Ilmu dan Amal
“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya.
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”. QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.Miskin jiwa mudah kecewa dan derita
akhirnya putus asa yang sangat berdosa.
ASSALLAMUALAIKUM W.B.T
Sunday, October 31, 2010
Ciri-ciri orang munafik
Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai ciri-ciri orang munafik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
Bila berbicara selalu bohong.
Orang seperti ini tidak bisa dipercayai dalam setiap perkataan yang diucapkannya. Bisa jadi apa yang dibicarakan tidak sesuai dengan hatinya.
Bila berjanji, tidak ditepati
Orang munafik sulit untuk dipercayai perkataan dan perbuatannya
Bila diberi kepercayaan selalu berkhianat.
Orang munafik sulit diberikan kepercayaan. Setiap kali kepercayaan yang diberikan tidak dapat dia jaga dengan baik.
Semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari sifat-sifat munafik dan kejahatan orang-orang munafik.
DariSurah Munafiqun tercatat akan ciri-ciri orang munafik ini.
Surah Al-Munafiqun (bahasa Arab:المنافقون) adalah surah ke-63 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 11 ayat. Dinamakan Al Munaafiqun yang berarti Orang-orang yang munafik karena surat ini mengungkapkan sifat-sifat orang-orang munafik.
[sunting]Pokok-Pokok Isi
Keterangan tentang orang-orang munafik dan sifat-sifat mereka yang buruk diantaranya ialah pendusta, suka bersumpah palsu, sombong, kikir dan tidak menepati janji
Peringatan kepada orang-orang mukmin supaya harta benda dan anak-anaknya tidak melalaikan mereka, insyaf kepada Allah, dan anjuran supaya menafkahkan sebahagian rezki yang diperoleh.
Munafik merupakan satu kalimah yang tidak asing untuk
disebut dan didengar kita saban hari dan masa tetapi hakikat yang
sebenar tentangnya kadang-kadang masih samar dalam pemikiran
kita. Tidak dapat dinafikan bahawa sifat-sifat yang menjadi
pegangan golongan munafik kadang-kadang dihidapi oleh kita
samada dalam keadaan sedar atau pun tidak seperti suka menipu,
melanggar janji dan mengkhianati amanah yang
dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita.
Dalam memastikan diri
kita tidak terjerumus dalam lembah munafik maka wajar kita
renungi beberapa ciri-ciri golongan munafik sebagaimana
diberitahu oleh Allah dalam al-Quran dan juga rasulNya ke arah
menghindarkan diri kita daripada bersifat dengan sifat itu yang
boleh membahayakan aqidah dan diri kita terutama pada hari
akhirat nanti. Mengetahui perkara buruk bukan beerti kita mahu
menirunya tetapi bertujuan untuk menghindarinya sedaya yang
mungkin sebagaimana ungkapan imam al-Ghazali : Sesungguhnya
mengetahui perkara negatif itu bukan untuk mengikutinya sebagai
teladan tetapi bertujuan untuk menghindarinya dan dijadikan sempadan.
Munafik ialah orang-orang yang berpura-pura keimanannya di
mana pada zahirnya nampak beriman dengan lidahnya mengakui
keesaan Allah dan kerasulan nabi Muhammad s.a.w sedangkan
pada hakikat batinnya yang sebenar penuh dengan kekufuran dan
kesesatan. Mereka menentang kebenaran dengan kebatilan,
menjual petunjuk membeli kesatan, memilih kufur menolak iman,
memperjuangkan bid'ah ganti daripada sunnah dan memilih azab
daripada nikmat.
Munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Munafik iktiqad iaitu pegangan terhadap pokok
persoalan iman bersikap dan bersifat nifaq atau penipuan maka
golongan ini kekal dalam neraka, sekiranya mati tanpa bertaubat
kepada Allah dan memperbetulkan semula iktiqadnya.
2. Munafiq amali iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya
bersifat nifaq atau penipuan seperti beramal kerana seseorang atau
sesuatu selain Allah. Golongan ini melakukan dosa yang
memerlukan agar bertaubat kepada Allah. Mereka akan
dimasukkan ke syurga sesudah diazabkan dalam neraka.
Antara ciri-ciri munafiq
1. Berpenyakit hati Maksud firman Allah dalam ayat 10 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dalam hati mereka ada penyakit. Maka Allah tambahkan lagi penyakit itu, kepada mereka dan mereka akan
mendapat seksa yang pedih dengan sebab mereka berdusta
terhadap kebenaran.
Antara penyakit hati yang disebutkan dalam ayat itu ialah sebagaimana berikut :
a. Kebodohan diri sendiri di mana golongan munafik terlalu
yakin bahawa segala kerja jahat mereka tidak akan diketahui dan
disedari oleh orang mukmin sedangkan mereka lupa bahawa Allah
mengetahui segala-galanya.
b. Tidak berpendirian di mana mereka sentiasa merasa cemas
dan bimbangkepada suasana sekitar yang mana tetap akan
kembali kepada Islam dengan pertolongan Allah dan akan
terhapusnya kebatilan. Mereka sentiasa mencari jalan penghalang
agar kebenaran dapat dikaburkan dan dipandang serong.
c. Menentang kebenaran iaitu dengan menghalang dan
mengfitnah orang yang benar-benar berjuang di jalan Allah agar
segala kejahatan dan penipuan mereka selama ini dengan menjual
dan mencipta Islam palsu tidak terbongkar dan disedari oleh orang
ramai.Benarlah firman Allah dalam ayat 64-65 surah at-Taubah yang bermaksud : Orang-orang munafik itu takut jika diturunkan kepada mereka satu surah yang memberitahu apa yang(tersembunyi) di hati mereka. Katakanlah kepada orang-orang
munafik itu : "Ejeklah lagi! sesungguhnya Allah akan melahirkan
apa yang kamu takutkan itu". Dan jika engkau tanyakan kepada
mereka tentu mereka akan menjawab: " Kami hanya bercakap-
cakap dan bermain-main sahaja". Katakanlah :" Adakah Allah dan
keterangan- keteranganNya serta rasulNya mahu kamu perolok-
olokkan?.."
