Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, May 31, 2011

BUzz..letrik naik..




Tarif elektrik naik 2.23 sen

PUTRAJAYA - Sebagai sebahagian daripada proses merasionalisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan, kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kW sejam daripada 31.31 sen kW sejam, berkuat kuasa Rabu ini, 1 Jun.

Bagaimanapun, langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kW sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.

Mereka berkata, kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Harga gas asli naik daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU seiring dengan peningkatan harga tenaga global.

Chin berkata, kenaikan tarif elektrik itu juga melibatkan semakan tarif asas Tenaga Nasional Bhd (TNB) iaitu kenaikan sebanyak dua peratus atau 0.63 sen/kWj
daripada kadar purata tarif semasa.

“Semakan tarif asas ini akan membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan infrastruktur sistem penghantaran dan pengagihan,” kata beliau.

TNB dijangka melabur sebanyak RM4.5 bilion setiap tahun untuk menyediakan dan menaik taraf sistem infrastruktur bekalan elektrik.

Chin berkata, selaras dengan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan harga tenaga mengikut mekanisme harga pasaran, maka kerajaan telah bersetuju supaya mekanisme pelepasan kos bahan api diguna pakai dalam penetapan tarif elektrik di masa hadapan.

Bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber bahan api fosil iaitu gas dan arang batu, kerajaan telah memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan pengguna disumbangkan kepada dana tenaga boleh diperbaharui (RE) untuk menampung kos tambahan ini.

Bagaimanapun, Chin berkata kutipan tambahan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan.

nota :

Usaha gerombolan sejak tidak berjaya menaikkan minyak ron95,mereka menaikkan tarif letrik pulak dan berkata tidak akan menjejaskan sebahagian rakyat yang guna letrik kurang dari 300watt.Hakikat sebenar tidak dikaji secara terperinci dimana memanglah orang kampung pukul 9mlm dah tutup lampu,tak perlu aircon kerana suasana dah sejuk,tapi bagaimana golongan sederhana macam aku nih.Tinggal di kawasan pinggiran bandar,kawasan taman perumahan dikelilingi batu-batan dan tentunya panas diwaktu malam,Semestinya penggunaan aircon untuk mendinginkan suasana supaya selesa.Nampaknya keselesaaan itu ditarik secara paksa oleh gerombolan.

Harga barangan pasti meningkat naik kerana letrik di kilang-kilang sudah tentu dan pasti melebehi 300 watt dan kemana beban itu dilepaskan,pastinya kepada pengguna seluruhnya.Ayat mengatakan tidak menjejaskan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah amat-amat dangkal sekali dan nyatakan sekali gerombolan mendahulukan rakyat dari segi memeras kewangan rakyat secara paksa.Moga pemerasan ini Allah akan menterbalikkan kepada mereka kembali,Insaallah.
Artikel berkaitan di
sini dan di sini..
LInk berkaitan lagi di sini,di sini.....dan sini...dan sini..sinun..banyak lagi..

Pengembaraan Alam Rahim

PROSES KEJADIAN MANUSIA

Didalam Al-quran, Allah s.w.t telah berfirman bahawa orang yang mengingati Allah s.w.t dan memikirkan barang yang telah Allah s.w.t jadikan (makhluk), nescaya Alah s.w.t akan memberikan keyakinan kepada-Nya. Keyakinan bahawa Allah berkuasa mencipta, menghidup, mematikan dan mentadbir kita serta barang yang telah ada di muka bumi. Sebagai mana firman Allah s.w.t didalam Al-quran:

“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka”

Ali Imran ; A:191 S:3 J:4 ms:75

Subhaanallah..
Allahlah sebaik-baik pencipta segala sesuatu..

Kehebatan Allah - Hakikat penciptaan Manusia





Friday, May 27, 2011

SAH..Api naik..pakat pakai lilin gamak nya..


Update - K'jaan luluskan kenaikkan tarif elektrik

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikkan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Nota:

Usaha gerombolan dan Kerajaan memeras rakyat secara berlesen umpama Along yang menyimbah cat merah ke laman rumah orang.Kerana marah dengan gelagat rakyat yang tidak mempedulikan segala tohmahan ,fitnah dan adu domba maka inilah hadiah kera..jaan supaya mereka sedar bahawa tali cemeti masih lagi di tangan mereka.Mereka mampu berbuat apa sahaja atas alasan apa jua hatta menipu rakyat melalui bill letrik yang jelas dan terang penipuan nya.Lihat sini.....
Hanya terdaya buat rakyat yang celik..turun 9 Julai di jalanraya bukan di dalam stadium yang khas untuk tengok bola je.Bukan ikut cadangan Pak Menteri half pas six tu,berdemo dlm kelambu jer..

Wednesday, May 25, 2011

Umur dan Harta

Pertanyaan Allah tentang umur, ilmu, harta dan anggota badan.

Pertanyaan Allah tentang umur.


Semua makhluk akan ditanya apa pekerjaan mereka termasuklah para Nabi. Adalah amat menyedihkan jika orang yang dikurniakan umur panjang mensia-siakan hidupnya dengan memperbanyakkan tidur dan membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan manfaat. Orang yang cerdik, tidurnya adalah satu ibadat. Tidurnya adalah tidur orang yang soleh. Tidur menjadi ibadat apabila ia membaca surah-surah atau ayat-ayat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw sebelum tidur.


