Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Friday, December 10, 2010

Ini bukan cobaannn...ini betul-betul!!



Kisah Sang Gembala Kambing dengan Orang itu Kampung bergema kembali..,kali ini Sang Gembala kambing beria-ria mengatakan kali ini adalah betul-betul kejadian dan bukan nya cobaan atau tipu-tipu.

Begitu beria sekali dan bersungguh-sungguh sang Pengembala cuba menyakinkan orang kampung agar kali ini adalah peristiwa yang terjadi sebenarnya..

Dulu ketika Si Gembala bosan dengan kerenah kambing-kambingnya yang sering bergaduh kerana bercakaran berebut padang ragut telah membuat cerita yang kelakar kepada orang kampung kononnya bahawa ada sang Harimau membaham kambing-kambingnya menyebabkan beliau kerugian yang amat besar.

Maka ramailah orang kampung yang percaya dan berduyunlah orang kampung membantu sehingga cerita-cerita palsu yang ketiga.Kali ini beguling-guling sang gembala mengatakan al kisah kali ini adalha benar-benar kejadian dan bukannya cobaan.

Maka tiada orang kampung yang percaya lagi kerana telah ditipu berkali-kali dan tak mungkinkan terjatuh lagi kedalam lubang yang sama.Bagaimanapun ada juga orang kampung yang percaya kerana Sang Gembala menyuap nasik ke mulut mereka agar mempercayai cerita ini.




Berita berkaitan

PUTRAJAYA, 9 Dis – Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri (gambar) berkata BN dan Umno tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu “mainan” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

“Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan mendakwa Dr Mohd Khir hanya sebahagian daripada sandiwara Umno untuk membersihkan imej parti itu di mata rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

The Malaysian Insider

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...