Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Monday, May 31, 2010

Akan Bankrapkah Negaraku?



Akan bankrapkah negaraku 5 tahun lagi?Akan hancurkah sistem ekonomi Malaysia jika subsidi tidak ditarik dari rakyat?Akan miskinkah Malaysia jika rakyat tidak berupaya memajukan diri dengan pendapatan yang tinggi?Siapakah yang berpendapatan tinggi?Petani,nelayan,pekerja kilang,peniaga kecilkah yang akan berpendapatan tinggi jika subsidi tiada lagi?Benarkah negara lain tiada subsidi untuk rakyat maka negara mereka maju?Apakah benar rakyat selamanya tidak berupaya berdikari sendiri sekiranya subsidi masih diberikan?

Seribu persoalan ini kita minta ramai-ramai Bendahara 1Malaysia kita jawab dengan berhemah,tulus dan tidak berselindung...maka menjawab Bendahara 1Malaysia..."err..negara kita menuju ke wawasan 2020 maka dengan itu subsidi perlu ditarik dan untuk menampung nya kita perlukan bantuan rakyat supaya sama-sama menanggung kesusahan ini...kami pemerintah tak perlu tanggung sebab Ditanggung Kerajaan Malaysia...

Artikel berkaitan disini..

Sunday, May 30, 2010

Tekanan Punca Lelaki Botak


Tekanan Punca Lelaki Botak

Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan meng-hasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.

Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secaraberlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.

Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-nya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.

Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:

1. Androgenetic alopecia - botak disebabkan faktor keturunan.

2. Traction alopecia - akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut.

3.Telogen effluvium - faktor tekanan emosi dan fisiologi.

4. Anagen effluvium (toxic alopecia) - berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu.

5. Alopecia areata - serangan sistem imun terhadap sel folikel

Faktor paling utama ialah tekanan. Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerjasehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan balk menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Botak juga boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.

Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestoster-on (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.

Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gang-guan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gusmenyebabkan rambut gugur.

Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, trauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.

Makanan seimbang elak botak

Untuk mengelakkan botak, anda disarankan mengamalkan pemakanan seimbang. Hampir

90 peratus komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Anda juga perlumendapatkan garam galian terutama zat besi, zink, kalsium, magnesium dan kromium harianyang secukupnya. Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekalsihat.

Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorangmencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut muka aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Cara yang betul juga perlu dipraktikkan bagi mengelakkan rambut gugur. Caranya dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancar-kan perjalanan darah.

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala daripada sinaran ultra lembayung.

Saturday, May 29, 2010

Samy Vellu Film bakal BoxOffice






Film bakal mengegarkan panggung..pasti tisu akan sold out..adegan menangis akan membanjirkan panggung...Lihat selitan sebahagian dari adegan..dan komen2 penonton masa pra preview...lihat sini,sini dan sini


Friday, May 28, 2010

Demo bantah Judi Di Bkt Sentosa












Satu gambar menceritakan seribu pengertian..namun puak2 tu memang tak reti mentafsir gambar dan juga undang-undang Islam yang nyata menolak judi dan arak.Selama 63tahun Malaysia bergelumang dengan judi dan segala hasilnya telah menjadi darah daging rakyat Malaysia membuatkan segala kehancuran sosial yg mengerikan telah terjadi di Malaysia.Mahukah kita menambah lagi kehancuran generasi kita yang akan datang?Fikir fikirkan lah...Lagi gambar di blog ni..Aku budak Balun...

