Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Thursday, April 23, 2009

Menteri Tak Relevan


SAYA TAK PEDULI KOMEN MADEY: NAZRI – berita hairan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.

"Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Madey) rasa tidak lagi relevan.


"Hari ini sehingga 12.35 tengah hari saya masih menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.

Semalam, Dr Mahathir secara terbuka menamakan Nazri dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Johari Baharum sebagai dua individu yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah dan tidak sepatutnya dilantik semula dalam Kabinet.

Ha..ha..Wak tak heran jika Tok Madey kata yang mamat ni camtu..memang dari dulu lagi perangai dia camtu..tak peduli dan suka-suka saja kata apa dia nak kata..tak percaya cuba tanya Pakcik Google kita..heh..heh..belambak pasai dia..hatta kes anak dia pun banyak...macammana la rakyat nak percaya kata-kata dia...apa nasib lah Tok Madey..selagi PM kita yang ditatang Pak Madey sendiri kata dah tak dak orang lain dah...parpu pun parpulah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...