Pertanyaan Allah tentang ilmu.Dari mana ilmu yang kita dapat dan sejauhmana ilmu itu telah kita amalkan? Imam Nawawi ra berkata, amalan sunat sangat banyak dan hendaklah dikerjakan. Amalan sunat ini hendaklah dilakukan dengan sempurna sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dengan cara itu barulah kita benar-benar beramal dengan ilmu tentang sunnah yang telah disampaikan kepada kita. 


Contohnya, kita hendaklah menunaikan sunnah beriktikaf didalam masjid didalam bulan Ramadhan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ataupun berpuasa Isnin dan Khamis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup atau mengerjakan solat sunat tasbih sekurang-kurangnya sekali seumur hidup dan sebagainya. Ilmu akan ditanya Allah Ta’ala. Kebanyakan penghuni neraka masuk ke neraka bukan disebabkan kejahilan mereka tetapi adalah kerana mereka tidak mengamalkan ilmu yang telah disampaikan kepada mereka. Apabila dimasukkan ke dalam neraka, mereka merintih kerana menyesal tidak beramal dengan ilmu yang telah disampaikan.


Pertanyaan Allah tentang harta.

Ada dua perkara yang akan ditanya iaitu dari mana harta diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan. Kalau dibelanjakan untuk jalan kebajikan tetapi harta yang dibelanjakan itu diperolehi dari jalan rasuah maka harta tersebut tidak dikira sebagai kebajikan.


Pertanyaan Allah tentang anggota badan.

Allah Ta’ala akan tanya kita kemana nikmat yang telah Ia berikan kepada kita di hari Akhirat kelak. Tangan kita guna untuk apa? Mulut kita makan benda apa? Kaki kita bergerak ke mana? Dan seterusnya. Maka atas sebab itu, kita hendaklah menjaga kelakuan dan perbuatan kita dengan sebaiknya kerana setiap anggota badan kita akan menjadi saksi dan berbicara di hadapan Allah Ta’ala. 



Apabila berbicara di hadapan Allah Ta’ala, anggota badan tidak akan berdusta. Imam al-Ghazali berkata, Hendaklah kita bermuhasabah setiap hari sebelum kita tidur. Fikir apa yang telah kita buat disiang hari sejak dari pagi. Kemudian, pohonlah kepada Allah dan mintalah kepada Allah agar mengurniakan yang lebih baik untuk esok harinya dan bertaubatlah kepada Allah tentang segala keburukan yang telah kita lakukan pada hari itu. Kita hendaklah berazam untuk menambah amal ibadah dan melakukan kebajikan di masa akan datang. Tidur[1] itu adalah satu alat untuk kita berazam melakukan yang lebih baik esok harinya.














Hukum mewarnakan rambut beruban



Petikan ini membincangkan tentang hadits-hadits yang menyatakan Nabi s.a.w. mempunyai uban tetapi dalam kadar yang sedikit iaitu di rambut bahagian tepi, pelipis (jambang) dan janggut sepat (iaitu janggut bawah bibir). Dalam hadits-hadits Shahih Muslim: Bab Uban Nabi s.a.w, perawi hadits ada menyebutkan bahawa Allah s.w.t  tidak memburukkan rupanya, mencacatkannya, memburukkan atau meng`aibkannya dengan yang putih (ya`ni uban yang banyak)

Ini bermakna uban adalah suatu kekurangan, kecacatan dan juga suatu ke`aiban. Begitulah pada dasarnya dan demikian juga apa difahami oleh para sahabat .

Uban adalah proses yang biasa terjadi kepada orang yang meningkat umurnya bagi mereka yang normal sihatnya sama ada dengan kadar sedikit atau banyak.

Timbul persoalan, adakah Nabi s.a.w. berkhidob ya`ni memakai pewarna atau pun memakai dai rambut?

Dalam hadits Muslim ini, boleh dikatakan Anas r.a. menafikannya berkemungkinan kerana:

      i.        Baginya tidak perlu kerana tidak sampai ke tahap yang memerlukan nabi s.a.w. memakai khidob atau inai maka dia menafikannya.

     ii.        Boleh jadi juga Anas tidak tahu.


    iii.        Jarangnya Nabi s.a.w. melakukannya sehingga tidak boleh dihitung maka dengan itu beliau tidak menyebutnya.

Tetapi sahabat-sahabat dan sahabiah lain seperti isterinya sendiri Ummi Salamah menceritakan memang ada Nabi s.a.w. memakai khidob / pewarna rambut untuk menunjukkan keharusannya bahkan menjadi sunnah Nabi s.a.w.

Tetapi di Malaysia sunnah ini agak kurang diamalkan berkemungkinan kerana kurang mendalami hadits Nabi s.a.w. yang membawa kepada salah faham terhadap cara dan tujuan baginda melakukannya. Contohnya:

      i.        Tujuan sebenar mewarna atau menginai rambut dizaman Nabi s.a.w. hanya sebagai strategi peperangan iaitu supaya kelihatan muda.

     ii.        Kebanyakan orang menganggap menginai atau mewarnakan rambut hanya dalam warna merah dan ini menyebabkan janggut atau rambut menjadi kuning dan kelihatan hodoh serta janggal kerana tidak menyerupai rupa asal.

    iii.        Bahkan ada juga yang mengatakan haram menginai dengan selain warna merah. Sebenarnya fahaman yang begitu adalah silap dan menyalahi apa yang terdapat di dalam hadits-hadits Shahih seperti Bukhari, Muslim dan kitab-kitab sunan lain.

    iv.        Tidak redha dengan keputusan tuhan ya`ni tidak menerima hakikat yang empunya diri sudah pun tua.