Thursday, May 27, 2010

Budak Setan



Ini bukan sedutan filem Budak Setan yang akan ditayangkan di panggung..Ini juga bukan cubaan..ini betul-betul kejadian..berbangga-bangga dengan minum air kencing setan dan dah sah budak-budak ni setan..di semarakkan lagi dengan sokongan kera...jaan..inilah hasil2 judi semenjak dari PM1 lagi..Arak dan Judi dan Umeno@Apco tak dapat dipisahkan..Moga dijauhi Allah dari musibah yang akan melanda 1Malaysia kerana perkara-perkara tiada berakah ini akan mengundang kemurkaan Allah.

http://waksab.blogspot.com


Akan ditayangkan sebuah filem Lagenda Budak Setan..ini filem..konon bagi pengajaran..tak tahulah betul atau tidak ada pengajaran..belum ditayangkan pun..harap2 memang beri pengajaran..tapi kalau setakat menjirus di daun keladi hanya sipi2 aje la..tiada penghayatan dan istikamah dalam perjuangan..ini hanya memeriahkan dunia hibuaran dan artis sahaja...Tiada kesan dan Malaysia akan terus bergolak dengan segala bagai masaallah sosial yang tidak akan reda selagi teras keimananan dalam diri tidak ditegakkan oleh pemerintah.

Tuesday, May 25, 2010

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


Senyuman kemenangan PM Singapore dan sengih Najib (Terpaksa)kerana rahsia bakal kantoi jika melawan..

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.Baca seterusnya...Malaysia akan tergadai sedikit demi sedikit diatas kebijaksanaan PM kita ni.Wak rasa sikit hari lagi orang Johor pun ramai tak bertanah akibat dibeli orang Singapore yang mempunyai kuasa Wang yang lebih dan ini merupakan win-win situation..berkatalah menteri-menteri pembodek.

Monday, May 24, 2010

Membendung judi haram?






Lihat pic yang disertakan ni..Inikah yang dikatakan dapat membendung org Islam dari berjudi?Ada judi haram ada judi halal?TPM terperanjat dgn reaksi masyarakat kerana baru bangun tido...selama ni dia menyangkakan rakyat bertepuk tangan atas kebijaksanaan (konon)kerana kera..jaan akan dapat dana hasil cukai daripada judi yang dihalalkan..Benarkah judi halal ni dapat membendung org islam dpd berjudi?Hanya setakat tampal papan kenyataan di dinding2 premis judi tidak akan dapat menghalang org Islam dpd berjudi..Hanya kenyataan tanpa pelaksanaan atau tangkapan keatas org Islam yang berjudi umpama mencurah air ke daun keladi..Sia-sia dan hanya membazir shaja..Itulah yang diamalkan oleh UMNO@APCO selama ini..

Saturday, May 22, 2010

Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah


Pic diatas ni Wak cilok dr WakAlBanjari..tanpa sijil halal..


PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.

Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Katanya, ia bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal tersebut.

Dulu katanya, pemuda Umno bukan main bingkas bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi apabila isu itu meletup selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.Selanjutnya...

p/s : Diatas demo yang dilakukan oleh PAS dan rakyat yang prihatin akan kemudaratan akibat Judi yang dihalalkan oleh UBN/UMNO/UMCO...Walauapapun alasan yang mereka berikan konon utk membendung judi haram yang berleluasa namun hakikatnya yang haram tetap haram.Hukum Allah tidak boleh dipermainkan..Balasan Allah telah bermula akibat kemungkaran yanga dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri..1Malaysia hanya menunggu balasan Allah seperti Tsunami yang melanda Banda Aceh..Nauzubillah..minta dijauhkan Allah..

Kita lihat apa yang pemuda UMNO@UMCO dan PERKASA@PERKOSA buat semasa isu ini tengah hangat kini...


Friday, May 21, 2010

Hasil-hasil Judi



Berita 1: Suami dajal

YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber*

Berita 2

Sangkar cinta remaja hamil

KUALA LUMPUR: Seorang remaja bukan saja terpaksa mengandung anak luar nikah, malah turut diperlakukan dengan kejam apabila diseksa teman lelakinya ketika dikurung dalam sebuah rumah di Kepong di sini.

Kehidupan dilalui gadis berusia 18 tahun itu penuh seksa umpama dalam neraka selepas dia berkenalan dengan teman lelaki berusia awal 20-an sejak setahun lalu.

