Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Speaker Perak. Show all posts
Showing posts with label Speaker Perak. Show all posts

Sunday, May 10, 2009

Sifat Malu Sudah Tiada


Sifat Malu Sudah Tiada
Sifat malu adalah tabiat insan
Satu tabiat yang Allah anugerahkan
pada hamba-hamba-Nya sejak lahirnya lagi
Sifat ini kalau disuburkan
ia menjadi benteng
daripada melakukan kemungkaran
Ia menjadi perisai
pada seseorang daripada menggadai maruah dirinya
Sifat ini di waktu keseorangan,
malu membuat maksiat kerana Tuhan melihatnya
Di waktu ramai, lagilah bertambah malu
kerana ramai mata yang melihatnya
Orang yang bersifat malu
sangat menjaga maruahnya
Merasakan maruah diri
adalah harga diri dan nilai peribadinya
Orang yang bermaruah merasakan jika maruah diri
telah tercemar atau ternoda
Dunia ini telah sempit dibuatnya
Bertemu manusia terasa malu dan terseksa
Ingin lari dari manusia
Tapi malang sekali di masa kini
Sifat malu telah tercabut
dari jiwa kebanyakan manusia
Lantaran itu maruah diri sudah tak dijaga
Maruah diri manusia sudah tergadai atau tiada
Tapi mereka tidak terasa
Masing-masing merasakan masih ada wibawa
Semua merasakan masih ada harga diri
Padahal yang ada sifat kebinatangan atau sifat haiwaniahnya
Berkelakuan haiwan yang berupa manusia
Binatang yang berupa manusia inilah yang menguasai dunia
Mentadbir manusia dan mendidik mereka
Ramailah di dunia ini haiwan yang berupa manusia
Dari minda Tuan Guru ku

Thursday, May 7, 2009

Sidang Tempoyak Dun Perak

Perkembangan Sidang Tempoyak
DUN Perak Benar-Benar Jadi Tempoyak

SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai memeriksaan pembarisan sebelum merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.

Antara wakil rakyat yang ditangkap, ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput, Xavier Jeyakumar. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu.Seterusnya..

Speaker Selangor Kata Penyingkiran Sivakumar Tidak Sah

V.Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat secara fizikalnya telah dibawa keluar dari kerusi sidang dewan undangan negeri namun Speaker Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan samada usul menyingkirnya itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.seterusnya...

Hu..hu..ha..ha..hi..hi..hek..hek..lucu..sedih...dan pening semua bercampur aduk dalam kepala Wak perihal Dun Tempoyak ni...sampai bila-bila pun sehingga PRU nanti pun sidang DUN ni akan kecoh jika MB Haram,Speaker haram..Adun Haram..masih ada..isk..isk..kalu babi tu haram sejak azali memang dah diketahui umum..ini haram yang mereka minta sendiri..apa punya turr da...Rakyat dah muak dah pening kalu camni ni..apa yang nak dibahaskan kalau dah ada benda haram dalam DUN..Tapi apapun Perak dah mencatat sejarah dunia dimana kita telah setaraf dengan sidang DUN dengan negara-negara lain..huru-hara cuma tak ada baling kerusi jer lagi..yang lain dah ada sampai ada Adun yang duduk atas meja speaker da..macam katun tom and jerry pulak Wa tengok...

Thursday, April 30, 2009

Zambry pecat Speaker

BN kemuka usul pecat Speaker DUN Perak PDF Print E-mail
Posted by admin
Thursday, 30 April 2009 01:32

Pakatan tolak atas alasan Setiausaha DUN sudah digantung

(mStar Online) - Barisan Nasional (BN) Perak telah mengemukakan usul untuk memecat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat apabila ia bersidang 7 Mei ini.

Bagaimanapun, Pakatan membantah keputusan tersebut atas alasan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, yang kini digantung tugas, telah mengeluarkan surat berkaitan dengan usul undi tidak percaya untuk memecat Speaker.

Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham, beliau telah menerima surat yang memberitahu mengenai usul tersebut semalam.

"Surat itu menyatakan Zambry (Menteri Besar Perak) dan kerajaan BN negeri akan mengemukakan satu usul undi tidak percaya untuk pecat Speaker (Sivakumar).

"Usul itu tidak sah kerana dia (Abdullah Antong Sabri) telah digantung tugas oleh Speaker,"katanya kepada mStar Online hari ini.

