Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, January 9, 2010

Harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti .Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada


Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.

“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.

Hassan dalam kenyataannya berkata komitmen ini perlu kerana kerajaan mengalami defisit belanjawan terbesar dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, dan Petronas bertanggungjawab keatas hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan.

Mengulas perkara ini, Azan berkata Malaysia satu-satunya kerajaan yang merumuskan belanjawan yang sepenuhnya bergantung kepada hasil gas dan petroleum.

Langkah ini mencerminkan dasar pentadbiran yang tidak munasabah kerana menurut Azan, kerajaan bertanggungjawab untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutama selepas rizab petroleum negara dilaporkan akan kehabisan dalam masa terdekat.

Menurutnya, wang Petronas sepatutnya digunakan untuk membangunkan modal insan, memajukan prasanana urban, pendidikan dan keselamatan, dan bukannya dipaksa membayar kocek pegawai-pegawai politik dan projek-projek mega.

“Jadi kenyataan itu boleh mambayangkan ada cadangan dari Petronas sekiranya berlaku krisis, ia akan dipindahkan kepada pengguna dengan cara menaikan harga minyak di pum ataupun minyak yang dijual kepada orang ramai. Selain daripada itu tidak ada logiknya alasan yang munasabah mengatakan Petronas sanggup memberi jaminan akan tetap memberi kepada kerajaan walau apa pun berlaku.

“Dalam keadaan krisis seperti ini munasabah kita mintak Petronas tidak lagi hanya bertanggungjawab melapor kepada Perdana Menteri sebaliknya Petronas perlu juga seperti agensi-agensi GLC yang lain melapor kepada Parlimen, maksudnya melaporkan kepada kedudukan tertiggi dalam negera Parlimen. Ia seolah-olah Petronas ini milik Perdana Menteri,”katanya.

Katanya, jika beterusan tidak mustahil Malaysia akan menghadapi nasib yang sama dengan negara Chile dan Mexico yang muflis kerana bebanan hutang.

“Kita bergantung kepada pinjaman luar maksudnya kita perlu berhutang kepada negara-negara lain Amerika Syarikat, Jepun, China, Arab Saudi. Bila negara ini berhutang ia kana jadi seperti negara Chili dan Mexico sehingga negara kena jual. Sekarang ini pun kita sudah menjual enjin kapal terbang,” katanya. -TVS

Dipetik dari http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5471


Komen Wak :Perhatikan setiap kali menteri2 berkenaan akan memainkan isu minyak ni selang 2 ke 3 hari dalam media perdana dan isu subsidi kera jaan yang meningkat...terbaru menteri berkata akan ada 2 harga pada mei 2010 ni..1 harga untuk warganegara dan 1 lagi bukan warganegara..entah camne mekanisma kera jaan nak buat tak tahulah..mungkin semua orang kena tunjuk mykad pada cashier..nak isi pam sekian2 rm.... ini my kad ...dah isi..dan setelah jalan agak jauh..ehh..my kad tertinggal kat pam minyak tadi..kena pusing balik da...abis minyak aku isi tadi semata2 nak amik balik mykad..Itu baru 1 senario..ada macam-macam kes akan timbul..katalah jika kena masukkan mykad pada pam itu adakah kemungkinan kad sangkut..lambat atau mesin tak dapat baca..atau oflfine..sedangkan minyak dah habis..kena juga isi harga ikut harga bukan warganegara..rm2 atau lebih untuk 1 liter..puhhh..ini satu cara cekik duit rakyat dengan tipu muslihat yang tergantung pada kesilapan individu sendiri...Kroni diutamakan..rakyat dicekik..






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...