Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Wednesday, March 24, 2010

GST : Kerajaan peminta sedekah!!!

GST:Kerajaan boleh umum tengah malam
Dzulfikar Mashoor

KLANG, 24 Mac: Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud (gambar)berkata, kerajaan mungkin akan mengumumkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada waktu tengah malam kelak, sebagaimana mereka mengumumkan kenaikan harga minyak sebelum ini.

"Jangan ingat apabila mereka (kerajaan) diam untuk tidak buat bacaan kedua, mereka boleh buat seperti kenaikan minyak dulu, jam 12 tengah malam," jelas beliau dalam suatu forum di Bukit Raja, malam tadi.

Menurut beliau, kerajaan berbuat demikian sebagai respons kepada rancangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes) untuk mengadakan demonstrasi pada minggu lepas.

"Bila kita protes, dia diam. Tetapi, tengah malam, dia naik dan kita tak sedar," jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago pula, kerajaan terpaksa melaksana GST kerana mereka sedar sumber pendapatan daripada cukai persendirian, petroleum dan korporat kian berkurang disebabkan krisis kepercayaan kepada kerajaan sendiri.

"420,000 profesional telah keluar negara sejak 2007, padahal mereka inilah yang membayar untuk cukai...sebab hilang keyakinan pada negara. (Sejak) 2007, RM9 bilion pelaburan (telah keluar), 2008 (sebanyak) RM26bilion telah keluar negara. 47 peratus dari bajet kewangan dari Petronas (sedangkan) rizab minyak kian berkurang, simpanan minyak pun akan habis," jelasnya.Selanjutnya...

Komen:

Ini bahananya jika kerajaan tidak telus..rakyat akan menderita dengan segala barang yang akan dicukai nanti..hatta nak ke tandas pun akan dicukai kerajaan 5%...huuh..sapa yang suka..mereka dan keluarga mereka sukalah..inilah dia slogan rakyat didahulukan..dgn bebanan yang tak habis2..Ini serupa seperti askar amerika danIsrael punya kerja la..shot first and ask later..Dah beban kan rakyat dengan kenaikan harga barangan yang mencanak2 naik baru nak tanya rakyat..suka dak...mana yang kepala batu..angguk ajer la..macam ayam daging dalam sangkar..padahal awak akan disembelih kemudian..

Saturday, March 20, 2010

AKHIRNYA MEREKA KINI TELAH BERANI 'BERSUARA'

AKHIRNYA MEREKA KINI TELAH BERANI 'BERSUARA'

from Cendawan MALAYA by kulatlapok

Sebahagian orang Asli daripada Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di Dataran Perdana berhadapan Jabatan Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum mengenai bantahan dasarpemberimilikan tanah orang Asli.

Dilaporkan lebih 3,000 Orang Asli telah berhimpun di Putrajaya hari ini untuk membantah dasar pemerintah yang dakwa MENINDAS HAK tanah adat mereka. 44 buah bas dari segenap negara berhimpun di Masjid Putrajaya awal hari ini, bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Antara bantahan mereka iaitu peraturan kerajaan bahawa hanya enam hingga lapan ekar tanahdiperuntukkan kepada setiap ketua rumah.

"Dasar pemberimilikan tanah Orang Asli yang diluluskan Majlis Tanah Negara pada 4 Disember 2009 tidak mencakupi suara dan kepentingan masyarakat kami," kata Pengerusi Task Force Hal Ehwal Orang Asli Selangor Tok Batin Simpan Suda. Memorandum terebut telah ditandatangani 12,000 orang Asli dari Semenanjung tanahair. Masyarakat Orang Asli berpendapat mereka berhak kepada setiap inci tanah yang diteroka oleh nenek moyang mereka. Mereka berkata Dasar yang digubal dan dilulus oleh kerajaan tanpa berunding dengan pihak mereka terlebih dahulu. Mereka bimbang Tanah Adat dan kebudayaan orang Asli akan lupus sama-sekali.

SEKIAN LAMA MEREKA MENJADI TULANG BELAKANG SEBAGAI PENGUNDI TEGAR BN,AKHIRNYA KINI 'MEREKA TELAH BERSUARA'. HIDUNG MEREKA TIDAK BOLEH DICUCUK LAGI.

p/s: Sepatutnya demontrasi ini perlu juga diketuai oleh Ketua PEKASAM yang bukan sahaja membela nasib Orang Melayu malah nasib Masyarakat Orang Asli juga harus dimasukkan dalam agenda perjuangan PEKASAM.

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya






Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya

Salhan K Ahmad
Mac 17, 10
2:16pm

Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.


Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bagaimanapun dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbincangan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.