Namun, derita remaja perempuan itu berakhir 11 Mei lalu apabila dia meloloskan diri daripada kekasihnya.

Sejurus menyelinap keluar dari rumah kekasihnya, gadis itu terus menghubungi bapanya meminta menjemputnya pulang ke rumah di Ampang.

Namun, tindakan gadis terbabit yang melarikan diri mengundang kemarahan teman lelakinya yang bertindak biadab dengan mengunjungi rumah keluarga gadis itu bersama beberapa rakannya bertujuan mengambil semula kekasihnya.

Lelaki terbabit enggan ‘melepaskan’ teman wanitanya, malah secara terbuka memberitahu anak yang dikandung gadis itu bakal dijual kepada orang tertentu.

Menurut sumber polis, pasangan kekasih itu saling mengenali setahun lalu dan mereka tinggal tanpa ikatan sah di sebuah rumah yang disewa lelaki terbabit di Kepong, sejak hampir lima bulan lalu. Baca lanjut..*


KOmen Wak:

Ini hanya sedikit atau secebis berita di hari ini berita kehancuran akhlak insan atau makhluk yang bernama manusia yang berbangsa Melayu beragama Islam..Saban hari kita akan dipaparkan berita sedih ini..inilah hasil-hasil judi..kita yang memperjudikan nasib generasi kita ke ambang kehancuran dengan segalanya berpunca tiadanya keimanan atau yang lebih utama dan aula tiadanya keberkatan Publish Postdalam kehidupan lantaran saban detik dan waktu kita di hidangkan dengan limpahan amalan tahgut dan mengkhayalkan daripada Zionis dan Yahudi..Inilah hasilnya selama 63tahun..

SPRM boleh soal siasat bila-bila masa



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh meneruskan amalan sedia ada menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan, semalam.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan memerintahkannya membayar kos RM20,000 kepada SPRM.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusof, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdull Hamid Embung dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof, berkata penghakiman secara bertulis akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat. -Bernama

SUMBER*

KOMEN:

Wak x boleh komen banyak-banyak..kang x pasal2 SPRM datang tuduh Wak menghina mahkamah lak..tapi beginilah nasib kita rakyat Marhein di negara yang baru je jadi 1Malaysia..dah ler kena soal siasat macam ler penjenayah besar..kena bayar pulak kos mahkamah..Hai Malaysia ku..beranikah Berubah?

Thursday, May 20, 2010

Demo bantah Judi Dihalang Polis?



AMARAN!!

SESIAPA YANG BERDEMO TANPA PERMIT AKAN DIHERET KE MUKA PENGADILAN...(PENGADILAN DUNIA)
SESIAPA YANG REDHA JUDI DIAMALKAN DI NEGARA TERCINTA INI HANYA SELAMAT DI DUNIA SAHAJA AKAN TETAPI AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DI AKHIRAT..

Apa jadi kes Aruah Amirul?







1Malaysia kini heboh kisah Bung..Sibu..dan segala macam kisah merapu yang lain..semacam ingin menutup kisah Aruah Amirul yang seakan tak terbela nasibnya..Hanya kisah pendakwaan terhadap tertuduh tak mungkin dapat menutup kisah sedih ini..Buat IbuBapa yang mempunyai anak remaja..berwaspada dan jadikan anak remaja anda seperti rakan..layani mereka seperti seorng remaja..ketahui pergerakan mereka dan masaalah mereka..Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Arwah..Al_Fatihah..

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Cikgu!!!



Bunga Sirih untuk Guru


Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Sunday, May 16, 2010

Pelacur pun akan dapat lesen???

Dr Asri: Pelacuran Bakal Dilesen Jika Alasan Lulus Judi Bola Diguna Pakai

SHAH ALAM 15 MEI: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bimbang corak kerajaan pemerintah menangani masalah judi dengan menghalalkannya melalui pemberian lesen judi, suatu hari bakal mendorong pelacuran menjadi industri yang dilesenkan.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau mendapati trend kerajaan pemerintah kebelakangan ini dilihat lebih gemar bersikap menghalal perkara haram apabila gagal mengekang sesuatu masalah jenayah.

