Ilmu dan Amal

“Hai Rasul, sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika  tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak  menyampaikan amanat-Nya. 
Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia.  Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir”.  QS.Al-Maaidah [5] : 67
Sabda Baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku,  walaupun hanya satu ayat."
Petikan Minda :
Miskin harta tidak mengapa,
tapi jangan miskin idea dan jiwa.
Miskin idea buntu di dalam kehidupan.

Miskin jiwa mudah kecewa dan derita

akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

ASSALLAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, August 29, 2010

Hudud..mencari kebenaranNYA..

Di sini saya
lampirkan satu artikel untuk sama sama kita renungkan sebagai orang
islam yang taat pada suruhan Allah. Semoga Ramadhan kita lebih
berkat..insya allah

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada
Masyarakat Bukan Islam.

Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan
Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua
Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan. Seperti dilapor TV3,
Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan
melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah
mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud. Malah beliau
menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada
PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah. Maka berlakulah polimik
diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain
lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di
Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.
Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah
perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada
mereka apabila hudud dilaksanakan ? Suka untuk saya menghuraikan
kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di
Malaysia.

Sebenarnya dalam hukum islam terdapat
tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir.
Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja
iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri,
keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.
Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas
cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi
kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya.
Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu
dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan
sekarang. Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum
di bawah hukum Islam.

Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan
dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk
mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat
menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada
individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain. Tentunya kita benci
kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita.
Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang
melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta
penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna
bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam
tahun 2002. Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan
hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes
berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung
tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta
penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di
negara tersebut. Maklumat dalam rajah 1 diperolehi daripada Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat lanjut boleh layarihttp://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan
Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini
dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang
berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda
dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang
berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat
106,621 kes jenayah berlaku. Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab
Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya
terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Maklumat rajah
2 diperolehi daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Maklumat
lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf

Kebaikkan
Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat
dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin
mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga.
Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut
bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri. Modal
perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi
semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu
membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan
membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening
kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua
urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan
teratur.

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD
?

Hanya orang orang yang ingkar dan jahat sahaja yang takut jika
undang undang hudud di negara kita terutamanya orang orang melayu kita
yang suka minum arak dan berzina..

Kembali kepada agama adalah
penyelesaian kepada semua masalah sosial dan jenayah yang berlaku di
negara..

Marilah kita semua kembali kepada agama sebagaimana yang
diseru oleh Nabi besar junjungan kita Nabi Muhamad yang mempunyai budi
pekerti yang sangat mulia dan akhlak yang sangat terpuji..

Saya
sangat merindukan pemimpin pemimpin besar negara kita (tidak kira dari
parti mana pun) agar dapat mengikuti cara rasulullah mentadbir negara
dan melaksanakan undang undang..

Insya allah kita akan dapat
hidup dengan tenteram dan aman serta gembira dalam menjalani kehidupan
seharian dan berniaga..

Tapi bila yer?

Salam
ramadhan

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...