Keputusan itu disambut dengan pekikan "boo" oleh Orang Asli.

Polis juga meminta Orang Asli supaya tidak berarak dan mempamerkan kain rentang serta sepanduk mereka.

Pakai pakaian tradisional

Kumpulan itu bagaimanapun akur untuk tidak menghalang laluan ke JPM dan berkumpul di bahu jalan.


Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang,antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.

Ada juga Orang Asli yang memakai pakaian tradisional mereka.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.



Perhimpunan hari ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.


Kira-kira 2.30 petang, kumpulan tersebut berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri melalui pegawai tugas-tugasnya, Datuk Ghazali Ibrahim.

Memorandum tersebut diserah oleh presiden POASM, Majid Suud. Kedengaran tepukan gemuruh selepas dimaklumkan bahawa memorandum tersebut telah berjaya diserahkan.

Lima minit kemudian satu lagi memorandum diserahkan kepada Shafie oleh penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Perak, Tijah Yok Chopil.

'Kami tidak berpecah dua'

Memorandum pertama yang diserahkan oleh Majid berkaitan pelantikan senator Orang Asli yang telahpun diserahkan kepada perdana menteri pada 9 Disember tahun lalu.

Bercakap kepada pemberita, Majid berkata kumpulan itu tidak pernah berpecah dua seperti yang didakwa.


Sebaliknya, tambahnya, kumpulan tersebut tiba lewat dan tidak berjaya mengikuti program bersama Shafie di kementerian tersebut.

"Sebenarnya ada kawan saya yang terlewat kerana datang dari jauh. Kalau ikut jadual kita hendak serah memorandum (pada) jam 2.30, (tetapi) dia tak sampai lagi. Ini yang jadi masalahnya. Ini kumpulan yang sama, tak ada berbeza kumpulan," katanya.

Memorandum kedua yang diserahkan Tijah pula berkaitan bantahan ke atas dasar pemberimilikan tanah Orang Asli.

Sembilan perkara yang digariskan dalam memorandum itu antaranya menyebut, dasar berkenaan diluluskan tanpa melibatkan rundingan dengan masyarakat Orang Asli dan bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan.


Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Menteri: 'Bukan protes, tapi jalan-jalan di Putrajaya'

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Tijah (bawah) yang juga pengasas Jaringan Kampung Orang Asal Semalaysia berkata, kumpulan Orang Asli yang diketuainya itu tidak sempat hadir di program yang diadakan di kementerian Shafie.


"Masa penyerahan memo tadi saya tidak dengar Datuk Seri Shafie sebut apa-apa jaminan. Saya hanya mampu menekan beliau dan wakil perdana menteri supaya menyampaikan kepada perdana menteri.

"(Saya juga menekan supaya) meneliti memorandum ini dan lupuskan terus dasar pemberimilikan tanah dan teliti tuntutan kami," katanya.

Manakala Shafie pula, ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini, sambil tersenyum berkata: "Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."

"Yang majoriti ini kumpulan yang jumpa dengan saya tadi. Sebenarnya mereka nak datang, di samping nak menyaksikan penyerahan memorandum ini.


"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."

Tambahnya, beliau sedia mendengar apa-apa masalah yang dikemukakan oleh masyarakat, khususnya daripada Orang Asli.

"Jika ada sesiapa kata kami mengabaikan atau menidakkan hak mereka, itu tidak benar kerana kita telah membelanjakan lebih daripada RM400 juta setahun untuk memastikan pendidikan dan prasarana mereka (terjamin)."

Thursday, March 18, 2010

5 Perkara Yang Kita Mahukan

Subject: 5 Perkara Yang Kita Mahukan

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل

1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak
3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak



بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Friday, March 12, 2010

Politiking Melampau Yang Merosakkan Keharmonian dan Kasih Sayang sesama Umat Isla