Katanya, amalan kerajaan Umno Barisan Nasional ini bakal membawa keruntuhan institusi keluarga dan merosakkan masyarakat dan negara dengan perlahan-lahan tetapi secara keseluruhan.

Lantaran itu, Dr Asri bimbang wabak judi ini, suatu hari kelak akan mendorong kerajaan pemerintah menghalalkan industri seks atau pelacuran.

"Kemungkinan esok akan ada pelacur berlesen atas alasan sama iaitu untuk mengelak orang melanggan pelacur tidak berlesen kerana masalah AIDS, maka kerajaan saran pergi kepada pelacur berlesen.

"Pelbagai alasan boleh dikeluarkan untuk membenarkan aktiviti yang salah ini. Yang sebenarnya di sebalik semua ini ialah hasrat kerajaan untuk mencukaikan rakyat. Masalah kerajaan pemerintah, mereka mentakrifkan kalau berlesen, ia bukan jenayah," katanya.

Dr Asri tetap menganggap judi adalah jenayah sama ada ia berlesen mahupun tidak dan menyifatkan motif kerajaan di sebalik apa jua alasan mereka meluluskan lesen judi bola, semata-mata berpaksikan wang ringgit.

"Ini semua hanya alasan sahaja, saya tidak lihat apa-apa perkara yang kukuh di sebalik itu melainkan kerajaan ingin memperolehi cukai dari lesen judi ini," katanya.

Sumber*

P/S

Haru biru dah 1Malaysia...kalo ada la Menteri gila pi atau ada NGO2 (Baca ngok2 @bongok) buat cadangan nih..negara kita bakal..ehh..bukan bakal lagi..akan hancur.dan bersedialah kita menerima bencana dan kemurkaan Allah..Akan terjadi tsunami yang kita tidak akan ketahui bentuk dan rupanya..dimana kita kita telah menerima pelbagai bencana dengan keruntuhan aklhlak dikalangan remaja dan institusi keluarga yang telah hancur dengan tiada nya tarbiah Islam dalam diri masaing2..Moga dijauhkan Allah dari segal musibah ini..berdoa dan berusahalah kita untuk merubah ini dengan tangan kita dan jika tidak mamapu juga dengan hati menolak segala kemungkaran ini..


Wednesday, May 12, 2010

JUdi yang dihalalkan kerajaan

"Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Quran Al Maa-idah (5) : 90].
Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.

Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.
Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam.
Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98].
Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini.
Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi!
Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.
Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal...
(DARI LAMAN BLOG: Hembusan amal4u)

Salaam & Regards

Amri el Wahab


Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

p/s:Wak tak banyak komen ..tapi memang dah biol kepala hotak orang umno yang mengaku konon memperjuangkan Islam ni..dah tahu J.U.D.I dan seumpamanya haram..menhghampiri apatah lagi mengambil hasil mahsulnya dan tentu jua haram...Sudahlah KWSP.PERKESO pun melabur yang bukan syarikat syariah..yang terlibat dengan hasil judi..menyebabkan generasi muda kini makin jauh dan hanyut dari keberkatan Allah keran rupanya kita dah termakan hasil mahsul judi selama 64 tahun lamanya..Sudahlah tu ..bertaubat nasuha kita..berubahlah dan SELAMATKAN MALAYSIA..
Link to post...sini,sini dan sini dan joint FB untuk menyatakan bantahan anda

Monday, May 10, 2010

Tak Solat?Insan Yang Baik?

