Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Saman. Show all posts
Showing posts with label Saman. Show all posts

Tuesday, March 1, 2011

Saman : Ketahui hak anda


Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)



Nota : Wak ada juga saman yang belum berbayar...kereta pun wak dah tak ada tapi masih terima surat tawaran kompaun tuh..apa ke hal wei..Wak pakai kereta adik dan kena saman ekor bawa laju lebih had 14km dari 80km..Mulanya Wak tak nak bayar tapi atas desakan isteri kerana takut dengan ugutan POLIS dan JPJ kereta dan penama akan disenarai hitam tak boleh perbaharui cukai jalan..dengan berat hati bayar juga dengan doa moga-moga duit saman yang dipaksa bayar ini akan menterbalikkan keberkatannya dengan menganti kerajaan yang lebih berpaksi kepada agama yang syumul,menghargai kesejahteraan rakyat lebih dari segalanya.

Friday, December 10, 2010

Saman Dan Rasuah






Anda mempunyai saman tertunggak dengan pihak Polis trafik?Sekarang lah masanya anda membayar kerana sempena YES (Year End Sales) diskaun 50%.Cepat!Cepat anda rugi jika ketinggalan dalam merebut peluang ini kerana tahun hadapan belum tentu ada diskaun ini dan pastinya bagai dijanjikan anda tidak akan dibenarkan memperbaharui roadtax dan lesen lagi.Inilah dasar-dasar penyamun tarbus di siang hari,menyamun rakyatnya secara terang-terang tetapi berselindung disebalik undang-undang.

Sekiranya anda kena saman (bukan daripada POLIS)mengatakan anda telah melakukan kesalahan berak dan kencing di laman rumah orang secara terang-terang sebanyak RM1juta,gantirugi itu ini dan lain-lain,adakah anda terus membayar sahaja begitu senang-senang kepada orang yang meyaman anda?Sudah tentu tidak bukan?Pastinya orang yang menyaman anda membawa perkara ini ke Mahkamah Sivil dam satu perbicarakan akan berlangsung bagi membuktikan anda bersalah dalam hal berak ni.Perlu ada bukti-bukti buat mensabitkan kesalahan anda dan hanya Mahkamah sahaja menentukannya.

Samalah halnya dengan saman POLIS ni.Pihak POLIS perlu membuktikan dahulu si pelaku kesalahan trafik di Mahkamah dan atas perintah Mahkamah baharulah pembayaran atas saman boleh dilakukan.Rakyat Malaysia telah di "BrainWash" dan digula-gulakan serta ditakutkan dengan momokan UMNO dan pihak POLIS asal kena saman sahaja terus wajib bayar.Di luar negeri keadaan ini tidak berlaku.Segala proses saman menyaman ini mengikut saluran yang sebenarnya kerana mereka tahu hak mereka sebagai pengguna.

Kini timbul lagi isu POLIS (PDRM) yang paling kuat rasuah.Bukan saya kata,ini benar berlaku kerana umum mengetahui kerana ketakutan disaman yang mana sebenarnya hanya notis tunjuk sebab sahaja,menyebabkan mereka menghulur sedikit kepada anggota POLIS yang menyaman mereka.

Pelbagai usaha dan cara telah dilakukan,gaji dah dinaikan,elaun itu ini,kemudahan itu ini,kempen Jangan Rasuah dan lain-lain tetapi mengapa Rasuah masih lagi berlaku dikalangan anggota POLIS?Tidak perlu kajian lagi sebenarnya,puncanya hanya satu dan yang itulah yang sepatutnya pihak atasan dan Kerajaan patut dan semestinya melakukan buat mengembalikan integriti POLIS di mata masyarakat.

Hanya IMAN dan takwa sahaja mampu membendung gejala rasuah ini.Sekiranya didalam hati setiap anggota POLIS ada IMAN dan takwa yang telah ditanam didalam jiwa mereka,insaaallah gejala ini tidak akan berlaku.Begitu sedih dan pilu dihati dimana kebanyakan anggota POLIS kita ini biarpun beragama ISLAM tetapi mlakukan perkara jijik ini dan sanggup memberikan kepada anak bini mereka makan dan pakai.

Amat memalukan kerana daripada logo POLIS sahaja telah tertera kalimah ALLAH dan RASUL dan sepatutnya mereka menyanjungi dan memuliakannya dan mengamalkan sifat-sifat mulia sebagai seorang pengikut Nabi Muhammad,bukan hanya sekadar sebagai lambang dan logo sahaja.

Semoga keinsafan dan taubat sahaja dapat memgembalikan keharmonian negara kita yang tercinta ini.


Tuesday, July 13, 2010

Saman Ekor atau Nombor Ekor?

Saman ekor kerana hendak wang - Idris

1 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 12 Julai: PAS merasa kesal, di atas sikap kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam pesalah trafik melalui saman ekor sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan.

Dimaklumkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh PDRM.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihaknya merasa kesal ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan tekanan hidup, dan indeks pengguna yang bertambah meningkat tiba-tiba pihak polis dan JPJ menyatakan bahawa mereka yang ada sama ekor tidak dibenarkan membaharui cukai jalan.

