lebih. Kita tidak tahu di tangan siapa yang mendapat berkat itu. Walaupun kita kata nak lahirkan orang-orang bertaqwa tapi kalau tak faham maka kita akan sakit-sakit hati, jatuh menjatuhkan.pecah ukhuwah.
Kalau kita faham kita akan takut dengan Tuhan, malu, cemas, bimbang dan sandarkan dengan berkat orang lain. Peristiwa Kehancuran Islam di zaman Kamal Artartuk di Turki:
Nak hancurkan orang yang istidraj . Nak naikkan orang yang ikhlas. Tuhan dalam mengatur alam ini sangat berseni. Nabi Yunus Tuhan biarkan 40 hari dalam perut ikan demi hendak menginsyafkan umatnya.
Kita tidak akan mampu membaca secara lahir cara Tuhan dalam kejadian Nabi Yunus itu. Kejadian itu bukan kejadian istidraj tapi berkat. Kalau betul-betul kita bertaqwa kalau ada yang mahu menonjolkan kita, kita akan tolak.
Akhir Zaman nanti Tuhan akan alihkan dengan sendirinya yang akan berperanan sekalipun nampak sekarang yang menojol itu banyak dikalangan pemimpin-pemimpin yang ada sekarang, maka Tuhan dengan sendirinya akan mengubah peranan itu.

BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DENGAN NAFSU WANITA

BEZA ANTARA NAFSU LELAKI DENGAN NAFSU WANITA
Terima kasih Tuhan kerana masih lagi menghidupkan kita dan mengizinkan kita berada didalam majlis ilmuNya yang sangat ajaib lagi berseni ini. Mudah-mudahan kita dipilih Tuhan agar terhindar dari dosa-dosa dengan Tuhan dan sesama manusia dan makhlukNya yang lain. Selawat dan salam keatas Nabi Junjungan Besar kita Muhammad SAW.
Kita sering dengar dimajlis-majlis agama di surau-surau, dimasjid, didewan, para-para ustaz, para-para mubaligh, guru-guru, pensyarah dan lain-lain kerap menyatakan ungkapan ini, bahawa. Kaum Lelaki mempunyai hanya 1 Nafsu tetapi mempunyai 7 Akal. Manakala kaum wanita memiliki 7 Nafsu dan hanya 1 Akal.
Persoalannya apakah benar bahawa Kaum Lelaki dan Wanita mewarisi sifat-sifat ini. Mari kita cungkil ilmu yang Tuhan telah berikan kepada kita.
Kita sering nyatakan perihal Akal dan Nafsu ini, kita kuliahkan lagi, kerana dua aspek ini adalah sangat mempengaruhi diri dan kehidupan manusia baik lelaki mahupun wanita malah makhluk-makhluk Tuhan yang lain.
Kita telah terangkan dimasa lalu bahawa manusia yang dicipta Tuhan hanya mempunyai 4 unsur yang mutlak, yang menjadikan manusia itu ˜Mukallaf" (Wajib Menyembah Tuhan dan Wajib Mendirikan Syariat Tuhan). Akal, Nafsu, Roh dan Jasad.
Tidak mempunyai 4 unsur ini, bermakna makhluk Tuhan ini juga wajib Menyembah Tuhan tetapi tidak wajib Mendirikan Syariat Tuhan saperti para-para haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk Tuhan yang zahir, cuma cara penyembahan oleh makhluk-makhluk lain selain dari manusia, kita tidak tahu, itu rahsia Tuhan.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Manusia hanya memiliki Satu Akal, Satu Nafsu, Satu Roh/Hati dan Satu Jasad (banyak anggota dibadan itu lain. Sama lah macam sepohon pokok, kita tak kata sepohon ranting). Ini adalah hakikatnya. Kezahiran manusia itu samada ada ianya cacat atau tidak sekalipun hakikatnya manusia sebegini juga sama mempunyai 4 unsur yang mutlak ini.
Cuma setiap unsur ini akan Tuhan berikan kelebihan masing-masing berdasarkan anugerah Tuhan sesuai dengan manusia itu. Kita tidak akan menghurai satu persatu tentang cabang-cabang setiap unsur ini, sekadar untuk membuat perbandingan sahaja. Kita cungkil lagi ilmu Tuhan ini.
Kita lihat Akal yang ada dalam diri manusia. Akal satu tetapi kebolehan akal dalam bentuk IQ ada 6 kategori atau peringkat.
(1) Genius atau Abqari kekuatan berfikir yang luar biasa.
(2) Cerdik dalam 10 adalah satu
(3) Cerdik Biasa ramai
(4) IQ Biasa ramai didunia
(5) Bodoh
(6) Dungu
Kita lihat Nafsu yang ada dalam diri manusia pula. Nafsu tetap satu tetapi nafsu ini mempunyai banyak peringkatnya.
(1) Ammarah - Nafsu yg Jahat
(2) Lawammah - Nafsu yg lemah mujahadah
(3) Mulhammah - Nafsu yg sudah mula terpimpin
(4) Mutmainah - Nafsu yg sudah tenang
(5) Radhiah - Nafsu yg sudah redho
(6) Mardhiah - Nafsu yang Tuhan pula redha
(7) Kamilah - Kemuncak kebersihan nafsu
Bagaimana pula dengan Roh/Hati yang jarang kita perbincangkan, mungkin manusia takut nak bincangkan atau memang tak tahu atau mungkin bercelaru.
Kita lihat 2 jenis Roh yang Tuhan jadikan. Roh dalam bahasa Arab ialah RUHUL.
1. RUHUL HAYAH.
Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia,jin,malaikat,binatang dan setiap benda yg bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok2 kayu juga ada roh.
Begitu juga pada semua jamadat saperti batu,kayu dan sebagainya. Kalau roh hayah ini keluar dari jasad makhluk-makhluk Tuhan yang lain selain dari manusia, malaikat dan jin jasad ini tidak akan dapat berfungsi lagi, dikira dah mati. Kalau ianya keluar dari jasad manusia, manusia masih dapat berfungsi. Roh inilah yang keluar dari jasad kita sewaktu kita mengalami mimpi.
2. RUHUL TAMYIZ.
Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia,malaikat dan jin.
Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat,jin dan manusia menjadi makhluk yg mukallaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.
Roh-roh ini terbahagi empat kategori.
(1) Roh Yang Bercahaya
(2) Roh Yang Bersih
(3 ) Roh Yang Kabur
(4) Roh Yang Hitam Legam.
Setiap peringkat roh ini ada hubungan dengan sejauh mana baiknya dan jahatnya Nafsu manusia.
Muslimin muslimat yang dikasihi, setelah melihat ilmu-ilmu Tuhan diatas, maka ini akan menguatkan hujah kita bahawa selama ini apa yang kita dengar, apa yang diajar samada kaum Lelaki memiliki Satu Nafsu atau 7 Akal manakala kaum Wanita memiliki satu Akal dan 7 Nafsu adakah ianya merupakan sunnatullah kejadian manusia atau hanya sekadar ianya berunsur didikan semata-mata?
Kita renung dan fikirkanlah bersama.
Jika diamati apa yang diajar, apa yang didengari selama ini adalah hanya unsur-unsur untuk mendidik manusia semata-mata, mungkin penyampaiannya sahaja yang kita susah nak faham, sebab tidak ada yang mampu hendak terangkan dengan jelas, tepat, tajam dan tulin.