Salah Faham Tentang Adanya / Tsabitnya Hadits Tentang Khidob / Pewarna Rambut

Sekiranya kita perhatikan hadits-hadits dalam Shahih Muslim ini (Bab Uban Nabi s.a.w.) maka kita kan didapati walaupun Anas menafikannya tetapi beliau tidak menafikan Abu Bakar dan `Umar berkhidob dan perkara ini tentu diketahui oleh baginda s.a.w.

Bahkan dalam riwayat lain yang disebutkan dalam kitab-kitab Sunan menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. sendiri yang mengkhidob ya`ni mewarnakan rambutnya. Jelas daripada hadits-hadits Muslim menunjukkan ubannya hanya sedikit. Ini menunjukkan keutamaan dan kelebihan mengkhidob ya`ni mewarnakan rambut kerana walaupun sedikit baginda tetap memakai khidob. Apatah lagi kepada mereka yang banyak ubannya maka sudah tentu lebih patut untuk memakainya.

Begitu juga dengan Saidina `Umar yang mana hadits-hadits menyebutkan bahawa beliau seorang yang botak dari tengah sehingga ke dahi. Ini menunjukkan Saidina `Umar hanya boleh mewarnakan rambut di tepi dan belakang kepalanya sahaja, pun begitu Saidina `Umar masih mahu mengkhidob rambutnya.


Salah Faham Tentang Warna Yang Diharuskan

Sesetengah pendapat hanya mengharuskan warna merah tetapi ini tidak tepat dan bercanggah dengan sebilangan hadits yang lain. Memang tidak dinafikan, ada ketikanya Saidina `Umar hanya menggunakan hinnat (inai). Ini menyebabkannya menjadi merah tetapi banyak lagi hadits-hadits lain yang menyebutkan Abu Bakr dan `Umar berkhidob menggunakan hinnat (inai) yang dicampurkan dengan katam (sejenis nama daun) yang mana menjadikan khidob ini berwarna kehitaman.

Selain itu keharusan menggunakan warna merah sahaja adalah tidak logik di Malaysia selain tidak bertepatan dengan hadits di mana salah satu tujuannya ialah untuk kelihatan muda dalam peperangan tetapi dengan memakai pewarna atau khidob berwarna merah tentulah tidak akan sampai maksudnya kerana mewarnakan rambut dengan warna merah tidak menampakkan seseorang itu lebih muda memandangkan rambut orang melayu yang muda belia berwarna hitam dan bukannya merah.

Daripada sini dapat kita fahami bahawa:

  • Warna adalah mengikut warna asal rambut mengikut kaum masing-masing supaya sampai maksud dan tujuannya.
  • Tidak harus mewarnakan rambut warna biru kerana tidak ada manusia yang warna asal rambutnya biru dalam dunia ini.
Salah Faham Tentang Tujuan Pemakaian

Tidak dinafikan bahawa salah satu tujuan pemakaian khidob atau pewarna rambut ini adalah supaya kelihatan muda sebagai salah satu strategi peperangan untuk memperdayakan pihak musuh tetapi terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan pemakaiannya bukan ketika peperangan seperti yang diriwayatkan dalam hadits Shahih Muslim.

Nabi s.a.w. sendiri mahu ummatnya kelihatan cantik, segar dan sihat. Dari segi psikologinya semangat kita menjadi bertambah lemah apabila melihat diri sendiri di cermin dengan putihnya rambut berbeza dengan seorang yang mewarnakan rambutnya kembali ke warna asal yang mana mampu memotivasikan dirinya untuk lebih bersemangat.

Penggunaan Alat Pewarna Moden

Tidak ada dalil yang menunjukkan kemestian menggunakan alat tertentu sahaja. Sebagai contoh, Nabi s.a.w. memakai seluar. Maka adakah perlu diperincikan seluar yang bagaimana baginda pakai. Adakah seluar yang diharuskan itu mempunyai zip? Maka begitulah juga dengan pewarna yang digunakan, ianya berubah mengikut peredaran zaman dan perubahan teknologi. Oleh itu menggunakan apa-apa bahan untuk mendapatkan warna asal rambut adalah harus selagi bahan-bahan tersebut selamat, iaitu tidak membahayakan dan meninggalkan kesan warna serta bau walaupun terhadap bantal.

Selain itu, setelah melalui arus kemodenan pewarna juga dikategorikan mengikut bahagian-bahagiannya yang khusus demi keberkesanan dan supaya sampai maksudnya. Contohnya pewarna khusus untuk janggut, khusus untuk rambut-rambut di bahagian muka dan sebagainya.

Mewarnakan Rambut Beruban Menunjukkan Tidak Redha Atau Tidak Terima Hakikat

Perbuatan Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya mewarnakan rambut jelas menafikan pendapat yang mengatakan mewarnakan rambut menunjukkan seseorang tidak redha dengan ketentuan Allah bahkan siapa lagi yang lebih redha dengan ketentuan Allah kalau bukan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.

Hadits-hadits juga menunjukkan mereka mewarnakan rambut pada ketika mereka sudah pun tua dan mereka melakukannya bukan sahaja ketika perang.

Ini membuktikan ini bukan sahaja harus bahkan menjadi sunnah Nabi dan para sahabat mewanakan rambut, jambang, janggut dan misai berdasarkan hadits-hadits yang shahih.