"PAS bukan menentang saman kepada mereka yang bersalah, tetapi biarlah dihukum mengikut proses yang betul. Kenapa tidak dibawa kepada pengadilan untuk dibicara," katanya.

Kata Idris, PAS berpendapat, ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut kerana ada yang tersalah saman, sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang berlaku.

"Tindakan saman ekor memang bertujuan untuk mendapat wang, bukan untuk hendak mengurangkan kemalangan jalanraya, ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam," dakwa beliau.

Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya.

PAS berpandangan, katanya, bahawa memang kerajaan kekurangan wang sekarang, setelah GST yang ditangguh pelaksanaan kerana mendapat penentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat.

"Mungkin kerajaan telah terlepas peluang kerana lesen judi bola yang tidak berani diluluskan kerana ditentang dengan hebat oleh rakyat. Sebab itu tidak hairanlah kepada kita kenapa Datuk Seri Najib menyokong tindakan polis dan JPJ. Maka satu lagi projek 1Malaysia rakyat didahulukan, saman diutamakan," katanya.

PAS, kata beliau, mengharapkan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.

"PAS menyeru supaya rakyat sedar inilah kerajaan yang ada pada hari ini hanya pandai menanam tebu dibibir konon membela rakyat, tetapi bertindak sebaliknya dan kita mesti bersatu untuk menolak BN dalam PRU 13," katanya.

Harakahdaily/-

Komen:..Wak tak komen banyak ..dan wak tak pernah main ekor tapi ada jugak kena saman ekor..entah bila kena tak pasti tapi kadang-kadang ada jugak balik kampung..jalan ke kampung dah upgrade ke 2 line..besar dan menakutkan orang kampung nak melintas..rata-rata kenderaan laju..melebehi 60km/h..hatta jentolak padi atau mesin padi pun boleh cecah 60km/h..he..he..(kalau naik lori treler ler)..Kawasan ini sekitar bendang atau sawah..terimakasih buat kerajaan upgrade jalan Klng-Sbk Bernam..Tapi adalah malang nasib rakyat kini..jalan besar undang-undang sama macam jalan kecik dulu..Beribu kena saman ekor kerana Polis ni bijak sembunyi sebelah pokok besar tembak mana-mana kenderaan yang melebehi had laju..Majulah kerajaan kerana dapat duit terpijak daripada rakyat secara haram..Boleh cek saman kat sini...

lain-lain berita di sini..sini dan sini..inilah rintihan rakyat bersama kerajaan 1malaysia.

Wednesday, April 29, 2009

Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia


Khalid Saman SPRM, Kerajaan Malaysia

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Persuruhjaya SPRM Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia.

Khalid memfailkan saman itu berikutan kenyataan fitnah Ahmad Said bersabit penyenggaraan kereta peribadi Khalid dan pengagihan lembu korban pada Hari Raja Haji yang lalu.

Saman fitnah terhadap Ahmad Said difailkan oleh peguam Khalid, Sankara Nair di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur....baca seterusnya

Wah..wah..ini sudah macam pesta saman menyaman bermula..lembu punya hal,,kereta punya hal mau kasi saman ka Tuan Khalid..manyak kesian la itu hakim..manyak keleja sikalang lo..itu negeli pasir dua butir pun belum habis cerita lagi..Mamak bendahara sikalang sudah mual lain jampi-jampi sama itu mahkamah..ada untung dia boleh menang..silap jampi kalu dia boleh balik pulau da..Tuan Khalid pun kena fikir itu macam juga la..kena main jampi-jampi juga pasai apa tau..silap jampi sendili lugi lo..belum tentu ada menang..namun lawan tetap lawan..





Thursday, April 23, 2009

Saman jangan tak saman...

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.Selanjutnya.....

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar menegaskan sudah tiada lagi konsep pengasingan kuasa di negara ini, apabila mahkamah boleh mencampuri urusan kuasa speaker.

"Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menghormati konsep pengasingan kuasa yang sudah sedia ada di negara ini. Ia makin punah!"Selanjutnya...

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Zambry dan kuncu-kuncunya telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker. Mahkamah juga membuat ketetapan bahawa ia mempunyai bidangkuasa mendengarkan kes ini.

Keputusan Speaker atau jawatankuasa hak dan kebebasan tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen (Privileges) 1959. Inilah satu-satunya kes di seluruh dunia yang mengheret keputusan Dewan ke Mahkamah.Selanjutnya...

Wak dah agak dah...kalu U mobile dah start..keluarga Raja singh pasti akan mulalah kasi tunjuk taring depa..heh..heh..ini kes yang pasti menarik perhatian dunia...speaker dewan no power dah..keluhuran perlembagaan dah tak luhur dah...kena kasi tau balik budak sekolah apa itu keluhuran perlembagaan...

Dari Pahang Daily...Yang ni pulak kes saman SiSaifool...eek..eleh..masih x cukup lagi ke nak popularkan diri..rasanya si Saifool ni dah lebih pupolar dari Jamal abdillah,Mawi maupun Nabil..Kalu tercalun dalam apa..tu..program Paling Popular Berita Hairan..pasti bungkus si Nabil tu..nasib dia tak baik..tak de orang kasi jadi pencalonan utk lebih popular..hairan..hairan..dunia..dunia..ini macam pun ada..

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...