Samada kaum lelaki atau kaum wanita, dua-duanya sama sahaja memiliki Akal dan Nafsu yang sama, hanya yang membezakan manusia adalah peringkat-peringkat anugerah Tuhan sahaja.
Hujahnya, ada kaun lelaki yang pandai, ada juga kaum wanita yang pandai, ada kaum lelaki yang kuat nafsunya, ada juga kaum wanita yang kuat nafsunya samada nafsu seksual atau nafsu material.
Dari segi seksual mungkin kaum wanita tak nampak sangat sebab kaum wanita mempunyai sifat pemalunya dan sifat mempertahankan maruah diri, tetapi ada juga yang bersifat terbuka. Sifat ini memang sunnatullah kejadian kaum wanita. Kaum lelaki juga mempunyai sifat sebegini.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan Lelaki mempunyai 7 Akal dan 1 Nafsu terlebih dahulu. Pandangan manusia biasa kerap mengatakan bahawa kaum lelaki memang mempunyai 7 akal, kerana kaum lelaki banyak menyimpan helah dalam kehidupan mereka dalam menjalankan perkara-perkara yang sihat dan tidak sihat seharian.
Dikatakan kaum lelaki banyak menggunakan akal mereka untuk melaksanakan helah-helah dalam hidup. Kerap menggunakan akal untuk membuat sesuatu perkara dan jarang menggunakan nafsu, kerana nafsu lelaki hanya digunakan untuk satu tujuan sahaja, hanya untuk tujuan seksual semata-mata.
Sebab itu orang lelaki kerap dicop sebagai mata keranjang, buaya darat dan lain-lain, gelaran ini semuanya bersangkutan dengan tindakbalas lelaki keatas wanita.
Malah apabila berlaku kejadian tak sihat saperti rogol, perkosa, membunuh dan lain-lain juga kerap melibatkan kaum lelaki, apakah ini dikaitkan dengan Akal yang 7 atau Nafsu yang 1. Manusia biasa mungkin akan berkata nafsu semata-mata, ditambah pula panggilannya Nafsu Binatang.
Rupa-rupanya nafsu lelaki yang 1 ini lebih bahaya dari nafsu wanita yang dikatakan 7. Sepatutnya nafsu yang 7 ini lagi dasyat jahatnya dari nafsu yang 1. Sudah jadi terbalik pula.. Kurang tepatlah nampaknya apabila kita katakan lelaki itu mempunyai 7 akal, sebaliknya akal yang 7 itulah dipengaruhi oleh nafsu yang satu.
Tetapi manusia selama ini ingat bahawa 7 akal itulah yang menyebabkan kaum lelaki bersikap tidak sihat. Apakah ilmu tersirat Tuhan agaknya. Minda menyatakan bahawa setiap lelaki yang bersikap tidak sihat itu Akal mereka telah dipengaruhi oleh Nafsu yang jahat, manakala lelaki akan bersikap sihat apabila akal itu mempengaruhi/mengawal nafsu, akal mereka telah berfungsi mengikut perintah Tuhan.
Muslimin muslimat yang dikasihi. Bagi kaum Wanita pula fungsi Akal dan Nafsu yang ada dalam diri mereka adalah juga sama sapertimana kaum Lelaki, cuma sunatullah kejadian wanita itu sahaja yang membezakan mereka.
Wanita terkenal dengan sifat lembah lembut, lemah dalam beberapa sudut kehidupan dan cekal dalam sesetengah sudut, sama sahaja saperti lelaki. Nafsu wanita lebih lembut dan mudah di didik jika dibanding dengan nafsu yang ada kepada kaum lelaki sebab itu Tuhan berkata wanita ini mudah masuk syurga dan mudah juga masuk neraka.
Nafsu wanita dalam bab seksual tidak setanding dengan kaum lelaki, ini memang sunnatullah kejadian manusia. Wanita yang dikatakan mempunyai 1 akal memang tepatlah tetapi kalau dikatakan wanita mempunyai 7 nafsu itu agak kurang tepat, sebab kehendak lelaki dan perempuan sama sahaja, kerana kedua-duanya mempunyai fitrah untuk maju, untuk berkembang, untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.
Kalau dikatakan wanita suka berbelanja (yang manusia kaitkan dengan nafsu wanita), kaum lelaki pun juga sama suka berbelanja (adakah ini dikatkan dengan akal atau nafsu lelaki), wanita dikaitkan dengan suka kepada kecantikkan dan sanggup berbelanja untuk kecantikkan, kaum lelaki akhir zaman ni pun sama juga, malah ada kaum lelaki yang buat botox.
Apa sahaja yang dikaitkan diantara kaum lelaki dan wanita, sudah sama diakhir zaman ini. Apakah ianya salah di sisi Tuhan atau tidak, pun sama juga diantara lelaki dan wanita. Lelaki yang tidak menjaga syariat salah dengan Tuhan, wanita juga sama. Lelaki tidak menutup aurat melanggar syariat, wanita tak tutup aurat juga melanggar syariat. Kaitkanlah dengan apa perkara sekali pun.
Muslimin muslimat yang dikasihi, ini bermakna hujah yang mengatakan Lelaki memiliki 7 Akal 1 Nafsu manakala Wanita memiliki 1 Akal 7 Nafsu tidaklah tepat.
Kalau ada riwayat pun ianya adalah bersifat mendidik, nak menggambarkan bahawa wanita itu sepatutnya lebih menjaga diri/maruah mereka dari kaum lelaki. Itu maksud tersiratnya.
Dan lelaki pula diperintah menggunakan akal mereka yang dikatakan 7 itu untuk menimbang baik dan buruk perbuatan mereka, untuk menimbang yang mana Tuhan larang dan yang mana Tuhan perintahkan. Banyak lagi faktor-faktor lain yang semua nya adalah untuk kaum lelaki dan wanita melaksanakan perintah Tuhan dan meninggalkan LaranganNya.
Mudah-mudahan kita memperolehi sedikit ilmu dari penerangan ini, dan dapat membezakan apa yang telah dimaksudkan oleh Tuhan dalam Minda SiberMelayu@yahoogroups ini.
Sekian.
Wassalam