Disediakan oleh Mohd Nazri Hassan


nota :

Rambut penulis mulai beruban sekitar umur awal 30an,agak muda utk beruban secara semulajadi kerana faktor umur meningkat mungkin,saban tahun makin banyak dan lebat serta mulai gatal-gatal dan tumbuh kudis disekitar kepala.Penulis mengambil ikhtiar untuk mewarnakan rambut dengan inai yang telah diproses dengan niat dan tujuan untuk mengurangkan kegatalan akibat kudis sekaligus mengurangkan uban di rambut.Alhamdulillah,uban berkurangan dan penyakit kudis dikepala menyusut dan kegatalan juga sekaligus menghilang.

Apa yang penting adalah niat dan bukan berniat mengubah ketentuan Allah.Umur kita tetap meningkat dan hakikat itu tetap tidak berubah mengisyaratkan bahawa amal yang akan dibawa perlu di suburi dengan amalan zikir dan solat setiap hari tanpa culas.

Tuesday, May 24, 2011

MELAYU LONGLAI( LAYU) akibat menyingkirkan JAWI




MELAYU LONGLAI (LAYU)akibat menyingkirkan jawi.

Dimana JAWI masa kini? Bangsanya, tulisannya dan kekuatannya semakin pudar.
inilah satu satunya akhbar jawi
Bangsa ini amat gah suatu masa dahulu sebelum nenasuki era penjajahan barat. Telah melalui satu zaman yang penuh keemasan, disegani oleh kawan dan lawan. Dicemburui pencapaiannya. Selepas dijajah, kekuatannya mula pudar dan mula meruntun ke arah kejatuhan. Walaupun begitu, semasa penjajahan kekuatan(jati diri) Melayu masih lagi wujud walaupun pada zahirnya kelihatan suram. Beberapa pusat pengajian berstatus “pondok” masih berupaya membangunkan ummah agar terus berpegang kukuh pada tali-tali Allah. 

Kesinambungan dari institusi “pondok” inilah yang membangunkan beberapa istitusi pengajian Islam moden seperti Kolej Islam, Maktab-maktab bertaraf sekolah menengah dan Universiti-universiti Islam. Namun keadaan kekuatan dalaman insan Melayu ini amat jauh berkurangan jika dibandingkan dengan keupayaan para pelajar lepasan “pondok” tersebut. Kekuatan tasawwuf telah tercemar dengan teruknya.

Dari sini lahirlah bijak pandai Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu terutama ilmu anutan barat. Kesungguhan dan fokus mereka telah berubah. Mereka kini telah dilatih mengikut acuan penjajah walaupun penjajah telah lama meninggalkan negara ini. Amat malang mereka tidak lagi memahami apa itu tasawwuf, apatah lagi mencapai intisari tasawwuf yang amat mulia dan suci tersebut. Akibatnya, kekuatan dalaman Islam telah menjadi “longlai” dan hilang serinya. 







Ketika dijajah, penguasaan ilmu tahap tinggi masih menebal dan pengajian agama tidak dapat dihalang oleh penjajah. Walaupun telah cuba digugat dengan beberapa suntikan racun untuk melumpuhkannya, ia tidak begitu berjaya. Pihak penjajah seperti telah mengetahui bencana yang bakal mereka terima sekiranya usaha keras dilakukan untuk mengubah cara hidup masyarakat masa itu yang kuat berpegang kepada kehidupan bertasawwuf. 


Orang Melayu akan bangkit bersama kekuatan yang luar biasa serta menggugat kekuasaan (penjajahan) mereka. Raja dan Sultan Melayu masih menjadi tunggak kekuatan Islam yang unggul. Rakyat akan bersatu dengan institusi kesultanan ini menghuru harakan kuasa penjajah. Sebab itu mereka (penjajah) hanya melakukannya secara sulit dan rahsia dalam usaha memusnahkan kekuatan Islam dari hati orang Melayu. Mereka sebenarnya cukup kecewa bila agama mereka, Kristian tidak mendapat tempat di hati orang Melayu. Agama ini tidak disanjung sebagaimana berlaku kepada bangsa-bangsa lain di dunia. 


Usaha yang paling berjaya ialah dengan menyisihkan sumber pengetahuan Islam kepada bangsa ini. Kitab-kitab lama yang penuh rahsia dan hikmat akan terbiar reput di dalam almari kerana sudah tiada pembacanya. AlQuran juga akan semakin jauh dari sanubari orang Melayu. 


Kitab Jawi Lama

Satu ketika dahulu orang Melayu amat senang dipanggil Bangsa Jawi selepas menganut Islam. Sebagai simbol kekuatan Islam, tulisan yang digunakan oleh orang Melayu pada masa itu hanyalah tulisan Jawi.


Penerimaan terhadap Islam oleh  bangsa ini amat luar biasa dan sehingga kini menjadi satu polemik dan misteri kenapa berlakunya satu fenomena ajaib, 100 peratus orang Melayu menerima Islam dan menolak agama lain. 


 Setelah gelaran sebagai bangsa "JAWI" hilang, tinggallah hanya tulisan JAWI, kini tulisan ini juga perlahan-lahan dijumudkan atas usaha seorang yang kita nobatkan sebagai "pendita". Usaha yang mulanya dianggap sebagai memodenkan bahasa Melayu ini akhirnya memberi implikasi yang sungguh memeranjatkan. Jenerasi Melayu akhirnya menjadi buta Jawi dan tidak lagi mampu membaca dan menulis Jawi. Kitab lama yang bertulisan jawi klasik tentu sekali asing kepada masyarakat Melayu moden. 
beras jawi - beras nasi
Melucukan juga pada masa ini "beras jawi" sudah tidak disebut lagi. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengetahui apa itu "beras jawi".... tinggallah hanya perkataan “masuk jawi”. Itu pun dah semakin ditinggalkan. Mungkin juga perkataan "Melayu" juga akan menerima nasib yang sama? Diharap ia tidak akan berlaku.

