Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Bayi. Show all posts
Showing posts with label Bayi. Show all posts

Friday, December 31, 2010

PUSAT JAGA BAYI ZINA?

HAI MANUSIA..MENGAPAKAH AMANAH ALLAH INI KAU PERSIAKAN?DEMI ALLAH,BAYI INI AKAN MENUNTUT HAKNYA UNTUK BERNAFAS DI BUMI INI DI AKHIRAT NANTI DARIPADA IBUNYA DAN BAPANYA YANG MENABUR BENIH....

Pusat perlindungan bayi dilancar


Jururawat dan doktor Hospital Pakar KPJ Ipoh menunjukkan cara pemeriksaan kesihatan bayi dengan menggunakan patung di Pusat Perlindungan Bayi, Ipoh , semalam. – utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR


IPOH 27 Dis. – Hospital Pakar KPJ Ipoh hari ini melancarkan pusat perlindungan bayi dalam hospital yang pertama di negara ini bagi mengelak kejadian membuang bayi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pembukaan pusat perlindungan tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Ipoh, Ahmad Nasiruddin Harun, objektif utama pembukaan pusat tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi baru lahir yang tidak bersalah daripada dibuang.

“Setiap bayi tersebut berhak untuk hidup dan menjadi tugas kita untuk menyokong kenyataan itu.

“Sehubungan itu kami menyediakan tempat yang selamat untuk bayi-bayi daripada dibuang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat perlindungan bayi itu di sini hari ini.

Ahmad Nasiruddin berkata, pusat perlindungan bayi itu cuma bertindak sebagai rumah sementara kepada bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jika bayi tersebut memerlukan perhatian perubatan, kita akan jaga mereka selama beberapa hari dan sekiranya rawatan lanjut, bayi itu akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” ujarnya.

Beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk menghantar bayi yang diingini ke situ kerana identiti mereka tidak akan direkodkan.

“Kita cuma merekodkan masa bayi itu dihantar dan warna baju yang dipakai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ipoh, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, pembukaan pusat perlindungan bayi itu bukan jalan penyelesaian kepada kes-kes pembuangan bayi.

Katanya, untuk menangani kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, ia memerlukan pendekatan secara menyeluruh termasuk pendidikan agama serta pengukuhan institusi keluarga.

“Dari Januari 2005 hingga Ogos 2010, sebanyak 472 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 55 peratus bayi meninggal dunia.

“Tugas kita adalah menjaga bayi itu dengan selamat untuk tempoh beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidah mengucapkan penghargaan kepada Hospital Pakar KPJ Ipoh kerana mengambil inisiatif menubuhkan pusat perlindungan bayi itu.

“Kita tidak mahu rakyat beranggapan kerajaan negeri menggalakkan pembuangan bayi. Apa yang kita buat adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi daripada dibuang.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan program-program kesedaran agama di sekolah menengah dan kilang pada tahun depan bagi menangani kes pembuangan bayi,” katanya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan KPJ Ipoh nak buka Pusat Jaga Bayi atau Pusat Pembuangan Bayi yang tidak dikehendaki atau lebih tepat lagi anak zina adalah langkah sementara dan bukannya membasmi total akan gejala ini daripada berlaku.Begitu juga dengan langkah Kerajaan Negeri Melaka yang membuat Sekolah perlindungan bagi bakal ibu yang terlanjur (BERZINA) hanyalah merupakan langkah sementara.

Tiada usaha yang total daripada pihak Kerajaan atau pihak Swasta buat membasmi sedari akar umbi agar gejala buang bayi ini terhenti sama sekali.Amat menyedihkan peratus gejala buang bayi ini begitu tinggi di kalangan remaja Melayu yang tentunya beragama Islam.

Tahun baru menjelang dan kerajaan bersama pihak swasta berlumba menganjurkan pesta-pesta buat menggalakkan lagi zina dikalangan remaja.Jika begini saban tahun keadaannya pastinya di akhir September atau Oktober tahun hadapan kes begini akan berlaku lagi.Sampai bila peristiwa trajis ini akan berulang dan berulang.

Hanya satu pilihan sahaja yang tinggal dan satu-satunya sedari dahulu lagi.Kembalilah ke Jalan Allah.Tegakkan syiar Allah di bumi ini.istiharkan perang ke atas zina dan mereka-mereka yang mengalakkan zina ini.Insaallah bumi ini akan bersih daripada zina dan syiar Allah akan berkumandang di serata bumi ini.Jika tidak kita tunggulah azzab Allah yang tak terperinya kerana janji Allah dalam Quran adalah nyata dan benar.

ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat ke-32 yang bermaksud: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”

Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina di hukum dengan 100 kali sebatan, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah An-Nur ayat ke-2, yang bermaksud: “Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina, hendaklah keduanya didera(sebat) dengan masing-masing 100 deraan(sebatan).”

Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta system kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu dan lemahnya iman menyebabkan kes zina semakin merebak.

Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus denga perbuatan hina ini dan mati sebelum bertaubat kerana seksaan di akhirat leboh dasyat dari 100 sebatan.

Rasulullah s.a.w ketika Israk dan Mikraj di perlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka diganting pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan lender yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh, meminta agar mereka dijauhi dari penzina tersebut.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

“Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

Tiga bala sewaktu didunia iaitu:

-Allah mengurangkan rezekinya

-Hilang keberkatan hidupnya

-Seksaan sewaktu nyawanya dicabut.”

Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindari bahan lucah dan menghindari pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina, syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan terkutuk itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabarani:

Jauhilah kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah tidak bersunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya, dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Katakanlah kepada wanita yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa namapak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya…

An-Nur(24): 30-31



Link berkaitan di sini dan di sini dan di sini dan di sini..

Sunday, August 29, 2010

Kebesaran Allah..Bayi mati hidup kembali..

Bayi dah mati HIDUP balik bila mak dia peluk 2 jam!!

Bayi hidup semula dalam pelukan ibu


GAMBAR menunjukkan Kate dengan anak lelakinya yang didakwa
mati pada satu program televisyen di Australia baru-baru ini.



SYDNEY - Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.
Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

__._,_.___

Sunday, June 6, 2010

"Up to 12 Hrs Protection"


Saya terbaca dari blog sahabat ni..berkenaan pampers,playstation dan maggi..tapi saya lebih berminat dengan kupasan beliau yang mengatakan "Up to 12 hours protection"mengenai pampers atau lampin pakai buang selepas 12 jam..

Beginilah Yahudi meracuni pemikiran org Islam dengan produk-produk mereka yang pada zaman datuk nenek kita dulu langsung tak terfikir akan begini jadinya.Membiarkan bayi bergelumang dengan tahi dan najis selama 12jam sesuatu yang tidak termasuk di akal datuk nenek kita dahulu..Saya diperbesarkan dengan lampin kain kasa atau lampin kain kapan.Setiap hari kain lampin akan bersidai dilaman rumah kerana saban waktu perlu dibasuh dengan bersih.Kami yang tua akan menolong ibu membasuh kain lampin adik-adik yang kecil dan menyidainya.Dari situ sedikit sebanyak memupuk semangat kerjasama dan saling tolong menolong sesama adik beradik.Tiada rasa geli atau marah kepada adik yang kencing atau berak dalam lampin.Jadi adik kami tidak akan sempat bermain dengan najis nya kerana sensitifnya ke atas najis itu.

Dibandingkan dengan situasi kini,jika benarlah kain lampin pakai buang boleh menyimpan najis bayi sehingga 12 jam ada tak kemungkinan ibubapa yang teramat malas atau teramat sibuk membiarkan sahaja bayi mereka sehingga 24jam bergelumang dengan najis?Tak mustahil fenomena ini akan berlaku.Bayi mereka akan biasa dengan najis dan apabila mereka membesar segala bentuk najis sudah tidak menghairankan pada mereka.Oleh yang demikian akan lahirlah generasi yang mati akal kerana kenajisan telah memenuhi otak mereka dimana disinilah pemimpin-pemimpin begitu terbentuk.Satu Malaysia akan menuju kehancuran kerana segala najis ini..judi,arak,berzina,pelacuran adalah tidak menghairankan lagi buat mereka kerana sejak bayi mereka telah bergelumang dengan najis.

Marilah kita berjuang kembali ke Jalan Allah..kembalilah seperti kita dizaman datuk nenek kita dulu.Gunalah lampin kain..boleh dibersihkan dan dibasuh agar bayi kita tidak bergelumang dengan najis.Selain jimat wang,jimat tenaga kita juga dapat menghalang budaya najis menyerap kepada generasi kita..Wallahhuallam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...