Friday, February 19, 2010

Lihatlah betapa BODOHnya mereka..

Perhatikan betul-betul apa yang ditulis pada Banner peserta demo Perkasa dan BN.. Depa nak kutuk Mat Salleh.. tapi ejaan depa salah, kalau macam tu punya ejaan, berdemo sampai mati keras kat situ pun Mat Salleh Australia tu tak akan faham..

Buat malu Negara saja..

Gelak sama depa... ha.. ha.. ha..







Tu pun bukan main...

Nak bagi anak-anak depa belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris!!

Ini juga bukti paling kukuh bahawa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah gagal segagal- gagalnya.

NGO dan Ahli UMNO yang terlibat!!

Jangan tunjukkan kepada Dunia yang hangpa tu BODOH!!

Lagi sekali.. Gelak sama depa... ha.. ha.. ha..



p/s : Inikah yang dikatakan bodoh tak boleh nak diajar,bangang tak bertempat..berdemo tanpa permit elok pulak kalau kaum depa yang buat ..tak de la pulak Fru sibuk-sibuk berjaga..INi serupa la macam beruk-beruk dijalanan macam si Khairi kata dulu tuh..Makin meriah 1Malaysia sekarang nih..pantang ada isu sikit maka kaum ni sibuk la berdemo..macam dapt gaji lak berdemo sana-sini..mana tau..1Malaysia la katak katak kata..

Thursday, February 18, 2010

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata

[MK] Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haramdianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli
hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba
menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan
umum
, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan
itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai
hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.


Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

KOMEN: SIS ni bukan NGO yang boleh diguna pakai...beranggapan sistem ISlam ni kuno dan ketinggalan zaman..Apakah mereka tidak pernah mengkaji dan menghayati sistem Isalam yang sebenar di zaman Rasullulah s..a.w..Rata-rata anggotanya beragama Islam tapi Islam yang dah di sekularkan..beranggapan membela wanita Islam..hingga sanggup mempermain-mainkan perundangan Islam..Kaji sikit siister ooii..Internet ni banyak..berlambak kajian tentang hukum Islam dan mereka bukan selayaknya memberikan pendapat yang ketinggalan zaman..masih tinggal dalam gua batu..

* Beza SEBAT ISLAM dengan SEBAT SIVIL
* HUKUMAN SEBAT: Stupido In Islam

Untuk lebih terperinci, sila baca pandangan Dr. Jamnul Azhar:
* Hikmah Pelaksanaan Hukum Hudud Menurut Al Quran & Sains

Bersihkan Pakatan Rakyat dari spesis yang ‘menjijikan’…

Pakatan Rakyat tidak habis-habis ditekan media talibarut Umno-Barisan Nasional, yang bertujuan memusnahkan kredibiliti dan persepsi rakyat terhadapnya.

Umno-BN terpaksa memberikan tekanan yang amat hebat kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka menyedari hayat politik mereka, hanya ada dua atau tiga tahun sahaja lagi.

