Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, January 22, 2010

Hati-hati keluar kenyataan - Hisham

Hati-hati keluar kenyataan - Hisham

PUTRAJAYA 21 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan paling tegas terhadap sesiapa sahaja termasuk pemimpin politik yang cuba menggugat ketenteraman dan keselamatan rakyat dan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein justeru menasihatkan supaya semua pihak berhati-hati, berhemah dan bertanggungjawab terutama ketika membuat ulasan dan mengeluarkan kenyataan berhubung sesuatu isu.

"PDRM sentiasa memantau secara dekat isu yang menyentuh sensitiviti agama di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Kita sedar impak dan kesan buruknya kepada rakyat dan negara jika isu ini tidak ditangani secara bijak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan cekap dan pantas pihak PDRM yang berjaya menahan lapan suspek semalam berhubung kejadian gereja Metro Tebernacle di Desa Melawati dibakar baru-baru ini dapat membuka mata pelbagai pihak terhadap kesungguhan dan komitmen pasukan itu menyelesaikan kes tersebut.

"Ia sekali gus mewujudkan suasana tenang dan selamat dalam negara serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum negara ini.

"Sehubungan itu, saya telah meminta pihak PDRM agar segera menyiapkan kertas siasatan berhubung kes ini bagi membolehkan mereka yang terlibat dibicarakan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Dalam pada itu, Hishammudin berkata, PDRM turut diminta meneruskan siasatan terhadap beberapa kejadian lain termasuk melibatkan rumah ibadat seperti surau dan masjid.

"PDRM akan terus berusaha mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.

Sumber Utusan Meloya

p/s : AWAS BLOGGER!!! Hati-hati mengeluarkan kenyataan ..amaran dah kuar nih...silap sikit pasti kena cekup..apapun kita berjuang kerana Allah...itu pegangan kita..tidak akan terlepas dari Tali Allah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...