Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label PM judi. Show all posts
Showing posts with label PM judi. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI


Posted: Mon, 02 Aug 2010 09:31:00 +0000
Seloka buat Perdana Menteri ini telah disampaikan oleh YB Mahfuz yang menjadi pemidato undangan pada malam 01 Ogos 2010 dalam program 'Perhimpunan Hari Pekerja 2010 dan Wacana Pekerja Pulau Pinang' yang dianjurkan oleh Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pulau Pinang serta Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (Karib)bertempat di Dewan Kompleks Sukan MPSP, Kepala Batas




SELOKA SELAMAT BERCUTI PERDANA MENTERI

Assalammualaikum YAB Perdana Menteri;
Dengar khabar sedang bercuti;
Bercuti pula diluar negeri;
Ini adalah nukilan buat Datuk Seri.

Rakyat menghadapi inflasi yang tinggi;
FDI pula merudum lagi;
Jenayah kian menjadi-jadi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

UPSR + PMR tak menentu lagi;
Dikurangkan pulak rakyat punya subsidi;
Harga petrol/desil gas masak dan gula naik lagi;
RM222 juta kepada Kuala Dimensi Kerajaan kasi;
Perdana Menteri bercuti di luar negeri .....

Kasihan Mak Tijah hidup sendiri;
Bajetnya sekadar pencen arwah suami;
Barangan keperluan pula melambung tinggi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri....

Muthusamy pergi kerja setiap hari;
Dia kerja bawa teksi;
Mengeluh dia minyak sekarang kurang subsidi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Ong sekarang senyum sendiri;
PKFZ punya hantu sudah mali;
Ling Liong Sik punya trial sandiwara lagi;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri.....

Joseph mengeluh sekali lagi;
Apa sudah jadi kes Project M d Sabah ni;
Pendatang haram pun dapat IC;
Kepada BN undi mereka beri;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri ....

Kasihan Kaum Penan d bumi sendiri;
Tanah serta hutan mereka sudah menjadi milik kroni;
Nak hidup macam mana mereka nanti;
Perdana Menteri bercuti d luar negeri;
Bercuti bukan dengan duit sendiri;
Ambil duit rakyat dan negeri;
Inilah KPI Perdana Menteri.

Tuesday, May 25, 2010

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?


Senyuman kemenangan PM Singapore dan sengih Najib (Terpaksa)kerana rahsia bakal kantoi jika melawan..

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.Baca seterusnya...Malaysia akan tergadai sedikit demi sedikit diatas kebijaksanaan PM kita ni.Wak rasa sikit hari lagi orang Johor pun ramai tak bertanah akibat dibeli orang Singapore yang mempunyai kuasa Wang yang lebih dan ini merupakan win-win situation..berkatalah menteri-menteri pembodek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...