Masa untuk Umno-BN amat terhad. Perdana Menteri dan Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, khabarnya menyedari sokongan rakyat terhadap mereka dalam tempoh dua tahun ini masih belum pulih.

Ada sumber-sumber memberitahu, dalam pertemuan PM dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, terdiri dari kalangan orang-orang Melayu, untuk mencari jalan memulihkan sokongan Melayu terhadap Umno, di Putrajaya baru-baru ini, tidak memberikan hasil yang memberangsangkan.

Oleh kerana itu, Umno-BN tiada jalan lain. Mereka menyedari bahawa Pakatan Rakyat adalah ‘rival’ yang sangat merbahaya. Kemaraan Pakatan Rakyat harus disekat.

Cara untuk memusnahkan Pakatan Rakyat ialah dengan bantuan media talibarut, dengan memaparkan imej-imej buruk pemimpinnya dan merosakkan perpaduan antara parti-parti gabungannya.

Perpaduan gabungan PAS-KeADILan-DAP hanya dapat digoyahkan, dengan menimbulkan sentimen atau perasaan ketidakpuasan hati, iri hati, hasad dengki, prasangka di antara satu sama lain.

Propaganda media talibarut ini, ternyata berjaya memerangkap beberapa orang wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga bertindak di luar batasan persefahaman.

Media talibarut Umno-BN giat memainkan sentimen Melayu-Islam, kononnya akibat pemerintahan kerajaan negeri yang diketuai KeADILan dan DAP.

Propaganda ini bertujuan untuk memecahbelahkan hubungan erat antara PAS dengan kedua-dua parti tersebut. Malah ia juga bertujuan menaikkan semangat nasionalisme ala Islam orang Melayu, sehingga ada yang terpengaruh, sehingga membuat demonstrasi dan sebagainya.

Mereka yang terpengaruh ini, majoritinya dari kalangan penyokong Umno dan ’seorang dua’ wakil rakyat dari kalangan Pakatan Rakyat, yang jelas menunjukkan kecetekan minda mereka, sehingga mereka yang dilihat mewakili Pakatan Rakyat sendiri, yang menyerang komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa, kononnya Islam dan Melayu dipinggirkan.

Pada mereka ini, seolah-olahnya Umno-BN lebih baik memperjuangkan soal Melayu-Islam. Orang -orang yang berfikiran sebegini, sebenarnya hanya menunjukkan sama ada mereka jahil dalam politik atau sengaja mencetuskan polemik, kerana mereka sudah menjadi ‘agen Umno’ dalam Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, media talibarut BN tidak akan berhenti menyerang Pakatan Rakyat. Mereka akan menggunakan sepenuh tenaga dan mempergunakan apa sahaja instrumen, yang boleh mencalarkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Cabaran untuk Pakatan Rakyat

Justeru, Pakatan Rakyat tidak ada pilihan. Ia tidak boleh dilihat lebih buruk atau disamakan dengan Umno-BN. Jika Pakatan Rakyat hendak memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, ia mesti membuktikan bahawa ia jauh lebih baik daripada Umno-BN.

Harus disedari, Pakatan Rakyat tidak sesekali akan berjaya memenangi keyakinan rakyat, selagi ada anasir-anasir di kalangan pemimpin atau wakil rakyatnya, yang mewarisi sindrom penyakit Umno-BN.

Oleh kerana Umno-BN bermaharajalela dalam negara selama lebih 50 tahun, ia sudah dijangkiti penyakit ’sindrom kurang daya tahan’ godaan kuasa, pangkat dan harta.

Sindrom ini melanda begitu teruk dalam Umno-BN. Ia membawa kepada penyakit mengutamakan kepentingan diri dan kroni sehingga menzahirkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme, yang terbukti memburukkkan imej kerajaan dan parti pemerintah.

Tetapi elemen sindrom ini amat merbahaya. Kumannya bukan sahaja menjangkiti Umno-BN. Ia boleh melanda semua pemimpin dan orang politik, tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan fahaman.

Elemen ini masih sukar dihapuskan dalam Umno-BN. Malah ia boleh menggugat Pakatan Rakyat.