Semasa merantau ke beberapa laman sahabat saya terhidu sesuatu yang agak menyentuh jiwa saya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menyiarkan beberapa petikan dari ulasan  pembaca di salah satu blog kegemaran saya (nusanaga - dulu phenomenon) supaya kita sama-sama dapat mengambil iktibar dan suluhan terhadap saranan serta pandangan beliau yang saya kira amat menarik. Ada sedikit editing dibuat namun tidak lari dari maksud yang hendak disampaikan. Bagi saya ia merupakan satu nasihat yang tulus dari seorang yang benar-benar insaf terhadap keadaan Bangsa Melayu masa kini. 


Mengenal "sejarah silam" itu adalah yang terbaik untuk meneroka jalan yang boleh membawa kita mengenal jatidiri, yang baik buatlah tauladan dan yang buruk buatlah sempadan.

Tiada gunanya kita memburukkan "sejarah silam" datuk nenek moyang kita,(walaupun mereka bukan beragama Islam seperti kita) umpama meludah ke langit.. akhirnya jatuh ke atas hidung sendiridan yang penting jangan terlalu beremosi. 



Untuk orang Melayu pada zaman ini harus bangkit sebagai bangsa yang hebat dan agung seperti mana nenek-moyang mereka dahulu kala. Bangsa Melayu memerlukan kesedaran bahawa mereka mesti berilmu dengan yang 4 perkara iaitu, syariat, tarikat, hakikat, makrifat - mesti membawa sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh. fathonah di dalam diri.. 


Harus menjadi seorang khalifah, mula-mula khalifah pada diri dan dapatlah dia mengawal dan memimpin emosi serta hawa nafsunya sendiri. Tidaklah berkelahi, berperang ikut sedap rasa, kemudian barulah dapat pula menjadi khalifah pada keluarganya dan seterusnya masyarakat. 
Tentang siapa itu Iman Mahdi dan bila kemunculannya tak perlulah kita fikirkan lagi. 


Buatlah persediaan diri dulu seperti yang saya katakan tadi. Sentiasa berada dalam Ahli Sunnah wal Jamaah - iaitu orang-orang yang mengikut sunnah nabi dan berpandukan al-Quran dan dalam keadaan berjemaah senantiasa 

"Saya doakan siang dan malam akan kejayaan kamu wahai anak-anak Melayu.. insyaAllah suatu masa nanti kita akan bangun semula di persada dunia" - melur sari nasution

Banjaran Titiwangsa yang penuh rahsia
Saya menyedari bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini menyimpan rahsia yang belum terungkap dibawah Klue-Klue yang disebuntukan oleh ahli-ahli Geologi. Hutan kita dikatakan sebagai hutan tropica tertua di dunia, Banjaran kita dikatakan terbentuk kira-kira 350 juta tahun dahulu, lebih tua dari Banjaran Endes, Himalaya, Alps dan sebagainya.

Dasar laut kita diadalah sebahagian dari Pentas Sunda (benua Sunda) dan kesemua kenyataan-kenyataan geologi ini sekadar mengingatkan kita kepada Lanskap Awal dan asal bumi yang kita diami ini sekarang. Pada saya keutamaan bagi diri saya adalah bukan untuk mengkaji kronologi-kronologi yang berlaku sehingga membentuk landskap yang kita lihat sekarang,tetapi lebih “Murad” kita mengambil info-info ini sebagai tanda kebesaran Allah s.w.t dan peringatan-peringatan yang telah ditinggalkan oleh RasulNya kepada kita sebagai penghuni dibawah langit ini.

Lebih Murad (maksud yang lebih luas), jika kita mengambil semua ini sebagai pelajaran untuk kita membesarkan Allah s.w.t, mendaki jalan kepada Mengenal sifa-sifat Allah untuk menyerah diri kepada hakikat kehambaan kita kepada Allah s.w.t..

Mengapa perlu kita mengkaji susur galur keberadaan kita di bumi Nusantara ini sehingga ke daerah kegelapan sebelum kedatangan Islam sedangkan keutamaan kita adalah mengisi Islam itu sendiri dari misi menyempurnakan salasilah yang telah terpadam.

Kita adalah umat baru, agama kita yang berusia 1400 tahun inilah yang perlu kita isi akan haq-haqnya kerana agama ini telah berusia lebih kurang 500 hingga 600 tahun disini.

Tugas kita adalah menyambung kebaradaan agama Allah pada diri kita, menelusuri jalan-jalan pejuang agama yang dahulu dan memakmurkan agama Allah ini sehingga kita dpt kembali kepada Sunnatullah. Inilah tuntutan yang utama dan lebih Haq.
bersukaria dan tiada matlamat hidup
Lihat sekeliling kita, lihat wajah-wajah pemuda pemudi kita dan persekitarannya, wajah yang kita lihat ini adalah kesan dari pengabaian kita terhadap peringatan yang telah Rasulullah sampaikan dahulu. 