Saiful mengaku tidak solat selepas diliwat


2010/05/10

KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan yang disoal balas peguambela Karpal Singh pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku tidak solat langsung selepas diliwat bekas majikannya itu pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan Karpal bahawa beliau bukan seorang Islam yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan, Saiful berkata beliau tidak dapat solat kerana beliau diliwat dan belum mandi wajib. SUMBER*

Komen :
Kelojikan akal pun dah boleh mengatakan bahawa mamat ni pembohong..jika dibuat test guna mesin pengesan bohong sah mamat ni kantoi..dari gerak gaya dan percakapan akan dapat kesan pembohogan yang nyata..Inilah ciri2 Pemuda harapan Bangsa UBN..Jika berjanji dia mungkir..bercakap dia bohong...Hidup UBN..perosak bangsaku..pengalak judi dan rempit..Hidup kita di negara 1 Malaysia ini tanpa keberkatan kerana semua hasil judi dilaburkan kepada Rakyat maka lahirlah insan2 seperti Saifool nih..

Saturday, May 8, 2010

Judi yang halal untuk UBN

Kerajaan Pak Pandir 1 Malaysia
Roslan SMS

Kerana menghadapai masalah besar berhubung pengedaran dadah dan krisis penagihan dadah dikalangan rakyat Malaysia satu ketika dahulu maka kerajaan memperkenalkan undang-undang menggantung sampai mati sesiapayang didapati bersalah mengedar dadah.

Begitu juga dalam kes memiliki senjatapi secara haram atau tanpa lesen. Untuk mengekang dan mengatasinya kerajaan memperkenalkan undang-undang menggantung sampai mati sesiapa yang memiliki senjatapi tanpa lesen.

Langkah pencegahan seumpama ini adalah untuk memastikan ianya dapat dikawal jika tidak pun dihapuskan.

Tiba-tiba terbaru kita diberitahu kerajaan akan melakukan sesuatu yang sebaliknya. Kita didik masyarakat yang judi itu merugikan (dalam Islam jelas HARAM), meruntuhkan keluarga dan masyarakat.

Walaupun kerajaan Pusat melesenkan kegiatan judi namun semuakelompok masyarakat terus-menerus cuba mengajak masyarakat masing-masing agar menjauhinya kerana kemungkaran yang ia bawa.

Apakah yang akan dilakukan kerajaan itu?

Kerana bimbang rakyat akan tercebur dalam perjudian haram khasnya yang melibatkan acara-acara sukan, dalam hal ini kejohanan bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan tidak berapa lama lagi, Timbalan Menteri Kewangan menyatakan yang kerajaan berkemungkinana akan menghalalkan jenis judi seumpama ini.

Akibatnya kerajaan akan berjaya mengutip cukai yang tinggi dan negera akan mengaut keuntungan berbanding jika judi jenis ini dibiarkan dikenadali secara haram!

Bimbang dadah kita hukum mati pengedarnya.Bimbang salah-guna senjata api kita hukum mati pemiliknya yang tidak berlesen. Bimbang judi haram kita halalkannya!

Inilah kerajaan bijak Pak Pandir 1 Malaysia!

Jika begini perjalanan kerajaan ini bayangkan apa lagi akan dihalalkan pada masa hadapan asal sahaja kerajaan untung dan tidak rugi. Fikir-fikirkanlah.

Komen:

Inilah dia hasil perjuangan UBN yang tidak tahu mengambil iktibar dari keruntuhan moral masyarakat kini dimana pembuangan bayi berluasa..kisah isteri dianiaya..dipijak dan didera fizikal dan mental..Lebih 60 tahun dek kerana tiada keberkatan dalam mengutip hasil negara..inilah akibatnya yang dialami masyarakat kini..Tiada rasa sensitif dan kehambaan dalam diri menjadikan semua yang haram menjadi halal pada pandangan mereka..

