Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, May 15, 2011

Berita Nak Tipu Rakyat

Berita Utama
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.

Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.


Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

Menurutnya, apa yang penting, Syabas yakin dengan kualiti air yang dibekalkan kepada 7.3 juta pengguna yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah program Kawalan Mutu Air Minimum Kebangsaan.“Pengetahuan mengenai kualiti air ini akan diteruskan dalam Kempen Kesedaran Pengguna yang dianjurkan Syabas setiap bulan ditujukan kepada semua pengguna termasuk domestik dan komersial di samping bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan air yang diminum sentiasa bersih,” katanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------
Nota;
Ini satu lagi berita lagi-lagi mau tipu rakyat dimana dengan tujuan utama mereka ialah mengatakan air yang dibekalkan oleh Syabas bersih ,suci dan bermutu.Kira lojik akal pun dah tahu dimana tentulah air yang ditapis lagi sekali di meter rumah air akan lebih bersih masuk ke rumah.

Sebelum rumah saya menggunakan meter individu lagi saya telah memasang penapis di meter air dimana waktu itu pun penapis akan cepat kotor selang 2 ke 3 hari pengunaan.Ini ke dia mengatakan air bersih disalur terus pada pengguna?Ada sesiapa yang berani minum terus air paip di Selangor ni seperti di luar negara?

Hujah mengatakan air yang ditapis akan menghilangkan klorin menampakkan kebodohan meraka sendiri.Bukankah klorin itu terlarut dalam air dan mana mungkin penapis murah macam saya punya dapat menapis semuanya kecuali kotoran dan daki yang berbaki dalam air yang disalurkan Syabas.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...