Wajah yang kita lihat hari ini adalah akibat dari kecuaian kita kerana Dajjal sudahpun masuk ke setiap rumah sehingga kita lebih utamakan perkara-perkara keduniaan, kefasikkan berleluasa(mungkin ada yang tidak kenal apa itu fasiq), kejahatan sudah tiada istirehat sehingga menunggu masa ia memenuhi muka bumi.

Inilah yang patut kita renungkan, supaya kita sedar bagaimana ianya boleh bermula dan bertindak menghentikan punca-punca boleh berlakunya kerosakan demi kerosakan ini kerana semuanya bermula dari pintu-pintu rumah setiap dari kita sendiri. Hisablah diri kita sendiri kerana generasi yang lepas itu semuanya sudah dilenyapkan oleh Allah dan kita perlu segara kembali kepada fitrah sebelum kita juga turut dibinasakan oleh Allah.

..............................................................................................................................................
Inilah hasil ketuanan melayu dan juga pekembar yang mengaku telah matang dan berkarisma kerana telah berusia 60 tahun.Hakikat sebenarnya ialah mereka lah yang telah membawa melayu atau kata mereka ketuanan melayu ke lembah kehancuran dan kebinasaan kerana tidak berpegang kepada tali Allah yang sebenarnya.

Islam pada mereka hanya solat,puasa, zakat dan haji.Sebab itu ada gerombolan yang bersumpah laknat dengan tidak tahu hukum yang sebenar.Islam hanya pada kulit dan tidak pada rohnya yang menyebabkan generasi kini hanya tahu bersolat sunat hariraya sahaja yang pada anggapan sebahagian mereka wajib kerana setahun sekali sedangkan solat wajib harian terabai dan tidak menjadi bekas di hati mereka kerana hati telah di hitamkan oleh pekembar 60tahun lalu..

ARAK: Banggakah 1 Malaysia tersenarai dlm "Top Ten"?


Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki
 tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia s
ebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.
Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan
Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya
 tentang bahaya arak agar menjauhinya.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib
(gambar)
berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada
umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara
umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.
Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah
para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai
yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.
Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri
 yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang
 walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai
 menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.
"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi
 Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya
ketika dihubungi, hari ini.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan
oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki
"ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.
WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion)
 untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter,
manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.
Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu,
 memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat
mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.
Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya
dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.
"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia
 jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu
 dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya
statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku
sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya
membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah
 ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.
"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah
 mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi
tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.
Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri,
memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri
yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala
bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai
 mengenai hukum-hakam.
Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya,
tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak
itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.
"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak,
orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan
orang yang mengangkutnya.
"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu,
tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan
 umat Islam?" tegasnya.
Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di
dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno
tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan
 kesan amat buruk kepada negara.
"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan
 mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga,
masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.
Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam
 bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara l
ain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.
"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. I
nilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan
sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara
muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Berita di atas pastinya tidak akan terpapar di media perdana dan tidak akan
 heboh di TV3suku dan lain-lain media.Berita ini tidak membanggakan mereka 
kerana mungkin memalukan mereka yang berkata memperjuangkan Islam tulen.
PAS bagai mereka hanya bertopengkan Islam sahaja dimana di Kelantan,
kerajaan negeri telah mengharamkan penjualan arak dan tiada lesen baru dikeluarkan.
Dah tentu pihak berkenaan mengatakan arak hanya minuman untuk orang 
bukan Islam dan tiada kena mengena dengan kerajaan.Bagaimana mereka 
boleh pasti hanya orang bukan Islam yangminum arak,sedangkan saban malam
 minggu kelihatan berkeliaran anak muda melayu di pub-pub dan adakah tidak 
mungkin mereka tidak minum?
Sungguh memalukan kerana sudah ada fatwa dan enekmen mengatakan orang 
Islam tidak boleh memasuki pub-pub dan kasino dan boleh didenda jika melanggarnya.
Apa jadi kini jika tiada langsung tindakan dari kerajaan dan pegawai-pegawai 
agama yang dilantik membendung gejala ini dari berleluasa.Pengusaha pub
 begitu berani sekali menganjurkan pelbagai aktiviti maksiat yang dihadiri 
remaja melayu yang tentunya beragama Islam kerana hampir tiada tindakan 
dilakukan oleh pihak berkuasa.
Selagi Islam yang syumul tidak ditegakkan di bumi yang bertuah ini selagi 
itulah masaalah ini tidak akan berhenti kerana kerjaaan umno lebih mementingkan 
keduniaan dan kebendaan daripada moral rakyatnya yang telah runtuh 
dan sukar untuk dibina kembali. Hanya PRU ke 13 akan menjawabnya.

Monday, May 23, 2011

TNB menipu bill???

Silap Mata Kroni-Kroni UMNO Melalui Bil Eletrik TNB
Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia.

TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan. Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Inimaklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.



KLIK SETERUSNYA........

Dan lihat buktinya pada bill anda masing-masing...bill yang di pos dan bill yang dibaca di meter..Ada perbezaan?




Komen-komen rakyat dlm forum...>>> klik sini

APA TINDAKAN ANDA?BAYAR HANYA YANG ANDA GUNA!BUAT KIRAAN SENDIRI DARI BULAN TERAKHIR KE BILL YANG ANDA AKAN BAYAR,JANGAN BAYAR HARGA BILL YANG DI POS,DI SITU ADA PENIPUAN YANG LICIK OLEH TNB..AWAS INILAH SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN(DICEKIK DIAM-DIAM)KRONI DIUTAMAKAN..

Al-Fatihah,takziah dan suara-suara berbunyi...

