Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Tuesday, May 3, 2011
Jika benar Osama mati,saya mendoakan keampunan buatnya.
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.
Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.
Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M
Dan ini kenyataan Menteri Dlm Negeri..
snin Mei 2, 2011
Harap Kematian Osama Bawa Keamanan Sejagat: Hishamuddin
KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan pada Isnin dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.
Namun, beliau memberi amaran bahawa perjuangan kumpulan yang terlibat di dalam beberapa serangan pengganas di seluruh dunia itu tidak berkisar kepada seorang individu sahaja.
"Saya harap ia (kematian Osama bin Laden) akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama," katanya kepada pemberita selepas persidangan perwakilan Umno Bahagian Semberong yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini.
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden dan Ketua Umno Bahagian Semberong, berkata adalah amat penting bagi semua pihak untuk memahami punca yang menyebabkan kelahiran gerakan militan.
Pemimpin Al-Qaeda kelahiran Arab Saudi yang hidup di dalam persembunyian itu dilaporkan terbunuh di dalam satu operasi khas tentera Amerika Syarikat di sebuah rumah di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad.
Turut dilaporkan terbunuh di dalam serangan itu termasuklah seorang anak Osama dan beberapa yang lain.
Hishammuddin berkata Polis Diraja Malaysia menerusi pelbagai unit khas pasukan itu sentiasa bekerja keras bagi memastikan rakyat negara ini bebas daripada segala ancaman kumpulan pengganas.
"Tidak ramai yang tahu di dalam tugas-tugas dilakukan oleh polis yang bekerja keras bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini dan memastikan mereka dapat tidur lena pada waktu malam," katanya.
Baru-baru ini, kata Hishammuddin, Malaysia telah menandatangani perjanjian keselamatan dengan Arab Saudi dan sebelum itu perjanjian seumpamanya dengan Australia meliputi isu keganasan, imigresen dan isu penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.
Beliau berkata Malaysia juga menandatangani perjanjian keselamatan dengan United Kingdom ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat negara itu tidak lama lagi.
Malaysia dan Turki, katanya turut sedang berunding bagi mengeratkan kerjasama keselamatan.- BERNAMA
Nota:
Beginilah sifat dan perangai seorang pemimpin yang munafik dan tidak tahu membezakan antara seorang pejuang yang berjuang ke jalan Allah dengan seorang pemimpin yang berkuasa besar yang memusnahkan sebuah negara Islam.Bagi mereka sesiapa yang berjuang di jalan Allah,membela Islam dan mempertahankan negara Islam ini adalah pengganas dimana hakikat sebenarnya ialah mereka sendiri adalah pengganas di negara sendiri dengan membelakangi ajaran Islam tetapi mengaku memperjuangkan Islam.
Kita lihat juga,TG Nik Aziz Jika Benar Osama mati?..bermakna TGNA jua masih was-was dan meragui kebenaran Amerika yang mewar-warkan berita ini dan banyak portal dan web blog mengatakan gambar
Osama telah direka cipta dari mangsa yan lain dengan kaedah perisian fotoshop.Juga mengapa Amerika mengatakan menguburkan jasad Osama dilaut?Apa motifnya sebenar?Ada juga menyatakan Osama bin Laden sebenarnya adalah ciptaan karekter oleh Amerika dimana mereka bertindak begitu bagi menghalalkan tindakan Amerika di mata rakyat amerika sendiri dan juga di mata dunia.
Kematian Osama adalah palsu dan Osama bin Laden serta AlQaeda adalah ciptaan Amerika.Osama bin Laden hanya seorang yang telah diupah berlakon bagi mengabui dunia.
Sumber 1 dan sumber 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment