Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Saturday, March 6, 2010

SUP KETAM PENAWAR DENGGI?


SUP KETAM PENAWAR DENGGI?
Terkini: Alhamdulillah, dengan izin Allah sedara saya telah pun keluar
dari hospital 5 hari dok spital. Platelet turun dr 148 - 120 - 61 - 60
dan naik 100 selepas mula minum sup ketam, dan bacaan semakin naik. Ini
suratan atau kebetulan? Selain sup ketam, mesti minum banyak air masak.
sedara saya juga minum jeli gamat, air 100 Plus, jus manggis dll...

Dah penat bercerita pasal politik tanahair yang tidak ada
sudahnya, sesekali nak menyentuh pasal denggi sebab seorang saudara
sedang dijangkiti demam denggi. Nak cari info penawar denggi sebab
doktor kata denggi tidak ada ubatnya, rawatannya cuma masuk air dalam
badan dan juga minum banyak air. Kalau platelet turun bawah 20,000
unit, kena masuk darah. Selain dari itu, ramai yang bagi petua untuk
mengurangkan demam denggi antaranya minum sup ketam, minum air 100
Plus, air kiwi, jus jambu, jus tembikai, makan Transfer Faktor (TF) dan
lain-lain.Di samping ikut nasihat doktor, tidak ada ruginya kalau nak
mencuba petua tersebut :


PENGENALAN
Menurut Wikipedia, Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar
oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat
iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya.
Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses
menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan
memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit
ini.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk,
sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan
arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar
demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri
keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya
muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak
hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah
seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok
kulit warna yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual,
muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati,
radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa
radang otot jantung (cardiomyopathy) .

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan
demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola
biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan
turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma
darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga
(third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan
sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary
fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan
risiko perdarahan.

Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk
mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu
/ mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan
untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan
darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan
banyaknya.

Pencegahan
Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan
vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air
(seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit
bawaan nyamuk.

Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh
membantu.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang
disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali
aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan
kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit
Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
——————————————————————–

Jadi, wabak ini memang tidak boleh dipandang ringan. Kalau ada
air bertakung di sekeliling rumah silalah bersihkan ya. Nyamuk suka air
bersih. Lagi satu, jangan pakai satu jenis penyembur nyamuk dalam
tempoh masa yang lama kerana nyamuk-nyamuk ni dah pergi sekolah. Dia
boleh immune kalau bau yang sama saja. Kalau minggu ni pakai Ridsect,
minggu depan pakai pulak Fumakilla, minggu depan lagi satu pakai pulak
Bygon. Tukar-tukar. Di samping membunuh nyamuk, kita hendaklah adil dan
saksama kepada pengeluar-pengeluar penyembur nyamuk. Hiks!



KETAM – PENAWAR DEMAM DENGGI ?

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga
ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap
penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah
jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh
manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Selama ini para
saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang
mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang
menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi.
Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala
(simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat
mendapatkan rawatan di hospital.

Kajian ringkas mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi,
yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat
virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom
penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas
dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet
mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut
kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak
dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat.
Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak
sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi
yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam
(500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang
mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam
sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang
terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna
kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun,
lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan
ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang
diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak
perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery
tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk
kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila
pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke
hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari
tanda-tanda diserang denggi.


Sehingga kini observasi mendapati tidak kurang daripada 20 orang
kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5
hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri
juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau
8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang
mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa
ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu
yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk
merawat denggi.



MAKLUMAT
Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel
pembekuan (platelet). Nilai platelet yang rendah menyebabkan
pendarahan, sementara kalau tinggi daripada normal boleh menyebabkan
darah menjadi beku dan salur darah tersumbat seperti dalam kes stroke.

NILAI NORMAL PLATELET : 150,000 HINGGA 450,000 per μl (microliter)
darah (150–450 x 109/L).

1 comment:

inaDhome said...

Apa jadi kalau platelet rendah sgt. Tapi bukan denggi?

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...