Tegasnya, surat tersebut jelas menghina Speaker kerana Sivakumar tidak diberitahu mengenai usul berkenaan.

"Mereka perlu rujuk dan beritahu kepada Speaker dahulu. Tapi mereka (BN Perak) buat macam itu,"katanya.

Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beruas berkata, BN Perak tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya dalam isu tersebut.

"Bagi saya ini tidak betul dan surat yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan kerajaan BN tidak ikut undang-undang.

"Jika mereka mahu pecat dia (Sivakumar) mereka perlu lantik Timbalan Speaker (Lee Yit Foong- Bebas) menggantikan Speaker.

"Tapi mereka (BN Perak) tidak buat begitu kerana Yit Foong(ADUN Jelapang) dikatakan tidak layak kerana itu mereka mahu kemukakan nama yang Speaker yang baru. Mereka( BN Perak) tidak boleh buat andaian-andaian sebegini,"katanya.

Pada 16 April lalu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong menghantar notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei kepada semua ADUN negeri itu.

Sultan Perak juga dilaporkan berkenan menandatangani surat perisytiharan berhubung persidangan berkenaan.

Berikutan itu, Speaker DUN Perak, Sivakumar pada 17 April telah bertindak menggantung tugas Abdullah kerana mengeluarkan notis persidangan tanpa pengetahuan dan persetujuannya terlebih dulu.

SETIAUSAHA SAHKAN

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Setiausaha DUN Perak mengesahkan pejabat Setiausaha DUN Perak telah menerima satu usul pada minggu lepas untuk melucutkan Sivakumar daripada jawatan Speaker DUN Perak pada persidangan DUN 7 Mei ini.

Beliau juga mengesahkan telah menghantar melalui pos, surat kepada semua ADUN mengenai perkara itu yang turut mengepilkan bersama borang pencalonan Speaker baru.

Walaupun Abdullah berkata perkara itu tidak sepatutnya dihebahkan sebelum persidangan DUN itu dilangsungkan, beberapa portal berita internet hari ini melaporkan Abdullah di dalam suratnya menyatakan bahawa borang pencalonan Speaker baru itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran DUN selewatlewatnya esok.

"Surat itu dihantar secara pentadbiran. Ia sepatutnya adalah untuk makluman dan tindakan daripada semua ADUN yang berkenaan," kata Abdullah ketika dihubungi Bernama.

Beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Sementara itu Exco kanan Datuk Hamidah Osman ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau adalah penyokong usul untuk melucutkan Sivakumar yang dicadangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dihantar ke pejabat Setiausaha DUN Perak pada Khamis lepas.

Zambry yang dihubungi pula enggan mengesahkan sama ada beliau ada mengusulkan notis untuk undi tidak percaya terhadap Sivakumar seperti yang dilaporkan media hari ini.-Malaysia Today

Alkisah dizaman dulu la..didalam sebuah kampung Pasir 2 butir terdapat sekumpulan orang kampung ingin menubuhlah satu Persatuan yang diberi nama Persatuan Entah Apa-Apa..yang secara tiba-tiba je ade..tanpa pengetahuan Ketua Kampung tersebut..dimana di kampung tersebut sebenarnya dah ada pun Persatuan Api-api..yang berperanan menyatukan komuniti kampung tersebut..Atas dasar itu Ketua Kampung sedia ada tak mengiktiraf Persatuan yang baru tertubuh itu..maka dengan itu atas perintah sebagai ketua kampung usul nak tubuh Persatuan tersebut telah dibakul sampah dan melarang orang kampung menghadiri penubuhan Persatuan tersebut..dan ketua kampung pun mengarahkan mereka yang berkenaan supaya pergi belajar kelas orang tua setelah mendapati mereka ini tak tahu membaca dan menulis..Maka gagalah impian orang itu yang hanya dikenali dengan huruf M...ooo..saya kenal huruf tu cikgu..huruf M..ha..ha..malangnya M ni masih mengaku dia ni sebagai ketua kampung walaupun orang kampung tak mengiktiraf beliau kerna masih tak kenal huruf..bila di bagi tau huruf tu sebenar ialah HA'...masih menganga..kan dah kena ketawa..ha..ha..ha..



Thursday, April 23, 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...