BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak |
Posted by admin | |
Thursday, 30 April 2009 01:32 | |
Pakatan tolak atas alasan Setiausaha DUN sudah digantung (mStar Online) - Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini. Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker. Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam. "Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar). "Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini. Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan. "Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya. Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut. "Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang. "Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker. "Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya. Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu. Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan. Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu. SETIAUSAHA SAHKAN Dalam pada itu, Bernama melaporkan Setiausaha DUN Perak mengesahkan pejabat Setiausaha DUN Perak telah menerima satu usul pada minggu lepas untuk melucutkan Sivakumar daripada jawatan Speaker DUN Perak pada persidangan DUN 7 Mei ini. Beliau juga mengesahkan telah menghantar melalui pos, surat kepada semua ADUN mengenai perkara itu yang turut mengepilkan bersama borang pencalonan Speaker baru. Walaupun Abdullah berkata perkara itu tidak sepatutnya dihebahkan sebelum persidangan DUN itu dilangsungkan, beberapa portal berita internet hari ini melaporkan Abdullah di dalam suratnya menyatakan bahawa borang pencalonan Speaker baru itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran DUN selewatlewatnya esok. "Surat itu dihantar secara pentadbiran. Ia sepatutnya adalah untuk makluman dan tindakan daripada semua ADUN yang berkenaan," kata Abdullah ketika dihubungi Bernama. Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu. Sementara itu Exco kanan Datuk Hamidah Osman ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau adalah penyokong usul untuk melucutkan Sivakumar yang dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihantar ke pejabat Setiausaha DUN Perak pada Khamis lepas. Zambry yang dihubungi pula enggan mengesahkan sama ada beliau ada mengusulkan notis untuk undi tidak percaya terhadap Sivakumar seperti yang dilaporkan media hari ini.-Malaysia Today Alkisah dizaman dulu la..didalam sebuah kampung Pasir 2 butir terdapat sekumpulan orang kampung ingin menubuhlah satu Persatuan yang diberi nama Persatuan Entah Apa-Apa..yang secara tiba-tiba je ade..tanpa pengetahuan Ketua Kampung tersebut..dimana di kampung tersebut sebenarnya dah ada pun Persatuan Api-api..yang berperanan menyatukan komuniti kampung tersebut..Atas dasar itu Ketua Kampung sedia ada tak mengiktiraf Persatuan yang baru tertubuh itu..maka dengan itu atas perintah sebagai ketua kampung usul nak tubuh Persatuan tersebut telah dibakul sampah dan melarang orang kampung menghadiri penubuhan Persatuan tersebut..dan ketua kampung pun mengarahkan mereka yang berkenaan supaya pergi belajar kelas orang tua setelah mendapati mereka ini tak tahu membaca dan menulis..Maka gagalah impian orang itu yang hanya dikenali dengan huruf M...ooo..saya kenal huruf tu cikgu..huruf M..ha..ha..malangnya M ni masih mengaku dia ni sebagai ketua kampung walaupun orang kampung tak mengiktiraf beliau kerna masih tak kenal huruf..bila di bagi tau huruf tu sebenar ialah HA'...masih menganga..kan dah kena ketawa..ha..ha..ha.. |