Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label krisis perak. Show all posts
Showing posts with label krisis perak. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Zambry kecut perut?

Terkini 10.34 am : Kenapa Zambry tidak datang??

Ds. Nizar seperti biasa berada di tempat duduknya sepanjang perbicaraan kes MB Perak termasuklah pada hari ini.

Namun seperti biasa, pada hari ini Zambry tidak datang. Yang datang cuma lebih 10 ADUN BN yang mewakili beliau.


sumber*

P/s: Kenapa dan mengapa zambry takut sampai tak datang ke mahkamah?satu persoalan dan memerlukan jawapan yang jitu daripada puak2 umenonih...

Saturday, May 23, 2009

lat tali lat tali tam plum

Nizar vs Zambry : Najib dan Mahkamah Memperbodohkan dan Menghina Rakyat

Tiga hakim Mahkamah Rayuan memberi keputusan dengan hanya mengambil lima minit untuk mengumumkan Zambry Kadir dari UMNO adalah Menteri Besar Perak yang sah, dan bukannya Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Lebih mengejutkan ketiga-tiga hakim berkenaan mengambil pendirian senada Sultan Perak mempunyai kuasa penuh untuk melantik Zambry tanpa mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri untuk mengambil undi tidak percaya terhadap Nizar.Seterusnya....

Mari kita nyanyi dan main lat tali lat tam plum....

selamat datang ke masa depan
salam sejahtera kami ucapkan
kembali berpijak di bumi yang nyata
tiada amaran
jelma kembali

tuan tuan yang bijak
puan puan yang pintar
tumpu perhatin
dengar sebentar
bunyi bunyian yang didendangkan
tiada mula
tiada akhir

yang tua muda
yang miskin kaya
dengar semua!

lat tali lat tali tam plum
sudah mula atau belum
tunggu dulu saya pergi periksa segala dimensi
sebelum beraksi

lat tali lat tali tam plum
sudah jatuh atau belum
teknologi tambah dahsyat
kau dan aku pasti sesat
kiamat agak dekat
mengikut kata firasat

pada setiap masalah
ada penyelesaian
yang belum tentu
kau dan aku
dapat menyelesaikan nya

lat tali lat tali tam plum
sudah sakit atau belum
berikanlah daku tempoh
nanti ku carikan bomo
kalau luka tak sembuh

lat tali lat tali tam plum
sudah tamat atau belum
ikut hati ikut nanti mati
ikut rasa binasa
otak memberontak
zahir dan batin rosak

ubah ubah ubah ubah
kera di hutan disusukan
anak di rumah mati kelaparan
cuba fikirkan



Sunday, May 17, 2009

Budaya Takut

Blogger umNo Pun Takut Pilihanraya...

Semua tahu, satu satunya jalan penyelesaian krisis di negeri Perak adalah dengan mengadakan pilihan raya negeri (Perak).Bila pilihan raya diadakan, semua orang akan puas hati(yang kalah tu mungkin tak puas la kot).

Tapi umNo secara keras menentang pilihan raya negeri Perak diadakan sekaligus membubarkan dun Perak. Yang kita boleh perhatikan, hanya Tengku Razaligh Hamzah yang setuju pilihan raya diadakan yakni dun Perak dibubarkan.

Yang lain..... hampir semua takut, najib takut... menteri besar haram si zombie pun takut, mahathir takut, terbaru si pengemar penari bogel zahid hamidi pun takut..Seterusnya...

Khutbah Jumaat: Takut Yang Sudah Tercabut Itu

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Sifat takut, adalah salah satu daripada cabang naluri atau fitrah manusia. Allah Subhanahu wa Ta’aala mencampakkan rasa takut ke dalam diri manusia, salah satu tujuannya adalah untuk menjadi alat yang menyelamatkan manusia daripada kemudaratan.

Baca seterusnya..

Begitulah apabila perasaan takut wujud dalam hati manusia,segala yang tidak kena pada perasaan mereka akan menyebabkan takut yang tidak bertempat.Rasa takut memang diwujudkan oleh Allah dalam setiap diri insan,termasuk rasa malu juga.Semestinya jika rasa takut dan malu telah tercabut dari hati mereka kerana ketipisan iman dalam dada maka terjadi peristiwa sebegini..tiada rasa takut dan malu melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai norma manusia dan undang-undang serta perlembagaan negara..Hanya takut pada kebenaran dan keadilan menunjukkan manusia munafik yang layak dilempar ke neraka..