Lagi berita judi..klik sini,sini dan sini

Thursday, May 6, 2010

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid

Forum keadilan untuk adik Aminulrasyid (Bahagian Pertama)

Adakah keadaan terlampau ekstrem sehingga polis perlu menggunakan senjata api untuk menembak mati adik Aminulrasyid?"Kita tengok, jumpa parang dalam bonnet (dakwaan polis), apa bahayanya? Saya tak nampak apa bahaya, kecuali kalau parang itu diayunkan (wave) pada polis. Tapi kalau diayunkan pada polis, (itu pun) dalam kereta sahaja. Melainkan (ayunan parang) dalam keadaan bertentang muka (confronted, face to face)." Sumber*



Komen *

Wak tak nak banyak komen..kang tak pasal2 ada lak polis ketuk pintu rumah Wak..Almaklum dalam dunia siber ni dah x boleh sembunyi jauh2..di hujung jari jer mereka dapat jari..Polis kita ni hebat2 belaka..

Cuma nak ulas pasal kenyataan KPN yang mengatakan bahwa jika rakyat masih menekan Polis untuk memberikan kenyataan berkenaan kes ini...dia boleh arahkan Polis2 lepak ajer kat Balai..tak payah ronda-ronda dah..makan gaji buta jer..Inilah minda seorang Ketua Polis..tertekan jer mula guna ugutan kepada rakyat..bukan seperti logo yang megah dipakai di kepala ..Jika di luar negara dah lama mereka letak jawatan jika merasakan bertanggungjawab tasa kekhilafan anggota mereka..

Tribute dan takziah buat keluarga Allahyarham..moga roh beliau dicucuri Rahmat dan semoga Keluarga beliau tabah menghadapi dugaan yang Maha hebat ini..Jika kematian kerana kemalangan biasa mungkin keluarga Allahyarham tidak menghadapi kedugaan yang hebat begini..Semoga doa dari kita akan dapt meringankan bebanan mereka..Al-Fatihah..

Saturday, May 1, 2010

Mengapa Umat Islam Lemah?

Mengapa Umat Islam Lemah?
Apabila ahli ibadah tidak takutkan Tuhan, akhlak mereka hilang,
mereka telah menjatuhkan maruah Islam
secara tidak sedar kepada pandangan orang

Apabila pejuang-pejuang Islam menjadi militan,
keindahan Islam hilang
Kepercayaan orang kepada Islam hilang,
mereka takut dengan Islam dan umat Islam

Apabila orang yang rajin ke masjid tidak ada disiplin
orang yang tidak datang lebih baik daripada yang datang
Orang yang datang telah mencemarkan rumah Allah,
yang tidak datang mungkin ada keuzuran

Apabila umat Islam mundur,
orang lain akan menyangka ajaran Islamlah
yang menjadi penyebab kemunduran

Padahal umat Islam telah lari daripada ajarannya
Di antaranya umat Islam hidup nafsi-nafsi
Rasa bersama dan bekerjasama
di antara yang miskin dan yang kaya tidak ada

Cerdik pandai dengan yang tidak terpelajar tidak seia sekata
Kekayaan individu tidak dapat dirasa merata dan bersama
Tenaga orang miskin tidak punya bersama masing-masing ada haluan

Orang bandar dengan orang kampung
macam ayam hutan dengan ayam kampung
Akhirnya perpaduan dan persatuan tidak ada
Tidak terjadi satu di dalam ramai, ramai di dalam satu
Maka terjadilah salah satu sebab bangsa menjadi lemah
Lebih-lebih lagilah Tuhan sudah tidak dipeduli sekalipun ahli-ahli
ibadah

Tuhan ada dengan tiada sama saja pada mereka
Pejuang-pejuang Islam pula banyak memperkatakan syariat,
mempromosikan Tuhan amat sedikit sangat

Padahal Tuhan adalah aset pertama dan utama
Tuhan tidak dimanfaatkan oleh umat Islam
kerana harta lebih besar dan utama kepada mereka

Tuhan pun membiarkan kita
Padahnya kita rasa bersama, kita hina di mana-mana

Insaflah wahai umat Islam!
Kembalilah kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa
Kita akan Tuhan bela

Share It

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...