Al-fatihah dan Takziah kepada semua keluarga dan rakan-rakan mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat .Bersabarlah,setiap yang pergi telah ditakdirkan dan moga roh arwah dicucuri rahmatNya.


Maka kini riuhlah juak-juak yang konon memperjuangkan Anak-anak Yatim dan Anak terbuang ini dengan segala bentuk habuan yang hanya bersifat sementara,mengambil peluang perhatian media pada kes ini menunjukkan merekalah hero dan prihatin kepada nasib anak-anak yatim ini.







Hakikat sebenarnya semenjak saya menyertai NGO yang memberikan peluang dan punca pendapatan secara berniaga kepada 5 pusat asuhan anak-anak yatim ini menyedarkan kami bahawa betapa mereka kena berusaha sendiri kerana mengharap bantuan kerajaan hanya berlaku di bulan ramadhan sahaja.Amat menyedihkan kerana itulah sekiranya ada anak-anak yatim menjual tisu,buku atau cd di stesen minyak janganlah mengherdik mereka,sebaliknya hulurkanlah bantuan termampu kita kerana mereka hanya mendapat bantuan ketika bulanRamadhan sahaja.


Allah telah menjadikan satu iktibar dengan  kejadian ini dan semoga membuka pintu hati mereka yang bertanggungjawab melaksanakan apa yang sepatutnya menjadi hak mereka dimana wang zakat yang berbilion dikutip saban tahun dapat diagihkan dengan sewajarnya.

Saturday, May 21, 2011

Sos Soya yang diperbuat dari rambut manusia


Protein rambut dalam roti, pau

Oleh Paya Linda Yahya  am@hmetro.com.my
  



 



KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cysteine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka.

Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau.

“Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.

“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka.

Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.

“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan.

“Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser.

Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.

“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang,” katanya.

“Sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang.

“Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya. HARIAN METRO

.................................................................................................................................................
Sos Soya yang diperbuat dari rambut manusia

Cerita beredar di beberapa akhbar di China tentang pengeluaran kicap yang murah di pasaran diperbuat dari rambut manusia. Kicap yang dihasilkan di China menggunakan bahan kimia asid amino yang di ekstraks dari rambut manusia sebagaimana proses pembuatan sos soya terhidrolisis (amalan tradisional) dan kemudian secara diam-diam dieksport ke negara-negara lain. Ia terkandung dalam sebuah laporan dari penyiasatan yang telah ditayangkan di televisyen China berkaitan amalan tidak sihat dan berpotensi tercemar ialah sumber dari rambut manusia ini.

rambut sumber protein dalam makanan
Ketika ditanya bagaimana asid amino (atau serbuk) dihasilkan, pengeluar memberitahu bahawa sirap atau serbuk itu dihasilkan dari rambut manusia. Kerana rambut manusia mudah didapati hasil dari salon, kedai gunting rambut dan rumah sakit di seluruh negeri, rambut ini tentunya telah bercampur dengan bahan lain yang kotor seperti kondom, sisa kapas yang digunakan oleh rumah sakit, juga pad kitaran haid, jarum suntik, dll [ 14 ] wiki...


Bahan membuat kicap dari campuran "asid amino"? Tentu sekali kerana ia adalah bahan utama pembuatan kicap cuma dibimbangi ia bukan hanya dari asid amino asli yang terhasil dari pemeraman kacang soya sebagaimana yang kita faham. Janganlah adanya pengusaha kicap Melayu (terutamanya) memcampurkan asid amino dari sumber ini dalam penghasilan mereka. Semoga imereka tahu mengenainya dan tidak melakukan sesuatu yang membahayakan pengguna terutama penganut Islam

Dari kajian yang dibuat, sumber  yang termurah menghasilkan asid amino adalah dari rambut manusia. Selain asid amino, L-enstein juga diperbuat dari rambut manusia kerana ia juga sumber termurah dan mempunyai permintaan yang tinggi dari industri makanan dunia.

Selalunya mereka menafikan bahan mereka dari rambut manusia dan mengatakan dari sumber tanaman atau haiwan, (bulu itek umpamanya). McD juga mengakui mereka menggunakan L-sistein dalam adunan beberapa jenis makanan yang dihasilkan seperti Honey Wheat Roll, the Deluxe Warm Cinnamon Roll, and the Baked Apple Pie.  Begitu juga Dunkin Donut, Domino's Pizza dan Berger King. Berbagai alasan diberi untuk mengelak orang ramai mengetahui sumber sebenar L-sistein yang mereka gunakan. Namun ia meragukan pengguna kerana semakin ramai yang mengetahui bahawa sumber terbanyak dan murah di pasaran adalah hasil proses dari rambut manusia terutama yang diimpot dari negara China dan India.

RAMBUT dalam MAKANAN ? - ramai yang tidak mengetahuinya. Untuk mengelak dari memakannya, pastikan roti atau apa sahaja makanan yang dimakan tidak mengandungi bahan yang disebut L-sistein.


industri rambut di India
Diberitahu bahawa L-sistein ini adalah protein yang berasal dari berbagai sumber, salah satunya adalah rambut manusia. Memang benar, rambut manusia dari China dan India merupakan bahan termurah untuk industri yang memperoses dan menyediakan bahan L-sistein. khususnya untuk kegunaan industri makanan segera, roti, kek dan kuih yang semakin bercambah.