Saturday, May 16, 2009

Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood


Nasib Pencacai Ashaab al-Ukhdood

s0236

“Bawa budak itu ke puncak gunung. Tiba di sana, kamu ugut dia. Jika dia mengalah dan meninggalkan kepercayaannya, maka biarkan dia. Tetapi andai dia berdegil, campakkan sahaja budak itu dari puncak gunung ke bawah!” kata raja yang zalim itu kepada orang-orangnya.

Di puncak gunung, keadaan menjadi sangat genting. Orang-orang suruhan raja yang zalim itu sudah bersedia untuk melaksanakan arahan.

doa_kalah_musuh

“Ya Allah, percukupkan aku daripada kejahatan mereka dengan apa-apa sahaja cara yang Engkau kehendaki!” doa si anak muda itu.

Gunung bergegar.

Lantai bumi bergoncang.

Seluruh orang suruhan raja yang zalim itu jatuh dari puncak yang tinggi itu. Mati terbunuh dengan cara kerja Allah yang tidak mereka jangkakan.Baca seterusnya di sini..

Artikel di atas jelas menceritakan akan nasib pencacai yang taksub dan yang buta hati tak buta mata tapi tak dapat melihat dan tak dapt mendengar biarpun Allah dah kurniakan pendengaran yang baik..Moga satu hari Allah hijabkan kebenaran dimana akan bergegarlah bumi bertuah ini..dengan kebenaran yang hakiki..

Friday, May 15, 2009

Hati Yang Buta



''Allah ini suka menguji.Orang miskin pun Dia datangkan bala.Orang kaya pun Dia datangkan bala.Negeri dan negara pun sama.Orang baik pun kena.Orang jahat pun kena"
(Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat-Telaga Budi)

Bagi seseorang mukmin bala dimaksudkan dengan ujian yakni setiap bala yang diturunkan Allah samada baik atau buruk adalah merupakan ujian daripadaNya.Samada kaya ataupun miskin semuanya akan diuji oleh Allah hanya cara penerimaan masing-masing sahaja membezakan tahap keimanan mereka.

Bagi orang kaya ,bala kekayaan itu disusuli dengan membayar hutang atau mengeluarkan zakat ataupun tidak.Bagi orang miskin,bala kemiskinan itu akan menyebabkan mereka mencuri,menipu ataupun tidak.Bagi pemimpin pula bala ialah samada mereka menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan dengan jujur dan amanah.

Bagi sebuah negara pula,pemimpin yang bertanggungjawab,amanah perlu bersabar dam memahami punca dan fenomena bala dimana perlu menjalani proses muhasabah.Ini perlu agar segala kemelut yang menimpa negara akan dapat di atasi.Perlunya pemimpin bertanyakan kepada mereka sendiri adakah pertanyaan dibawah ini terjawab oleh mereka.

1)Tidak ada kena mengenakah negara ini dengan Allah SWT,selaku Tuhan yang menjadikan dan memiliki kerajaan langit dan bumi?Mustahil kita semua ini tidak ada kena mengena dengan Allah SWT.

2)Benarkah amalan negara ini yang memisahkan agama dari pemerintahan?Bila negara membuang agama dari pemerintahan,maka Islam yang telah dibuang itu mahu diganti dengan apa?Isme ciptaan manusia?Dengan Nafsu?Mana mungkin pemerintahan negara hanya diambil suku sahaja cara Islam dan yang lain-lain daripada penjajah.

Akan begitulah selamanya jika dah buta hati..bukannya buta mata...Apakah kita tak pernah memerhatikan akan segala kejadian di sekeliling kita ini milikNya..Butakah hati sehingga kecelikkan minda tak dapat mengerti segala kejadian ini adalah bala dan musibah agar manusia lebih memdekatkan diri kepada penciptaNya..Apakah perlu Allah memperlihatkan kuasaNYa agar manusia insaf dan mendekatkan diri kepadaNya..Mengapa kejadian Tsunami dahulu dikatakan musibah yang telah banyak menyedarkan manusia agar memahami akan kekuasaanNya.

