Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, October 27, 2010

Gunung Merapi dan Tsunami-Amaran Allah

Dengan meletusnya Gunung Merapi dan juga tsunami di kepulauan Mentawai ,Indonesia adalah merupakan musibah dan Amaran Allah kepada umat kini khususnya buat orang Islam samada di Indonesia,Malaysia dan seluruh umat Islam.

Namun amat dikesali Umat Islam di Malaysia tidak mengambil sepenuhnya iktibar dan muhasabah diri akan amaram Allah ini.Kerajaan BN malah dengan bangganya mengumumkan akan program ETP terbaru yang melebihkan kepada hiburan,berpoya-poya dan mengalakkan maksiat.Semoga Allah memjauhkan bala menimpa bumi Malaysia akibat perbuatan mereka ini.

Sesungguhnya balasan Allah itu amatlah pedih.Bacalah surah Al-Waqiah dan Surah Al-Qiamah saban pagi sesudah solat subuh selalu agar keinsafan menjalar kedalam jiwa kita dan meminta Allah menjauhkan bala yanh menimpa negara jiran kita tidak menimpa kita jua akibat perbuatan mereka-mereka yang ingkar perintahNYA.

"YA ALLAH KU AMAT MEMOHON PETUNJUKMU,BAWALAH DAKU KE JALAN REDHAMU,JANGANLAH KAU HIJABKU DENGAN PETUNJUK YANG SALAH DISEBABKAN KELALAIANKU"

1 comment:

Anonymous said...

Jangan saudara terlalu mudah mengatakan kejadian sunami dan
letusan gunung merapi dinegara jiran adalah musibah allah semata mata tanpa saudara membuat sedikit kajian yang ilmiah untuk pengetahuan pembaca.Allah meanugerahkan akal
fikiran yang hebat kepada makl
uknya yakni manusia supaya kita boleh menggunakanya utk mengkaji setiap kejadian dalam bentuk zahir dan batin.Saya bukan menidakkan bahawasanya setiap kejadian hanya boleh ber
laku dengan izin tuhan.
Untuk pengetahuan saudara ,kepulauan indonesia adalah salah sebuah negara yang terletak dibahagian lengkaran api pasifik dimana dibawahnya adalah merupakan kawasan tekanan kerak bumi yang boleh menghasilkan gempa dan letusan gunung berapi akibat dari aktiviti pergerakan kerak bumi.Fenomena ini adalah fenomena alam yang telah diciptakan oleh allah sebagaimana berlakunya hujan,panas,ribut dan sebagainya.Kalau kita fikirkan mengapa negara kita tidak terdapat letusan gunung berapi..?apakah jawapan kita mengatakan ianya kerana manusia di malaysia tidak sejahat orang indon.Sudah tentu jawapan itu amat dangkal dan beremosi.Seperkara lagi dalam blog saudara ini ada beberapa petikan dari ayat-ayat al-quran yang menarik untuk dibaca ,sekli gus mengambarkan saudara saorang peka kepada suruhan allah ,tapi mal
angnya dalam artikal saudara diatas saudara begitu mudah memaki hamun sesama islam dan mencerca mereka yang tidak sehaluan dengan saudara.Ingatlah saudara tul
isan saudara mungkin dibaca oleh beribu orang diseluruh dunia.Kiranya tulisan saudara memberi kebaikan kepada beribu pembaca maka allah gandakan kebaikkan itu mengikut bilangan yg membacanya,sebaliknya maki hamun saudara jika menjadi ikutan ramai orang,sanggup kah saudara memikul
dosa setiap mereka yang membacanya..?.Saya hanya ingin memberi koman yang membina kearah kesejahteraan dunia dan akhirat sepertimana yang saudara sarankan.
Sekiranya saudara saorang pejuang islam yang iklas dan jujur kerana allah sila 'publish ' koman saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...