Walaupun beratus-ratus orang dalam Umno-BN boleh dihadapkan dengan jenayah politik wang, rasuah dan sebagainya, rakyat tidak akan mengetahui secara jelas, kerana media talibarut menyembunyikannya.

Perkara buruk ini pernah terjadi di Perak. Akibat dari ’seekor dua’ wakil rakyat, sama ada mereka terbabit secara sedar rasuah, atau terjatuh dalam perangkap Umno-BN, kesilapan ini mengakibatkan Kerajaan Negeri Perak tumbang.

Selepas Perak dirampas secara haram. Mereka menghalakan serangan kepada Selangor dan Pulau Pinang pula. Umno-BN menyerang Selangor dan Pulau Pinang tanpa henti-henti. Selepas satu isu berjaya dipadamkan, dicetuskan isu lain pula.

Dalam hal ini tidak dinafikan Umno-BN bertindak bijak. Jika mereka menyerang dengan kecaman dan kritikan daripada pemimpin Umno-BN sendiri, mereka tahu serangan itu tidak akan laku. Rakyat tidak akan terima.

Maka mereka menggunakan ‘beberapa ekor kera sumbang’ dari dalam Pakatan Rakyat yang ditabalkan menjadi hero oleh media talibarut Umno-BN, guna untuk ‘menikam Pakatan Rakyat dari hadapan.’

Bodohnya mereka ini ialah kerana mereka menyangkakan diri mereka sebagai hero. Mereka sangka merekalah ‘kononnya’ ahli politik yang mempunyai pendirian yang betul dan menegakkan kebenaran.

Mereka ini tanpa segan silu, begitu celupar menghentam, mengkritik dan memaki hamun pemimpin parti sendiri, parti sahabat tanpa ada sedikitpun rasa bersalah.

Hebatnya mereka ini sehingga berita kecaman mereka terhadap Pakatan Rakyat dipaparkan di muka hadapan media tali barut Umno-BN.

Mereka menganjurkan demonstrasi, membuat sidang akhbar, menyertai temuramah di televisyen dan sebagainya.

Mereka sangkakan mereka politikus yang hebat, tetapi hakikat sebenarnya, mereka alat propaganda Umno-BN untuk mencemar nama baik parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Mereka-mereka ini kononnya atas ‘dasar prinsip’ sudah tidak memperdulikan siapa kawan dan siapa lawan.

Mereka sebenarnya amat dibenci rakyat. Majoriti ahli, penyokong dan pengundi-pengundi mereka dari kalangan Pakatan Rakyat, amat membenci mereka sekarang.

Mereka dengan jelas menunjukkan kebodohan. Mereka sangkakan mereka aset kepada Umno. Umno pun tidak mahu mereka kerana mereka ini liabiliti. Mereka adalah ‘duri dalam daging.’ Kalau sesama Pakatan Rakyat pun mereka boleh ‘kencing’, apatah lagi Umno.

‘Lalang-lalang’ yang tidak berprinsip ini hanya dipergunakan Umno-BN dalam waktu yang singkat sahaja. Selepas ‘keringat mereka diperah sehingga keluar najis’, mereka akan dibakulsampahkan oleh Umno-BN.

Kita pun sakit hati dengan spesis-spesis yang mencemar Pakatan Rakyat ini. Tidak tahu hendak dilabel apa mereka ini. Katak? Mengkarung? Sesumpah? Beruk Mat Yeh? Yang pastinya mereka ini dari spesis ‘lidah bercabang.’

Namun setakat ini kita amat yakin, spesis ‘lidah bercabang’ ini tidak akan mampu menggugat setiakawan dan keutuhan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tertegak dengan kehendak majoriti rakyat, bukannya dengan segelintir yang berkepentingan.

Kedangkalan dan keceluparan mulut spesis-spesis ini harus dibalas. Kebiadaban mereka tidak boleh didiamkan sahaja. Mulai saat ini, kita padamkan sahaja nama mereka dari persada politik negara dan kita catatkan dalam sejarah, bahawa inilah spesis-spesis yang pernah mencemar sejarah politik negara.