Mengapa kita tidak mampu ‘melihat Allah’ pada hari-hari biasa? Pada kelahiran biasa? Pada awan biasa? Mengapa harus menanti yang luar biasa baru tergerak hati untuk percaya dan peduli kepada-Nya?

albaqarah55.jpg

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.[Al-Baqarah 2: 55]

Apakah kita telah dijangkiti dengan penyakit yang sama sebagaimana penyakit yang menimpa Bani Israel? Tidak mampu mendatangkan percaya kecuali dengan garapan pancaindera? Hilang deria melihat apa yang di luar upaya mata? Hanya mahu mempercayai Allah jika Musa memperlihatkan-Nya, sebagaimana mereka memperlihatkan patung anak lembu itu sebagai sembahan?


Add Image

Tuesday, May 12, 2009

Kedaulatan Undang-undang



Wak dah malas nak ulas perihal krisis Perak ni..kalu dah undang-undang bikin sendiri dan langgar sendiri mana ada kedaulatan dah..Bak kata Nabil Raja Lawak yg tak lawak..:Lu fikirla sendiri..

Monday, May 11, 2009

Najib: BN akan selesaikan segala masalah Perak

Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat Perak, jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu dan berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Seterusnya..

Berita di atas bermaksud begini..UBN akan berhempas pulas tengkok memanipulasi sistem kehakiman..korek..korek..terhadap keputusan mahkamah tinggi..Kami bukan merayu tapi akan mengancam supaya Mahkamah tunduk kepada kami..he..he..jangan mau ketawa besar sekarang...kami UBN akan begini..dulu ..kini dan selamanya..ho..ho..zam..zam..ala ka zambri..

Zambry: Saya Akan Kosongkan Pejabat

Zambry Kadir dari UMNO berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah mengisytiharkan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry berkata beliau dan barisan EXCOnya akan mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Ridzuan secepat mungkin, Bernama melaporkan.

“Saya dan rakan-rakan saya akan mengambil tindakan seterusnya mengikut peruntukan undang-undang,” kata Zambry.

Berita yang ni pula bermaksud: saya menerima keputusan Mahkamah dengan hati yang terluka kerana habis dah peluang nak meragut kekayaan dan kuasa..tak pa aku kasi kosong pejabat bukan apa-apa saja kasi peluang Nizar merasa kejap Kerusi tu..cukup time kami ragut dan rampas la balik..saya dan rakan-rakan akan bertindak mengikut peraturan lanun atau penyamun alibaba bujang lapok..



Sunday, May 10, 2009

Bangang tahap gaban?

Rakyat Tahu Kebiadaban Rejim UMNO BN Perak

Penguasaan BN pada DUN Perak 7 Mei 2009 bukanlah suatu yang hebat tetapi suatu yang amat habat dan mejijikkan dalam era ketemaddunan manusia serta mencabul demokrasi menjadi asas pembentukan Malaysia.

Serbuan pihak polis bersama mereka yang tidak mempunyai pas DUN ke dalam Dun yang dianggap penegak demokrasi adalah kerja jahat bagaikan segerombolan lanun yang naik ke darat menyerang dan merampas serta mengheret mangsa.Seterusnya..

UBN dah jadi bangang tahap gaban...tak tahu malu dan entah apa lagi yang wak nak sebut..kata orang banjar kalau bungol (bodoh)boleh lagi diajar..tapi kalu dah tahap wangal..(bodoh-sombong) aka..bodoh tahap gaban..kata orang muda sekarang patut ditimpas(dilibas) saja,caranya..tunggulah PRU 13..

Cuba kita lihat segaban mana bodonya mereka..just for fun..ubat hati membara...

Puisi Sivakumar untuk Isteri

Sivakumar konon bersalaman mesra dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan dikasari rakan-rakan komunisnya dalam Dewan dan dilihat Setiausaha Dewan yang tak dapat dipecat. Bersama adalah isteri Sivakumar yang "makan hati ayam".

Biasalah dia orang ini.

Kalau pengawal mereka diberi pakai tie dan wisel untuk jaga bangunan dan lalulintas sekelilingnya, bukan main hebat mereka meniup wisel dan tunjuk kuasa.

