Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

pokok demokrasi' tiba-tiba me'layu'...lalu batangnya menjadi 'biru'

WEDNESDAY, FEBRUARY 10, 2010


" penghakiman yang kontradik ? kelmarin, 'pokok demokrasi' tiba-tiba me'layu'...lalu batangnya menjadi 'biru'.." - albanjari

anaksengat - Sehina dan semundur manapun sebuah kerajaan itu, ia tidak ditegakkan oleh sebuah mahkamah. Dalam negara demokrasi, kerajaan adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Itulah yang saya faham dari erti demokrasi. Kalau sebuah kerajaan itu dari mahkamah untuk rakyat... apa istilah yang sesuai??? saya serahkan kepada anda menamakannya..(...)


Komen:

Wak memang dah agak keputusan Mahkamah pasti berpihak kepada zambry..Ini alasan wak yang tak pandai ilmu hukukm-hakam duniawi ni la..
1)Sejak bila pulak Umno peduli dengan demokrasi berperlembagaan jika mereka sendiri yang mencabulnya..Contoh jelas sedari awal lagi..Surat perletakan jawatan 3 adun katak sepatutnya diterima SPR bukan terus jatuh hukuman..tak relevan dan tak guna pakai..
2)Mahkamah tinggi mengistiharkan Nizar MB yang sah dan diwarning Najib kepada penyokong NIzar 'Jangan suka sangat"dan tak sampai seminggu Mahkamah rayuan membatalkan keputusan itu..Nizar mohon ke Mahkamah Persekutuan setahun baru dapat keputusan..
3)Dan banyak lagi.sampai wak dah x terfikir la..apapun lu fikir la sendiri..


Monday, May 11, 2009

Najib: BN akan selesaikan segala masalah Perak

Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat Perak, jangan “terlalu teruja” dengan keputusan mahkamah itu dan berjanji “kita akan selesaikan segala masalah.” Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Seterusnya..

Berita di atas bermaksud begini..UBN akan berhempas pulas tengkok memanipulasi sistem kehakiman..korek..korek..terhadap keputusan mahkamah tinggi..Kami bukan merayu tapi akan mengancam supaya Mahkamah tunduk kepada kami..he..he..jangan mau ketawa besar sekarang...kami UBN akan begini..dulu ..kini dan selamanya..ho..ho..zam..zam..ala ka zambri..

Zambry: Saya Akan Kosongkan Pejabat

Zambry Kadir dari UMNO berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahkamah mengisytiharkan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry berkata beliau dan barisan EXCOnya akan mengosongkan pejabat mereka di Bangunan Perak Ridzuan secepat mungkin, Bernama melaporkan.

“Saya dan rakan-rakan saya akan mengambil tindakan seterusnya mengikut peruntukan undang-undang,” kata Zambry.

Berita yang ni pula bermaksud: saya menerima keputusan Mahkamah dengan hati yang terluka kerana habis dah peluang nak meragut kekayaan dan kuasa..tak pa aku kasi kosong pejabat bukan apa-apa saja kasi peluang Nizar merasa kejap Kerusi tu..cukup time kami ragut dan rampas la balik..saya dan rakan-rakan akan bertindak mengikut peraturan lanun atau penyamun alibaba bujang lapok..



Friday, May 1, 2009

Bola di Kaki Nizar Sekarang!



Siapakah Menteri Besar Perak yang sah?

“Mahkamah Persekutuan tidak mahu mendengar kes ini. Bola ditendang balik ke Mahkamah Tinggi. ‘Pele Pangkor’ cuba tendang gol di Mahkamah Persekutuan semalam. Tetapi, kena tiang! Sekarang, bola di kaki Nizar. Harap-harap Nizar boleh tendang masuk gol di Mahkamah Tinggi nanti. Inilah harapan seluruh rakyat Perak. Tetapi kita harus ingat, dalam permainan ini, referee, lines man dan pengadil semuanya orang dia. Hanya penyokong-penyokong adalah orang kita. Ini bukan satu permainan yang adil. Tapi, kita tidak boleh putus asa.”...baca seterusnya

Ah..ah..dah cerita bola pulak..al maklumlah sekarang musim baru liga bola..UEFA la FA English la..walaupun wak bukan kaki bola tapi wak sekali sekala tengok juge..Almaklum kita tau sebelah sana ada Pele Pulau yang terer kononnya menyepak terajang bola..malah boleh arah juga geng tersembunyi dia alih gol lawan jika perlu..hah..abihh kome yob..kalu tak pacak betul-betul tiang gol boleh patah kena kerojekan nanti..Tapi wak fikir lah kerja majisteret ni macam senang jer..kalu tak cukup bukti buang..salah teknikal buang kes..atau tendang balik..eh..eh..almaklum rakyat kan dah baik-baik belaka..itu pada firasat wak ajer..sebenornya koje Majisteret ni payoh..ye le nak kasi puas hati semua orang bukan keroje senang yee dak..he..he..untuk hiburan kita tengok petikan filem Labu-labi..kita tengok sapa yang kena...



Thursday, April 23, 2009

Saman jangan tak saman...

Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong, yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.Selanjutnya.....

Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Mahfuz Omar menegaskan sudah tiada lagi konsep pengasingan kuasa di negara ini, apabila mahkamah boleh mencampuri urusan kuasa speaker.

"Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah Persekutuan tidak menghormati konsep pengasingan kuasa yang sudah sedia ada di negara ini. Ia makin punah!"Selanjutnya...

Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa Zambry dan kuncu-kuncunya telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker. Mahkamah juga membuat ketetapan bahawa ia mempunyai bidangkuasa mendengarkan kes ini.

Keputusan Speaker atau jawatankuasa hak dan kebebasan tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen (Privileges) 1959. Inilah satu-satunya kes di seluruh dunia yang mengheret keputusan Dewan ke Mahkamah.Selanjutnya...

Wak dah agak dah...kalu U mobile dah start..keluarga Raja singh pasti akan mulalah kasi tunjuk taring depa..heh..heh..ini kes yang pasti menarik perhatian dunia...speaker dewan no power dah..keluhuran perlembagaan dah tak luhur dah...kena kasi tau balik budak sekolah apa itu keluhuran perlembagaan...

Dari Pahang Daily...Yang ni pulak kes saman SiSaifool...eek..eleh..masih x cukup lagi ke nak popularkan diri..rasanya si Saifool ni dah lebih pupolar dari Jamal abdillah,Mawi maupun Nabil..Kalu tercalun dalam apa..tu..program Paling Popular Berita Hairan..pasti bungkus si Nabil tu..nasib dia tak baik..tak de orang kasi jadi pencalonan utk lebih popular..hairan..hairan..dunia..dunia..ini macam pun ada..

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau. Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi. Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?. Selanjutnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...