Oleh itu cabaran besar yang harus diambil tindakan serius oleh pemimpin Pakatan Rakyat, ialah dengan membersihkan anasir-anasir jahat ini. Siapa yang melanggar prinsip persefahaman dan setiakawan, harus dibuka pintu untuk mereka keluar.

Biar mereka keluar dan menjadikan jadi bebas. Tetapi rakyat tidak boleh dibohongi, kerana rakyat tahu mereka ini ‘bebas ada makna’, nama sahaja bebas tetapi sebenarnya menyokong Umno.

Apa pun kita yakin, segelintir golongan bebas ini, sama sekali tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dengan bersihnya golongan yang berkepentingan ini dari Pakatan Rakyat, nescaya graf sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

sumber: wargamahrean / best1of’s blog

Komen : Beginilah jika melepaskan anjing yang tersepit yang dah biasa menjilat tahi..walau dilepaskan dari ikatan ,diberikan makanan yang sedap-sedap masih juga ia mahu menjilat tahi itu.

Monday, February 15, 2010

Kerajaan akan bawa balik besi buruk?

Anak Malaysia

Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun.

SANGAT PELIK bagaimana barang keselamatan yang bukan sebesar jed Cina atau sepanjang sebilah keris tak bersarung tidak disedari kehilangannya. Itulah kepelikan dalam negeriku.

Apa yang membimbangkan kita ialah ketelusan soal keselamatan negara. Kebocoran maklumat sulit dan kebocoran serta kerosakan kepada kapal tak boleh selam yang baru diterima negara.

Walaupun pihak kerajaan sering berdalih untuk mengurangkan kebimbangan rakyat, namun fakta tidak boleh dinafikan.

Apabila enjin jet yang didakwa hilang dianggarkan bernilai lebih 50 juta, kerajaan telah mengeluarkan nilai sebenar hanya sekitar RM 303570 sahaja.
Apakah lojik dan waras di akal nilai enjin itu hanya tak sampai setengah juta telah dirompak dan dilarikan hingga ke Uruguay. Berapa pula kos mengeluarkan enjin tersebut secara senyap dari perairan negara? Ia bukan dilarikan ke Siam yang mungkin hanya memerlukan kos RM1000.

Kalau itulah angka sebenar, sahlah pencuri tersebut terlalu BODOH . Ia bukan kerja seorang. Ia kerja antarabangsa. Dan kalau benarlah itu angkanya...bererti alatan keselamatan negara begitu rendah harganya berbanding harga dibeli sebelum ini.

Apakah memang negara membeli barangan yang rendah harganya dan dibeli dengan harga yang mahal? Harga sebenar hanya diketahui apabila ia di jual sebagai barang terpakai. Sama seperti seorang yang membeli barangan tiruan dengan harga yang mahal... bila nak di hantar ke pajak gadai baru diketahui nilai sebenar.

Jika pula harganya memang semurah itu, ia bukan diukur dari sudut harga... persoalannya sekarang ialah kelemahan sistem pertahanan negara. kehilangan itu berkait dengan maruah negara dan nilaian antarabangsa terhadap tahap kekuatan pertahanan negara.

Kalau di negara luar, pastinya menteri pertahanan dituntut meletakkan jawatan... masalahnya menteri pertahanan itulah yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.... bererti Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang yang terlalu lemah dan gagal menjaga keselamatan negara!

Fakta nilai itu mungkin tepat. Sebab itulah kapal tak boleh selam yang dibeli dengan harga yang mahal telahpun mengalami kerosakan. Menteri pertahanan sekali lagi menenangkan rakyat bahawa kerosakannya adalah kecil.
Walau sekecil manapun ia dianggap tidak berkualiti. Berbaloikah harga yang mahal untuk barang yang tak berkualiti???

Kapal Selam bukan barang aksesori untuk dipertontonkan, ia adalah alatan keselamatan yang membabitkan maruah negara. Kalau Honda dan Toyota dilaporkan baru baru ini menarik kereta keluaran mereka kerana ada beberapa masalah teknikal, mungkin ia dianggap wajar.