d. Berperasaan syak terhadap agama Firman Allah dalam ayat 125 surah at-Taubah yang bermaksud : Dan adapun orang-orang yang berpenyakit dalam hati mereka, (hanyalah) menambah kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada) dan mereka mati dalam keadaan kufur. Mereka sentiasa berperasaan syak terhadap kemampuan sistem
Islam dalam menjamin kemajuan dan keadilan sepanjang zaman,
syak tentang keamanan dan kestabilan jika pelaksaan hukum Islam
dijalankan.
2.Melakukan kebinasaan di muka bumi Firman Allah dalam ayat 11-12 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan apabila dikatakan kepada mereka itu, janganlah kamu membuat kebinasaan (kemungkaran) di muka bumi mereka
menjawab : "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya
membuat kebajikan (untuk kepentingan manusia). Ketahuilah
bahawa sesungguhnya mereka ialah sebenar-benar orang membuat
kebinasaan (kemungkaran) tetapi mereka tidak menyedarinya.
Golongan ini sentiasa merancang dan berusaha ke arah
menjauhkan umat manusia daripada Islam yang menjamin
keamanan sejagat melalui media massa, mendapat bantuan
daripada kuffar termasuk yahudi dalam menghadapi kebangkitan
gerakan Islam dan menggadaikan agama dengan menghinanya
sehingga menakutkan orang belum Islam sehingga wujudnya
suasana yang tegang dan takut kepada Islam. Mereka lebih gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.
gembira melihat keadaan yang penuh kekeliruan dan kekecohan daripada melihat bangkitnya Islam dengan kebenarannya.
3. Menuduh orang mukmin dengan bodoh dan tolol Firman Allah dalam ayat 13 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan tatkala dikatakan kepada mereka, berimanlah kamu
sebagaimana orang ramai beriman. Jawab mereka : " Adakah patut
kami beriman sebagaimana telah beriman orang-orang bodoh dan
tolol itu?". Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang
benar-benar bodoh dan tolol tetapi mereka tidak mengetahuinya.
Mereka sanggup menghina ulama' yang lebih arif tentang Islam
dan sanggup hina nabi s.a.w dan Islam itu sendiri kerana merasai
bahawa mereka lebih cerdik dan pakar dalam bab agama dan
keduniaan. Mereka berusaha menjadikan para mufti, qadhi dan
ulama' sebagai orang yang patuh dan taat pada kejahilan mereka
demi menjaga pangkat dan kedudukan mereka. Agama hanya
digunakan untuk menangkis dan menyembunyikan penipuan
mereka terhadap Islam. Mereka lebih rela meminta nasihat
daripada orang kafir dan anti-hadis daripada menerima teguran
daripada ulama' akhirat.
4. Kuat permusuhan dan bongkak dengan dosa Firman Allah dalam ayat 204-206 surah al-Baqarah yang bermaksud : Dan diantara manusia itu, ada setengahnyayang menyebabkan engkau tertarik hati kepada percakapan mereka
(yang lunak dan menarik) semasa hidup di dunia. Dan dia
bersumpah (dengan nama Allah bahawa segala yang dikatakan itu
adalah benar) kepada Allah akan apa yang di dalam hatinya
sedangkan dia sebenarnya orang yang paling kuat permusuhannya
terhadapmu. Dan apabila ia berpaling (apabila mendapat hajatnya)
berusahalah dia di muka bumi Allah untuk melakukan kerosakan
dan kebinasaan, dirosakkannya tanaman dan ternakan dan Allah
tidak menyukai kerosakan dan kebinasaan itu. Dan apabila
dikatakan kepadanya : " Bertaqwalah kepada Allah". Maka
timbullah kesombongannya dengan meneruskan melakukan dosa.
Maka cukuplah neraka jahannam sebagai balasannya dan demi sesungguhnya neraka jahannam itu seburuk-buruk tempat balasan. Ayat ini menunjukan bagaimana buruknya perangai orang
munafik dan petahnya mereka bercakap sehingga ramai orang
beriman tertarik dengan tutur katanya yang lembut, ucapan yang
menarik dan penuh hujah aqli yang mengelirukan malah mereka
sanggup bersumpah bagi menyatakan ketulusun hati mereka
sedangkan mereka berniat jahat dan melakukan semua itu untuk
memperolehi sesuatu yang diidamkan. Mereka sanggup mencipta
Islam dan meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang
Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk
mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil
propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka
mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk
mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan
juga menyekat kemaraan gerakan Islam dengan meng'gam' ulama',
membuang imam yang tidak menyokong kezaliman dan kesesatan
mereka, mengawal peranan masjid yang sebenar dan sebagainya.
Inilah antara ciri-ciri munafik yang jelas berlaku dalam
masyarakat kita pada hari ini. Peranan kita ialah berusaha
menghindarinya daripada diri kita, keluarga dan masyarakat
setempat seterusnya negara dengan berusaha memberi penjelasan
yang sebaik mungkin agar umat Islam tidak tertipu buat sekian
kalinya. Sesugguhnya seorang mukmin itu tidak akan terjatuh ke
dalam lubang yang sama sebanyak dua kali.
link berkaitan di sini dan di sini
kredit to
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment