Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, October 9, 2010

Air: Selangor tidak bersimpati kebajikan rakyat



Air: Selangor tidak bersimpati kebajikan rakyat

PUTRAJAYA 7 Okt. - Kerajaan negeri Selangor sebenarnya tidak pernah bersimpati dengan kebajikan rakyat negeri itu kerana sanggup membiarkan penduduknya berdepan risiko kekurangan bekalan air menjelang tahun 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, ini kerana kerajaan negeri dilihat seperti cuba melengah-lengahkan pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan negeri Selangor benar-benar ikhlas mahu menjaga kepentingan rakyatnya, sokongan dan kerjasama penuh sewajarnya perlu diberi terhadap inisiatif yang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Ini termasuk dalam menyokong pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang tidak seharusnya dikaitkan dengan isu penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa kementeriannya telah mengugut untuk menyaman kerajaan negeri yang disifatkannya sebagai tidak tepat sama sekali.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, kerajaan Selangor berpendapat kerajaan Persekutuan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah tertangguh hampir dua tahun.

Pada 5 Ogos lalu, Peter memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada kerajaan negeri Selangor untuk memberi persetujuan terhadap pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk bekalan di Lembah Klang.

Komen Wak:
Kerajaan negeri Selangor tidak simpati dengan kebajikan rakyat??Huh sekali Wak baca macam tak percaya jer..Selama ni Mak Wak di kg x pernah dah bayar bil air..habis sapa yang bayar?Kerajaan negeri Selangor yang tak simpati pada rakyat la..Wak pun kini sejak dah dapat meter tunggal pun merasai nikmatnya,Jika selama ini kena bayar bil air pada pemaju rm40 ke rm60 sebulan kini air percuma jer..pasal Wak dah tinggal berdua je sejak anak masuk asrama.

Kerajaan negeri Selangor bukan tak nak naik taraf dan rasanya alasan bahawa pada 2014 Selangor akan ketiadaan air yang mencukupi adalah alasan yang cukup dangkal sekali.Langsung tidak bersandarkan kepada fakta yang bahawa air di Selangor adalah lebih mencukupi jika tidak kerana pembaziran air yang berleluasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PutraJaya..Sapa yang tanggung air mereka.Negeri Selangor jugak.Tetapi kerana tiada kajian yang menyeluruh dan fakta-fakta jelas menyebabkan kerajaan negeri Selangor kini menolak untuk menaik taraf bekalan air keran lebih kepada memberikan projek kepad akroni dan sekaligus menambah bebanan kepada rakyat dimana rakyar negeri Selangor pasti akan merasai takrif air akan dinaikkan dan sekaligus nikmat 20 meter padu air percuma tidak akan dinikmati oleh Rakyat lagi.

Berita berkaitan

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...