Mampukah kilang roti dan kek di Malaysia mengeluarkan hasil roti atau kek yang tidak menggunakan L-sistein ini kerana ia merupakan bahan terpenting dalam menambah perisa dan menjadikannya lebih menarik. Ia akan melariskan jualan dan menambahkan keuntungan perniagaan. Pengguna telah tertipu dengan mudah kerana tidak mengetahui rahsia ini.

Persoalan yang menarik: Adakah selama ini kita telah memakan rambut? Agak menakutkan kerana rambut adalah dari tubuh manusia dan ia sesuatu yang "haram" hukumnya dalam syariat Islam.

Sistein (Cystein) digunakan sebagai penyedap dan penambah adunan, pada saat ini ia telah digunakan dengan meluas termasuk pizza dan makanan ringan (snek).

Adalah sesuatu yang luar biasa untuk kita berfikir bahawa bahan dari badan manusia telah dikitar semula dan kembali menjadi rantaian makanan. Mengapa menjadi sumber dalam makanan? Agak pelik pula ia begitu mudah diperolehi di Timur Jauh. Industri yang mengeluarkan "bahan tambahan dalam makanan" telah bersedia mengambil dan menerima rambut sebagai sumbernya kerana amat jelas: kelimpahan homogen nya (murah).

China umpamanya mempunyai jumlah satu bilion kepala dan ahli bidang ini Dr John Meyer menyebut, "sangat mudah untuk memperolehi dan mengumpulkan rambut manusia di sana ". Rambut dikumpulkan, dibersihkan, diproses dan kemudian melalui proses kimia ia diubah menjadi L-sistein melalui industri Timur Jauh.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rambut Manusia

 that this is actually a very old process--it originated in World War II. The flavor of soy sauce comes from the amino acids found in soybeans, and the same amino acids are in human hair. http://www.museumofhoaxes.com/hoax/weblog/permalink/hai... /
Oh yeah: the amino acid powder is rich in L-cysteine, a protein that improves the texture of baked goods, so bakers were buying it too. 
Cysteine (abbreviated as Cys or C)[2] is an α-amino acid with the chemical formula HO2CCH(NH2)CH2SH. It is a non-essential amino acid, which means that it is biosynthesized in humans. Its codons are UGU and UGC. The side chain on cysteine is thiol, which is nonpolar and thus cysteine is usually classified as ahydrophobic amino acid.[citation needed] The thiol side chain often participates in enzymatic reactions, serving as a nucleophile. The thiol is susceptible to oxidization to give the disulfide derivative cystine, which serves an important structural role in many proteins. Cysteine is named after cystine.[wiki]
He told reporters that the hair is rich in protein, can be a simple extraction of amino acids after acid hydrolysis, the factory production of amino acid solution over the years are actually used to process the hair, the hair all day, consumes about 10 tons. source

     

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TERSERAHLAH PADA ANDA SAMA ADA MAHU TERUS MEMAKAN RAMBUT MANUSIA ATAU SEBALIKNYA. AKAN TETAPI NYATANYA IA TERAMATLAH SUKAR UNTUK DIHINDARI KERANA SUDAH TERBIASA DENGAN MAKANAN SEGERA TERUTAMANAYA MCDONAL KEPUNYAAN YAHUDI ITU. ROTI GARDENIA YANG LEMBUT DAN SEDAP DAN MUNGKIN ROTI-ROTI LAIN JUGA, KEK, PIZZA, DLL, SEMAKIN LEMBUT DAN GEBU SEMAKIN DISUKAI. Itulah peranan L-sistein dalam makanan..

Saya hanya menyampaikan, tidak memaksa anda mengikutnya kerana setiap orang ada pandangannya sendiri.

Kepada pihak berwajib adalah disarankan mengambil langkah pro-aktif mendesak kerajaan menubuhkan badan pengawal dan penyelidikan sains makanan khusus untuk melindungi umat Islam di negara ini dari terperangkap dalam penipuan peniaga meletakkan bahan yang "haram" dalam makanan. Sebuah badan berkanun sesuai dengan tugas penyelidikan makanan Islam perlu ditubuhkan segera.

Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada desakan atau usaha menubuhkan BADAN khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat mengaibkan seluruh umat Islam Malaysia.
Selain dari itu BADAN ini boleh dipertanggung jawabkan membuat analisa setiap bahan makanan yang dipasarkan dalam negara secara lebih tersusun. Kepakaran para ulama dalam bidang hukum dapat digembelingkan bersama memberi bantuan dan sokongan terutamanya yang berkait dengan fardu dalam syariah. 
Saya amat pasti, langkah mempercepatkan penubuhan badan seumpamanya akan mendapat sokongan padu seluruh umat Islam di negara ini. Tidak lagi hanya berharap kepada FOMCA, NGO dan JAKIM. Kumpulan siasah seperti UMNO, PKR dan PAS juga sama-sama membuat desakan ini.
Jangan peduli gangguan ultra-kiasu. Takutlah hukuman Allah SWT terhadap kealpaan ini kerana pemerintah Islam termasuk para ulama akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah nanti.

Harapan saya, semoga gesaan ini membuahkan hasil dan tertunai atas izin Allah. Para rakan bloger dan ampunya laman web, kita bangunkan desakan bersama dalam laman masing-masing mendesak agar pihak berwajib memberi perhatian terhadap keperluan ini. Rakan-rakan yang lain bertindaklah menyuarakan perkara ini dalam mana-mana forum yang disertai. Semoga kita semua akan dilepaskan dari dosa bersubahat dan mendapat pengampunanNya setelah mengambil langkah ini. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...