Namun kerosakan alatan keselamatan adalah memalukan. Syarikat pembekal bukan hanya mesti membaikinya semula kerana dalam tempoh jaminan tetapi wajar membayar ganti rugi dan kerajaan sepatutnya menyaman syarikat pembekal kerana mendedahkan negara kepada bahaya.

Kalau kereta kita kemalangan, syarikat insuran bukan hanya menanggung kos kerosakan tetapi juga kos keperluan kenderaan kita sepanjang tempoh pembaikan. bagaimana dengan kapal selam ini?

Apakah ada perkara yang dibimbangi terbongkar jika syarikat pembekal di saman kerana kerosakan? Kita mampu menduganya.

Sumber*

Komen: Wak tak perlu komen banyak,jika beginilah keadaan sehingga 50tahun lagi negara akan bankrap dan kkorupsi yang berterusan selagi Kerajaan yang ada tidak kembali kembali kepada sunnah dan hukum-hakam Islam yang Shumul...

,

Saturday, February 13, 2010

kapal selam -tak-boleh-selam!!

Kapal TAK BOLEH Selam: Jurutera Perkapalan Disaran Berkursus Di 1Malaysia

Klik imej untuk gambar besar
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan kecil pada sistem saluran air bertekanan tinggi pada kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman menyebabkan aset strategik itu tidak boleh menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerosakan mekanikal yang dikesan pada 7 Januari lalu ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah itu tidak membimbangkan kerana hanya melibatkan sistem sokongan kapal.

"Kerosakan itu melibatkan bahagian yang menyalurkan tekanan air keluar masuk dan ini menyebabkan kapal tersebut gagal dilancarkan ke bawah permukaan air. Ia berlaku ketika kapal selam berada di limbungan kering dan bukannya semasa operasi,'' katanya.

Sumber *
Komen : Ini merupakan lagi satu kes unik Kerajaan 1Malaysia dimana kapal selam yang dibeli tak boleh menyelam...setakat tenggelam sekejap kemudian timbul balik baik beli kura-kura..Setelah berbilion duit rakyat habis membeli besi buruk ni,kini terpaksa pulak nak membayar kos penyelenggaraan yang entah berapa juta pulak..SPRM tak minat nak siasat ke kes nih..mesti ada "something wrong"dimana-mana yang membuatkan kapal selam yang dibeli tak boleh menyelam lama..nanti sia-sia jer Jurutera TUDM mati katak kat dalam KapalSelam tu..tak dapat bernafas..kerana bernafas dalam lumpur..he..he..Hanya pendapat seorang rakyat Marhaein...

Wednesday, February 10, 2010

pokok demokrasi' tiba-tiba me'layu'...lalu batangnya menjadi 'biru'

WEDNESDAY, FEBRUARY 10, 2010


" penghakiman yang kontradik ? kelmarin, 'pokok demokrasi' tiba-tiba me'layu'...lalu batangnya menjadi 'biru'.." - albanjari

anaksengat - Sehina dan semundur manapun sebuah kerajaan itu, ia tidak ditegakkan oleh sebuah mahkamah. Dalam negara demokrasi, kerajaan adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Itulah yang saya faham dari erti demokrasi. Kalau sebuah kerajaan itu dari mahkamah untuk rakyat... apa istilah yang sesuai??? saya serahkan kepada anda menamakannya..(...)


Komen:

Wak memang dah agak keputusan Mahkamah pasti berpihak kepada zambry..Ini alasan wak yang tak pandai ilmu hukukm-hakam duniawi ni la..
1)Sejak bila pulak Umno peduli dengan demokrasi berperlembagaan jika mereka sendiri yang mencabulnya..Contoh jelas sedari awal lagi..Surat perletakan jawatan 3 adun katak sepatutnya diterima SPR bukan terus jatuh hukuman..tak relevan dan tak guna pakai..
2)Mahkamah tinggi mengistiharkan Nizar MB yang sah dan diwarning Najib kepada penyokong NIzar 'Jangan suka sangat"dan tak sampai seminggu Mahkamah rayuan membatalkan keputusan itu..Nizar mohon ke Mahkamah Persekutuan setahun baru dapat keputusan..
3)Dan banyak lagi.sampai wak dah x terfikir la..apapun lu fikir la sendiri..


Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...