Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Monday, January 4, 2010

Enjin Jet Hilang,penjelasan cover line oleh AGP

Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di sidang medianya tidak meyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.

Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.

Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.

Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.

Ikut lanjutan laporan menyengat Detik Selangor, khususnya kenyataan bernas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa. Serta kecurigaan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul perihal bagaimana kehilangan ini gagal dikesan Ketua Audit Negara.
-tvselangor-

Kisah cover line oleh AGP ni semua dah arif dah..ingat tak dulu pasal pemuda diterenganu kena pukul polis..dia terus tangkap mamat tu..dan dakwa..Aku biasa berurusan dengan kem-kem askar ni..nak bawak keluar item yang rosak nak repair pun pegawai pangkat sarjan tak berani sign...kena minta kebenaran dari pegawai lebih tinggi daripada sarjan..kapten atau mejar baru boleh bawa keluar barang tersebut..mesti ada borang masuk dan keluar barang..huh..sistem ketat camtu pun boleh kasi keluar enjin jet tanpa pengetahuan pegawai tertinggi..heh..heh..sebatang paku pun pegawai pemerintah tak senang duduk sibuk kalu hilang..inikan pulak enjin jet..Ada akai ka depa nih???

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...