Inikan pula apabila diberi pakai jubah dan songkok untuk jadi Speaker. Dengan kuasa di tangan, semua orang nak dipecat, digantung dan diengkar keputusan mahkamah dan Sultan.Baca seterusnya..

Aha..ini wak secara tak sengaja terjerumus ke blog si husin lempoyang..saudagar jual orang di zaman cyber ni..apa punya turr ..ehh ..konon puisi utk sivakumar..orang kalau dah tak dak telur itu macam la..berani main telur orang saja..sendiri punya tak mau kasi..kalu mau sangat ini hah wak kasi telur sama ini olang..ho..ho..


UMPAMA BERUK-BERUK DI JALANRAYA

Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya - Speaker sah Kerajaan Perak

KEKACAUAN DI SIDANG DUN PERAK, JANGAN JADI BERUK-BERUK DI JALANRAYA

Saya teringat satu ketika dahulu, Khairi Jamaluddin pernah menuturkan satu kalam yang meminta supaya ahli Pakatan tidak menjadi seperti “beruk-beruk di jalanraya”. Tetapi apa yang terjadi hari ini, Zambry and The Gang telah menjadi beruk-beruk di Dewan Sidang Dun! Ada yang bertanya, layakkah mereka digelar sebagai beruk? Bagi saya, gelaran yang sepatutnya lebih dari itu.

Semua rakyat Malaysia boleh membaca berita di pelbagai akhbar, melihat video dan sebagainya. Saya yakin, tiada siapa yang menyetujui cara Zambry mengangkat Ganesan itu. Kelakuan bodoh itu lebih teruk daripada beruk! Saya tidak tahu, kenapakah dia tergamak untuk berbuat demikian. Tidakkah dia sedar bahawa puluhan kamera yang merakam tindakan bodoh itu?..Baca seterusnya...

HO..HO..BERUK-BERUK DIJALANRAYA DAH BERPINDAH KEDALAM DEWAN DUN..ITU YANG WAK GELI..MAT...GELI MAT..HANCUR SEHANCURNYA PERLEMBAGAAN KERANA BERUK-BERUK YANG TAK BERTAMADUN..HE..EH..GELI..GELI..NGERI..CUBA LIHAT BERUK NI PULAK..GELI MAT..SEBAGAI HIBURAN BUAT BERUK-BERUK YANG TAK RETI PERLEMBAGAAN..





Thursday, May 7, 2009

Sidang Tempoyak Dun Perak

Perkembangan Sidang Tempoyak
DUN Perak Benar-Benar Jadi Tempoyak

SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai memeriksaan pembarisan sebelum merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.

Antara wakil rakyat yang ditangkap, ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput, Xavier Jeyakumar. Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu.Seterusnya..

Speaker Selangor Kata Penyingkiran Sivakumar Tidak Sah

V.Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat secara fizikalnya telah dibawa keluar dari kerusi sidang dewan undangan negeri namun Speaker Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan samada usul menyingkirnya itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.seterusnya...

Hu..hu..ha..ha..hi..hi..hek..hek..lucu..sedih...dan pening semua bercampur aduk dalam kepala Wak perihal Dun Tempoyak ni...sampai bila-bila pun sehingga PRU nanti pun sidang DUN ni akan kecoh jika MB Haram,Speaker haram..Adun Haram..masih ada..isk..isk..kalu babi tu haram sejak azali memang dah diketahui umum..ini haram yang mereka minta sendiri..apa punya turr da...Rakyat dah muak dah pening kalu camni ni..apa yang nak dibahaskan kalau dah ada benda haram dalam DUN..Tapi apapun Perak dah mencatat sejarah dunia dimana kita telah setaraf dengan sidang DUN dengan negara-negara lain..huru-hara cuma tak ada baling kerusi jer lagi..yang lain dah ada sampai ada Adun yang duduk atas meja speaker da..macam katun tom and jerry pulak Wa tengok...

