Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, December 31, 2010

PUSAT JAGA BAYI ZINA?

HAI MANUSIA..MENGAPAKAH AMANAH ALLAH INI KAU PERSIAKAN?DEMI ALLAH,BAYI INI AKAN MENUNTUT HAKNYA UNTUK BERNAFAS DI BUMI INI DI AKHIRAT NANTI DARIPADA IBUNYA DAN BAPANYA YANG MENABUR BENIH....

Pusat perlindungan bayi dilancar


Jururawat dan doktor Hospital Pakar KPJ Ipoh menunjukkan cara pemeriksaan kesihatan bayi dengan menggunakan patung di Pusat Perlindungan Bayi, Ipoh , semalam. – utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR


IPOH 27 Dis. – Hospital Pakar KPJ Ipoh hari ini melancarkan pusat perlindungan bayi dalam hospital yang pertama di negara ini bagi mengelak kejadian membuang bayi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pembukaan pusat perlindungan tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Ipoh, Ahmad Nasiruddin Harun, objektif utama pembukaan pusat tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi baru lahir yang tidak bersalah daripada dibuang.

“Setiap bayi tersebut berhak untuk hidup dan menjadi tugas kita untuk menyokong kenyataan itu.

“Sehubungan itu kami menyediakan tempat yang selamat untuk bayi-bayi daripada dibuang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat perlindungan bayi itu di sini hari ini.

Ahmad Nasiruddin berkata, pusat perlindungan bayi itu cuma bertindak sebagai rumah sementara kepada bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jika bayi tersebut memerlukan perhatian perubatan, kita akan jaga mereka selama beberapa hari dan sekiranya rawatan lanjut, bayi itu akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” ujarnya.

Beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk menghantar bayi yang diingini ke situ kerana identiti mereka tidak akan direkodkan.

“Kita cuma merekodkan masa bayi itu dihantar dan warna baju yang dipakai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ipoh, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, pembukaan pusat perlindungan bayi itu bukan jalan penyelesaian kepada kes-kes pembuangan bayi.

Katanya, untuk menangani kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, ia memerlukan pendekatan secara menyeluruh termasuk pendidikan agama serta pengukuhan institusi keluarga.

“Dari Januari 2005 hingga Ogos 2010, sebanyak 472 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 55 peratus bayi meninggal dunia.

“Tugas kita adalah menjaga bayi itu dengan selamat untuk tempoh beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidah mengucapkan penghargaan kepada Hospital Pakar KPJ Ipoh kerana mengambil inisiatif menubuhkan pusat perlindungan bayi itu.

“Kita tidak mahu rakyat beranggapan kerajaan negeri menggalakkan pembuangan bayi. Apa yang kita buat adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi daripada dibuang.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan program-program kesedaran agama di sekolah menengah dan kilang pada tahun depan bagi menangani kes pembuangan bayi,” katanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan KPJ Ipoh nak buka Pusat Jaga Bayi atau Pusat Pembuangan Bayi yang tidak dikehendaki atau lebih tepat lagi anak zina adalah langkah sementara dan bukannya membasmi total akan gejala ini daripada berlaku.Begitu juga dengan langkah Kerajaan Negeri Melaka yang membuat Sekolah perlindungan bagi bakal ibu yang terlanjur (BERZINA) hanyalah merupakan langkah sementara.

Tiada usaha yang total daripada pihak Kerajaan atau pihak Swasta buat membasmi sedari akar umbi agar gejala buang bayi ini terhenti sama sekali.Amat menyedihkan peratus gejala buang bayi ini begitu tinggi di kalangan remaja Melayu yang tentunya beragama Islam.

Tahun baru menjelang dan kerajaan bersama pihak swasta berlumba menganjurkan pesta-pesta buat menggalakkan lagi zina dikalangan remaja.Jika begini saban tahun keadaannya pastinya di akhir September atau Oktober tahun hadapan kes begini akan berlaku lagi.Sampai bila peristiwa trajis ini akan berulang dan berulang.

Hanya satu pilihan sahaja yang tinggal dan satu-satunya sedari dahulu lagi.Kembalilah ke Jalan Allah.Tegakkan syiar Allah di bumi ini.istiharkan perang ke atas zina dan mereka-mereka yang mengalakkan zina ini.Insaallah bumi ini akan bersih daripada zina dan syiar Allah akan berkumandang di serata bumi ini.Jika tidak kita tunggulah azzab Allah yang tak terperinya kerana janji Allah dalam Quran adalah nyata dan benar.

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta system kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus denga perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat leboh dasyat dari 100 sebatan.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu didunia iaitu:

-Allah mengurangkan rezekinya

-Hilang keberkatan hidupnya

-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”

Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina, syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan terkutuk itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:

Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa namapak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…

An-Nur(24): 30-31



Link berkaitan di sini dan di sini dan di sini dan di sini..

1 comment:

Anonymous said...

saya rasa usaha tubuh pusat perlindungan bayi ini bagus daripada bayi2 tidak berdosa ini dibuang. Anda jgn cuma pandai mengkritik ttp tidak berbuat apa2. Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan terutama dari godaan nafsu syahwat. Orang yg tersilap langkah dalam hidup perlu diberi ruang untuk memperbetulkan kesilapan mereka. Janganlah terlalu taksub dgn budaya mentaliti politik tertentu. Janganlah jadi bodoh sgt...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...