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa cinta dan kasih para Sahabat yang sungguh mendalam terhadap Rasullullah SAW dan sebaliknya, telah membuatkan mereka berjuang dan berkorban habis habisan.Hingga nyawa pun sanggup dikorbankan demi cinta. Al hasil dalam tempoh yang sekejap sahaja, ISLAM telah membentuk Negara dan empayar kepada tiga perempat dunia. Demikian bukti bahawa dengan cinta, manusia rela mengorbankan lebih masa dan tenaga hingga memperolihi hasil yang luar biasa.Sedangkan tanpa cinta, sesuatu kerja itu akan di buat dengan sambil lewa dan hasilnya mengecewakan!
Tapi sayang sekali hari ini, umat dunia sudah ketandusan kasih sayang dan cinta ini. Orang miskin tidak sayang pada orang kaya dan sebaliknya, Rakyat tidak sayang pada raja atau pemimpin negaranya, masyarakat tidak sayang pada ulama, bahkan anak anak tidak sayangkan ibu bapa dan isteri tidak menyayangi suami.
Dunia hari ini begitu ketandusan kasih sayang.Keadaannya genting sekali. Manusia saling benci membenci iaitu kebalikan dari berkasih sayang. Akibatnya masing masing saling mencari jalan untuk menyusahkan orang lain. Masing masing saling berprasangka dan saling mencurigai. Paling tidak, saling tidak memperdulikan dan tidak ambil tahu. usaha usaha untuk mengatasinya hampir hampir tidak ada sama sekali.
Benci membenci jadi budaya tradisi yang membuatkan manusia terhina dengan bentuk krisis dan masaalah sesamanya.Kakitangan pejabat mencaci caci Boss mereka di belakangnya.Orang politik saling memaki hamun terhadap lawanya, dan dimaki hamun oleh pengundinya, ulama dihina oleh masyarakat, pemerintah dan menteri menteri nya dimusuhi oleh berbagai lapisan masyarakat dan jadi bahan bualan negatif.Demikian seterusnya yang berlaku dalam realiti hidup hari ini akibat tidak adanya sifat sifat yang cantik untuk membuat manusia saling jatuh hati dan sayang menyayangi.
Mana kasih sayang pengikat perpaduan manusia? Mana keharmonian hidup, ketenangan serta kepuasan?
Kita rindu melihat orang Islam sesama orang Islam (khususnya di Malaysia ini) kasih mengasih di antara satu sama lain dan ketepikan ideologi dan fahman politik masing masing. (Perjalanan politik sekular yang di amalkan di Malaysia telah banyak membawa kerosakan dengan memecah belahkan hati hati masyarakat khususnya masyarakat orang Islam).

Kita ingin melihat orang bukan Islam kasih kepada orang Islam dan sebaliknya. Kita juga rindukan pemimpin yang memberikan kasih sayang kepada pengikutnya dan sebaliknya. Hinggakan kita berkerjasama dengan penuh harmoni dan mesra.
Kita ingin melihat dunia kembali damai, aman, harmoni dan makmur dengan wujudnya kasih sayang sesama manusia.


DARI LAMAN BLOG: HEMBUSAN AMAL4u.

Saturday, March 6, 2010

SUP KETAM PENAWAR DENGGI?


SUP KETAM PENAWAR DENGGI?
Terkini: Alhamdulillah, dengan izin Allah sedara saya telah pun keluar
dari hospital 5 hari dok spital. Platelet turun dr 148 - 120 - 61 - 60
dan naik 100 selepas mula minum sup ketam, dan bacaan semakin naik. Ini
suratan atau kebetulan? Selain sup ketam, mesti minum banyak air masak.
sedara saya juga minum jeli gamat, air 100 Plus, jus manggis dll...

Dah penat bercerita pasal politik tanahair yang tidak ada
sudahnya, sesekali nak menyentuh pasal denggi sebab seorang saudara
sedang dijangkiti demam denggi. Nak cari info penawar denggi sebab
doktor kata denggi tidak ada ubatnya, rawatannya cuma masuk air dalam
badan dan juga minum banyak air. Kalau platelet turun bawah 20,000
unit, kena masuk darah. Selain dari itu, ramai yang bagi petua untuk
mengurangkan demam denggi antaranya minum sup ketam, minum air 100
Plus, air kiwi, jus jambu, jus tembikai, makan Transfer Faktor (TF) dan
lain-lain.Di samping ikut nasihat doktor, tidak ada ruginya kalau nak
mencuba petua tersebut :


PENGENALAN
Menurut Wikipedia, Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar
oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat
iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya.
Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses
menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan
memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit
ini.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk,
sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan
arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar
demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri
keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya
muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak
hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah
seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok
kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual,
muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati,
radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa
radang otot jantung (cardiomyopathy) .

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan
demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola
biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan
turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma
darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga
(third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan
sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary
fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan
risiko perdarahan.

Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk
mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu
/ mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan
untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan
darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan
banyaknya.

Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan
vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air
(seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit
bawaan nyamuk.

Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh
membantu.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang
disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali
aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan
kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
——————————————————————–

Jadi, wabak ini memang tidak boleh dipandang ringan. Kalau ada
air bertakung di sekeliling rumah silalah bersihkan ya. Nyamuk suka air
bersih. Lagi satu, jangan pakai satu jenis penyembur nyamuk dalam
tempoh masa yang lama kerana nyamuk-nyamuk ni dah pergi sekolah. Dia
boleh immune kalau bau yang sama saja. Kalau minggu ni pakai Ridsect,
minggu depan pakai pulak Fumakilla, minggu depan lagi satu pakai pulak
Bygon. Tukar-tukar. Di samping membunuh nyamuk, kita hendaklah adil dan
saksama kepada pengeluar-pengeluar penyembur nyamuk. Hiks!