Tuesday, May 5, 2009

Penyamun mengadu

Pelucutan jawatan Nizar akibat hilang kepercayaan - Peguam Negara

05/05/2009 5:34pm

KUALA LUMPUR 5 Mei — Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar kerana pelucutan jawatannya dibuat secara sah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kerana beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhujah bahawa Tuanku Sultan telah mematuhi Perlembagaan Perak dan telah menimbang dengan teliti fakta dan perkembangan sebelum mengisytiharkan pada 5 Feb lepas bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan itu.Seterusnya..


Slogan BN ‘Mohon Restu Rakyat’ bukti Zambry akui dia MB Haram Perak

mbperaksmall_lama_baru1_100_681mStar melaporkan bahawa kini Bukit Gantang dibanjiri Poster-poster kempen BN yang tertera wajah calonnya dan Zambry yang turut membawa slogan “Mohon Restu Rakyat”.

Lucu banget slogan itu. Beliau nafikan Undian Bukit Gantang sebagai ‘Referendum Rakyat’ tapi mohon restu pulak. Apa hal Zambry nie. Dah habis ayat nak bodek rakyat untuk terima beliau.

“Mohon Restu Rakyat”, slogan ini sekaligus membuktikan bahawa beliau akui rakyat Perak belum menerimanya sebagai Menteri Besar. Maka dengan sendirinya kita boleh tafsirkan bahawa beliau sedar bahawa beliau adalah Menteri Besar haram dinegeri Darul Ridzuan kerana belum diiktiraf rakyat.Seterusnya...


Wednesday, April 29, 2009

Zambry: Perak state assembly needs to sit on May 7

Zambry: Perak state assembly needs to sit on May 7 PDF Print E-mail
Posted by admin
Wednesday, 29 April 2009 20:13

(BERNAMA) - The Perak State Assembly will still need to sit on May 7 despite there being a dispute in the courts as to who is the rightful menteri besar of Perak, said Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry said this was because his position as menteri besar was valid as long as the courts had not taken a decision on the matter.

"I and my executive councillors (excos) have the right to occupy the seats allocated to us. The Speaker must respect this unless the courts decide otherwise," he told reporters after chairing the weekly state executive council meeting here today.

On calls by former menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yesterday for the May 7 sitting to be deferred until the courts decide whether he or Zambry was the rightful menteri besar, Zambry said that calling the state assembly sitting was not within his powers.

"As Menteri Besar I can only make a recommendation but the final say as to when the sitting should take place is with the Sultan Azlan Shah of Perak. It was the Sultan who fixed the date (May 7)," he said.

Yesterday, the Federal Court in a unanimous decision said it was for the High Court in Kuala Lumpur to determine who was the rightful Menteri Besar of Perak. The High Court will hear the case on May 4.
Artikel from http://mt.m2day.org/2008/content/view/21193/84/

Ho..Ho..what I think not important..but The MB celup think is important..because what he think the speaker has no power and can be replace during the assembly..read here..so how to settle this only 1 way..release the DUN to the Rakyat...

Tukang celah atau tukang sibuk?




Tukang ada banyak jenis tukang..ada tukang kasut..macam cerita sabarudin tukang kasut..ada tukang kayu...ada juga tukang besi..yang biasa kita dengar..yang ni rasanya wak baru dengar di zaman melinium ni..tukang celah..huh..nak mencelah tang mana wak tak pasti..kalu mat rempit tu memang dah kemahiran mereka mencelah dan menyelit antara kenderaan..tukang celah terbaru ni memang ada kepakaran jugak nak mencelah walaupun dulu pernah tersilap celah tergolek dog terus..
Apa benda nak mencelah jika ruang dah sempit lagi terhimpit..tapi kalu dah memang dasar mereka camtu..sempit camne pun celah juge..ape ke hei tu yob..biarkan..kata si luncai..dan kita tengok camne si tukang celah ni buat keje..tu le..takde keja cari keje..dah ada keje terkulat-kulat..ha..ha..nak tahu baca pautan dibawah..berita sohih lagi benar...

Kesahihan MB Perak: Mahkamah Tinggi diminta putuskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai siapa Menteri Besar yang sah akan didengar dan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebulat suara memutuskan wujud pertikaian fakta dalam dua afidavit yang diikrarkan oleh Mohammad Nizar dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.Baca seterusnya....

Lagi kisah siTukang Celah tak sempat nak celah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...