KETAM – PENAWAR DEMAM DENGGI ?

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga
ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap
penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah
jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh
manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Selama ini para
saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang
mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang
menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi.
Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala
(simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat
mendapatkan rawatan di hospital.

Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi,
yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat
virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom
penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas
dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet
mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut
kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak
dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.
Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak
sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi
yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam
(500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang
mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam
sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang
terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna
kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun,
lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan
ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang
diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak
perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery
tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk
kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila
pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke
hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari
tanda-tanda diserang denggi.


Sehingga kini observasi mendapati tidak kurang daripada 20 orang
kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5
hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri
juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau
8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang
mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa
ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu
yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk
merawat denggi.



MAKLUMAT
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel
pembekuan (platelet). Nilai platelet yang rendah menyebabkan
pendarahan, sementara kalau tinggi daripada normal boleh menyebabkan
darah menjadi beku dan salur darah tersumbat seperti dalam kes stroke.

NILAI NORMAL PLATELET : 150,000 HINGGA 450,000 per μl (microliter)
darah (150–450 x 109/L).

Cerita-cerita

Citer 1


Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua.. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Citer 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .............


Citer 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew... Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk.. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road.. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7


Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Citer 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Citer 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


."
Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang...

Friday, March 5, 2010

Hasil Haram

Beberapa hari ini semakin banyak katak melompat. Mungkin kerana hujan dah mula turun. Penang dan Perak mula menerima hujan setelah beberapa panas melanda. Katak katak mula melompat di negeri tersebut.

Segala alasan yang dibuat oleh katak tersebut ialah hilang kepercayaan kerana Pakatan Rakyat gagal mempertahankan agama kononnya. Sebahagiannya kerana alasan gagal mempertahan kan bangsa.

Dalam ramai ramai yang keluar kerana kecewa PR gagal mempertahankan agama dan bangsa, terselit seekor katak cina di Penang yang juga kecewa dengan ketua menteri. Mungkin katak cina ini berjiwa melayu dan islam agaknya.

Terakhir ialah MP yang tak pernah dikenal namanya melainkan kulaan di Bagan Serai. Saya pernah berkempen dalam pilihan raya lalu di Bagan Serai tapi saya tidak berkempen untuknya kerana saya tidak mengenal beliau yang ketika itu datang dengan kereta besar dan tak pedulikan orang selain hanya bersalam setelah bercakap beberapa patah perkataan. Saya tak tahu kereta sendiri atau dipinjamkan kepadanya. Saya datang atas tanggungjawab tugas di bawah Penerangan pemuda PAS Negeri Perak.

Aalasannya juga sama kerana hilang kepercayaan kepada PR kerana gagal mempertahankan nama Allah. Pimpinan PAs telah menjelaskan dalil yang kukuh alasan penggunamaan Allah serta batasnya.

Beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu meninggalkan parti. Apakah beliau lupa bahawa beliau mewakili parti yang sepatutnya apabila beliau hilang kepercayan kepada parti, pengundi juga hilang kepercayaan kepadanya. Sepatutnya bukan meninggalkan parti tetapi meninggalkan kerusi.

Inilah masalahnya golongan yang tak sedar diri, Merasa sokongan yang diterima adalah atas kapasiti peribadi . Seorang yang sayang kepada nama Allah tentulah juga sayang kepada hukum Allah.

Seorang yang sayang kepada hukum Allah tahu jika dia mendapat gaji dari hasil sokongan orang ramai yang dikhianati adalah hasil haram, melainkan sememangnya hasil haram itulah yang dicari,maka tentu dia sanggup melakukan apa sahaja demi hasil haram yang diburunya.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
*SUMBER

Komen#

Sumber yang dipercayai haram akan haram juga..walaubagaimanapun cara nak membersihkannya..jadi perihal katak-katak yang melompat ni..akan makan sumber yang tak tentu halal-haramnya...ini kerana mereaka telah mengkhianati keprcayaan dan amanah rakyat yang telah melantik mereka..Ini lah kelemahan oarang Melayu..pujuk rayu sikit dah lemah pegangan dan cuba memberikan alasan-alasan yang mereka fikir munasabah yang mana sebenarnya hanya mendedahkan kelemahan iman dan peribadi mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...